Thursday, November 3, 2011

Graduan negara....


Kini Malaysia berada dalam usaha untuk melahirkan ramai cerdik pandai, jika di lihat kepada jumlah IPTA dan IPTS setiap tahun jumlahnya bertambah dan jumlah graduan mereka juga bertambah saban tahun. Sekarang ini jika kita keluar dan bertanyakan orang muda kebanyakkan mereka ini sedang melanjutkan pelajaran mereka di IPT. Ini fenomena yang baik untuk negara, kerana modal insan dalam negara sedang meningkat.
Apa yang merungsingkan saya ialah ramai graduan dalam negara tidak dapat kerja, dan baru-baru ini graduan UPSI pula yang tidak dapat kerja. Bukan saya cenderung ke UPSI tetapi perkara ini berlaku pada seluruh IPTA di Malaysia. Sekarang ini terdapat ramai graduan IPTA yang menganggur. Kenapa ini terjadi? Terdapat kawan saya yang sama dengan saya yang mendapat pointer tinggi tetapi masih tidak dapat kerja. Mereka bukan 'lack of soft skill' tetapi tidak diberi peluang untuk berkerja di tempat yang sepatutnya. Kebanyakkan organisasi dalam Malaysia tidak kira swasta ataupun GLC lebih cenderung memilih pelajar yang berkelulusan luar negara, dimana kononnya mereka ini lebih banyak 'soft skill' berbanding graduan tempatan. Malah terdapat program untuk graduan luar negara setelah mereka habis belajar dan balik ke Tanah Air, kerja akan di aturkan kepada mereka.
Disini saya kurang setuju kerana ini wujud double standard keatas graduan tempatan yang mana mereka juga berhutang untuk melanjutkan pelajaran mereka ke menara gading. Hmm masih sesuai kah kita menggelarkan IPTA tempatan menara gading? Mereka yang graduan diluar negara ini apabila balik akan menghentam kerajaan seperti apa yang dikatakan oleh seorang pembangkang yang mahu memberhentikan ramai pekerja kerajaan jika berkuasa. Adakah ini baik untuk negara? Mereka ini hanya belajar teori dan tidak pernah berada bersama rakyat di peringkat bawah. Mereka bercakap seolah-olah mereka berada di luar negara. Adakah mereka ini berfikir sepertimana rakyat berfikir? Malah menguasai bahasa kebangsaan pun masih tidak pandai, tergagap bila bercakap di Parlimen.
Akhir sekali apa yang diharapkan ialah graduan tempatan diberi peluang untuk meningkatkan diri mereka kerana kebanyakkan mereka inilah yang mendukung aspirasi kerajaan, jangan di agungkan graduan luar seperti memberi kelebihan yang banyak kepada graduan luar ini. Tidak perlu diberi mereka kelebihan untuk bercakap di persidangan pun kerana mereka ini tidak tahu seperti apa yang graduan di Malaysia tahu. Jangan sampai jadi terbalik pulak keadaan dimana graduan Malaysia pula keluar kerana kita sibuk menjaga hati graduan luar negara.

No comments: