Monday, July 26, 2010

Proton kereta ku.


Minggu ini topik yang diberi perhatian ialah kereta jenama tempatan. Jenama yang sepatutnya menjadi kebanggaan setiap rakyat Malaysia jika hendak memiliki sebuah kereta persedirian.
Apa yang menarik ialah kereta yang sepatutnya memberikan perkhidmatan yang baik dan memuaskan tidak dapat dilaksanakan. Jangan disentuh tentang keadaan kereta tersebut, tetapi kali ini saya hanya melihat kepada perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dan pengguna seperti saya. Apabila seseorang itu membuat pesanan untuk membeli atau nama lainnya 'booking', pelanggan seperti saya perlu membayar sejumlah wang untuk membuat 'booking' ini, kononnya dengan ini kereta akan ditempah untuk sekian waktu dan akan diterima secepat mungkin. Selepas itu bermulalah adegan tandatangan itu dan ini, yang mana mengalahkan menteri. Setelah selesai pelanggan hanya menunggu kereta untuk dibawa pulang. Itulah yang sepatutnya berlaku apabila membeli kereta. Tetapi terdapat juga beberapa kes-kes tertentu dimana kereta yang telah menjalani segala proses diatas malah telah mendapat no plat kenderaan tetapi kereta masih belum diterima oleh pemilik.
Apa yang menghairankan saya ialah apabila membuat penggilan kepada ibupejabat Proton, dengan nada biasa operator berkenaan menyatakan bahawa ini adalah masalah pertama dimana mereka terlepas pandang. Ditanya jika ada sesuatu yang boleh diberi sebagai ganti rugi kerana cukai jalan dan insuran sekarang sedang 'jalan' sedangkan kereta belum diterima lagi. Sekali lagi dengan nada biasa jawapan yang diberi ialah tiada, hanya penjelasan diberikan. Jika kita bandingkan dengan cara kereta lain berniaga, keutamaan diberikan kepada pelanggan, jika ikut dasar pandang ke timur juga menyatakan bahawa pelanggan ialah Raja. Jika terjadi kepada syarikat kereta lain, bukan saja dapat ganti rugi malah menerima sesuatu dari syarikat kerana masih setia ingin memiliki kereta dari mereka.
Apa yang saya mahu tekan kan ialah jika kita mahukan kenderaan kita dijual dengan laris, dengan itu kita perlu lihat kepada kelemahan syrikat kereta kita dan cuba untuk memperbetulkan tanpa tunggu sehingga seseorang memasukkan cerita demikian kedalam blog. Pengguna perlu diutamakan walau apapun keadaan, itu berniaga seperti orang Jepun dan orang cina.
Benda-benda seperti ini perlu dititik beratkan jika mahu bersaing dengan kereta keluaran lain. Bukannya mengharapkan pemberian dari syarikat berkenaan tetapi hanya sikap tanggungjawab kepada pelanggan yang akan menarik minat untuk membeli kereta keluaran Malaysia. Saya yakin rakyat Malaysia akan membeli kereta tempatan dari kereta keluaran asing jika dibuat perubahan dari segi perkhidmatan yang diberikan. Saya sokong barangan Malaysia sebab itulah teguran ini dilakukan kerana amat perihatin terhadap keadaan yang sedang syarikat kereta pertama Malaysia ini.

No comments: