Monday, February 14, 2011

Sabar bukan ikhlas...


Selamat menyambut Maulidul Rasul. Dalam kita memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi dan Rasul Muhammad S.A.W. kita perlu berfikir tentang cinta kita kepada Nabi kita. Kenapa saya melontarkan penyataan berikut ialah kerana kita perlu lihat bertapa dalamnya cinta Nabi terhadap kita ini, dan adakah kita mempunyai cinta yang dalam terhadap Nabi kita?
Disini bukan saya mahu jadi ahli agama, cuma apa yang saya mahu utarakan ialah dimana letaknya cintakan agama, bangsa dan seterusnya negara. Malah Nabi pada saat - saat akhir hayatnya baginda masih menangis mengenangkan kaumnya pada masa hadapan. Kenapa kita tidak mempunyai perasaan begitu terhadap saudara seagama kita dan seterusnya kepada bangsa-bangsa lain. Mungkin kita telah terlupa terhadap prinsip asas agama Islam itu sendiri. Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa saya ini telah bertukar angin dan sekarang ini mahu bercakap tentang agama, saya sebenarnya risau lagi sedih melihat bangsa saya sendiri tidak mahu berbaik dan bersatu. Itu tetap perjuangan yang telah saya laungkan selama ini. Apa yang betul saya akan puji malah jika yang salah saya akan memberi komen yang membina.
Semperna Maulidul Rasul saya mengajak rakan-rakan saya untuk memajukan diri bersama-sama dengan bangsa lain untuk memajukan negara tercinta kita ini. Hilangkan perasaan hasad dengki dan bersama-sama memajukan diri. Insiden robohkan kedai di Pulau Pinang yang sedang hebat melanda peniaga sekarang ini perlukan pembelaan dari pihak yang sepatutnya. Jika mahu robohkan kedai-kedai mereka, maka mereka perlu merobohkan kedai-kedai haram yang merata-rata tempat di Pulau Pinang. Kerajaan Pulau Pinang tidak boleh dengan senang hati menunding jari kepada orang lain atas sikap diskriminasi yang di amalkan oleh mereka selama ini. Orang Melayu khasnya perlu membuka mata seluas-luasnya dan melihat ini sebagai suatu perkara yang serius ini kerana perkara ini melibatkan ekonomi orang Melayu. Malah di Pulau Pinang sekarang ini telah mengeluarkan risalah tentang dongeng Balik Pulau. perkara ini perlu dipandang serius oleh orang Melayu, dimana sejarah sebenar orang Melayu di Pulau Pinang sedang di putar belit dan masa akan datang sejarah yang sebenar mungkin tidak akan diketahui oleh generasi akan datang. Mungkin itulah agenda orang yang mencetak risalah berkenaan, walau apa pun alasan risalah itu dikeluarkan diharapkan kerajaan pusat dapat melihat perkara ini dengan serius.
Melayu juga perlu mengubah mentaliti untuk memajukan diri. Malah Nabi junjungan besar kita juga pernah meriwayatkan bahawa umat Islam perlu kejar akhirat dan juga tidak melupakan dunia. Terdapat beberapa komen yang menyatakan saya pro kerajaan, disini saya perlu jelaskan bahawa saya sokong 100% apa yang dilakukan oleh kerajaan dan kerajaan dibawah pimpinan PM kita, saya berasakan beliau sedang melakukan kerja yang baik dan perlu diberi pengiktirfan kepada beliau dan parti UMNO juga sedang mengalami perubahan yang saya rasa amat bersesuaian dengan era kini. Manusia biarlah siapa pun dia perlukan pujian,itu lumrah kehidupan.

1 comment:

corona said...

Saya faham apa yang hendak dikatakan oleh en. hisham. Ada perkara yang saya setuju dan juga tidak setuju dengan pandangan beliau. Kerajaan dan pembangkang hendak mengkritik janganlah sampai melampau sangat. Harap kedua-dua pihak jangan keluarkan isu yang bukan-bukan. Satu lagi keadaan politik di Malaysia agak memualkan kerana banyak pihak ingin menjadi jaguh siapa yang hebat. Saya sebagai pemerhati dan anarkis berasa agak kurang senang jika tiada pihak yang ingin memperjuangkan pembangunan negara. Saya harap agar kita jangan bersangka buruk apabila kerajaan atau pembangkang membuat perkara yang elok dan murni untuk rakyat Malaysia. Sebagai penutup kurang-kurangkan politiking di Malaysia sini. Negara jiran makin lama makin maju, kita disini jadi lambat pasal bergaduh terhadap benda yang remeh-temeh..