Sunday, December 9, 2012

Good record- NST

GOOD RECORD: 'Mindanao peace shows Putrajaya's ability'
KUCHING: ASEAN member countries are looking forward to Malaysia's turn to chair the organisation in 2015, said a senior research fellow on political and security affairs.
Dr Termsak Chalermpalanupap added that with Malaysia's stable government and good human rights record, in three years' time it would be a historical moment for Asean.
"Asean needs strong and experienced leadership to propel itself further in the region and Malaysia has all the criteria, which was clearly shown in the way they handled the Mindanao treaty," said Termsak when presenting his paper "Re-Inventing Asean" at the Asean Lecture Series here yesterday.
"Member countries are given the opportunity to lead as agreed in the charter. But the organisation still needs a strong helm.
"Member countries are looking forward to have Malaysia back in the chair."
Termsak, a Thai who recently retired from the Asean secretariat in Jakarta after 20 years' in service in the political and security field of Asean cooperation, is now with the Asean Studies Centre, Institute of Southeast Asian Studies in Singapore.
Currently, Asean is chaired by Cambodia, followed by Brunei Darussalam and Myanmar in 2014 before Malaysia assumes the helm in 2015.
Asean has a combined population of 600 million people, making it the third most populous region in the world after India.
It has a combined gross domestic product of US$2.176 trillion (RM6.6 trillion), which is the ninth highest in the world.
Despite this, Asean's main weakness is putting its foot in issues like the Southern Thailand conflict and the Rohingya refugees in Myanmar.
"These issues are not related to Asean as the countries involved have made it clear that these their internal problems.
"However, with the United Nations taking interest in it, the least Asean can do is to work with the UN in dealing with these sensitive issues."
Another issue that still plagues Asean is the South China Sea dispute.
"As we can see in the Mindanao treaty, it took nine years to reach an agreement.
"But with claims over South China Sea where it involves multilateral parties, it needs more time and a strong leadership."
The Asean lecture series is organised by the Foreign Affairs Ministry.
Deputy Foreign Affairs Minister Datuk Richard Riot Jaem said the talk aimed to educate Malaysians on the role of Asean in the region.

Saturday, December 8, 2012

TERBONGKARNYA AGENDA KRISTIAN UNTUK MALAYSIA DI JERUSALEM......



Seorang ustaz yang juga merupakan seorang pendakwah yang terkenal dan sering muncul dalam progam keagamaan di kaca televisyen, sering ke Palestin membawa rombongan pelancong muslim melawat Baitulmuqaddis serta menjelajah bumi para Anbiya'. Beliau adalah Ustaz Muhammad Al-Amin juga seorang blogger popular yang sering menjadikan usaha dakwahnya di peringkat antarabangsa sebagai pengisian di dalam blognya, http://www.ustazamin.com/.

Kunjungan beliau ke sana baru-baru ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam dan pahit di lubuk hatinya.... Mari kita ikuti apa sebenarnya yang berlaku terhadap beliau di sana......

Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.

Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.

Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.

Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.

“Muhammad, mari sini” katanya.

“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.

“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.
“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.

“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.

“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.

“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.

“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.

“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.
“Tak, mereka ini lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.

Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.

Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.

Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.

Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.

Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.

Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.

Mahmood memarahi saya…

“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”

Apa yang mampu saya jawab hanyalah…“berpecah, dan ramai yang berpecah…”

Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”

Ya, kurang rasa sensitiviti….

Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……

1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…
Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.

Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.

Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.

Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

Tulisan itu berbunyi..

Decree For Malaysia,“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”
Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.

Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.

Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.

Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.

Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan.

Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.

Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-

1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.

2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.

3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.

4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.

5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.

6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.

7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.

Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membantu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.

Patah sayap bertongkat paruh, memperjuangkan dan mempertahakan Islam akan tetap menjadi keutamaan di dalam hidupku, biar berputih tulang, jangan berputih mata…

Al-Fatihah untuk seluruh pejuang Islam terdahulu, tuan-tuan guru kita terdahulu dan pahlawan Islam Nusantara yang telah mendahului kita di dalam tugasan mereka. Hari ini tugasan itu diwariskan pada kita, semoga kita dapat menyambungnya, amin…

Thursday, December 6, 2012

Cerita insiden Gombak tempoh hari...

Kejadian tersebut disaksikan oleh sahabat blogger Jawa Bernam yang berada ditempat kejadian...ikuti kenyataan daripadanya :
Cerita yang betul sebab aku ada memang ada kat tempat kejadian dan aku bersama orang-orang dalam pakatan masa pergaduhan tercetus. Siapa nak sangkal, silakan bersama bukti dan saksi.
Mamat kat atas tu memang aku perasan semasa pergaduhan atau adegan tolak menolak antara penyokong UMNO Gombak dan puak pakatan. Tapi aku terlupa nak tanya nama dia sebab tengok muka pun dah poyo semacam, konon berlagak alim tapi mulut boleh tahan kurang ajar. Sumpah seranah meluncur laju je dari mulut mamat ni.
Straight to the point. Semasa pergaduhan ini berlaku mamat kat atas ni la yang paling berani dan lantang hingga sanggup ke depan untuk berhadapan dengan penyokong UMNO yang ada. Semasa adegan tolak-menolak berlaku, ada seorang lagi mamat dari puak pakatan yang bawa pisau yang aku yakin baru sahaja dibeli di gerai kecil yang ada di tepi jalan.
Akibat dari rusuhan kecil yang tak dapat dikawal, pisau yang dibawa oleh mamat tadi terkena pada lengan mamat kopiah putih ni. DAN BUKAN PEMUDA UMNO YANG TIKAM. Kawan sendiri TERtikam kawan. Bagi nak menutup kemaluan dan kekacauan jadi dituduhnya Pemuda UMNO yang tikam mamat kopiah putih tu.
Apa lagi, hebohlah seantero dunia yang mengatakan UMNO zalim nak tikam orang Melayu sendiri. Padahal kawan sendiri yang main pisau dari belakang.

Wednesday, November 28, 2012

Doa kan untuk kebaikan.

TEKS UCAPAN PENUH YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD. YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO DI MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERWAKILAN
WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2012

“BERSAMA MELAKAR KEMENANGAN”

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
YB Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Pergerakan Wanita
YB Sdr. Khairy Jamaluddin
Ketua Pergerakan Pemuda
YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin
Ketua Pergerakan Puteri
YB Naib-Naib Presiden UMNO
YB Setiausaha Agung UMNO
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi
Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri

Saudara-saudari sidang perwakilan dan para pemerhati sekalian.
Alhamdulillah, UMNO kini berada di persada 66 tahun usianya. Negara kita telah merdeka 55 tahun adanya. Ia datang bersama sebuah pemerintahan dari acuan negara sendiri, dari pimpinan anak watan sendiri. Selama lebih enam dekad inilah, parti kita telah mengabdikan diri kepada anak watan, mengubah keadaan, dari selubung kemunduran dan kemiskinan, kepada cahaya kemajuan dan kemakmuran.

Kita bersyukur, kerana hasil gabungan kebijaksanaan rakyat memilih pemimpin dan kebestarian pemimpin mengemudi negara, Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera. Rakyat dari segala rentasan kaum dan agama hidup dalam suasana yang harmoni, tanpa persengketaan, tanpa kemusnahan. Pada masa yang sama, kita melonjak ke ambang negara maju dan melakar masa depan yang meyakinkan. Impian kita, harapan kita, hanyalah membina negara Malaysia yang berjaya dari Perlis hingga ke Sabah, dan sentiasa berada di bawah naungan Ilahi seperti yang dipohon oleh Nabi Allah Ibrahim:

وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَـٰذَا بَلَدًا ءَامِنً۬ا وَٱرۡزُقۡ أَهۡلَهُ ۥ مِنَ ٱلثَّمَرَٲتِ مَنۡ ءَامَنَ مِنۡہُم بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۖ

Yang bermaksud:

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka. (Surah Al-Baqarah, Ayat 126)

Saudara dan saudari yang saya hormati,

Menghimbau 55 tahun yang lalu, Malaysia berada dalam situasi yang hampir sama seperti di Sri Lanka, Fiji dan Myanmar ketika negara-negara ini berada di ambang kemerdekaan. Kesemuanya adalah bekas tanah jajahan British yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama. Apabila British terdesak untuk melepaskan penguasaan ke atas tanah-tanah jajahan mereka, perkara utama yang menjadi persoalan ialah siapakah selain bangsa pribumi yang berhak mendapat hak kerakyatan, bangsa manakah yang akan menerajui pemerintahan negara baru itu, dan apakah bentuk negara yang mahu dibina.

Kecuali di Myanmar, negara-negara ini memilih model politik perkongsian kuasa antara kaum. Di Sri Lanka, etnik Sinhalis dan Tamil bersetuju untuk berkongsi kuasa. Namun, persetujuan untuk berkongsi kuasa sahaja tidak menjamin keamanan dan kestabilan politik yang berkekalan. Perbalahan kaum tercetus di Sri Lanka selama beberapa dekad selepas merdeka, sehingga membawa kepada rusuhan, perang saudara, kemusnahan dan kemunduran.

Di Fiji, etnik imigran yang ibu bapa mereka berhijrah ke negara itu semasa penjajahan British telah diberikan hak kerakyatan apabila Fiji mencapai kemerdekaan pada tahun 1970. Dengan hak kerakyatan, mereka juga mempunyai hak yang sama dengan Bumiputera Fiji untuk terlibat dalam politik dan ekonomi. Malangnya, kerana tidak ada usaha untuk meratakan padang permainan, Bumiputera Fiji yang lebih mundur memberontak sehingga menyebabkan perbalahan dan rampasan kuasa.

Lebih malang di Myanmar, etnik minoriti Rohingya yang berhijrah ke negara itu semasa penjajahan British tidak diberikan hak kerakyatan langsung. Tanpa hak kerakyatan, mereka tidak mempunyai hak untuk terlibat dalam politik, apatah lagi untuk berkongsi kuasa dengan kaum majoriti. Walaupun Myanmar telah merdeka selama 64 tahun, etnik Rohingya yang beragama Islam dilayan dengan begitu teruk sekali.

Mereka tidak dibenarkan bekerja dengan kerajaan dan anak-anak mereka dihalang daripada bersekolah di sekolah kerajaan. Hatta untuk mendapatkan rawatan di hospital pun mereka menghadapi kesukaran. Tidak cukup dengan itu, rumah-rumah mereka dibakar, tanah-tanah mereka dirampas dan keluarga mereka dihalau keluar dari bumi Myanmar. Bagi orang Rohingya, bumi yang mereka pijak ibarat neraka dunia.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

KEBIJAKSANAAN POLITIK UMNO: MUAFAKAT UNTUK BERKONGSI KUASA

Alhamdulillah, kita di Malaysia tidak mengalami krisis politik dan perkauman yang parah seperti yang dialami di negara-negara lain, walaupun kita mempunyai lebih banyak bangsa, kaum dan suku kaum. Negara kita dipagari daripada malapetaka besar yang menggugat keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Dengan izin Allah s.w.t kita dapat hidup dalam suasana yang aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini.

Kesemua ini pastinya tidak terjadi dengan sendiri. Sudah tentulah ada sebab musabab yang menjadikan negara kita kekal aman, makmur dan sejahtera. Sebab yang utama ialah kebijaksanaan pemimpin kita terdahulu memilih acuan politik perkongsian kuasa yang berteraskan semangat persefahaman, pemuafakatan, setiakawan dan tolak ansur antara parti-parti politik yang mewakili pelbagai kaum sewaktu itu, iaitu UMNO, MCA dan MIC. Apabila Barisan Nasional dibentuk pada tahun 1974, muafakat kita semakin kukuh dengan lebih banyak parti-parti yang mewakili pelbagai etnik dan suku kaum bergabung, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Sepanjang lima dekad pemerintahan Barisan Nasional, muafakat yang dicapai untuk memerintah negara secara bersama tidak pernah kita ingkari. Janji untuk bekerjasama dan berkongsi kuasa tidak pernah kita nodai. Prinsip ini sentiasa kita pupuk dan suburkan, dan kini menjadi pasak kekuatan Barisan Nasional.

Alhamdulillah, meskipun ada kalanya kita diduga dengan pelbagai cabaran dan tuntutan, meja rundingan Barisan Nasional sentiasa dapat menawarkan penyelesaian kepada semua perkara yang berkait dengan kepentingan semua kaum. Kerana itu Malaysia kekal aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini.

Meskipun begitu, bagi puak yang keras dan melampau dalam pemikiran dan tindakan politik, mereka sentiasa mengapi-apikan semangat perkauman dan agama yang sempit bagi menagih laba politik. PAS sebagai contoh pernah menuduh UMNO sebagai parti sekular, parti taghut, parti mustakbirin, parti fir’aun, parti kafir semata-mata kerana kita bekerjasama dengan rakan-rakan bukan Islam dalam Barisan Nasional.

Begitu juga dengan MCA, MIC dan parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional. Apabila mereka menerima pendirian UMNO dalam perkara yang berkait dengan kepentingan orang Melayu, DAP dengan cepat menuduh mereka sebagai parti yang lemah, atau parti pak turut yang sanggup menggadai kepentingan kaum bukan Melayu, semata-mata untuk mengecap nikmat kuasa bersama UMNO. Malah, DAP menuduh UMNO sebagai parti rasis dan parti ultra-Melayu, semata-mata untuk membangkitkan kebencian orang bukan Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Sebenarnya saudara-saudari, PAS dan DAP berbuat begitu semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka. PAS menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci UMNO dan menyokong mereka. DAP pula menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional, supaya orang bukan Melayu menyokong mereka. Semuanya ini dilakukan atas dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah, tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita.

Hakikatnya, sejak lebih lima dekad yang lalu, parti yang membawa fahaman politik benci dan fitnah, yang membakar sentimen agama dan perkauman bukannya UMNO, bukannya MCA, bukannya MIC, bukan juga parti-parti komponen BN yang lain. Sebaliknya ia didalangi oleh PAS dan DAP. Merekalah yang mengamalkan politik ultra perkauman dan membawa fahaman songsang mengenai agama yang memecah belahkan masyarakat kita. Kononnya undi PAS masuk syurga, sembelihan orang UMNO tidak halal, solat berimamkan orang UMNO tidak sah. Malah, mereka sanggup mendoakan kehancuran bagi orang UMNO yang merupakan saudara seagama mereka. Merekalah yang menyuburkan syak wasangka, merekalah yang membarakan api fitnah, dan mereka jugalah yang membaja benih-benih kebencian.

Sutera dilipat habis dicuci
Tersimpul kemas di dalam laci
Kalau hati berkarat benci
Terpacul di mulut nista dan caci

PEMBANGKANG TIADA PERSEFAHAMAN, TIADA MUAFAKAT

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

PAS dan DAP masih tebal dengan sentimen kaum dan agama. Mereka masih sangat berbeza dari segi ideologi dan pendirian politik. Setelah bertarung sesama sendiri, kini PAS dan DAP melakonkan sebuah pengkisahan kerjasama politik yang cuba ditiru daripada kejayaan Barisan Nasional. Hakikatnya, watak-watak dan pelakon utama semuanya mahu menguasai plot dan jalan cerita, serta menjadi teraju. Sehingga ke hari ini PAS dan DAP sentiasa bersengketa, bertelagah dalam tiap perkara, dan bercakaran kerana ideologi yang jelas berbeza.

Mari kita lihat tiga senario di tiga buah negeri yang diperintah oleh mereka. Di Pulau Pinang misalnya, DAP tidak mahu berkongsi kuasa pun dengan PAS. Walaupun PAS mempunyai satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, wakil rakyat PAS sehingga kini tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri. DAP sebaliknya lebih rela menyerahkan portfolio agama kepada PKR. Walhal, sebagai parti yang mengaku memperjuangkan Islam, wakil rakyat PAS lah yang sepatutnya diberikan kepercayaan oleh DAP, untuk menjaga hal ehwal Islam di Pulau Pinang. Nampaknya, DAP tidak percaya kepada PAS.

Di Kedah pula, wakil rakyat tunggal DAP tidak berada dalam barisan Exco Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh PAS. Hari ini, apabila kerajaan PAS Kedah membuat peraturan atau dasar yang condong kepada Islam, yang menentang bukannya wakil rakyat BN, tetapi DAP. Ini membuktikan bahawa DAP bukan sahaja tidak mahu berkongsi kuasa dengan PAS, malah menentang dasar Islam PAS.

Di Selangor, seorang Exco PAS dan Exco DAP pernah bertelagah mengenai penguatkuasaan undang-undang Islam di negeri itu. Bagi parti DAP yang sekular, bukan sahaja hudud tidak patut dilaksanakan, malah undang-undang pencegahan maksiat yang termaktub dalam enakmen undang-undang Islam negeri juga tidak wajar dilaksanakan. Akibat pertelagahan ini, Exco PAS berkenaan dipecat dari Exco Kerajaan Negeri dan parti, dan portfolio agama Islam yang sebelum ini dipegang oleh beliau, diambil alih oleh Menteri Besar dari PKR.
Ternyata, PAS hanya melukut di tepi gantang. PAS tidak berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Sebaliknya, kuasa yang sepatutnya diberikan kepada PAS dirampas oleh DAP dan PKR. Sungguh malang bagi PAS. Bagai kisah si lebai malang. Di sini tak dapat, di sana pun melepas. Bak kata orang Pulau Pinang, Balik Pulau Bayan Lepas, Sini Terpelau Sana Terlepas. PAS berhempas pulas menarik sokongan orang Melayu, tetapi akhirnya yang berkuasa ialah DAP dan PKR. Bagi DAP dan PKR, PAS hanyalah kuda tunggangan, tukang sorak dan tukang takbir untuk mereka merebut kuasa.

Saudara dan saudari,

Cuba kita bayangkan, jika sekarang pun PAS tidak mempunyai tempat dalam pakatan pembangkang, apakah ada jaminan bahawa PAS boleh menegakkan Islam menerusi pakatan pembangkang? Saya pasti saudara dan saudari yang berada di dalam dewan ini, dan juga tuan-puan yang mengikuti ucapan saya di luar sana, tahu apa jawapannya. Tidak mungkin PAS boleh menegakkan negara Islam. Sebab itulah awal-awal lagi sekarang ini, PAS sudah mendendangkan lagu negara berkebajikan, bukan negara Islam.

Selama ini pun PAS sedar, sepanjang 12 kali pilihanraya umum, bilangan kerusi yang mereka tandingi kebanyakannya kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi di Parlimen. Misalnya, dalam pilihanraya tahun 1969, PAS bertanding di hanya 62 daripada 144 kerusi Parlimen, tahun 1990 bertanding di 29 daripada 180 kerusi parlimen, tahun 1995 bertanding di 59 daripada 192 kerusi parlimen, tahun 1999 bertanding di 59 daripada 193 kerusi parlimen, tahun 2004 bertanding di 85 daripada 219 kerusi parlimen, dan tahun 2008 bertanding di hanya 66 daripada 222 kerusi parlimen.

Ironinya, jika PAS menang di semua kerusi yang ditandingi sekalipun, PAS tidak boleh membentuk kerajaan untuk menegakkan negara Islam seperti yang dicanangkan. Apatah lagi, pencapaian terbaik PAS ialah memenangi 26 kerusi dalam pilihanraya umum 1999. Saudara-saudari, PAS hanya menang semua kerusi yang ditandingi sewaktu berada dalam Barisan Nasional dalam pilihanraya 1974. Manakala, dalam semua pilihanraya yang lain, jumlah kerusi yang PAS kalah lebih besar daripada jumlah kerusi yang dimenangi.

Berbeza dengan UMNO, sepanjang sejarah pilihanraya di negara kita, jumlah kerusi yang kita tandingi dan menang dalam pilihanraya membolehkan kita menjadi parti teras dalam kerajaan. Dengan kedudukan ini, UMNO mampu melaksanakan dasar-dasar yang selaras dengan perjuangan parti berlandaskan musyawarah dengan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional.

Mungkin PAS akan mengatakan kepada kita tidak mengapa bertanding sejumlah kerusi yang kecil, kerana nanti ahli-ahli parlimen PKR dan DAP akan menyokong mereka untuk menegakkan Islam. Janganlah bermimpi di siang hari. Janganlah berbohong kepada pengundi. Jauh panggang dari api. Takkanlah DAP yang rasis lagi cauvinis, takkanlah PKR yang rosak lagi merosakkan, akan menyokong usaha PAS untuk menegakkan Islam. Cukuplah. Cukuplah sepanjang 12 kali pilihanraya, 12 kali PAS berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan Islam. Janganlah kita biarkan PAS berbohong lagi untuk kali ke-13.

Dengan kedudukan PAS yang lemah, agak pelik bagi kita apabila dalam Muktamar PAS baru-baru ini, ada perwakilan parti itu yang mencadangkan Presiden mereka sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang. Seperti yang kita jangka, DAP awal-awal lagi tidak bersetuju Presiden PAS menjadi calon Perdana Menteri. Persoalannya, bolehkah Presiden PAS menjadi Perdana Menteri jika jumlah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh parti itu adalah kecil, dan DAP pula tidak menyokong mereka? Tentu sekali jawapannya tidak boleh.

Jika tidak boleh, dan saya pasti mereka pun tahu ianya tidak boleh, mengapa dikemukakan juga cadangan itu? Bagi kita ini menunjukkan bahawa ahli-ahli akar umbi PAS tidak meletakkan kepercayaan kepada DAP atau PKR untuk mengetuai pakatan pembangkang. Mereka tidak percaya kepada Lim Guan Eng. Mereka tidak percaya kepada Lim Kit Siang. Mereka juga tidak percaya kepada Karpal Singh. Mereka langsung tidak percaya kepada Anwar Ibrahim. Ini adalah satu kegagalan besar bagi PAS dalam membentuk kerjasama dan berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR.

Sebenarnya saudara-saudari, konsep berkongsi kuasa tidak pernah wujud dalam pakatan pembangkang. Mandat rakyat yang diberikan kepada mereka dalam pilihanraya yang lalu untuk mememerintah beberapa buah negeri adalah satu hikmah yang mendedahkan kepada kita bahawa mereka sebenarnya tidak boleh bekerjasama dan berkongsi kuasa. Satu sebab yang paling utama ialah tiadanya sikap saling mempercayai antara mereka. PKR tidak percaya kepada DAP, DAP tidak percaya kepada PKR, dan kedua-dua DAP dan PKR tidak percaya kepada PAS.

Cuba bayangkan saudara-saudari, jika masing-masing tidak percaya antara satu sama lain, bolehkah pembangkang bermuafakat sesama mereka? Bolehkah pembangkang memerintah negara dengan aman? Bolehkah pembangkang membawa kesejahteraan kepada rakyat? Boleh atau tidak saudara-saudari? Jika tidak jawapannya, pastikan kemenangan berpihak kepada kita dalam pilihanraya nanti.|Jangan kita serahkan negara kita ini untuk diporak-perandakan oleh pembangkang.

CABARAN IDEOLOGI: ISLAM, KEBEBASAN DAN DEMOKRASI

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

Kita sedang berhadapan dengan tentangan ideologi baru. Kononnya atas nama kemunculan politik baru, politik pembebasan, politik global, politik kuasa ketiga, wacana hak dan kebebasan individu mengatasi lingkungan agama, budaya dan moral. Di kalangan parti-parti politik tertentu, mereka akan mengutip apa sahaja ideologi yang memberi kelebihan kepada mereka, hatta berkongsi ideologi songsang sekalipun.

Di peringkat antarabangsa, telah muncul kumpulan yang memperjuangkan ideologi songsang yang berteraskan pemikiran sekular liberal yang bertentangan dengan agama. Misalnya, kumpulan yang memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender yang dianggap sebagai kelompok minoriti yang tertindas. Undang-undang negara yang hanya mengiktiraf perkahwinan antara lelaki dan wanita dianggap oleh kumpulan ini sebagai tidak adil, malah zalim kepada mereka.

Hari ini, mereka semakin berpengaruh. Banyak kerajaan menerima tekanan supaya mengiktiraf hak golongan songsang untuk melakukan perkara yang ditegah oleh agama. Mereka turut melobi supaya hak golongan songsang ini dimasukkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean di Sidang Kemuncak Asean di Phnom Penh baru-baru ini.

Alhamdulillah, Malaysia di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak menolak keras cadangan ini, kerana bagi kita amalan yang bertentangan dengan prinsip agama dan fitrah manusia tidak boleh dibiarkan berleluasa. Bayangkan, apa yang akan terjadi kepada anak-anak kita, keluarga kita, masyarakat kita dan agama kita jika amalan songang ini dibiarkan menular. Kita bersyukur, negara-negara Asean lain bersetuju dengan pendirian Malaysia, dan cubaan untuk mengiktiraf amalan yang bertentangan dengan prinsip agama, moral dan fitrah manusia sebagai satu hak gagal.

Saudara-saudari yang saya hormati sekalian,

Di negara kita, ideologi songsang ini sudah menembusi benteng politik pembangkang. Kerana itu, sejak akhir-akhir ini kita lihat pandangan Ketua Pembangkang agak bercelaru. Satu ketika, beliau tanpa segan dan silu mengeluarkan kenyataan bahawa undang-undang jenayah negara kita yang menghalang perlakuan liwat adalah satu undang-undang yang kolot. Sedangkan kita semua tahu bahawa perbuatan terkutuk itu ditegah oleh Islam, dan juga oleh agama-agama lain. Jika undang-undang itu kolot, maka apakah Ketua Pembangkang hendak mengatakan bahawa hukum Allah juga kolot? Janganlah kerana perlakuan songsang ini dibenarkan di Barat, dan diterima sebagai hak asasi manusia oleh mereka, maka dia pun turut hendak menghalalkannya.
Selain itu, baru-baru ini kita juga dikejutkan oleh kenyataan seorang Naib Presiden PKR. Atas nama kesamarataan hak, beliau mengatakan orang Melayu yang beragama Islam juga wajar diberikan hak kebebasan beragama, sepertimana yang diamalkan oleh penganut-penganut agama lain. Sedangkan kita tahu bagi umat Islam, seluruh kehidupan kita dipandu oleh syari’at Allah. Tidak mungkin hak untuk murtad boleh terpakai untuk umat Islam.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

Inilah sisi hodoh ideologi demokrasi dan kebebasan yang cuba dibawa oleh pakatan pembangkang. Mereka cuba merungkaikan asas-asas agama Islam yang telah terpahat kukuh di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Perkara seperti ini tidak pernah berlaku di negara kita sebelum ini. Tidak pernah ada pemimpin Islam yang tergamak bersuara menghalalkan gaya hidup songsang dan murtad. Tetapi hari ini, atas sebab ingin meraih undi dan merebut kuasa, lantaran angan-angan mahu ke Putrajaya, semuanya boleh sahaja.

Inilah sebenarnya bahana besar yang dibawa oleh pembangkang. Kita di dalam UMNO tidak boleh alpa. Ingatlah, UMNO adalah parti yang berjuang untuk menegak dan mendaulatkan Islam. Bangkitlah menjadi benteng mempertahankan masyarakat kita daripada diasak oleh ideologi songsang pembangkang. Jangan biarkan mereka menembusi jiwa anak-anak kita. Jangan biarkan mereka meracuni pemikiran masyarakat kita. Jangan biarkan mereka merungkai asas-asas agama kita. Kita yakin rakyat akan terus bersama UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan nilai-nilai murni yang cuba dinoda oleh pembangkang.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

Walaupun pembangkang menjanjikan bulan, bintang, matahari dan cakerawala apabila bercakap mengenai demokrasi dan kebebasan, mereka tidak mengotakan apa yang janjikan. Seperti yang disimpulkan dengan begitu tepat sekali oleh YAB Presiden, antara sisi hodoh budaya pembangkang ialah bila berhutang tak perlu dibayar, bila menerima tak perlu berterima kasih, bila berjanji tak perlu ditepati. Jika saudara-saudari ingat, dalam manifesto pembangkang dahulu, tercatat janji untuk memberikan bermacam-macam kebebasan kepada rakyat kalau mereka berkuasa, termasuk janji kebebasan media.

Namun, belum pun sempat mereka berkuasa, pembangkang telah awal-awal lagi memungkiri janji mereka. Hari ini, apabila ada akhbar yang mendedahkan kepincangan mereka, mereka bergegas ke mahkamah menyaman akhbar berkenaan. Jumlah saman bukannya sedikit. Misalnya, nilai saman mereka ke atas sebuah akhbar arus perdana sejak tahun 2008 mencecah 1 bilion ringgit. Dengan jumlah sebesar ini, pembangkang di negara kita mencipta rekod dunia mengemukakan jumlah saman yang paling besar kepada sebuah akhbar.

Mereka berharap akhbar-akhbar di negara kita tidak lagi berani mendedahkan hakikat kepincangan dan keburukan mereka. Selain itu, pembangkang juga menghalang akhbar-akhbar tertentu daripada membuat liputan di majlis-majlis yang dianjurkan oleh mereka, termasuk di sidang-sidang Dewan Undangan Negeri. Inilah sebenarnya taktik kotor pembangkang untuk menutup kepincangan dan membisukan pengkritik mereka.

Inilah wajah sebenar pembangkang. Apabila terkena batang hidung sendiri, mereka lupa janji, lupa diri, lupa segalanya. Lebih memalukan, mereka lupa bahawa merekalah yang menabur fitnah ke serata dunia bahawa mahkamah kita tidak adil, mahkamah kita berat sebelah, mahkamah kita zalim. Tetapi apabila terdesak, merekalah orang yang paling awal berkejar ke mahkamah untuk mendapatkan perlindungan. Sebenarnya mereka tahu bahawa mahkamah kita boleh memberikan keadilan kepada sesiapa sahaja termasuk mereka. Tetapi kerana niat jahat mereka untuk memberikan gambaran buruk tentang negara kita kepada masyarakat antarabangsa, mereka sanggup menabur fitnah.

Samalah juga dengan tindakan Ketua Pembangkang meminta campurtangan kerajaan asing untuk memastikan pilihanraya kita bersih, bebas dan adil. Dia hendak berbohong kepada dunia kononnya pilihanraya kita kotor. Inilah satu lagi pengkhianatan kepada negara. Semata-mata kerana dengki dan niat jahat terhadap kerajaan Barisan Nasional, dia tergamak meminta campurtangan asing dalam hal ehwal politik negara kita.

Bagi kita, ini hanyalah taktik kotor orang yang bermimpi untuk menawan Putrajaya, awal-awal lagi mengatakan pilihanraya di negara kita tidak adil. Barangkali dia pun sudah tahu bahawa pembangkang akan kalah dalam pilihanraya nanti. Jadi, lebih baik dibuat propaganda awal bahawa pilihanraya negara kita tidak adil, supaya apabila mereka kalah dalam pilihanraya, senanglah untuk mereka menuduh bahawa kita tidak berlaku adil kepada mereka. Senang jugalah untuk mereka berhimpun di jalan-jalan raya bagi menolak keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.

Kita fikir lebih baik Ketua Pembangkang menjemput wakil negara asing untuk memerhati pemilihan PKR. Kita hendak tengok apa komen pemerhati asing mengenai PKR. Bersihkah pemilihan PKR? Bebaskah pemilihan PKR? Adilkah pemilihan PKR? Demokratikkah PKR apabila Ketua Pembangkang mengangkat dirinya sendiri menjadi Ketua Umum parti tanpa melalui proses pemilihan? Malah jawatan itu pun tidak ada dalam Perlembagaan parti. Apakah sah kedudukan Ketua Pembangkang dalam partinya sendiri? Perkara seumpama itu hanya boleh berlaku dalam sebuah parti yang dikuasai oleh seorang diktator, bukan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi. Daripada Ketua Umum, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, parti itu ibarat Parti Keluarga dan Rakan-Rakan (PKR).

Kesemua ini tidak membayangkan mereka komited untuk melaksanakan janji demokrasi. Sudahlah komitmen kepada Islam semakin luntur, komitmen kepada demokrasi pun tidak ada. Bagi kita, parti-parti pembangkang tidak ada keabsahan moral untuk bercakap mengenai Islam atau demokrasi.

Demokrasi yang sebenar terlaksana apabila kerajaan mendengar rintihan, denyut nadi dan suara hati rakyat, apabila kerajaan melaksanakan dasar yang memenuhi aspirasi rakyat, apabila kerajaan membela nasib rakyat, apabila kerajaan menghapuskan ketidakadilan sosial yang mengancam perpaduan rakyat. Tiada maknanya demokrasi jika masih ada rakyat hidup melarat. Matlamat demokrasi tercapai apabila setiap rakyat dapat mengecap kehidupan yang sejahtera dalam negara yang makmur. Inilah yang diperjuangkan oleh UMNO untuk bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.
JAMINAN UMNO UNTUK BANGSA MELAYU

Saudara-saudari,

UMNO terus komited untuk membela bangsa Melayu. Usaha-usaha untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu diteruskan melalui insiatif-inisiatif yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Usahawan-usahawan Melayu dan Bumiputera akan terus diberikan peluang untuk mendapat manfaat limpahan ekonomi yang sedang pesat berkembang. Hari ini, dengan pelbagai inisiatif yang diambil oleh kerajaan menerusi agensi-agensi yang diwujudkan untuk memperkasa agenda Bumiputera, pegangan ekuiti Bumiputera telah meningkat dari 2 peratus pada tahun 1970 kepada 23.09 peratus pada tahun 2010, dengan nilai sebanyak 167.7 bilion ringgit. Ini adalah satu pencapaian yang menakjubkan bagi parti kita dan bangsa kita. InsyaAllah, dengan pelbagai usaha yang sedang dilaksanakan pada waktu ini, kita akan berjaya mencapai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang tahun 2020.

Begitu juga dengan perjuangan Islam. UMNO tidak pernah menggadai prinsip perjuangan Islam, malah sentiasa berusaha untuk memartabat dan meningkatkan syiar Islam. Sistem pendidikan Islam kita martabatkan, sistem undang-undang Islam kita pertahankan, sistem ekonomi Islam kita majukan. Hari ini dunia melihat Malaysia sebagai contoh negara Islam yang terbaik. Dengan kedudukan negara kita yang agak lebih ke hadapan berbanding negara-negara Islam yang lain, kita dapat pula membantu saudara Islam kita di seluruh dunia. Kita telah membantu saudara kita di Bosnia, di Gaza, di Myanmar dan di mana sahaja mereka memerlukan bantuan kita. Alhamdulillah, berkat kebijksanaan pimpinan negara kita, Malaysia baru sahaja membantu menyelesaikan konflik Bangsamoro di Filipina. Semua ini adalah hasil perjuangan UMNO untuk memartabatkan Islam.

Sepanjang 66 tahun UMNO memperjuangkan Melayu dan Islam, UMNO tidak pernah menganiaya mana-mana kaum. Inilah keadilan UMNO. Inilah kesaksamaan UMNO. Pejuang UMNO tidak perlu merasa berdosa dan bersalah berada di atas landasan perjuangan UMNO. UMNO berjanji untuk terus membela bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya. Justeru, UMNO akan terus mengangkat suara Melayu di samping tidak melupai agihan keadilan untuk kaum-kaum lain seperti yang dituntut oleh agama. Firman Allah s.w.t. dalam al-Qur’an:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ لِلَّهِ شُہَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِ‌ۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّڪُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْ‌ۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah Al Ma’idah, Ayat 8)

Saudara dan saudari yang berada di dalam Dewan Merdeka ini, dan juga yang sedang mengikuti ucapan saya di kaca-kaca televisyen, atau di corong-corong radio di luar sana, pak-pak haji yang baru pulang dari masjid, ibu-ibu yang sedang melayani anak-anak di rumah, pemandu-pemandu teksi yang sedang mencari rezeki di kota, para pekerja yang sedang berbakti kepada negara, para anggota keselamatan yang sedang menjaga keamanan kita, mahasiswa yang sedang mentelaah pelajaran di universiti, pemuda-pemuda yang sedang merenung masa hadapan, inilah komitmen UMNO dan Barisan Nasional, inilah janji UMNO dan Barisan Nasional. Kita sentiasa berusaha untuk mentransformasi negara, dan mensejahterakan rakyat tanpa perlu menggadai prinsip perjuangan yang murni. Inilah bezanya antara kita dan pembangkang. Tatkala pembangkang semakin terdesak untuk meraih undi dan merebut kuasa, mereka sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menggadai prinsip moral, maruah bangsa dan kesucian agama.

Renungkanlah saudara dan saudari. Tilik betul-betul apa yang dijaja oleh pembangkang dan apa yang dikota oleh UMNO dan Barisan Nasional. Walaupun pembangkang mempamerkan kepada kita bahawa merekalah yang akan membawa sinar kesejahteraan kepada rakyat, janganlah kita terpedaya. Sinar yang mereka janjikan itu ibarat kilauan sekeping kaca yang hanya menanti saat retak dan pecah berderai. Kita pasti rakyat yang matang lagi bijaksana dapat membezakan antara kepalsuan kaca dan ketulenan permata.

BERSAMA MELAKAR KEMENANGAN
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

Kita sedang berada di tengah pertarungan politik yang akan menentukan survival parti, masa depan bangsa dan kedudukan negara. Saudara-saudari yang berhimpun ini adalah lambang kekuatan perjuangan di tengah-tengah pertarungan ini. Dalam pusingan terakhir persiapan menghadapi pilihanraya, saudara-saudari di negeri, bahagian dan cawangan telah bekerja kuat untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya nanti. Sebagai Timbalan Presiden dan Pengarah Pilihanraya, saya amat menghargai kegigihan, kesungguhan dan pengorbanan saudara-saudari mencurahkan bakti kepada parti tanpa mengenal penat lelah. Percayalah, segala usaha yang dicurahkan oleh saudara-saudari, segala keringat yang menitis ke bumi, akan menyumbang kepada kemenangan UMNO dan Barisan Nasional. InsyaAllah.

Pertingkatkan gerakerja bagi memenangi pilihanraya. Sebagai barisan hadapan jentera parti, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pasukan tahan lasak parti. Bergeraklah ke serata pelusuk desa dan kota, harungilah lembah, sungai dan denai, dari Kangar hingga ke Semporna, julanglah panji perjuangan, insyaAllah kita akan mengarak obor kemenangan.

Gerakkan jentera di setiap peringkat. Pastikan mereka bersedia turun ke medan perang apabila semboyan dibunyikan. Atur strategi berkesan untuk menangi hati pengundi. Pujuklah mereka dengan penuh hikmah. Mudah-mudahan dengan izin Allah s.w.t., pintu-pintu hati mereka akan terbuka luas untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Ingatlah, bahawa perpaduan dalam parti adalah kunci utama kemenangan kita. Apabila kita memilih untuk berada di atas landasan perjuangan UMNO, kita bukan bekerja untuk diri kita, tetapi berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Perjuangan ini tidak boleh kita lakukan secara bersendirian. Kita memerlukan sokongan dan dokongan rakan-rakan seperjuangan. Bekerjalah dalam semangat kesatuan hati (wahdatul qalb), kesatuan fikiran (wahdatul fikr), kesatuan matlamat (wahdatul hadaf) dan kesatuan amal (wahdatul amal) untuk meneruskan agenda perjuangan parti yang suci.

Yakinlah bahawa kita berada di pihak yang benar. Matlamat UMNO mempertahankan Islam, membela nasib bangsa Melayu, memelihara kedaulatan negara dan mensejahterakan rakyat tanpa mengira kaum dan agama adalah perjuangan suci yang kita galas hingga ke saat ini. Dengan asakan pelbagai dakyah songsang yang merungkai asas-asas agama, yang mencabar maruah bangsa, yang mengancam kedaulatan negara, maka landasan perjuangan suci UMNO mesti kita perkukuhkan.

UMNO di bawah kepimpinan YAB Presiden selaku Perdana Menteri sedang menerajui transformasi yang besar untuk negara kita. UMNO telah merasai denyut nadi rakyat. Menerusi program transformasi kerajaan, ekonomi dan politik, sentuhan pembaharuan UMNO sedang dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Baik petani, nelayan dan pekebun kecil di desa, pemandu teksi dan peniaga di kota, golongan pekerja, profesional dan penjawat awam, kesatuan sekerja dan pertubuhan bukan kerajaan, remaja, belia dan mahasiswa, malahan golongan gelandangan dan kurang bernasib baik, semuanya sedang merasai sentuhan UMNO.

Kita akur bahawa transformasi adalah satu proses yang berterusan. Kita tahu bahawa masih banyak rintangan dan cabaran yang menanti. Walau apapun, demi menjamin masa depan Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera, marilah kita redah segala rintangan, kita harungi segala dugaan, kita atasi segala cabaran. Marilah kita berikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada YAB Presiden untuk memimpin parti dan negara. Marilah kita berikan sepenuh ketaatan kepada khalifah yang akan memimpin bala tentera kita. Firman Allah s.w.t dalam al-Qur’an al-karim:

أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ

Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (yakni orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.

(Surah Al-Nisa’, Ayat 56)


Kepada Wanita, teruskanlah, perhebatkanlah, semarakkanlah perjuangan menjalin rantaian sokongan. Sebarkanlah kasih sayang UMNO melalui Jalinan Rakyat, Skuad Sayang dan Salam Sayang. Maralah dengan merah yang menyala, tiuplah ia hingga menjadi obor yang menerangi jalan-jalan kemenangan. Wanita UMNO, engkaulah ibu, engkaulah pembimbing, engkaulah srikandi.

Kepada Pemuda, saudara-saudara lah hulubalang benteng hadapan yang akan mempertahankan Putrajaya. Gempurlah musuh kita. Pantang anak muda menyerah. Jangan biarkan walau setapak mereka melangkah. Turunilah ke setiap kota, desa dan lurah. Dekatilah generasi muda dengan hikmah.Berjuanglah dengan tabah. Adat bertarung menjunjung maruah. Membujur lalu melintang patah.
Kepada Puteri, permata yang bergemerlapan, sinarilah generasi muda dengan harapan dan keyakinan. Andalah yang memahami suara hati mereka. Rasailah denyut nadi mereka. Menangilah hati mereka. Bawalah mereka bersama kita dalam perjuangan murni melakari masa depan nusa dan bangsa.

Kita tidak gentar menghadapi cabaran zaman. Perteguhkanlah pendirian kita. Perkukuhkanlah tekad kita. Pertingkatkanlah kebijakasanaan kita. Kita mengajak rakyat tanpa mengira kaum dan agama, agar bersama-sama kita mempertahankan benteng negara daripada ditembusi oleh ideologi songsang, dakyah politik jahat dan budaya sesat yang dibawa oleh pembangkang. Marilah bersama-sama kita mendaulatkan maruah agama, bangsa dan negara. Marilah kita berdoa ke hadrat Allah s.w.t. agar kita diberikan kekuatan untuk menghadapi mihnah dan fitnah zaman. Marilah kita memohon pedoman dari Allah s.w.t. agar ditetapkan hati-hati kita untuk terus berada di landasan perjuangan yang suci ini. Marilah kita memohon hidayah dari Allah s.w.t. agar dilembutkan hati-hati kita untuk menerima seruan persaudaraan dan perpaduan. InsyaAllah pertolongan Allah sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalanNya.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Muhammad, Ayat 7:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ

Yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Pemuda adalah hulubalang UMNO, Wanita adalah srikandi UMNO, Puteri adalah permata UMNO. Ayuhlah hulubalang UMNO! Ayuhlah srikandi UMNO! Ayuhlah permata UMNO! Rapatkanlah saf perjuangan kita. Berjuanglah dengan penuh ikhlas dan yakin membela agama, bangsa dan negara. Bangkitlah menjulang panji perjuangan. Maralah ke medan perang. InsyaAllah, berkat kesungguhan kita berjuang, berkat kebijaksanaan rakyat membuat pilihan, UMNO dan Barisan Nasional akan melakar kemenangan! Marilah kita sama-sama menadah tangan merafakkan doa:

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah!

Jadikanlah perhimpunan ini perhimpunan yang dirahmati
Janganlah engkau leraikan hati kami dari mentaatiMu
Satukanlah hati-hati kami di jalanMu

Ya Allah Ya Tuhan Kami!
Terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami
Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri
Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai

Ya Allah
Bimbinglah kami di jalan yang lurus
Redhakanlah jalan perjuangan kami
Tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah

Ya Allah
Engkaulah Tuhan Rabbul Jalil
Engkau kurniakanlah ketabahan di setiap hati kami
Engkau kurniakanlah kekuatan di jiwa kami
Engkau perteguhkanlah daya juang kami

Dengan rahmatmu Ya Allah
Engkau kurniakanlah kemenangan buat kami
fai’za ‘azamta fatawakkal ‘alallah

Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2012.

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Posted in: Perhimpunan Agong UMNO

Thursday, October 18, 2012

Little Story about Perlis....

PAS KELUAR BN

Antara punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah di dalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.

Yang tidak diceritakan oleh PAS:
1.Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

2. Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3. Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4. Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.

5. Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6. Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

7. Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

8. Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9. Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.

10. Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11. Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.

12. Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

13. Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.

14. Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

15. Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.

16.Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

17. Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18. Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

Wednesday, October 17, 2012

Apalah,bila nak berbincangnya...

As not what the country can do for you as what you can do for your country. Rangkap tadi sesuai diunakan dalam keadaan Malaysia sekarang ini. Ramai orang politik sekarang ini berbicara tentang hal yang pelbagai. Minggu ini muncul satu isu iaitu isu sopan dan tulisan jawi di papan iklan.
Mula sekali kita perlu tahu bahawa negeri-negeri yang terdapat ramai melayu mereka ini masih mengamalkan budaya yang di pupuk sekian lama. Isu sopan itu mesti pada mereka, tetapi kepada yang baru menetap di negeri itu mereka tidak faham akan cara hidup mereka itu. Betullah kata pujangga iaitu masuk kandang kambing mengembik, jika kita tidak dapat mengikut cara hidup mereka maka adalah baik keluar atau cari tempat lain untuk menetap.
Ini bukan isu politik lagi apabila membincangkan soal sopan dan tulisan. Biarlah DAP Kedah menyatakan dia secara peribadi tidak setuju maka perlu Pas mentabiahkan dia supaya paham dimana bumi yang dia pijak,supaya dia pijak di bumi yang nyata. Kepada MCA juga mereka perlu faham akan situasi ini.Ini kerana telah banyak kemudahan dan keistimewaan telah diberikan terhadap kaum ini. Dari mengekalkan bahasa mereka sampailah mengekalkkan sekolah mereka itu. Bagilah satu negara yang mengamalkan gaya Malaysia dengan membenarkan segala jenis sekolah beroperasi.
Kepada Pas pula setelah menonton wacana perdana mereka itu dengan jemputan uztad Fathul dan Dr Ridhuan maka saya rasalah mereka ini dah terlalu taksub dengan parti mereka ini. Jika dulu ahli UMNO hanya berdiam diri bila ada dikalangan mereka berbicara tentang dasar parti mereka maka ahli UMNO juga perlu bercakap tentang dasar parti mereka, bukan untuk bertengkar tetapi untuk menyedarkan mereka tentang UMNO dan PAS itu melayu Islam.Mari duduk berbincang tentang masa depan. Dalam wacana itu saya perhatikan bahawa jika dibawa orang Pas ini berdialog di khalayak ramai maka hujah mereka itu tidak lain tidak bukan berkisar dengan orang di sekeliling mereka, betullah kata Dr Ridhuan bahawa big minds thinks about ideas,average minds think about events and SMALL MINDS thinks about people. Itulah dia SMALL minds apabila orang sorak tidak tentu pasal apabila panel sebut UMNO.Sedarlah ini hanya menjarakkan kita kepada jalan Islam.
Tulisan jawi dan iklan sopan perlu di perluaskan di seluruh negeri dalam Malaysia kerana ini merupakan tulisan Melayu,tidak seperti apa yang dikatakan oleh Namewee dalam Tokok nya dalam media sosial bahawa kita ini berbangga dengan mengikut orang lain,tiada jati diri. Tulisan jawi identiti Melayu Malaysia, bukan tulisan jawa. Orang begini memang menunjukkan sifat 'kematangan' dia,tiada kah orang yang boleh membidas dengan berani apa yang dikatakan oleh apek ini? Apa lagi isu mahu dia timbulkan lepas ini,freedom of speech perlu ada guideline jangan menyentuh budaya dan agama jika tidak faham.

Tuesday, October 16, 2012

Kena berfikir terbukalah bro bila berbincang....




Ahli panel bagus ,penonton tak berfikiran terbuka.Ada panel masukkan politik dia lupa topic asal. Dr Ridhuan Tee bagus tapi tidak dapat berucap,panel Pas tunjukkan dia tidak peka keadaan politik semasa,seperti katak bawah tempurung.

Tuesday, September 25, 2012

Jangan tukar tempoh persekolahan.

Tahun persekolahan merupakan satu tempoh dimana murid berkenaan menimba ilmu dan memahami erti kehidupan. Tempoh persekolahan yang sedia ada sampai sekarang juga menjadi sebagai pemampan kepada jumlah tenaga kerja di dalam Negara. Bukan untuk tidak menyokong usaha kerajaan untuk mengiktiraf mereka yang pandai di bangku sekolah tetapi banyak perkara akan timbul jika di pendekkan tahun persekolahan ini.
Perkara yang akan wujud ialah seperti lambakan tenaga kerja,ini adalah kerana sepatutnya murid berkenaan tamat pada 11 tahun tetapi telah di pendekkan tempohnya ke 9 tahun.Apabila ini berlaku ia akan mempengaruhi semua lapisan masyarakat bukan saja yang pintar tetapi yang kurang menyerlah juga terkena tempiasnya.Jika di lihat kepada tempoh seseorang itu berkerja di Malaysia yang sekarang ini rata-ratanya akan berhenti pada usia 60,maka sudah tentu ini akan menyebabkan lambakan tenaga kerja mahir dan tidak mahir.
Dengan ramainya golongan muda yang tidak berkerja maka akan timbul masalah lain seperti masalah sosial yang akan menjadi-jadi,masalah rompakan dan pelbagai lagi masalah akan tidak dapat di kawal jika kementerian tidak melihat perkara ini secara keseluruhan. Pada masa kini pun masalah seperti peluang perkerjaan kian sukar untuk diperolehi,bukan kerana tiada kerja tetapi kerja kosong yang sesuai dengan pemohon sukar untuk dicari pada zaman sekarang ini. Maka masalah akan kian bertambah jika golongan muda tidak mendapat kerja yang setimpal dengan kelulusan yang di perolehi. Ini merupakan satu perkara yag serius.
Kementerian pelajaran,Kementerian pengajian tinggi dan Kementerian sumber manusia perlu berbincang atas perkara ini jika dilaksanakan, kerana impaknya bukan saja atas segelintir murid tetapi atas masyarakat Ini adalah kerana makin hari makin ramai yang bijak pandai,keputusan peperiksaan sentiasa naik. Jika ini berlaku maka ramailah yang tamat tempoh pembelajaran mereka dalam tempoh yang singkat.Maka masalah seperti diatas akan timbul dan tidak dapat di bendung lagi.
Tidak dilupakan juga masalah beban kerja Guru juga akan bertambah-tambah kerana perlu membuat ujian khas untuk murid,jurang perbezaan ilmu juga akan lebih menyerlah diantara murid bandar dan luar bandar.

Monday, September 24, 2012

Suara hati...Tun M.

Tun M - Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

Thursday, September 20, 2012

.....

Untuk di fikirkan...

Ketuanan Melayu dalam erti kata Sultan dan Raja mestilah terdiri daripada orang Melayu sahaja, bukan konsep "tuan dan hamba" yang cuba diputar belitkan oleh Pakatan Rakyat.

Sekarang pun cakap-cakap mengenai penubuhan republik itu bukan lagi menjadi rahsia di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DAP.

Itu antara sebab kenapa Datuk Dr Hasan Ali dan NGO Jatinya memilih pendekatan IMR (Islam, Melayu & Raja) kerana beliau sedar dengan agenda jahat DAP semasa menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dulu.

Usaha yang bakal dilakukan begitu sistematik, bermula dengan mengikis sedikit demi sedikit hak Melayu dan Islam di negara ini. Sebab itu perkara-perkara berkaitan ibadah yang dulu boleh dilakukan di negara ini oleh umat Islam tanpa halangan, kini menjadi kesalahan di negeri atau kawasan yang dikuasai DAP. Antaranya tradisi bertakbir dari rumah ke rumah pada malam sambutan Hari Raya Aidilfitri, malah mengaji sebelum kedatangan Azan pun kini sudah menjadi satu ‘kesalahan’.

DAP tidak akan bising kalau tidur diganggu dengan bunyi letupan mercun setiap kali malam perayaan, tapi akan bising (malah membuat laporan polis) kalau pembesar suara masjid berhampiran mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebelum Azan atau jemaah bertakbir dari rumah ke rumah. Peliknya,parti yang majoriti dianggotai orang Melayu dan Islam PAS redha dengan semua tindakan DAP ini.

Paling jijik tentulah PAS, sanggup mencari ayat-ayat al-Quran yang boleh ditunggang terbalik untuk menyokong tindakan DAP itu.

Pakatan Rakyat terutama DAP tahu, selagi orang Melayu dan institusi Islam di negara ini kuat, selagi itulah sistem beraja ini tidak akan dapat disentuh. Maka itu mereka mengambil pendirian menyerang Melayu dan Islam untuk melemahkan yang di atas (sistem beraja).

Malang dan sedihnya, masih ada segelintir orang Islam dan Melayu sendiri yang bersekongkol dengan puak-puak ini tanpa menyedari mereka sendiri bakal menjadi mangsa penindasan jika penubuhan republik itu menjadi kenyataan.

Kalau ikut cakap memanglah semua akan nafikan tapi itu semua demi undi. Kalau sebut terus terang nanti, undi lari dengan sendiri.

Contohnya; PAP Singapura dan Malaysian Malaysia. Terang-terang konsep Malaysian Malaysia itu mengikis hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan tapi selamba Lim Kit Siang boleh kata DAP akan sokong perlembagaan persekutuan.

Logiknya, kalau nak bagi semua sama rata (Malaysian Malaysia), bagaimana pula dalam masa yang sama kekalkan hak keistimewaan Melayu??

Justeru, WAJIB semua orang Melayu dan Islam di negara ini bersama-sama dengan UMNO, Barisan Nasional dan NGO-NGO yang berjuang mempertahankan perlembagaan Malaysia dan institusi beraja/Islam di negara ini demi masa depan negara yang lebih baik.

Thursday, September 13, 2012

Sejarah Bendera Malaysia.

Sejarah Bendera Persekutuan Tanah Melayu


Bendera Persekutuan Tanah Melayu Semasa Dikibarkan di Bangunan United Nation

Merdeka, Merdeka, Merdeka ! - Tepat jam 12.00 malam 30 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor Bendera Union Jack diturunkan dan Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh kegemilangan, melambangkan kemerdekaan negara yang tercinta. Beribu-ribu rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa serta pejuang-pejuang kemerdekaan menyaksikan peristiwa tersebut dengan penuh rasa bangga.

Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Satu pertandingan Peringkat Kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga reka bentuk bendera dipilih ke peringkat akhir. Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Reka bentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga reka bentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pad 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilih reka bentuk ketiga. Reka bentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.

Reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council, the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:-

Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu dan Pegawai-Pegawai King George VI.


Sejarah Bendera Malaysia

Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.

Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Melaysia pada 16 September, 1963.

Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang pecah 14 itu membawa maksud keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Tuesday, September 4, 2012

Do they understand our FLAG?



Tidak terlewat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Malaysia yang tercinta ini. Dalam suasana Raya ini kita sekali lagi menyambutkan hari kemerdekaan kita dalam bulan Syawal ini.
Apa yang merosakkan mood Raya Merdeka kita ini ialah terdapat segelintir orang yang tidak menghargai kemerdekaan ini. Apa mereka ingat kemerdekaan ini mudah di perolehi. Jika mereka ingat Malaysia ini tidak cukup baik untuk mereka,di PERSILAKAN keluar dari negara ini. Ini barulah jelas hasrat hati yang terbuku lama apabila membaca tentang orang-orang yang berperangai seperti orang hutan.
Ada pula yang hendak menukarkan bendera jalur gemilang yang selama ini dikenali seluruh dunia.Kelakar apabila membaca kenapa mereka mahu menukarkannya.Merah putih itu ada dalam bendera kita, so itu bermaksud ia melambangkan NUSANTARA TANAH MELAYU. Kalau ada yang mengatakan bahawa bendera kita meniru bendera US maka mereka perlu melihat semua bendera di dunia.cua cari berapa negara di dunia yang mengunakan bendera macam Malaysia. Tiada satu pun yang di tiru,ya mungkin belang dan warna itu sama seperti US tetapi ia tetap lain dari semua negara di dunia.Tidak ada negara yang serupa berbelang seperti Malaysia dan US. Malah bendera Malaysia dan US turut berbeza dan mempunyai maksud yang berbeza. Jika di lihat bendera merah putih itu banyak negara yang menpunyai bendera yang sama,cuba pembaca cari. Saya telah lihat ada lebih dari 3 negara yang menggunakan warna dan bendera yang sama.
Jangan kita kita perjudikan kebebasan kita perolehi ini.Pikir-pikirkan lah apa yang terbaik. Saya sayangkan Malaysia saya perlulah berfikiran jangan mengikut perasaan. Tiada yang perfect,we try to live with what we have,and try to improve bukan jadi orang hutan. Seperti dalam cerita P.Ramli, kepala otak kamu berjambul.Itu kepada yang memijak gambar dan mereka bendera baru. Sekian.

Thursday, August 2, 2012

Tuesday, July 17, 2012

Topik rojak pasembur.


Apabila bercakap tentang perpaduan maka soal sekolah akan diutarakan kerana di sana merupakan tempat dimana murid-murid yang masih mentah berkumpul dan belajar. Tetapi dengan perbezaan sekolah dan berbagai ragam guru maka sekolah sudah menjadi satu negeri-negeri yang berlainan.Maka banak lah lagi perbezaan yang berlaku.
Di mulakan dengan perbezaan antara sekolah,kenapa di sekolah-sekolah kebangsaan dengan sekolah jenis kebangsaan cina perlu berlainan? Bukan ini memperkecilkan bangsa cina tetapi kenapa sistem pemarkahan mereka perlu berlainan dengan sekolah kebangsaan?Skema pemarkahan mereka rendah berbanding sekolah kebangsaan. Kenapa sekolah jenis kebangsaan tamil boleh ikut tetpa tidak jenis kebangsaan cina? Disini sudah nampak kepincangan diantara sekolah-sekolah.
Sesudah itu datang kembali isu yang kian meruncing di dalam sekolah iaitu keadaan guru yang di bebankan dengan berbagai kerja sampingan dan berbagai tugas.Ini belum lagi politik didalam bilik guru. Tetapi tugas-tugas ini telah membantutkan kelansungan pembelajaran murid-murid untuk menimba ilmu jika keadaan emosi dan fizikal guru terganggu. Jika mahu di berikan bonus untuk gaya hidup sihat jika tidak mengambil MC maka bonus untuk guru perlulah berganda-ganda, kerana beban tugan yang kadang-kadang tidak masuk akal di berikan dan mengharapkan guru berkenaan dapat memberikan 100%.
Guru sebagai seorang yang paling hampir dengan murid,apa yang diajar oleh guru maka akan diingati oleh muridnya sampai bila-bila. Oleh kerana itu perlulah seorang guru berfikiran tenang dan tidak mudah melakukan sesuatu yang tidak baik. Ini kerana jika guru itu tidak baik maka murid-murid yang dihasilkan nanti akan jadi tida baik.Ini bukan soal pelajaran yang diajar tetapi tingkah laku dan tindak tanduk guru berenaan di perhatikan oleh murid dan ditiru oleh mereka. Jika mahu generasi akan datang berbudi bahasa selain peranan ibu dan bapa di rumah untuk mendidik anak meeka perkara yang baik sama juga kepentingannya untuk guru bersikap baik. Seperti kata pepatah Inggeris kata 'walk the talk' jika guru mahu lihat generasi akan datang baik mereka perlu bersikap matang dan berubah sikap menjadi contoh yang baik kepada murid-murid. Perkara dihebatkan lagi jika sekolah itu sekolah Islam, perkara ini melalukan Islam,baik tukar sahaja nama sekolah kepada nama lain.
Maka akhir sekali untk menutup topik kali ini ialah kes murtad yang hangat dilaporkan didalam surat kabar hari ini. Prkara ini berlaku di Pulau Pinang. Pada pendapat saya perkara ini jangan libatkan politik. Kenapa dalam agama islam perlu di politikkan, tidak cukup dengan masalah yang dihadapi oleh melayu ketika ini dari luaran tetapi sekarang dalaman sudah pun parah. Jika perkara ini betul dan berlaku secara berluasa masa kita sebagai seorang Islam perlu berfikir secara matang untuk menyelesaikan masalah bersama-sama tanpa menghirakan fahaman politik dan tidak mencari kesalahan orang lain.Jika ini yang dilakukan maka tidak mustahil segala masalah yang sedang melanda dapat diselesaikan dengan mudah.....

Friday, June 29, 2012

Pemberian belum tentu di balas

(Sinar Harian 25 Jun 2012- Ridhuan Tee.

Semakin dekat tarikh pilihan raya, kemunculan ultra kiasu semakin ramai. Tuntutan demi tuntutan yang tidak munasabah semakin banyak dikemukakan. Sama ada logik atau tidak, berpaksi kepada undang-undang atau tidak, mengambil kira roh perlembagaan atau tidak, semua sudah tidak penting lagi. Strategi dan perancangan mesti dimuktamadkan. Tuntut dan desak seekstrem-ekstremnya. Dapatkan sebanyak yang mungkin. Kesempatan keemasan ini mungkin tidak datang dua kali. Sikap ultra kiasu sudah berjangkit kepada orang lain ibarat teori domino.

Malangnya, kita asyik melayan. Apa yang diberi akan menjadi precedence. Apabila sudah ada precedence, mudahlah segala kerja pada masa akan datang. Masalahnya, belum tentu segala yang diberikan akan dibalas. Saya amat bimbang, apabila segalanya telah diberikan, Barisan Nasional (BN) pun tumbang dalam pilihan raya. Selepas itu, Pakatan Rakyat (PR) pula memerintah. Sudah tentu PR akan memberi lebih banyak lagi, bagi mengekalkan kuasa.

Maka, tidak hairanlah jika ultra kiasu memberi lebih sedikit peruntukan kepada Islam dan institusi Islam di Pulau Pinang, berbanding zaman BN memerintah. Mereka terpaksa berpura-pura walaupun berat hati. Jika tidak, sudah tentu ultra kiasu tidak akan bertahan lama. Janganlah terlalu memuji bila mana ultra kiasu memberi bantuan kepada Islam. Mesti ada sebab musababnya.

Malangnya hari ini, kita asyik melepas tali, akhirnya, agenda ultra kiasu menjadi semakin ultra, manakala agenda pribumi dan Islam entah ke mana. Fenomena sebegini hanya berlaku di negara kita. Di negara lain, mereka akan tegas dengan memperkasakan agenda nasional berbanding bangsa.

Saya terpaksa menulis demi kebaikan bersama, dan masa depan umat Islam. Seperti yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir bahawa sikap dan undang-undang yang terlalu longgar akan membawa kepada pembentukan ekstremisme. Sikap ultra kiasu akan semakin menjadi-jadi.

Terbaharu, Parti Progresif Rakyat (PPP) mahukan semua orang India yang lahir selepas merdeka diberi taraf bumiputera. Manakala, Dewan Perniagaan India mahukan 10 peratus kontrak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) kerajaan diberikan kepada mereka. Persoalannya, siapakah yang akan mengalah? Pembaca sudah tentu ada jawapan.

Sebelum itu, presiden MIC mahukan 10 peratus kuota pelajar India di Matrikulasi. Sedangkan populasi orang India hanya 7 peratus. Ultra kiasu tidak pernah berputus asas. Perbincangan dengan Kementerian Pelajaran bagi meningkatkan bilangan pelajar mereka mengikuti pengajian peringkat matrikulasi, bagi membolehkan lebih ramai daripada kaum tersebut menuntut di institusi pengajian tinggi awam terus dilakukan. Jika mereka benar-benar layak, saya masih bersedap hati.

Dalam isu pendidikan pula, presiden MIC berkata sebanyak 35 buah sekolah Tamil yang terletak di ladang Sime Darby di seluruh negara akan sama ada dipindahkan ke kawasan lebih sesuai atau menyaksikan pembinaan blok baru. Selangor menyaksikan jumlah sekolah terbanyak iaitu sebanyak 14 buah, diikuti Johor (8 buah), Negeri Sembilan (empat), Kedah (tiga), Melaka (dua), Pahang (dua) dan Perak (dua). Mereka hanya mahukan satu, roboh mesti diganti. Yang sedia ada perlu diperbaharui dan ditambah? Isu sekolah ini turut dibawa bersekali dengan isu kuil kerana kedua-dua berada di tempat sama.

Peliknya, mereka menuntut sesuatu hak berasaskan kepada populasi atau bilangan. Kenapa dalam soal kuil tidak dihadkan kepada 7 sahaja mengikut keperluan. Lihatlah strategi mereka, yang lebih disenyapkan dan mahu ditambah lagi. Manakala, yang belum dapat, terus didesak agar diberikan.

Semua perkara ini seolah-olah telah dirancang dengan rapi, bezanya disuarakan oleh orang yang berlainan.

Lebih 70 peratus kekayaan ekonomi negara dikuasai oleh orang Cina dengan populasi mereka di sekitar 25 peratus. Jika semua dibuka kepada bukan Melayu, apa yang tinggal pada orang pribumi. Kenapa tidak dihadkan sahaja kepada 25 peratus. Selebihnya diberikan kepada yang lebih berhak. Inilah keunikan negara kita. Kita tidak mengamalkan dasar komunis. Tetapi kebebasan tanpa had atas nama demokrasi.

Begitu juga saya difahamkan orang kuat Air Asia mendapat lesen membina 20 sekolah antarabangsa (Sekolah Inggeris). Manakala orang Cina yang menuntut ditambah sekolah persendirian Cina tidak dibenarkan. Apa sebenarnya polisi atau pendirian kita? Isu kaum atau isu kelas? Saya semakin bercelaru melihat dan menganalisis pembentukan dan agenda negara Malaysia. Semuanya menjadi caca merba. Sekejap boleh, sekejap tidak boleh.

Jika inilah pembawaannya, sistem pendidikan kita tidak akan ke mana-mana. Menjeritlah sekuat mana sekalipun pejuang-pejuang bahasa. Kuasa mutlaknya bukan ditangan mereka. Tetapi di tangan ahli politik yang bertanggungjawab meluluskannya.

Terbaharu lagi, Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan Southern College yang dipunyai oleh NGO Cina kepada Kolej Universiti, yang asalnya dahulu adalah sekolah persendirian sahaja. Banyak yang sedang menunggu untuk mendapatkan status Kolej Universiti, terutama Kolej New Era, di Kajang dan Kolej Han Chiang, Pulau Pinang.

Boleh dikatakan semua kolej Cina yang wujud ini berasal dari sekolah persendirian Cina. Apabila sekolah persendirian ini telah bertapak, maka berlakukan evolusinya. Kini mereka mahu sekolah sebegini ditambah lagi.

Persoalan saya, apakah prasyaratnya? Bahasa apa yang akan digunakan? Sebenarnya, inilah yang dikatakan universiti merdeka. Kita melewatkan pembinaan sekolah persendirian Cina. Tetapi apakah bezanya dengan kolej swasta yang telah diluluskan kepada taraf kolej universiti? Kolej New Era, sepanjang kajian saya beroperasi 100 peratus kecinaan. Bahasa rasminya adalah bahasa ibunda.

Kolej sebegini hanya akan dipenuhi oleh satu bangsa sahaja. Melihat kepada nama dan papan tanda kolej ini jelas menunjukkan bahawa bahasa kebangsaan langsung tidak didaulatkan. Sepatutnya setiap papan tanda, apa jua tanda nama, hendaklah didahului dengan jawi, bahasa roman dan diikuti dengan tulisan ibunda. Namun, keadaan semuanya sudah menjadi caca merba. Salah siapakah semua ini berlaku? Saya amat keliru dan terus keliru.

Monday, May 28, 2012

Anwar tak mampu balas tuduhan Ummi depan-depan.

Wah terbongkar semua, nak kata fitnah kena depan-depan.Berani sungguh Ummi ini. Nak sokong apa lagi Anwar ini. Kalau dia tak buat mesti dia berani bantah atau berdemo di depan penyokong dia sendiri,ini diam. Hanya perkataan sial di keluarkan sebanyak 3 kali,lepas itu buat tak dengar.

Sunday, April 29, 2012

Bershit berjaya bodohkan Melayu.




SERAH TENGKUK

Agaknya
kalau Si Janggut masih hidup
habis diratap
perjuangan korban
bersudah untuk ini

Agaknya
kalau Si Adnan masih idup
menyesal dia
baik serah hidup-hidup
kalau korbannya
bersudah untuk ini

Agaknya
kalau Si Tuah masih hidup
malu nak mengaku melayu
malu nak diangkat martabat
Taming Sari terkulai
lembik

Bangga kita
makin bangkit, makin bertambah bodoh
tak payah dah belajar sejarah
takat kaji permukaan
dah puas hati

anak kecil
terus main api
terus terbakar tangan
sebab dok cari masalah
tak cari penyelesaian

BERSHIT 3.0 telah pun berlalu tetapi kesan selepas perhimpunan haram itu yang menjadi persoalan. Perhimpunan yang tidak dapat permit itu tidak mengendahkan undang-undang yang sedia ada. Bersih yang mempunyai 10 tuntutan yang di ketuai oleh Ambiga itu telah bertukar kepada perhimpunan haram yang jelas menunjukkan hasrat sebenar ambiga dalam mencapai apa yang di cita-citakan. Ini merupakan satu helah untuk menghuru-harakan negara. Tidakkah dia tahu bahawa rakyat Malaysia perlu ikut undang-undang untuk selesaikan masalah mereka? Jika tidak ikut mahu ikut undang-undang mana lagi?Undang-undang hutan? Yang lagi menariknya ambiga ini merupakan bekas presiden peguam negara.
Apa yang mendorong orang ini untuk melanggar undang-undang yang dia sendiri lawan untuk tegakkannya dulu? Mungkin sebab tidak dapat teruskan agendanya sendiri so dia memberontak. Berbalik kepada soal Bershit ini. Pihak mahkamah telah mengeluarkan arahan untuk tidak boleh mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka kerana ini merupakan tempat pelancongan dan di tengah sibuk bandaraya. Tidak mungkin mahkamah mengeluarkan arahan suka-suka. Sebagai jalan penyelesaian pihak DBKL telah beri tempat di stadium untuk penganjur tetapi tidak di terima. Ini bukan kali pertama perhimpunan pihak pembangkang di Malaysia, pernah satu ketika bila Pr memerintah Perak,mereka mengadapan himpunan di Stadium Perak. Persoalannya kenapa stadium di tolak ambiga?
Hairan apabila melihat kelibat perempuan dan wanita yang berpurdah ke perhimpunan haram. Jika zaman dahulu mereka yang berpurdah ini tidak dapat dilihat di tempat orang ramai kerana mereka menjaga peradaban mereka,itu dulu la.Sekarang ini sanggup berhimpit-himpit macam pergi haji tu dengan lelaki di anggap ok lah pada mereka, ini lah akiba agama di gunakan untuk politik.POlitik menghalalkan cara mereka. Perempuan sepatutnya lembut tetapi ternyata dunia dah berbeza dan maju mereka dah berani buat macam-macam dah,apa nak jadi. Malah ada di antara mereka yang menyuruh terbalikkan kereta polis. Kalaulah nak di jadikan cerita masa itu dia kena rogol ramai-ramai di sana siapa nak tolong ye? tidak ke POLIS juga kena tolong.tanya balik diri wahai perempuan jangan jadi bodoh dengan ikut saja apa orang cakap. Bila susah minta tolong polis kerana kata mereka itu tugas polis tapi jahanamkan harta benda dan menyusahkan orang ramai mesti tugas penunjuk perasaan ini termasuk wanita.
Jangan malukan agama Islam yang suci dengan melaungkan nama Allah atas perhimpunan haram yang dilakukan. Islam tidak pernah mengajak umatnya untuk menbuat kacau bilau. Berjayalah orang kafir dalam menjatuhkan Islam dari segala segi. Melayu sepatutnya pertahankan apa yang masih tinggal di tangan mereka. Selepas bershit ini dapat di simpulkan bahawa yang pergi perhimpunan haram dan melaungkan nama Allah tidak lah mahir tentang agama Islam, mereka golongan orang suka mengikut orang bodoh yang tidak mencerminkan agama Islam. Bersabar itu separuh dari iman tiada dalam kamus mereka. So jangan malukan nama Islam selepas ini.
Sia-sia perjuangan melayu dahulu kalau mereka dapat melihat apa yang terjadi hari ini, seperti nukilan di atas pasti berlaku jika mereka dapat melihat. Akhir sekali pihak berkuasa perlu mengeluarkan perintah tangkap kepada penganjur dan ahli pembangkang yang tidak mengikut undang-undang semalam kerana ini memberikan implikasi yang besar dan buruk jika tidak diambil tindakan,mungkin mereka akan lebih melampau lagi pada masa hadapan. Himpunan seperti ini perlu di benteras sehabisnya, malah saya terkejut dan setuju dengan Naib Pengerusi DAp yang membantah keras himpunan seperti ini, malah dia juga berkata bahawa keadaan akan menjadi tidak terkawal apabila orang ramai mula berhimpun, itu kenyataan dari pembangkang yang memikirkan pentingnya undang-undang dan keadaan aman di kekalkan. Diharapkan kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab. Melayu Malaysia makin berilmu maka perlulah gunakan sikit kepandaian itu untuk buktikan kita masih berotak dan pandai bertindak mengikut keadaan yang betul, bukan membabi-buta tanpa fikir panjang.

Tuesday, April 17, 2012

Bolehkah sejarah Melayu dipadamkan...?

Oleh: RIDHUAN TEE ABDULLAH
16 April 2012 (Sinar)


Setiap kali apabila isu pendidikan vernakular disentuh, saya diserang habis-habisan. Kedua ibu bapa saya, terutama ibu saya yang baru sahaja meninggal, dihina dan dikutuk, menggunakan perkataan amat lucah. PengIslaman saya pun dikeji. Perkataan khitan (bersunat) dipermainkan, hanya kerana saya tidak kulup lagi.

Sehingga Yang di-Pertuan Agong yang tidak bersalah pun dibabitkan sama. Lebih serius lagi, ada ugutan mencederakan saya. Jika di Singapura, tempat menjadi pujian dan pakatan ultra kiasu, sudah lama mereka ini dihumban ke dalam penjara. Tetapi di negara kita, begitulah keadaannya, ‘terlalu bertoleransi’ kerana takut hilang kuasa.

Persoalannya, di mana salah saya? Apakah yang dilontarkan itu tidak benar? Jika menyimpang, perbetulkan. Itu baru namanya, kita orang bertamadun. Bukannya menganggap diri bertamadun, tetapi berperlakuan amat hina, berfikiran dan bertindak seperti orang hilang akal.

Baiklah, jika masih tidak berpuas hati, saya akan ulangi apa telah ditulis sebelum ini. Buktikan kepada saya di manakah negara dalam dunia ini memberikan kebebasan mendapat pendidikan perkauman sebegini rupa? Tidakkah Malaysia adalah syurga kepada kaum selain Melayu dalam mengekalkan identiti dan jati dirinya?

Saya harap pihak berkuasa tidak akan tunduk demi masa depan negara tercinta ini. Jika kita tunduk, maka tergadailah maruah dan jati diri sebuah negara yang terletak di kepulauan Melayu. Jika harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, apakah mungkin Melayu mati, di mana tulangnya?

Sepuluh jari saya susun jika orang Melayu tersinggung dengan tulisan ini. Terimalah muhasabah ini dengan lapang dada, kerana ikatan agama kita teramat kuat daripada ikatan bangsa membuatkan saya berani bersuara.

Saya sudah tidak rasa diri berbangsa, kerana Islam mengajar saya, ALLAH tidak akan tanya di kubur nanti, apa bangsa kamu! Cina atau Melayu! Tetapi pertanyaan yang amat takut tidak dapat dijawab, walaupun soalannya telah bocor, adalah “siapakah Tuhan kamu”? “Apakah agama kamu”? dan sebagainya.

Saya tidak pernah diupah oleh Umno untuk menulis, mahupun menerima habuan pihak ketiga. Saya tidak akan bersuara, jika semuanya teratur dan berjalan dengan baik. Saya tidak mahu mencari masalah. Saya mahu hidup aman, bebas daripada kutukan, makian, hinaan dan cercaan orang lain.

Namun, apakan daya, selagi Islam dan umatnya tidak terangkat dan terdarjat, selagi itulah perjuangan tidak selesai. Ultra kiasu sudah menjadi terlalu kuat. Semakin terus menggunakan segala ruang dan peluang pada waktu kritikal ini, kerana mereka takut ia mungkin tidak datang lagi. Justeru, sekali lagi saya paparkan apa yang telah diberikan selama ini, bacalah saya tidak akan ulangi lagi.

Pertama, SJKC sebenarnya tidak boleh disentuh sejak kewujudannya. Kita hanya berjaya menyeragamkan silibus pelajaran daripada berkiblat negara asal kepada silibus kita. Itupun masih lagi dipersoalkan. Subjek Bahasa Melayu walaupun telah diseragamkan, tetapi teksnya tidak sama berbanding aliran kebangsaan. Bahasa Melayu di SJKC/T lebih mudah, berbanding sekolah kebangsaan. Penyeragamannya ditentang ultra kiasu kerana jika diberatkan Bahasa Melayu, penguasaan bahasa ibunda akan berkurang.

Kedua, cadangan penambahan waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Melayu di SJKC juga gagal. Cadangan kerajaan ditolak mentah-mentah. Alasannya, jika ditambahkan waktu P&P Bahasa Melayu, ia akan mengambil ruang masa subjek bahasa ibunda. Penguasaan bahasa ibunda akan terjejas.

Ketiga, cadangan P&P subjek sejarah (Malaysia Negaraku) di sekolah rendah, untuk meningkatkan semangat patriotisme, pun tidak berjaya. Jika subjek ini mahu diajarkan juga, mesti diajar dalam ibunda, bukannya dalam Bahasa Melayu, kerana akan menjejaskan penguasaan bahasa ibunda.

Keempat, kegagalan Sekolah Wawasan. Semua Sekolah Wawasan yang telah didirikan gagal untuk menarik perhatian orang Cina. Alasannya, percampuran dengan orang lain, akan mengurangkan penguasaan bahasa ibunda. Mereka mahu jadi secina cinanya.

Fikirkanlah wahai pemimpin sekalian. Benar, undi dan pengekalan kuasa penting, tetapi fikirkanlah kepentingan agenda membina negara. Saya tidak tidak pernah risau jika perkara ini berlaku di negara China, tetapi ingatlah kita berada di Malaysia, perkataan ‘Malay’ itu masih wujud, dengan sedikit penambahan perkataan ‘Sia’.

Jika tidak berlaku kemasukan Sabah dan Sarawak, negara ini akan terus kekal dengan nama Tanah Melayu. Bayangkan jika perkara ini terus berlaku, sedangkan namanya masih kekal Tanah Melayu. Bolehkah sejarah ‘Tanah Melayu’ dipadamkan begitu sahaja?