Tuesday, May 14, 2013

Adakah aku Rasis? Keputusan selepas PRU-13


Saya mulakan dengan ayat ini yang selalu orang melayu sebut. Di rumah Melayu ini orang lain hidup senang,tetapi dalam rumah orang lain belum tentu Melayu hidup senang. Melayu ialah satu bangsa yang tinggalnya di kepulauan Nusantara ini. Jika dilihat pada geografik keadaan negeri kepulauan Melayu,mereka sebenarnya pelaut.Ini di kuatkan dengan keadaan kebanyakkan negeri berada sekeliling laut. Melayu bukanlah satu bangsa yang lemah seperti mana banyak tomahan yang dilemparkan. Tetapi itu semua berubah ditelan zaman kerana Melayu bukannya malas tetapi mereka tidak dapat mengejar kepantasan zaman yang begitu laju kerana kebanyakkan bangsa melayu terkejut dengan keadaan yang berubah.
Bukan saya ingin melayu sentiasa di belakang,tetapi bangsa lain seharusnya tidak mengambil kesempatan ke atas ketidaksediaan melayu dalam zaman ini. Bila British membawa masuk ramai orang Cina dan India ke dalam Tanah Melayu, Melayu masih menerima mereka dengan terbuka walau terdapat ketidaksenangan hati di kalangan orang Melayu tetapi ini di bendung oleh British dan pembesar Melayu pada masa itu.
Ok sampai disini kelas sejarah,kita balik ke zaman sekarang ramai orang muda tidak tahu sejarah,tetapi mereka lebih teruk dari itu iaitu menafika sejarah. Mereka dengan bangga mengatakan jika mereka di panggil pendatang mereka akan marah. Disini kita perlu tahu dan terima asal usul kita. Jika dilihat kepada PRU kali ini kaum Cina rata-ratanya menolak melayu,ya bukan semua tempat tetapi tempat yang sedang mendapat banyak faedah seperti di Johor dan Melaka. Melayu terkilan dengan sikap yang ditunjukkan oleh kaum Cina yang mana telah di pujuk oleh parti roketuntuk menyokong mereka yang kononnya memerangi rasuah.
Sebenarnya Malaysia ialah Persekutuan Tanah Melayu. Dimana melayu telah membenarkan bangsa lain tinggal didalamnya. Melayu ini baik hati tetapi jangan di uji kesabaran mereka. Saya juga mempunyai ramai kawan bangsa Cina,malah saya juga pernah ada kekasih/buah hati yang berbangsa cina satu ketika dulu. Dimana kami hormat-menghormati. Apa yang mengingatkan saya tentang dia ialah, pada satu petang saya pulang ke bilik dan tidur,disebabkan bilik saya dibawah sekali amat mudahlah orang singgah ke bilik saya. Pada masa berkenaan,perempuan cina ini mengetuk tingkap bilik saya serta merta mengejutkan saya dengan bunyi hentakkan pada tingkap. Bila di buka tingkap dai mengatakan "jangan tidur masa Asar,kerana akan mewarisi kegilaan nenek moyang". Saya terus bangun dan terus menunaikan solat. Wah itu menunjukkan betapa fahamnya dia ini terhadap Melayu dan Islam. Di pendekkan cerita disebabkan saya tidak berani menyatakan isi hati saya lalu kami berpisah membawa haluan masing-masing selepas belajar.
Ya saya rasis tetapi bukann cauvanis. Saya rasis kerana ini Tanah Melayu. Sama seperti bangsa lain di Asia yang tebal sikap kenegaraannya. Kita bukan BArat ,kaitan kita dengan mereka amat sedikit. Parti roket menampakkan dirinya seperti memperjuangkan demokrasi tetapi 13 Mei ialah angkara siapa? walau mereka sangkal, kita tahu siapa kita tahu mereka cina cauvanis ini penyebabnya.
Jika di lihat kepada keputusan PrU juga nampaknya kaum cina bagai tidak mensyukuri apa yang diperolehi. Melayu terkilan dengan sikap pengundi muda cina. Jika ditanya uncle-uncle cina mereka rata-rata menyokong BN,kerana cintakan keamanan dan mereka tau asal usul mereka dan berterima kasih untuk itu kerana mereka tahu mereka bertuah berada di Rumah Melayu ini. Tuntutan seperti sekolah,peruntukan dan macam-macam lagi telah orang melayu korbankan untuk mereka. Bukan banyak yang mereka mahu,tetapi sokongan untuk melayu diperlukan.
Jika kita ambil contoh memohon perkerjaan di syarikat cina, jika calon melayu dan calon cina datang maka calon cina itu akan dapat kerja. Dan jika kedua-duanya diterima berkerja,maka gaji mereka mesti berbeza di mana calon melayu berkenaan mendapat gaji lebih kecil dari calon cina itu. Persoalannya adakah melayu marah? ya mereka marah tetapi melayu memikirkan masa depan mereka. Jika tidak berkerja mana mahu cari duit, dengan itu mereka pendam. Orang cina yang nampak perkara ini memberi peluang kepada orang melayu untuk memegang jawatan tinggi dalam syarikat mereka. Amat berbeza jika di lihat orang yang bersyukur berada disini dengan orang yang tidak bersyukur dan tidak memahami sejarah menjadi rakyat Malaysia...

No comments: