Tiap tahun kita akan pada bulan 8 menyambut Hari KeMerdekaan, tiap tahun juga ramai yang menyaksikan perbarisan kemerdekaan segara langsung atau dari kaca tv. Persoalan yang bermain di pemikiran saya adalah, apakah budak-budak sekarang mengetahui apa itu kemerdekaan?
Persoalan demikian saya ajukan terus kepada budak-budak sekarang yang linkungan 11-15 tahun. Soalan bersahaja ditujukan kepada mereka, mungkin umur 15 tahun mereka (tetapi bukan semua) sudah boleh memberi jawapan yang mempunyai makna, tetapi untuk mereka yang berumur kurang dari itu mereka seperti tidak mempunyai idea atau jawapan yang boleh menerangkan apa itu Merdeka.
Untuk perkara ini jika di bincangkan secara serius maka mulalah adegan tuduh menuduh akan mengambil tempat dari ibu bapa ke guru sehinggalah keorang politik. Pada hemat saya ini merupakan hakisan identiti diri yang dialami oleh budak-budak sekarang. Mereka tidak mengenal apa itu kesusahan dan apa itu jimat pun mereka tidak tahu disebabkan ditatang dengan baik. Jika kita ingin melihat anak-anak sekarang yang mempunyai jatidiri yang kuat maka kita perlu mulakan secepat mungkin satu kaedah yang boleh membina jatidiri Malaysia kedalam jiwa budak-budak Malaysia.
Budak-budak Malaysia perlu di terapkan dengan perkara-perkara asas dalam Malaysia dan perlu difahamkan dengan jelas apa kenapa perpaduan itu amat penting di dalam negara. Sebagai rakyat biasa akan kita lihat lagi setengah ahli politik yang akan memainkan isu perkauman seperti contoh yang dibuat oleh 2 orang dari parti yang sama. Orang sebegini amatlah tidak membantu dalam menaikkan semangat cintakan negara dan juga untuk menjaga perpaduan yang telah terbina dari dahulu.
Pemahaman merdeka ialah bebas dari penjajah,itu mungkin merupakan jawapan yang boleh didapati didalam buku text, tetapi pengeritan apa itu Merdeka masih lemah dikalangan budak-budak dinegara kita ini. Penekanan kepada bahasa selain bahasa melayu juga tidak membantu memperkuatkan jatidiri budak-budak negara kita jika dibandingkan dengan budak-budak dari negara Indonesia dan Thailand yang mana jatidiri mereka begitu kental dan tidak goyah. Sistem pelajaran yang diasingkan kepada 2 tidak membantu,apakah setelah sekian lama masih ini diperlukan? Perlu diingatkan bahawa kita sedang membincangkan perkara jatidiri dan pengertian merdeka terhadap anak-anak negara kita. Ingatlah jika ia (jatidiri) rapuh maka tidak mustahil masa depan negara nampaknya kelam kerana semua kita terlibat sama dalam hal ini.
No comments:
Post a Comment