Wednesday, February 16, 2011

Jalan yang beronak.....

Tertarik saya untuk memberi pendangan saya terhadap jalan-jalan di serata KL dan khususnya Kawasan Serdang ke Bukit Jalil. Apa yang saya dapati ialah penggunaan jalan disana boleh dikatakan telah mencapai tahap optimum dan seperti diserata KL jalan raya selalu sibuk pada masa puncak. Apa yang menyedihkan ialah keadaan jalanraya berkenaan, dimana lubang disana-sini menyakitkan mata yang memandang apa kan lagi terpaksa melalui jalan berkenaan setiap hari.
Pada tahun 90-an Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rangkaian jalan raya yang amat baik keadaannya dan diantara yang tercantik didunia. Mungkin disebabkan konsesi jalan raya banyak tumbuh bagai cendawan jalan-jalan utama yang dahulunya menghubungkan jalan-jalan penting sekarang telah jadi jalan kampung dan dibiarkan. Keadaan jalan berkenaan dahulunya baik dan selalu dijaga sekarang ini tidak diendahkan.
Pada pendapat saya,jika jalan tidak dijaga dengan baik ini akan menyumbang kepada kemalangan jalan raya yang tidak sudah-sudah. Ini kerana pemandu berkenaan ingin mengelak lubang atau jalan yang tidak rata yang mana rupanya hampir sama dengan kolam ikan dan ini diburukkan lagi dengan lorong jalan raya yang sempit. Adakah rancangan telah dibuat dahulu (di bukit jalil). Bukit Jalil ialah mercu tanda sukan di negara kita kenapakah perkara ini berlaku, malah Bukit Jalil juga menempatkan Persatuan bolasepak Asia.
Jangan kita tunggu sehingga perkara menjadi teruk baru mahu bertindak. Pengamatan saya mendapati warga KL amat pentingkan masa,dan jika jalan tidak diturap selalu maka banak implikasi akan timbul dari masalah yang boleh diselesaikan. Malah saya yakin di serata KL juga terdapat kawasan-kawasan dimana jalan rayanya tidak memuaskan. Apa yang boleh disampaikan ialah diharapkan warga kota berhati-hati menggunakan jalan yang beronak duri.

1 comment:

corona said...

hahaha... bro tu lah realiti kat KL... awak bawak kereta kebal baru selesa...kalau org potong ko.. kasi tembak dgn meriam 125mm kat kereta depan....

ok la enough of this crap... jalan KL mmg tak dapat nak maintain.. cost of maintenance dah boleh buat negara bankrap.. ini adalah kerana banyak sangat tiris... tak kira la sapa2.. pasal audit tak strong enough. duit tol ajer dah pergi kemana-mana.. lesap hilang macam asap rokok...