Wednesday, February 2, 2011

Mereka maju kehadapan....


Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pembaca blog saya. Topik hari ini akan membuatkan kita berfikir akan kejayaan kita harapnya.
Telah banyak kita dengar tentang kepandaian orang luar terutamanya orang kulit putih, tapi hakikatnya banyak kajian dan penemuan baru telah dipelopori oleh orang dan warga Malaysia. Apa yang peliknya ialah kenapa orang kita tidak mengiktiraf produk dan idea warga Malaysia. Kebanyakkan dari mereka ini boleh memasarkan barangan mereka diluar negara tetapi bukan di Malaysia. Persepsi masyarakat terhadap keluaran barangan Malaysia ialah begitu rendah sekali. Kerajaan berusaha untuk mengangkat martabat barangan Malaysia dengan pelbagai cara, tetapi hasilnya tetap suram. Apa yang menariknya kebanyakkan kita berkata mahu untuk memajukan produk dan menyokong keluaran barangan negara kita, tetapi hakikatnya tidak ramai yang beli dan menyokong barangan keluaran negara kita.
Jika kita tidak membeli barangan keluaran negara kita, bagaimana kita mahu memajukan produk keluaran negara kita dengan memberi feedback yang boleh memantapkan barangan negara kita. Mungkin disebabkan demikianlah ramai cerdik pandai negara kita berhijrah dan berkerja di luar negara dan mendapat pengiktirafan disana sini tetapi tidak di Malaysia. Sepatutnya ini tidak berlaku. Mungkin kita diracuni oleh orang luar yang membuat persepsi bahawa semua keluaran negara kita tidak bagus.
Apa yang penting ialah kita perlu membuat kajian sebelum membuat kesimpulan bahawa barangan keluaran negara kita itu bagus atau tidak, dengan ini kita dapat membantu pendapatan negara supaya tidak keluar. Jika kita mendapati barangan kita beli itu tidak bagus kita boleh memberi cadangan untuk meningkatkan barangan tersebut dan seterusnya menjadikan kita maju kehadapan.

2 comments:

Anonymous said...

berdasarkan pemerhatian saya selama mengikuti blog ini, nampaknya boleh dipendekkan yang encik sham memang pro kerajaan..dibutakan mata drpd melihat realiti sebenar di malaysia..

Unknown said...

Apa yang penting ialah pendapatnya telah diterjemahkan didalam blognya. Ada yang keji dan ada yang puji lumrah hidup.