Wednesday, May 8, 2013

PRu-13...suara hati seorang pejuang.


Memang panas Pilihanraya kali ini,memandangkan kedudukan BN merosot hilang sedikit lagi kerusi dari Pru-12,tapi walau apa pun mari kita muhasabah diri dalam pada mana negara sedang menuju kearah wawasan 2020.
Pru kali ini melihatkan pelbagai cara dan gelagat yang dimomokkan ke pemerintah Malaysia, BN menang dengan majoriti yang mudah dengan itu DS Najib dapat tubuhkan kerajaan. Apa yang menarik dalam pilihanraya kali ini ialah indicator warga Cina dalam menyokong kerajaan,peti undi tambah dan pengundi Bangla.
Persoalan pertama,mana perginya sokongan warga Cina dalam menyokong BN yang mana mereka telah memperolehi berbagai perkara yang telah mereka tuntut. Dari sekolah sampailah pelbagai kemudahan di perolehi oleh mereka. Katalah saya ini rasis atau sebagainya,tapi sudah terang dan bersuluh dimana pengundi cina telah menolak pemimpin Melayu di kawasan mereka sendiri,kejadian itu berlaku di Johor dan Melaka. Di Johor di mana BN meletakkan calon yang popular di Johor MB mereka di tempat yang mana MCA menang besar dalam pilihanraya yang lepas.Di sini kita dapat lihat dimana mereka menolak MB mereka itu dengan perbezaan undi yang besar kepada calon jatuh dari roket itu. Bekas MB Johor dengan hati yang berat menyatakan 'mereka dah tak sokong saya nak buat macam mana' mungkin itu merupakan sesuatu yang biasa kepada yang lain tetapi perkara ini perlu dilihat dengan lebih halus atas apa yang berlaku. Perkara yang sama juga berlaku di Melaka,di mana KM mereka kalah dalam pilihanraya lepas. Yang menariknya saya berkesempatan menemubual uncle-uncle Cina di Melaka dan mereka sendiri berkata bahawa bekas KM mereka itu bekerja kuat dan mereka suka dengan apa yang di bawa oleh beliau,tapi punca kekalahan ini di sebab kan oleh pengundi muda cina yang mana menjadi penentu kemenangan satu parti itu. Parti berkenaan telah menanam perasaan benci yang terlalu mendalam kepada kerajaan dan beria-ria mahukan Anwar jadi pemimpin mereka,ada kah cerita Yusuf Ishak akan berlaku kembali? itu saya pasti. Disini dapat di simpulkan bahawa walau baik mana pun Melayu itu maka mereka tetap akan menolak dan memilih calon dari bangsa mereka, itu telah disahkan oleh orang dalaman mereka yang mana pernah berkerja dengan mereka.Ya mungkin sekarang ini akan ada bunyi kata ini mainan kotor UMNO. Ini soalan saya kenapa jika semua salah di katakan UMNO penyebabnya? dan kenapa ghairah sangat En Anwar mahu jadi PM dan juga kenapa ramai cerdik pandai mereka dulu termasuk Dr Sidek Baba mendedahkan siapa En Anwar? Tidak kah kita terfikir sebagai seorang Islam bahawa jika seorang yang mahu jadi pemimpin maka dia perlu besihkan dirinya dulu dari segala tomahan yang dilemparkan kepadanya,bukan dengan megadu domba lari kesana ke kedutaan mereka mereka cerita yang amat memalukan. Jangan di salah tafsir bahawa KEBANYAKKAN Cina menolak melayu.
Persoalan kedua ialah dimanakah datangnya bangla untuk memberi undi kepada BN? jika kita fikir dengan tenang,perlu kah BN upah bangla untuk undi di mana BN boleh dengan senang pangkah 3,4 buku undi untuk menangkan calon BN.Itu pun mereka akan ada jawapannya. DAlam masa yang singkat mana mungkin Spr cetak nama mereka dalam daftar pemilih? saya masih tertanya-tanya kenapa kita tidak menolak kemungkinan ini juga mungkin di sebabkan oleh sabotaj oleh pihak Pr,ini mungkin dalam dunia politik dimana siapa yang berjaya membina persepsi untuk menjayakan politik mereka maka mereka berjaya. Pr berjaya membina persepsi dan itu di jadikan bahan untuk dijana dalam minda orang ramai walau mereka ialah penyokong BN. Seperti mana Pr,Bn juga punyai orang yang boleh membalas hujah mereka.Disini timbul kembali mana datangnya Bangla berkenaan? dimulakan dengan penerbangan sewa khas sampai lah bus sewa. Untuk penjelasan penerbangan khas dari Sabah itu mudah dimana kita perlu tanya mana perginya tentera dan polis kita,bukankah mereka ke Lahad DAtu?mereka akan mengambil penerbangan yang disewa khas untuk pulang ke semenanjung. Mana mungkin ada begitu ramai bangla di Sabah,yang saya pasti puak Sulu ramailah,itu lagi satu cerita yang saya tidak sabar tunggu untuk DSAI kena soal. So tolak kemungkinan datangnya bangla sabah ini.
Ketiga ialah peti undi tambah,jawapan yang paling ringkas ialah ada kawasan yang jauh dan ada kawasan yang dekat.Kalau kawasan yang jauh perlu ambil helicopter dan jika dekat dan boleh ambil dengan kederaan darat maka keretalah jawabnya. Kenapa waktu/masa jadi petikaian,persoalan nya jika Pr menang adakah ini akan di soal?mesti tidak. Cakap pasal transparency dari siapa?cina. Itu yang ironi kerana merekalah yang mengajar kita orang melayu untuk berRASUAH.Dari Hang Li Po lagi sampailah sekarang,melayu dah belajar banyak dari mereka.Mereka tidak ada masalah dari segi wang sebab itu lah kelemahan melayu sekarang. Saya memang tidak hairan sebenarnya apabila dapat tahu ada peti undi di bawa masuk atau cerita tiba-tiba blackout kerana ini memang sikap Anwar,ini kerana dia sedang meniru cara Lenin,kenapa? cuba baca buku merah beliau(Lenin),ya kita juga ada buku jingga,jika di teliti maka banyak kaitan boleh di buat dari sikap dan cara Anwar ini. Ya mungkin kajian saya belum cukup lagi tapi itu sudah cukup untuk membuktikan dia seorang yang 'maksum' pada ketika ini.Saya juga amat yakin dari pengamatan saya jika di letak orang lain selain Anwar and the geng maka mungkin menang Pr kali ini tapi apa kan daya. Jangan lupa BN juga hilang orang yang hebat-hebat tidak suruh recount berkali-kali macam setengah tempat,Kelantan dan Selangor kalau tidak recount agak-agak sudah menang ke BN,saya seperti mana warga BN yang lain akur dengan keputusan SPR.

p/s: dalam banyak-banyak saya hormati TGNA walau kadang-kadang tidak berapa betul tapi saya masih hormat kepada beliau. Saya sayang PM.

No comments: