Friday, May 3, 2013

Jom sembang politik kembali...

Ada orang kata politik itu tidak akan berubah kalau pembangkang ambil negara...ada kata politik tidak penting tidak kisah siapa yang menang kita tetap akan jadi majoriti dan mentadbir Malaysia ini. Ada ketika kita dibuatkan faham tentang perkara yang tidak betul dan perkara yang tiada untuk mencapai sesuatu yang tidak pasti.
Perkara ini dapat dilihat dengan ada pihak yang sekian lama menabur cerita contohnya cerita Malaysian Malaysia dan agama sama rata dan lain-lain lagi cerita. Mari kita ambil cerita mereka sebahagiannya untuk di buat kajian. Jika dilihat dengan lebih dekat dahulu mereka ini pembangkang merupakan dua,tiga parti yang bergabung untuk menumpaskan BN dari zaman dahulu lagi. Mereka bermula dengan jom sama-sama menjatuhkan BN, Lepas itu mereka membuat jalinan,ikatan,lepas itu satu tujuan selepas itu datang pula barisan alternative,pakatan rakyat dan sekarang pakatan harapan rakyat. Apa yang mahu diharapkan jika mereka ini berkuasa? Itu tidak perlu saya perjelaskan kerana terdapat kartun untuk menjelaskan apa yang mereka nak cakap kosong ini. Tergelak apa bila membaca mahu beri percuma rawatan kelas ke-2 dalam hospital awam. Kelas ke-3 kita ialah antara termurah di dunia ini nak percuma wad kelas ke-2,lepas ini marilah semua rakyat Malaysia kita tinggal di hospital jika kita mahu kemana-mana jalan makan angin kerana Hospital kerajaan ada di semua tempat. Ini satu perkara yang tidak dapat di fikirkan dengan apa mahu di bayar kos penyelengaraan hospital berkenaan,ooo ini mesti cukai di naikkan.
Bila cakap tentang pertukaran kuasa mereka yang tidak berapa faham tantang bagaimana Malaysia sebenarnya bercakap dengan mudah mahu memberi peluang kepada perkara yang belum pasti,mungkin ini lah mereka yang mahu mencuba atau mempertaruhkan masa depan anak-anak mereka dalam perkara yang tidak pasti. Jika perkara asas ini pun mereka tidak dapat membuat keputusan bagaimana mahu putuskan masalah yang lebih rumit. Siapa saja yang mentadbir Malaysia mereka akan berdepan dengan satu situasi dimana komposisi kaum amat penting dalam merancang pembangunan negara. Dengan dunia makin komplex jika tidak mempunyai pengalaman yang luas maka negara didalam keadaan yang merbahaya. Jika mahu kita perjudikan masa depan kita maka kita akan membuat keputusan yang tidak logik dan mengikut perasaan. Ada juga saya terbaca post dari Malaysian dari luar negara yang mahukan diberi peluang untuk tukar kerajaan,adakan orang berkenaan tidak mengambil iktibar dari 5 negari yang di beri peluang kepada pembangkang? dalam masa yang sama Pulau Pinang yang dikatakan gah itu sebenarnya telah melepaskan equiti negeri berkenaan kepada kerajaan pusat untuk di uruskan,disitu maka memanglah hutang negeri berkurangan,itu budak tadika pun boleh buat,buat hutang bagi bapa bayar.
Berbalik kepada insan di luar negara berkenaan, sebenarnya mereka tidak menjiwai rakyat Malaysia,mereka di sana bercakap tetang sesuatu yang jauh lain dari kita di sini, saya tidak lah orang putih tetapi ada pepatah orang putih yang berbunyi sedemikian, 'compare an Apple with an Apple'. So tolonglah cari negara yang sama dengan Malaysia,maka ini saya katakan tiada negara sama dengan Malaysia. Ada ketika bersembang dengan orang kampung di Perlis mereka bercakap bahawa mereka di luar sana bukan tau pun susah kita,mungkin ada tapi bukan semua.Yang nak tukar tu bukan depa tau harapan kami,itu kata mereka. Ada betulnya kata mereka itu. Jika nak disamakan Malaysia dengan negara lain maka perlulah Malaysian bersama-sama membantu membangunkan rakyat Malaysia secara seluruhnya,bukan hanya mengikut kaum,satu kaum bagi saja lagi satu kaum ambil dan memperoleh keuntungan. Satu lagi contoh di Terengganu apabila main testing kerajaan maka ada perkara yang di ubah tidak boleh di ubah lagi, diharapkan ornag yang berada di luar sana fahami dulu rakyat Malaysia,jangan salah tafsir apa yang saya katakan ini,mungkin ada yang dari kampung mereka rasa apa yabng pakcik dan makcik cakap di kampung,tetapi ramai yang terikut dengan rentak negara luar yang tidak sama dengan Malaysia yang rata-ratanya mereka ini orang berada.
Akhir sekali manisfesto dan Aku janji BN,pada pandangan saya ini boleh di jelaskan dengan mudah di mana Manifesto Pr ini hanya cakap kosong bukan janji seperti apa yang mereka cakap dahulu di Selangor. Akujanji BN lebih jelas dan ada yang sedang di jalankan pada masa sekarang maka jelaslah BN lebih baik dan mengkotakan janji dari PR. Itu belum lagi sentuh perkara-perkara lain yang banyak mengikut perasaan seperti menghapuskan TOL,hapus tu memang lah senang tapi pernahkah kita fikir mana mahu dilonggokkan semua mereka yang berkerja di PLUS? Sekarang ini mereka yang berkerja di PLUS mesti berdoa untuk menyelamatkan kerja mereka kerana itu merupakan periuk nasi mereka. Sampai sini dulu....

No comments: