Friday, January 14, 2022

Kenapa LKS serang Azam Baki?.

Yang perlu dipersoal KENAPA KIT SIANG NON-STOP SERANG AZAM BAKI???? 12 fakta yg anda perlu baca sblm membuat andaian sendiri Pertama,pemilikan dan pelupusan saham berlaku dalam tahun 2015 dan 2016. Beliau ketika itu, bukan Ketua Pesuruhjaya. Lainlah, jika pemilikan saham tersebut dibuat dalam tahun 2020 dan 2021. Kedua, seksyen 29A akta SCDA jelas menyebut bahawa sesuatu akaun trading saham boleh dibenarkan kepada pemilik benefisial dan authorized nominee (individu lain yang dibenarkan). Dalam konteks Tan Sri Azam, beliau telah memberikan kebenaran kepada adik beliau Nasir Baki untuk menggunakan akaun trading ini. Ketiga, TS Azam telah secara sukarela melaporkan pembelian dan pelupusan saham ini kepada Ketua Jabatan beliau ketika itu. Tiada timbul isu beliau tidak melapor kepada ketua jabatan. Keempat, jumlah saham jika dilihat memanglah mencapai jutaan unit pada 2015 dan 2016. Namun pembelian saham-saham ini bukan dibuat sekali gus tetapi diperoleh dalam 4 kali pembelian. Kelima, kita harus melihat nilai atau harga setiap unit saham. Bukannya jumlah unit saham. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Menteri di JPM, nilai saham tersebut hanya bernilai 30 sen dan jumlah keseluruhan tidak melebihi RM700 ribu pada masa berkenaan. Keenam, kesemua pembelian saham dibuat secara pasaran terbuka (open market). Semua orang mempunyai hak membeli saham-saham secara open market. Ketujuh, dua syarikat terbabit KBES atau kini GETs Global dan Eforce tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan siasatan atau apa-apa tindakan oleh SPRM. Kelapan, pembelian dan pelupusan saham-saham tersebut tidak mendatangkan keuntungan malahan rugi antara RM60 ribu ke RM100 ribu. Jadi, jika tuduhan liar mengatakan ianya “insider trading” maka ianya adalah tidak benar. Kesembilan, isu kelewatan TS Azam menjawab tohmahan-tohmahan ini. Isu ini adalah bersifat peribadi, tidak bersifat jenayah dan ditulis oleh seorang penulis yang menggelarkan diri sebagai “wartawan” yang menjalankan “investigative reporting”. TS Azam tidak berdiam diri. Sebaliknya telah dipanggil memberikan penjelasan oleh LPPR / Jawatankuasa Aduan / JKMR. Inilah protokol yang beliau wajib patuhi. Malah Menteri di JPM dan Ketua Setiausaha Negara sendiri telah ditemui dan diberikan penjelasan kepada TS Azam. Kesepuluh, kehadiran TS Azam dalam sidang media pertama LPPR telah membuktikan bahawa beliau berani berhadapan dan tampil menjelaskan kepada masyarakat. Kesebelas, saman sivil terhadap penulis membuktikan bahawa TS Azam di pihak yang benar. Adalah menjadi hak beliau mempertahankan imej dan reputasi mengikut saluran undang-undang. Jika beliau bersalah dan tidak mempunyai fakta-fakta kukuh maka sudah tentu tidak akan berani menyaman dan membawa kes sivil ini ke mahkamah. Keduabelas, undang-undang tidak menyekat ahli keluarga untuk menjalankan apa-apa perniagaan. Perlu ditekankan bahawa kejadian ini berlaku dalam tahun 2015 /2016 dan TS Azam bukan ketua pesuruhjaya. Ahli keluarganya telah menjalankan perniagaan sejak tahun 2009 lagi. Kenapa perlu dikaitkan TS Azam dengan aktiviti perniagaan ahli keluarga beliau seolah-olah ianya berlaku pada masa sekarang? Dua belas fakta di atas perlu direnungi dengan hati dan fikiran terbuka. Mempolitikkan isu saham ini oleh ahli politik pembangkang memang diduga. Masyarakat harus bijak menilai dan membezakan yang mana fakta atau mainan politik.

Friday, August 31, 2018

Merdeka 7x

Selamat Hari Merdeka Malaysia.

Merdeka, Merdeka, Merdeka.... Ungkapan keramat yg telah bergema 61 tahun dulu kembali dgn laungan yg lebih bertenaga. Laungan kemenangan dan laungan mahukan perubahan.

Merdeka, Merdeka, Merdeka....
Jika semua melayu ialah Tunku,
Jika semua melayu ialah Tun Ismail,
Jika semua melayu ialah Tun Sardon,
Jika semua cina ialah Tun Tan Cheng Lok,
Jika semua india ialah Tun Sambantan,
Jika semua sarawak ialah Rosli Dhobi,
Jika semua sabah ialah Mat Salleh
Maka mrk akan faham apa sebenarnya di dunia Malaysia pada tika ini.

Merdeka....
Tidak ada perasaan yg boleh di terangkan dgn lisan dari org tua kpd org muda 61 tahun lalu, masa berubah, dari 1 kepada 2 & kepada 3,itu lah yg asalnya sehinggalah 3 jadi 14. Masa terus berlalu.
Muda kaya tahu emosi, tua miskin tahu ilmu hidup
Hari bertukar hari,dunia makin asing kpd org tua miskin. Perubahan ditelan dgn redo demi muda.
Muda lupa kenapa dan apa, disoal itu dan ini.
Tua lupa bercerita kisah lama, tua masih mengejar walau semua sudah ada. Tua dilupai tapi masih mencemburui dan muda tak lagi pandai menghormati. Dalam kekalutan mencari pegangang muda menyambar apa yg sempat, tua dibiarkan.
Itulah makna keMerdekaan kpd muda yg kaya.

Selamat Hari Merdeka Malaysia
Dari Hisham, Ketua Caw. Umno Tmn. Lpg. Terbang Ipoh.

Tuesday, August 30, 2016

Kemerdekaan Ku.

Di masa kini laungan kemerdekaan makin kuat dilaungkan,tetapi apakah Merdeka yang dahulu itu masih kedengaran sehingga kini. Apakah maksud kemerdekaan pada zaman sekarang. Di kala ini rakyat Malaysia yang dikatakan lebih matang itu sepatutnya mempunyai jatidiri yang begitu kukuh dan perlu kental apabila bertutur dan berfikir.
Permohonan atau desakan yang tidak tahu mana datang nya sumber itu perlulah dikaji dengan lebih berhati-hati. Zaman ini yang mana menguji pemahaman orang muda terhadap struktur Malaysia itu sendiri makin merosot dimanakah silapnya. Perasaan hormat telah makin pudar. Cetek pemahaman mereka terhadap negara tercinta ini. Melayu asalnya satu sekarang berpecah hingga 5.
Kita orang muda perlulah jangan mudah tergadai mengikut politik yang tidak tahu mana arah tuju. Emosi yang begiru rapuh dan terikut ini merupakan cara pemikiran bukan kita. Ketahuilah bahawa kita orang Malaysia ini mempunyai pemikiran tersendiri dan boleh menyelesaikan masalah dengan permuafakat bersama. Dari zaman sebelum merdeka yang mana kita perlolehi kemerdekaan kita merupakan sesuatu yang unik jika dibandingkan dengan negara jiran-jiran yang lain sehinggalah krisis ekonomi pada 1997 kita mempunyai kaedah yang tersendiri. Apakah dengan segala semua sejarah kita maka sekarang kita mahu beralih arah pandangan kita kepada orang-orang yang hanya mahukan negara kita porak peranda. Negara tercinta ini masih jauh perjalannya, bukalah mata dan luaskan jiwa untuk melihat dengan tenang apa yang negara kita kecapi, hanya dengan itu sahaja kita dapat melihat semua yang sedang berlaku dengan lebih jelas.
Selamat Hari Merdeka Tanah Melayu ku ini, Tanah Air Malaysia yang ke-59.

Monday, August 22, 2016

Erti KeMerdekaan...

Tiap tahun kita akan pada bulan 8 menyambut Hari KeMerdekaan, tiap tahun juga ramai yang menyaksikan perbarisan kemerdekaan segara langsung atau dari kaca tv. Persoalan yang bermain di pemikiran saya adalah, apakah budak-budak sekarang mengetahui apa itu kemerdekaan?
Persoalan demikian saya ajukan terus kepada budak-budak sekarang yang linkungan 11-15 tahun. Soalan bersahaja ditujukan kepada mereka, mungkin umur 15 tahun mereka (tetapi bukan semua) sudah boleh memberi jawapan yang mempunyai makna, tetapi untuk mereka yang berumur kurang dari itu mereka seperti tidak mempunyai idea atau jawapan yang boleh menerangkan apa itu Merdeka.
Untuk perkara ini jika di bincangkan secara serius maka mulalah adegan tuduh menuduh akan mengambil tempat dari ibu bapa ke guru sehinggalah keorang politik. Pada hemat saya ini merupakan hakisan identiti diri yang dialami oleh budak-budak sekarang. Mereka tidak mengenal apa itu kesusahan dan apa itu jimat pun mereka tidak tahu disebabkan ditatang dengan baik. Jika kita ingin melihat anak-anak sekarang yang mempunyai jatidiri yang kuat maka kita perlu mulakan secepat mungkin satu kaedah yang boleh membina jatidiri Malaysia kedalam jiwa budak-budak Malaysia.
Budak-budak Malaysia perlu di terapkan dengan perkara-perkara asas dalam Malaysia dan perlu difahamkan dengan jelas apa kenapa perpaduan itu amat penting di dalam negara. Sebagai rakyat biasa akan kita lihat lagi setengah ahli politik yang akan memainkan isu perkauman seperti contoh yang dibuat oleh 2 orang dari parti yang sama. Orang sebegini amatlah tidak membantu dalam menaikkan semangat cintakan negara dan juga untuk menjaga perpaduan yang telah terbina dari dahulu.
Pemahaman merdeka ialah bebas dari penjajah,itu mungkin merupakan jawapan yang boleh didapati didalam buku text, tetapi pengeritan apa itu Merdeka masih lemah dikalangan budak-budak dinegara kita ini. Penekanan kepada bahasa selain bahasa melayu juga tidak membantu memperkuatkan jatidiri budak-budak negara kita jika dibandingkan dengan budak-budak dari negara Indonesia dan Thailand yang mana jatidiri mereka begitu kental dan tidak goyah. Sistem pelajaran yang diasingkan kepada 2 tidak membantu,apakah setelah sekian lama masih ini diperlukan? Perlu diingatkan bahawa kita sedang membincangkan perkara jatidiri dan pengertian merdeka terhadap anak-anak negara kita. Ingatlah jika ia (jatidiri) rapuh maka tidak mustahil masa depan negara nampaknya kelam kerana semua kita terlibat sama dalam hal ini.

Wednesday, September 2, 2015

Lesen motor

ANNOUNCEMENT📢📢📢
JPJ ada 1program yg dinamakan Mylesen....
Program ni layak utk Rakyat Malaysia yg (langsung tiada lesen) utk memohon lesen kelas B2....
Harga Rm299 bermula 15 Sept - 15 Okt 2015 SAHAJA.
Borang boleh online dlm internet...
JANGAN LEPAS KAN PELUANG KEEMASAN INI.
Pakat2 tolong bagi tau budak2 melayu yg xdak lesen lagi....

http://www.melvister.com/2015/08/permohonan-program-mylesen-jpj-2015-bantuan-lesen-motosikal.html
Sape nk amek lesen cpt apply..

Monday, August 31, 2015

Bershit 4..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO, izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. olah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.

2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.

3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.

4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar. SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.

5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?

6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.

7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.

8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.

9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.
10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.

11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.

12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?

13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.

14. Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.

15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?

16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.

17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.

18. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.

19. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?

20. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.

21. Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksub dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing. Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?

Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini.

Wassalam,
Tan sri syed mokhtar al-bukhary
Sayangkan Islam dan Negara