Thursday, February 17, 2011

Just for a break......Its batu gajah my friends.


A Castle long in the making....

It was intended to be the hub of social life for the area's wealthy colonial planters and administrators. A grand mansion with a six-storey tower, wine cellar, stately columns. Moorish arches and walls embellished with Greco-Roman designs. There was to be a rooftop courtyard for parties and even an elevator, the first of its kind in the country. But the building was never to be completed. Work halted in December 1926 with the sudden demise of its owner, William Kellie-Smith. The estate on which it was situated was sold and the unfinished mansion soon surrendered itself once to the jungle.

Today, the rediscovered mansion, popularly known as Kellie's Castle, still stands, having survived the ravages of time. It reflects the pioneering spirit of the early colonialists and the romanticism of a bygone era. Who was Smith and what prompted him to construct this palatial building?

Born in Dallas, North-Eastern Scotland to a farmer and his wife on March 1, 1870, William Kellie-Smith travelled to Malaysia, then Malaya, at the tender age of 20 to seek his fortune. Kellie was his mother's maiden name. Smith was engaged by an estate owner named Alma Baker to help in the construction of public roads in South Perak. With this share of the profits from the venture, he bought 1,000 acres of jungle land in the Kinta District, and cleared it to plant rubber.

He later named the estate Kinta Kellas, after his home farm, Easter Kellas.

In 1909, Smith built his first mansion, Kellas House - a symbol of his prospering rubber estate venture. Five years later, with a birth of a son and heir, Smith laid the foundation stone to the second mansion that proved to be his ultimate folly.

Wednesday, February 16, 2011

Jalan yang beronak.....

Tertarik saya untuk memberi pendangan saya terhadap jalan-jalan di serata KL dan khususnya Kawasan Serdang ke Bukit Jalil. Apa yang saya dapati ialah penggunaan jalan disana boleh dikatakan telah mencapai tahap optimum dan seperti diserata KL jalan raya selalu sibuk pada masa puncak. Apa yang menyedihkan ialah keadaan jalanraya berkenaan, dimana lubang disana-sini menyakitkan mata yang memandang apa kan lagi terpaksa melalui jalan berkenaan setiap hari.
Pada tahun 90-an Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rangkaian jalan raya yang amat baik keadaannya dan diantara yang tercantik didunia. Mungkin disebabkan konsesi jalan raya banyak tumbuh bagai cendawan jalan-jalan utama yang dahulunya menghubungkan jalan-jalan penting sekarang telah jadi jalan kampung dan dibiarkan. Keadaan jalan berkenaan dahulunya baik dan selalu dijaga sekarang ini tidak diendahkan.
Pada pendapat saya,jika jalan tidak dijaga dengan baik ini akan menyumbang kepada kemalangan jalan raya yang tidak sudah-sudah. Ini kerana pemandu berkenaan ingin mengelak lubang atau jalan yang tidak rata yang mana rupanya hampir sama dengan kolam ikan dan ini diburukkan lagi dengan lorong jalan raya yang sempit. Adakah rancangan telah dibuat dahulu (di bukit jalil). Bukit Jalil ialah mercu tanda sukan di negara kita kenapakah perkara ini berlaku, malah Bukit Jalil juga menempatkan Persatuan bolasepak Asia.
Jangan kita tunggu sehingga perkara menjadi teruk baru mahu bertindak. Pengamatan saya mendapati warga KL amat pentingkan masa,dan jika jalan tidak diturap selalu maka banak implikasi akan timbul dari masalah yang boleh diselesaikan. Malah saya yakin di serata KL juga terdapat kawasan-kawasan dimana jalan rayanya tidak memuaskan. Apa yang boleh disampaikan ialah diharapkan warga kota berhati-hati menggunakan jalan yang beronak duri.

Monday, February 14, 2011

Sabar bukan ikhlas...


Selamat menyambut Maulidul Rasul. Dalam kita memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi dan Rasul Muhammad S.A.W. kita perlu berfikir tentang cinta kita kepada Nabi kita. Kenapa saya melontarkan penyataan berikut ialah kerana kita perlu lihat bertapa dalamnya cinta Nabi terhadap kita ini, dan adakah kita mempunyai cinta yang dalam terhadap Nabi kita?
Disini bukan saya mahu jadi ahli agama, cuma apa yang saya mahu utarakan ialah dimana letaknya cintakan agama, bangsa dan seterusnya negara. Malah Nabi pada saat - saat akhir hayatnya baginda masih menangis mengenangkan kaumnya pada masa hadapan. Kenapa kita tidak mempunyai perasaan begitu terhadap saudara seagama kita dan seterusnya kepada bangsa-bangsa lain. Mungkin kita telah terlupa terhadap prinsip asas agama Islam itu sendiri. Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa saya ini telah bertukar angin dan sekarang ini mahu bercakap tentang agama, saya sebenarnya risau lagi sedih melihat bangsa saya sendiri tidak mahu berbaik dan bersatu. Itu tetap perjuangan yang telah saya laungkan selama ini. Apa yang betul saya akan puji malah jika yang salah saya akan memberi komen yang membina.
Semperna Maulidul Rasul saya mengajak rakan-rakan saya untuk memajukan diri bersama-sama dengan bangsa lain untuk memajukan negara tercinta kita ini. Hilangkan perasaan hasad dengki dan bersama-sama memajukan diri. Insiden robohkan kedai di Pulau Pinang yang sedang hebat melanda peniaga sekarang ini perlukan pembelaan dari pihak yang sepatutnya. Jika mahu robohkan kedai-kedai mereka, maka mereka perlu merobohkan kedai-kedai haram yang merata-rata tempat di Pulau Pinang. Kerajaan Pulau Pinang tidak boleh dengan senang hati menunding jari kepada orang lain atas sikap diskriminasi yang di amalkan oleh mereka selama ini. Orang Melayu khasnya perlu membuka mata seluas-luasnya dan melihat ini sebagai suatu perkara yang serius ini kerana perkara ini melibatkan ekonomi orang Melayu. Malah di Pulau Pinang sekarang ini telah mengeluarkan risalah tentang dongeng Balik Pulau. perkara ini perlu dipandang serius oleh orang Melayu, dimana sejarah sebenar orang Melayu di Pulau Pinang sedang di putar belit dan masa akan datang sejarah yang sebenar mungkin tidak akan diketahui oleh generasi akan datang. Mungkin itulah agenda orang yang mencetak risalah berkenaan, walau apa pun alasan risalah itu dikeluarkan diharapkan kerajaan pusat dapat melihat perkara ini dengan serius.
Melayu juga perlu mengubah mentaliti untuk memajukan diri. Malah Nabi junjungan besar kita juga pernah meriwayatkan bahawa umat Islam perlu kejar akhirat dan juga tidak melupakan dunia. Terdapat beberapa komen yang menyatakan saya pro kerajaan, disini saya perlu jelaskan bahawa saya sokong 100% apa yang dilakukan oleh kerajaan dan kerajaan dibawah pimpinan PM kita, saya berasakan beliau sedang melakukan kerja yang baik dan perlu diberi pengiktirfan kepada beliau dan parti UMNO juga sedang mengalami perubahan yang saya rasa amat bersesuaian dengan era kini. Manusia biarlah siapa pun dia perlukan pujian,itu lumrah kehidupan.

Thursday, February 3, 2011

Kemana perginya kedai Melayu..


Hari ini Tahun Baru Cina, saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua kawan-kawan bangsa cina saya. Apa yang menarik hari ini ialah rata-rata kedai di bandar kebanyakkan tutup semperna tahun baru cina ini. Tertanya jauh didalam hati saya dimana perginya kedai-kedai kepunyaan melayu? Kedai tayar, kedai kek dan kedai kebanyakkannya tutup. ada setengah akan mengatakan kerajaan tidak membantu mereka dan tidak ada modal untuk membuka kedai yang besar modalnya.
Persoalannya ialah kenapa jadi begini. Ramai dikalangan melayu mempunyai kelulusan tetapi kenapa tidak banyak kedai melayu di bandar. Bernasib baik lah ada pasaraya besar di bandar dimana mereka ini tidak tutup, jikalau mereka pun tutup maka kita semua kena beli bahan mentah seminggu awal hendaknya. Bukankah ini suatu fardu kifayah, kita kena maju kehadapan. Mana-mana belia melayu yang ingin membuka perniagaan perlu pergi ke jabatan atau mana-mana bank untuk membuka perniagaan mereka. Bukan untuk membuka perniagaan yang besar modalnya tetapi untuk memajukan bangsa kehadapan dan tidak menunding jari ke orang lain atas kegagalan kita. Artikel ini bukan untuk menunjukkan kelemahan tetapi untuk memajukan diri kita sama-sama.

Wednesday, February 2, 2011

Mereka maju kehadapan....


Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pembaca blog saya. Topik hari ini akan membuatkan kita berfikir akan kejayaan kita harapnya.
Telah banyak kita dengar tentang kepandaian orang luar terutamanya orang kulit putih, tapi hakikatnya banyak kajian dan penemuan baru telah dipelopori oleh orang dan warga Malaysia. Apa yang peliknya ialah kenapa orang kita tidak mengiktiraf produk dan idea warga Malaysia. Kebanyakkan dari mereka ini boleh memasarkan barangan mereka diluar negara tetapi bukan di Malaysia. Persepsi masyarakat terhadap keluaran barangan Malaysia ialah begitu rendah sekali. Kerajaan berusaha untuk mengangkat martabat barangan Malaysia dengan pelbagai cara, tetapi hasilnya tetap suram. Apa yang menariknya kebanyakkan kita berkata mahu untuk memajukan produk dan menyokong keluaran barangan negara kita, tetapi hakikatnya tidak ramai yang beli dan menyokong barangan keluaran negara kita.
Jika kita tidak membeli barangan keluaran negara kita, bagaimana kita mahu memajukan produk keluaran negara kita dengan memberi feedback yang boleh memantapkan barangan negara kita. Mungkin disebabkan demikianlah ramai cerdik pandai negara kita berhijrah dan berkerja di luar negara dan mendapat pengiktirafan disana sini tetapi tidak di Malaysia. Sepatutnya ini tidak berlaku. Mungkin kita diracuni oleh orang luar yang membuat persepsi bahawa semua keluaran negara kita tidak bagus.
Apa yang penting ialah kita perlu membuat kajian sebelum membuat kesimpulan bahawa barangan keluaran negara kita itu bagus atau tidak, dengan ini kita dapat membantu pendapatan negara supaya tidak keluar. Jika kita mendapati barangan kita beli itu tidak bagus kita boleh memberi cadangan untuk meningkatkan barangan tersebut dan seterusnya menjadikan kita maju kehadapan.