Sunday, April 11, 2010

Petikan dari Dr. Mohd Ridhuan Tee(Mingguan M'sia)

Akibat kita mudah diperalatkan...

Kadang-kadang saya terfikir apalah sangat hak-hak istimewa orang Melayu yang ingin direbut oleh bukan Melayu supaya selaras dengan gagasan 1Malaysia.

Ya, dalam perlembagaan, seolah-olah ada hak istimewa itu (perkara 153), tetapi dalam bentuk yang praktikal sebenarnya masih menjadi tanda tanya. Justeru, saya amat musykil kenapa bukan Melayu begitu mendesak supaya bukan Melayu mendapat hak sama seperti orang Melayu. Bila sebut sahaja asimilasi, mereka tolak seratus peratus. Bila sebut pasal hak istimewa, gagasan 1Malaysia diperalatkan untuk memenuhi nafsu serakah tersebut.

Saya masih tercari-cari di manakah hak istimewa itu? Apa yang saya lihat semua sektor sudah mula dibuka untuk diisi, berbanding dahulu. Kedudukan bahasa Melayu? Kedudukan agama Islam? biasiswa? kuota? Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan? IPTA dan IPTS? Diskaun membeli rumah dan apa lagi? Boleh dikatakan semuanya tidak lagi dapat dilihat dengan jelas dari segi diskriminasinya. Yang jelas, hak Melayu semakin terhakis. Apa yang saya tahu boleh dikatakan semuanya sudah dapat seorang sebiji. Sama rata sama rasa. Di manakah kelebihan yang ada pada Melayu yang sangat-sangat diharapkan. Tidak perlu saya buktikan satu persatu. Lihatlah sekeliling, apa yang telah berlaku di depan mata.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, seolah-olah sudah setaraf dengan bahasa lain dari segi penggunaannya sama ada perbualan mahupun bahasa bacaan. Lihat kain rentang dan risalah-risalah adakah bahasa Melayu didaulatkan? Kedudukan agama Islam berbanding agama lain, hari ini agama Islam secara berani telah dicabar di mahkamah dan mereka yang ultra kiasu telah banyak kali menang. Mereka begitu berani campurtangan dalam hal ehwal agama kita, sedangkan kita tidak pernah campurtangan dalam hal ehwal agama mereka.

Kedudukan SJKC dan SK, tidak menampakkan perbezaan. Mereka dengan bahasa ibunda, SK dengan bahasa kebangsaan. Begitu juga dengan sekolah persendirian. Saya difahamkan kerajaan akan mengiktiraf sijil sekolah persendirian mereka (UEC). Jadi, saya sudah tidak nampak wujudnya diskriminasi yang jelas negatif, tetapi lebih kepada diskriminasi yang positif. Tetapi masih ada yang mengambil kesempatan. Kepada mereka yang minta saya pamerkan data-data dan statistik, Insya-Allah dari masa ke semasa maklumat tersebut akan saya sampaikan nanti disebabkan oleh ruang yang terhad.

Kadang kala tanpa data-data tersebut, kita sudah boleh lihat dengan jelas apa yang berlaku depan mata. Misalnya, biasiswa dan kuota, boleh dikatakan semua pelajar cemerlang telah ditaja oleh JPA. Ribuan hektar tanah telah diberikan kerajaan untuk pembangunan universiti berasaskan parti politik perkauman bagi memuaskan hati semua pihak.

Jika ada kekurangan serba sedikit, itu adalah wajar. Mana ada sistem sebegini di dunia ini. Bacalah sama buku Huntington, bertajuk Who Are We, mengenai kedudukan minoriti di sana, kalau pun tidak mahu melihat pengalaman di negara-negara jiran kita seperti Thailand, Indonesia dan Filipina.

Lihat pula kuota dan diskaun tujuh peratus untuk membeli rumah. Sebenarnya tidak menguntungkan Melayu. Melayu sudah tidak mampu beli rumah kos sederhana dan mewah, akhirnya siapa yang untung setelah rumah tersebut dijual. Melayu diperalatkan untuk mendapatkan rumah tersebut melalui perjanjian dalam perjanjian jual beli.

Baru-baru ini saya pergi ke Batu Pahat, saya lihat kubur atau taman peringatan, didirikan di kawasan majoriti Melayu. Kenapa kubur tersebut tidak dibuat di kawasan berhampiran dengan tempat tinggal mereka? Bukankah mudah untuk berurusan? Tetapi orang Melayu, tidak banyak cakap. Cuba kita lihat apabila kubur Islam hendak didirikan berhampiran kawasan mereka, kita lihat berguni-guni memorandum bantahan akan dikemukakan kepada pihak-pihak berkaitan. Apakah erti semuanya ini? Kenapa tidak belajar menjaga perasaan sesama kita? Hari ini mereka bukan hanya besar kepala, tetapi sudah semuanya membesar? Orang lain menjadi semakin mengecil. Kita tidak fikir akibat yang akan timbul disebabkan oleh sikap memendam rasa ini. Apakah kita tidak belajar psiki orang Melayu? Mereka mudah memendam rasa. Sesuatu yang terluka di hati akan dipendamkan terlebih dahulu. Sabar dan sabar. Saya yakin, sampai satu masa nanti, kesabaran itu akan hilang.

(petikan diatas tidak diubah).Sedarlah.....

9 comments:

abu nuqman said...

sudah sudah lah en hisham dengan perjuangan Melayu kamu.Kamu sendiri bukannya secara biologinya Melayu, kalau ada bahagian bio melayu, saya kira %nya terlalu rendah. saya sendiri bukan 100% melayu, saya juga tak kata mesti 100% melayu baru boleh perjuang melayu, nanti kata saya tak faham perlembagaan malaysia pulak.apalah nilainya dari sudut agama islam jika kita mati memperjuangkan melayu berbanding jika kita mati memperjuangkan islam.islam tak mengenal warna kulit, hidung tinggi, mancung, penyek, mata bundar, mata sepet, banyak bulu, atau yang seumpamanya itu.cuba hiris sikit kulit awak tu.cuba hiris kulit cina, india, negro, omputih, sikh malah yahudi sekalipun, apa warna darah yang keluar? tanya lah diri kalau masih termanggu-manggu mencari jawapannya, renungilah tajam dengan penuh keikhlasan jiwa iman islam.

abu nuqman said...

jadi sebenarnya agama islam lah yang menjadi ukurannya, jika saudara hisham bermati-matian dengan islam, itulah yang terbaik kerana kita tak akan ditanya kenapa kita melayu, kita akan ditanya tentang amalan islam kita samada kepada bangsa apa pun, tak adil lah tuhan kerana dia jadikan Ong tee kiat tu cina dan samy vello tu india, mereka kalau tahu keistimewaan melayu mungkin mereka mahu di lahirkan melayu.cubalah fikir perkara ini sebaik mungkin.

timbul satu masalah lain tentang islam yang macamana menjadi ikutan...maka kembalilah kepada tafsiran ulama awal islam, mereka tak kenal siapa melayu atau cina malah 1 malaysia atau malasian malaysia....kalau tak mampu menganalisa tafsiran haruslah mencari dan berdoalah dengan tuhan memberi taufik dan hidayahnya......saya kata ini untuk diri saya yang terutama sekali.......kemudian untuk semua org....

lagi satu umat islam seluruh dunia sekarang telah meninggalkan satu tugas terpenting nabi, termasuk diri saya sendiri iaitu kerja DAKWAH ISLAMIAH........kalaulah org cina menjadi islam, dengan sendirinya penguasaan ekonomi org islam meningkat, cuba fikir melalui cara ini dalam semua aspek kehidupan kita....diamilah dunia di mana sahaja, jika prinsip ini kita pegang, percayalah....ALLAH akan bersama kita...wallah hu alam
yang baik dari Allah, yang buruk dari diri saya

Anonymous said...

kepada abu nuqman, kenapa nak suruh dia berhenti. Org macam ni la kita kena support. buka la mata, Melayu ada Malaysia je. Macam mana nak jaga Islam kalau x jaga negara ni. cakap guna la otak. Jgn jadi perempat di tanah air sendiri la.

abu nuqman said...

saya bukan suruh dia berhenti berjuang.....saya minta dia perjuangkan islam bukan perjuangkan melayu.......apabila kita perjuangkan islam, maka kita akan sentiasa berada di atas landasan yang benar, tidak ada sesiapa kan teraniaya... kalau kita perjuangkan melayu, boleh jadi satu masa, satu ketika, satu keadaan, kita akan tergelincir dari landasan kebenaran....apabila islam yang punya prinsip keadilan sejagat diperjuangkan, maka dengan sendirinya semua org terbela, tak kira melayu ka, cina ka, india ka.....yakinlah.....kalau tak yakin dengan tulisan ini, buka lah al-quran dan al-hadis...yakin lah dengan warisan Rasulullah itu........perhatikan petikan saya ini di komen yang lalu:

...."diamilah dunia di mana sahaja, jika prinsip ini kita pegang, percayalah....ALLAH akan bersama kita"

saya mengalu-alukan kritikan tapi syarat saya mesti ISLAM yang jadu kayu pengukurnya.

Anonymous said...

en hisham ni ade pontensi jd pemimpin UMNO yg berwibawa.. sy sokong en Hisham 100%, semoga en hisham menjadi pemimpin yang mempertahankan hak melayu dan bumiputera.. kpd en nuqman pulak, setakat bg comment buat ape.. debat la dengan lim kit siang ke atau anwar ibrahim ke.. mereka ni tak memperjuangkan islam langsung.. mereka nak kan Malaysia sebagai negara biasa mcm singapore atau USA.. so sy cadangkan tak payah la nak berhujah kerana melayu di Malaysia semuanya Islam secara tak langsung mereka pun memperjuangkan Islam.. kalau org melayu Malaysia tak berjuang untuk Islam dah lama dah Malaysia jd mcm singapore iaitu negara tanpa pengaruh agama..

abu nuqman said...

tentang anwar, dulu hangpa la yang dok cium tangan dia( ex-umno )...aku komen bukannya nak bincang pasai politik kepartian....aku mengenengahkan isu supaya islam dimertabatkan, kamu tak nampak bezanya.....kalau setakat islam ada jamboi karat dok tayang merata malaysia, pasai tu la agama islam di malaysia jadi macam lani...bayi buang dalam longkang, penagih islam paling ramai.pasai lim aku nak tanya pasai pa dia jadi mcm tu sedang kuasa ada dalam tangan hangpa untuk menanganinya.....mai la kita kembali kepada islam sebenar...

Anonymous said...

en nuqman ni mmg semangat untuk berjuang demi islam tetapi yg sy tak setuju tu, en nuqman seolah-olah tak menghargai apa yg kerajaan sekarang tengah lakukan. sy adalah org kerajaan yg menyokong kerajaan 100 peratus. sy tak menafikan apa yg en nuqman katakan tetapi sy mmg tak setuju apabila en nuqman menyentuh seolah-olah kerajaan tak memperjuangkan islam. selama ni kerajaan tak memperjuangkan islam ke? cuba en nuqman fikir kan balik. seperti en diatas kata td, jika kerajaan tak memperjuangkan islam sudah tentu kita dah jd mcm singapura. singapura tu ulama pun tak ada kalau ada pun tak berkuasa mereka bukan mcm negara kita, kerajaan kita siap sediakan majlis fatwa lg. ini menunjukkan bahawa kerajaan sekarang ni telah berjuang utk islam. oleh sbb tu sy mmg tak setuju dgn pendirian en nuqman kalau tak puas hati dengan kerajaan skg, sy cadangkan en nuqman join la PAS utk memperjuangkan islam tetapi PAS pun bukan betul sangat, oleh sbb tu sy cadangkan en nuqman buat la parti sendiri. sy ucapkan semoga berjaya kpd en nuqman dan tidak lupa juga kpd en hisham, sy berharap en hisham meneruskan perjuangan melayu dan mempertahankan hak bumiputera. skg ni cina dah naik kepala kalau kita orang melayu tak berjuang siapa lg nak berjuang? semoga berjaya kepada en hisham.

abu nuqman said...

Terima kasih anynomous no 7, namun pada hemat saya, niat sebenar saya telah di salah ertikan, saya hanya ingin memperbetulkan apa yang tak betul, pada hemat saya dengan merujuk kepada garis panduan yang ada dan telah di tetapkan oleh islam melalui al-quran dan al hadith.kenyataan pemberi komen no 7 saya sanggah kerana beliau menyatakan 100% menyokong kerajaan sekarang, mana mungkin kerajaan sekarang 100% betul, pasti ada salah silap di mana2, maka yang tak betul ini lah kita sebagai rakyat malaysia dan umat islam kena tegur, inilah peranan seorang rakyat yang pada hemat saya kena lakukan. saya tak kata yang kerajaan sekarang semuanya tak betul, ada saudara jumpa kat mana kenyataan saya yang kerajaan sekarang salah 100%. tapi saudara pemberi komen no 7 telah menyokong kerajaan sekarang 100%.....kalau ada kerajaan buat salah, maka saudara juga telah berbuat salah, maka kenyataan saudara saya tegur pada kali ini.sebenarnya agama islam adalah agama nasihat.cubalah fahami islam dengan sebaik mungkin, saya juga tak kata Pas semua betul seperti yang saudara kata, maka saya komen dan tegur Pas melalui saluran lain...mana mungkin saya komen Pas melalui saluran blog ini...ada juga posting en hisyam yang saya sokong, rujuk posting beliau yang lalu....kepada en. hisham dan semua ahli umno...saya ingin menggesa agar menukarkan perjuangan dari memperjuangkan bangsa Melayu kepada memperjuangkan agama islam, kerana tak ada sesiapa akan dizalimi oleh islam, maka jika memperjuangkan islam, org melayukah dia, cina kah dia, indiakah dia.....hatta yahudi kah dia, semua akan diberi hak yang sepatutnya tanpa mengira bangsa....cuba teliti agama islam secara mendalam........kita akan di adili nanti oleh yang MAHA ADIL di padang mahsyar kelak.....

Anonymous said...

Saya tertarik dengan pandangan yang diberikan oleh Abu Nuqman dan anonymous tentang Melayu dan Islam. tetapi di sini saya hendak membetulkan ttg statement yang dibuat oleh anonymous tentang Singapura. Bagi saya Singapura tidak akan terjadi sebegini teruk jika Singapura tidak diserahkan oleh Tunku Abdul Raman kepada Lim Kuan Yew. Siapa Lim Kuan Yew, adakah dia Islam sehingga saudara mengatakan "jika kerajaan tak memperjuangkan islam sudah tentu kita dah jd mcm singapura. singapura tu ulama pun tak ada kalau ada pun tak berkuasa mereka bukan mcm negara kita, kerajaan kita siap sediakan majlis fatwa lg". Persoalan itu tidak kena kerana Singapura memang tidak diperintah oleh orang Islam berbanding Malaysia dah 53 tahun diperintah oleh orang Islam. Jadi Singapura tidak boleh dijadikan kayu pengukur saudara untuk menegakkan hujah2 saudara.