Thursday, April 8, 2010

Budak zaman sekarang


Zaman sekarang ini budak sekolah semakin menjadi-jadi nakal mereka. Apa yang telah berlaku? Dimana silapnya? Jika dilihat pada zaman dahulu perkara-perkara yang dilakukan oleh budak-budak sekolah zaman ini tidak pernah berlaku pun pada zaman dahulu. Jika diperhatikan lagi guru-guru dahulu pun bukan main garang lagi, siap bawa rotan kemana-mana, itulah yang berlaku pada zaman saya sekolah dahulu, kami terkawal bukan seperti sekarang. Budak sekolah bebas untuk melakukan apa-apa tanpa menghiraukan guru yang ada didepan mereka. Jikalau dulu ibubapa datang sekolah bawa rotan untuk guru sebat anak mereka jika mereka nakal tetapi sekarang ibubapa siap bawa lawyer ke sekolah untuk menyaman guru yang mahu mendidik anak mereka untuk menjadi seorang yang berguna.
Perkara ini bukan direka-reka tetapi ini ialah realiti atas apa yang sedang berlaku pada masa ini. Keluhan guru kurang didengari oleh orang awam, apa yang diberitahu oleh anak mereka itulah mereka percaya. Jikalau dulu lahir ramai bijak pandai kerana guru dapat mengawal budak-budak nakal ini supaya tidak menganggu rakan lain yang ingin belajar. Sekarang perkara sebegini tidak lagi berlaku, adakalanya guru menangis keluar dari kelas sebab tidak dapat tahan dengan karenah budak-budak nakal.
Sebenarnya masa depan budak-budak ini yang sedang digadaikan kerana tidak ada siapa yang berani untuk melarang mereka untuk tidak melakukan perkara yang tidak mengikut disiplin dan peraturan. Apabila mereka besar nanti, mereka ini tidak dapat berfikir secara rasional dan akan bertindak mengikut perasaan, kes-kes jenayah akan meningkat dan segala macam kes lagi akan menjadi berita hangat didalam radio.
Perkara ini perlu dibendung dengan segera kerana ini melibatkan masa depan generasi akan datang. Teringat saya pada zaman saya sekolah dulu bapa saya datang ke sekolah dan memberitahu guru saya, kalau saya nakal sila rotan jangan patah atau mati sudahlah. Guru bukan kerja merotan budak tetapi mendidik budak, rotan bila perlu. Itu perlu ada dalam pemikiran semua.

2 comments:

Anonymous said...

kembalikan hak merotan kepada guru. bukan untuk mencederakan tp mendisiplinkan.

~faie ^_^ cHaH~ said...

ibu bapa seharusnya lebih peka.
hak merotan kepada guru bukan untuk mendera anak mereka tapi untuk mendisiplin dan mendidik murid agar tidak mengganggu sesi pembelajran.