Thursday, December 29, 2011

Pendedahan WAJAH SEBENAR Anwar Ibrahim...

Wednesday, December 28, 2011

Suara terlampau...

Sejak kebelakangan ini isu Adam adli dan satu pertubuhan haram bersuara. Entah dari mana munculnya mereka ini, yang kononnya timbul dan menyatakan mereka ini suara mahasiswa se-Malaysia. Disini ingin saya menyatakan bahawa suara itu hanya mewakili bilangan kecil warga mahasiswa di Malaysia.
Tindakan biadap menurunkan bendera presiden UMNO pada hari perwakilan UMNO jelas menunjukkan bahawa Adam adli ini tidak tahu adap untuk berkunjung ke tempat orang. Ini kerana perbuatan ini serupa seperti melakukan sesuatu yang tidak disukai di rumah orang lain. Sebagai seorang siswa UPSI,dia sepatutnya tahu apa sejarah Maktab berkenaan. Maktab ini dahulunya begitu digeruni kerana cakna minda guru-guru melayu ketika itu begitu hebat bukan menbuat publisiti murahan seperti apa yang dibuat oleh Adam. Untuk pengetahuan perbuatan Adam ini sebenarnya tidak menggambarkan dirinya sebagai seorang cikgu, tidakkah dia tahu dia ini berkerja dengan kerajaan?mendapat sumber kewangan dari kerajaan? seorang cikgu bertujuan untuk memberitahu dasar kerajaan kepada umum bukannya menghentam kerajaan dan melakukan perbuatan biadap. Walaupun mengajar TESL itu tidak membuktikan dia itu bukan cikgu yang tidak terbabit dengan usaha kerajaan melakukan transformasi terhadap Malaysia. Mungkin dia ini tersilap ambil jurusan,dia ini tidak sesuai untuk mejadi cikgu, doakan dia tidak mengajar anak-anak kita semua.
Adakah kita mahu perbuatan biadap seperti itu dilakukan oleh anak-anak kita? PM kita telah melakukan sesuatu yang baik dimana telah membenarkan cikgu-cikgu di Malaysia untuk berpolitik, tetapi ada yang tidak sabar untuk menghentam kerajaan dari segala segi. Walau apa pun ada ramai lagi cikgu-cikgu yang masih sayang dengan keamanan yang di kecapi sekarang ini, jika lihat sejarah tokoh-tokoh seperti Tun Gaffar Baba, Tun Abdullah dan ramai lagi telah menjadi bukti bahawa cikgu memainkan peranan yang begitu besar dalam memacu dan memandu arah negara ke landasan yang sepatutnya.
Satu lagi timbul pula pertubuhan haram yang tiba-tiba menyatakan kehebatan 400 orang ahli mereka ini. Jika mereka ini betul-betul mewakili siswa dan siswi tidakkah mereka berfikir tentang masa depan generasi lain di atas tindakan bodoh mereka ini? Ramai siswa siswi datangnya dari keluarga yang miskin tidakkah mereka terfikir jika mereka diambil tindakan yang boleh menjejaskan masa depan mereka ini apa akan jadi kepada keluarga mereka? ooo ya saya lupa presiden pertubuhan haram ini tidak pernah terfikir pun tentang mereka. diharapkan kita jangan gembar gemburkan suara persatuan dan pertubuhan yang haram ini kerana mereka ini akan menyebabkan negara huru hara atas kepentingan sendiri, diharapkan kerajaan ambil tindakan terhadap pertubuhan haram ini.
Mungkin mereka ini terlalu banyak masa didalam Universiti sehinggakan mereka dapat melakukan demo dan turunkan bendera yang tidak munasabah. Ini bukan amaran keras atau suara mahasiswa tetapi adalah kebodohan yang ditonjolkan oleh mereka ini. Jangan ingat bahawa tiada mahasiswa yang menyokong kerajaan yang banyak jasanya. Walauapapun mahu dibuat perlu fikir panjang-panjang impilkasinya,jangan jadi pejuang bodoh.

p/s: Saya belakang kerajaan BN,all the way. BN!

bONGKAR!! TAKTIK KUAN YEW BODOHKAN MELAYU, DIGUNA PAKAI GUAN ENG!! - Ustaz Kamal


well said...

Wednesday, December 21, 2011

Kisah Seorang Pengkhianat Bangsa, Othman Wok.

Othman Wok dilahirkan pada 8 Oktober 1924 di Singapura adalah bekas Menteri Sosial dan ahli parlimen PAP yang mewakili Kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan 1977. Di awal kerjayanya dia adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu, kemudian dia menjadi timbalan editor akhbar berbahasa melayu, Utusan Melayu Singapura.



Dia ni menyertai PAP selepas beberapa tahun sahaja penubuhannya pada tahun 1954 ketika itu beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada raja-raja melayu. Ketika itu dia banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman dan hak samarata dan dasar anti raja-raja Melayu di dalam akhbar Petir sebuah suratkhabar berbahasa melayu keluaran Parti PAP. Selepas itu dia dipilih menjadi sebagai salah seorang ahli dewan editorial buletin Petir dan dalam masa yang sama juga seorang lagi pemimpin tertinggi PAP iaitu Ahmad Ibrahim menjemput dia untuk menjadi ketua cawangan PAP Geylang Serai / Tampines pada tahun 1959.



Othman Wok adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan dia lah orangnya yang kerap kali menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan orang Melayu dan setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistemewaan orang Melayu dan raja-raja Melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku dan sebenarnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura (Sekarang memang orang Melayu dah takde tanah kat Singapura, tapi bukan Tunku yang ambil, Cina yang rampas).



Dia juga mendakwa rusuhan kaum yang terjadi pada Julai 1964 telah di plan oleh UMNO dan Tunku lah dalangnya. Dia amat gembira tentang berita tentang pemisahan Singapura daripada Malaysia. Dan ada juga yang mengatakan yang dia ni lah yang menulis skrip temuramah BBC dengan Kuan Yew sewaktu malam berpisahnya Singapura dari Malaysia, yang mana ketika itu Kuan Yew menangis tersedu-sedu kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya Singapura dari Malaysia, padahal itu semua skrip yang dikarang oleh Othman Wok hanya semata-mata untuk orang Melayu berasa simpati dengan Kuan Yew dan membenci Tunku.



Sehingga sekarang ini dia masih di anggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dia lah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura. Dia bersama-sama dengan berberapa pemimpin sayap melayu dan PAP antaranya Ishak Rahim, Rahmat kenap, Ariff Suradi, Buang Omar Junid, Mahmud Awang dan Yaacob Mohamed turun ke kampung-kampung Melayu menghasut orang Melayu supaya membenci UMNO dan Tunku. Pada tahun 1959, dia bertanding menjadi calon untuk PAP di kawasan Majlis Bandaran bagi kawasan Kampung Kembangan berlawan dengan calon UMNO, dia tewas dalam pertandingan itu, akibat terlalu bengang dengan kekalahan itu dia menuduh yang UMNO yang mengugut pengundi di situ supaya tidak mengundi dia…





Apabila penduduk kampung mengetahui tentang cerita tu maka seluruh penduduk di situ berkumpul di hadapan pejabat dia di Tampines dan menghalau dia keluar dari pejabat dia dan memaki hamun dia sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Dan dia sekali lagi bertanding di parlimen Pasir Panjang dan kali ini dia menang atas bantuan dan sokongan dana dari Kuan Yew.



Selepas Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963, dia telah dilantik oleh Kuan Yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial. Satu jawatan menteri yang tidak mempunyi apa-apa fungsi kerana Kuan Yew telah melantik seorang Cina untuk menjaga hal ehwal sosial dan Cina ini di letakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Selepas 14 tahun dia menjadi menteri goyang kaki maka pada 1978 dia pun tidak lagi menjadi menteri kabinet Kuan Yew.



Sekarang ini dia menjadi salah seorang penulis cerita seram yang paling top di Singapura. Sesungguhnya manusia yang bernama othman wok ni adalah seorang pengkhianat bangsa Melayu yang terhebat dalam sejarah Melayu moden, cara jalan cerita othman wok ini seakan sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita. Takkan kita orang Melayu di Malaysia ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura, ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri. Jangan sampai petualang melayu seperti othman wok ini ada dan hidup membiak di dalam negara kita.



http://darah-satria.blogspot.com

Tuesday, December 13, 2011

kenapa Pas dikeluarkan dari BN.

Ucapan penuh Tun Hussin Pada Tahun 1977

(dipetik dari blog Pemuda Umno Jasin)

"Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.

Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.

Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.

Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.

Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.

Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.

Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.

Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.

Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?

Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."

Sunday, December 11, 2011

BR1M...ikhsan kerajaan BN bagi.


Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh didapati secara percuma mulai hari ini di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.

Maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman web http://www. treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500, menurut kenyataan Kementerian Kewangan. — BERNAMA

Thursday, December 8, 2011

Kita perlu sedar....dAp rasis


I also have chinese friends,they also said they dont like DAP...they are racist.

DAP RASIS...


Siapa tidak kenal dengan parti yang kerap kali mencanangkan mereka pejuang demokrasi,ya ini lah parti yang tak sedar diri dan sedang berjaya walaupun cabaran pada mulanya begitu hebat. Bila dah dapat kuasa di Pulau Pinang,Selangor dan sekejab di Perak mereka ni mula dengan berani mempersoalkan macam-macam hal, baik dari perlembagaan sampailah kontrak sosial yang selama ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara aman di rantau ini.
Baru-baru ini buat hal lagi wakil dari dap ini dengan senang hati mengelarkan orang dengan warna kulit mereka, nampaknya memang jelas lah mereka ini rasis.Seperti juga abang mereka PAP mereka hanya kenal orang melalui kulit dan mereka sukar menerima jika bangsa lain yang memerintah. Lihat sahaja singapura bukan seperti Malaysia yang ada ramai juga menteri bangsa lain di kabinet walau mereka parti mereka kalah tetapi di beri ruang untuk mewakili bangsa mereka. Dimana letaknya UMNO rasis? kalau tanya mereka macam-macam la jawapan mereka beri.
Muka tak malu memang patut diberikan kepada mereka ini kerana Ketua menteri Pulau Pinang mahu naik kapal selam yang selama ini mereka kutuk dan hina dan macam-macam lagi yang mereka kata bila kerajaan beli kapal selam itu. Tapi kita perlu beri pengiktirafan kepada kerajaan kerana beri peluang kepada orang tak malu seperti mereka untuk datang dan melihat dengan mata kepala sendiri mereka. Tapi pada saya ini hanya publisiti kepada orang berkenaan kerana sebagai pembangkang yang berbangsa cina dapat naik kapal selam negara,orang awam pertama yang tak ada kena mengena dapat naik kapal selam,habis lah surat kabar cina akan menbuat liputan khas mengenai muka tak malu tu.Itu yang dikatakan publisiti murahan. Walau begitu kerajaan sekali lagi buktikan mereka bukan rasis, menerima semua orang tidak kira warna kulit untuk menilai sendiri apa yang mereka kata itu tidak benar. Tidak ada pun pengunaan ayat 'hitam metalik @ haram jadah'. Kerajaan BN lebih professional dari mereka yang pendek akal ini.
Tidak habis dengan itu lagi muka tidak malu melaka ini mahu robohkan paking lot yang di bina berjuta ringgit itu, dengan alasan itu perbuatan kerajaan BN terdahulu, seperti biasa dia akan keluarkan kenyataan sedemikian,kita tuduh je. Kalau sebagai seorang yang mempunyai pendidikan tinggi dan berjawatan tinggi tidak boleh fikirkah dia macam mana nak modify tempat berkenaan supaya bboleh digunakan. Kalau tanya budak tadika pun boleh jawab. Rasanya penduduk Pulau Pinang dah buat silap dalam memilih calon mereka yang ini. Diharapkan tidak diulangi kesilapan yang lalu. Baik buat tempat laluan kereta ayng baru dari robohkan tempat parking tu dari melibatkan kos yang berjuta lagi.
Akhir sekali mereka yang dari parti ini cuba menonjolkan merekalah terbaik di Malaysia baca Quran lah, kutuk ornag lah dan mempersoalkan perlembagaan kalau macam ini la nak tadbir negara haru-biru jadinya. Mereka pandai menggunakan reverse physiology untuk meraih undi dan ada yang hentam membabi buta kerana kereta mereka hitam metalik. Macam-macam lah mereka ini, kalau nak di kisahkan mereka ini dah tebal lagi dari Hikayat Hang Tuah. Pilih dengan tepat bila mengundi supaya badut ini dapat balik ke negeri dia sebelum dia datang Pulau Pinang.

Tuesday, December 6, 2011

Daftar pemilih di SPR..


daftar untuk mengundi lah...rugi kalau x daftar.

Orang Melayu Bukan Bangsa Amal Sikap Perkauman – Najib

SHAH ALAM, 6 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berkata orang Melayu tidak pernah menjadi bangsa yang mengamalkan sikap perkauman malah sanggup berkongsi kuasa dan adil kepada bangsa lain di negara ini.

Beliau berkata Orang Melayu sentiasa mengamalkan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan dan sanggup menghulurkan tangan kepada orang bukan Melayu untuk membina sebuah negara yang aman, bersatupadu dan lebih makmur.

“Oleh itu jangan sekali-kali mereka (orang bukan Melayu) mencuit perasaan orang-orang Melayu dengan hendak ubah apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan dan apa yang sudah pun kita rundingkan waktu Merdeka dahulu.

“Perkara-perkara ini kita akan pertahankan,” katanya pada majlis perhimpunan PEKIDA Malaysia, yang dihadiri lebih 10,000 orang di Politeknik Sultan Salahahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Isnin malam.

Katanya orang Melayu tidak mahu sesiapa cuba untuk merungkaikan perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan Malaysia mesti dibina berasaskan Perlembagaan.

“Kita percaya dalam kerangka Perlembagaan kita, sama ada tersurat atau tersirat, sudah boleh kita membina sebuah negara yang adil dan saksama untuk semua kaum,” katanya.

Najib berkata untuk itu pemerintahan Barisan Nasional (BN) perlu dipertahankan bagi membina Malaysia yang lebih berjaya berdasarkan Perlembagaan yang termaktub mengenai hak orang Melayu serta agama Islam sebagai agama Persekutuan yang tidak boleh dipertikaikan dan dirundingkan semula.

“Kita tidak nampak ada pilihan lain yang menjamin masa depan kita,” katanya.

Najib berkata sekiranya sebelum berkuasa lagi mereka (pihak pembangkang) telah berura-ura untuk meruntuhkan apa yang telah dibina oleh kerajaan selama ini dan ini menyebabkan timbul kesangsian sekiranya mereka ini berkuasa.

“Belum lagi mereka berkuasa mereka telah berhasrat untuk mengurangkan separuh daripada kakitangan awam, termasuk para guru, anggota polis dan tentera. Siapa yang jadi mangsa kalau ratusan ribuan penjawat awam dibuang kerja mengikut perancangan mereka itu?”, katanya.

Mereka juga ingin mengubah bendera Malaysia, mencemar kemuliaan Raja-Raja Melayu dan mempersoalkan dasar-dasar untuk membantu orang-orang Melayu dan Bumiputera, katanya.

Najib berkata rakyat tidak memerlukan sebuah parti keadilan tetapi kerajaan yang berani tegakkan keadilan sosial di mana semua termasuk bukan Melayu mendapat pelbagai bantuan dalam membina sebuah negara yang adil, seimbang dan saksama.

“Inilah cara kita memerintah negara kita sebab itulah Tuhan mengizinkan kita memerintah sejak 54 tahun lalu, kita masih berkuasa dan Insya Allah kalau ini gambaran sokongan kepada kita, pilihan raya akan datang milik kita,” katanya.

Najib berkata pilihan raya akan datang milik BN kerana telah berjuang membela nasib rakyat, adil dan tidak pernah menyimpang daripada prinsip agama.

Selaku Perdana Menteri, saya akan melakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia dan berharap rakyat memberi kepercayaan kepada kerajaan untuk melakarkan masa depan yang baik, katanya.

Katanya masa depan yang baik adalah berdasarkan paksi realiti yang sebenar dan tidak seperti setengah pihak yang menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala.

Malah setakat ini dasar kerajaan telah berjaya mengubah nasib nelayan di mana anak nelayan seperti Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dari Pulau Pangkor, Perak, boleh berjaya menjadi Menteri Besar Perak, katanya.

Beliau berkata kerajaan akan terus berusaha bagi memastikan ramai lagi mereka yang miskin dapat dibantu dalam bidang pendidikan dan untuk itu Tabung Peneraju Pendidikan Bumiputera dilancarkan.