Tuesday, March 23, 2010

Faham maksud 1 Malaysia?


Setelah kian lama mendengar laungan 1 Malaysia disana sini, kini tiba pula salah tafsir terhadap maksud 1 Malaysia. Seperti yang kita fahami, gagasan 1 Malaysia ini ialah satu ilham yang dimulakan oleh PM kita dimana gagasan ini membawa satu musibah kepada pihak pembangkang. Dengan tabah kerajaan tangkis segala serangan. Tetapi apa yang telah terjadi ialah kenapa sesetengah pihak begitu beria-ria untuk menggunakan gagasan 1 Malaysia ini untuk mendapat hak sama rata.
1 Malaysia ialah dimana semua bersatu padu untuk menbangunkan negara kepada tahap yang lebih maju pada masa hadapan tanpa menggugat hak Melayu dan Bumiputra yang mana mereka ini merupakan orang lebih lama di Tahan Melayu ini. Apa yang menghairankan ialah orang-orang yang bersuara ini bukannya tidak boleh terima hakikat tetapi tamak untuk bolot semuanya atas nama 1 Malaysia. Jika kita pergi ke mana-mana negara pun, tidak terdapat 1 pun negara seperti negara kita. Ada yang hanya cantik diluaran tetapi dalamnya sama saja. Di Malaysia dalam luar sama saja. Rakyat berbilang kaum hidup aman sebelum ini kerana ramai orang dahulu mengenali sejarah Malaysia.
Apa yang telah berlaku ialah sekarang ini ramai yang buta sejarah dan ada yang seperti anjing menyalak bukit. Bising tidak bertempat, tengok sekeliling kita tidak suka hidup aman damai? Dinegara lain pun, selain penduduk asal negara berkenaan, mereka hanyalah seperti debu-debu berterbangan, lihat jiran kita sudahlah mana perginya sikap sama rata mereka itu yang mereka laungkan? nampaknya tidak kelihatan.
Apa yang dapat saya perhatikan di China ialah mana suara kaum Islam disana, bukankah rakyat Islam disana yang terramai didunia, jawatan-jawatan penting tidak diberikan malah hak mereka disisihkan. Janganlah tutup sebelah mata atas tempat asal-usul mu, ternyata di mana saja terdapat perkara yang sama, tidak di Malaysia. Apa salahnya kita perkukuhkan lagi apa yang diusahakan oleh pemimpin-pemimpin dahulu semasa pra-merdeka dan hidup aman sejahtera. Apa yang disuarakan oleh orang Melayu Bumiputra ialah untuk menjaga hak mereka seperti apa yang giat dipersoalkan oleh pembangkang terhadap hak bangsa lain.
Apa yang dinikmati sekarang ini adalah usaha pemimpin semua bangsa, dimana terjadinya kontrak sosial. Perkara tersebut telah menjadikan negara kita aman selama ini. 1 Malaysia bukan hanya untuk memperjuangkan bangsa lain tetapi juga untuk melonjakkan bangsa Melayu sebaris dengan bangsa lain. Bersyukurlah kerana tinggal di Malaysia, kerana ada sesetengah orang di sini masih bukan sahaja tidak tahu sejarah tetapi bahasa kebangsaan pun tidak boleh cakap, malulah dengan rakyat di China dimana peniaga-peniaga sana boleh bercakap bahasa melayu. Faham betul-betul maksud 1 Malaysia dan semua boleh hidup aman harmoni tanpa menidakkan hak orang bumiputra.

5 comments:

Media Cyber said...

artikel yang sangat bagus tetapi sayang sekali saudara tidak menyebarkannya secara umum. :)

Afiq said...

Yup.. Good article.. Dah post blog ni kat FB PM? Confirm ramai baca..

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya tertarik untuk beri komen bila membaca posting ni.pertamanya kerana saya lahir, hidup, membesar dan jika saya tak dapat mati di Makkah / Madinah, saya ingin mati di Negaraku Malaysia, saya sayangkan negara saya. Mungkin ini sudah cukup untuk memperlihatkan betapa sayangnya saya pada Malaysia secara sepintas lalu.

1 MALAYSIA, isi dan pengertiannya seperti yang saudara terangkan pada saya tak ada bezanya dengan dasar2 yang telah di ketengahkan oleh perdana menteri-perdana menteri Malaysia yang lalu. Jika dulu org Melayu Malaysia ada hak-hak keistimewaan, sekarang di beri LABEL baru dengan menyatakan semua bangsa di Malaysia bekerjasama membangunkan Negara tanpa menggugat hak-hak bangsa Melayu. Dulupun diseru agar rakyat tanpa mengira bangsa bersama-sama membangunkan negara di masa yang sama mengekalkan hak-hak keistimewaan bangsa Melayu. Saya tak nampak di mana perbezaannya antara dasar2 negara dulu dan dasar 1 Malaysia sekarang, yang berbeza cuma pengubahan frasa kata di dlm ayat2 sahaja. Kenapa nak menyalahkan bangsa lain jika mereka inginkan hak sama rata kerana dari sudut bahasanya 1 Malaysia tentu bererti semua org akan berkongsi secara bersama negara Malaysia yang SATU ini, mana ada Malaysia selain yang SATU ini? Apa kayu ukur jika kita mahu menyatakan sebenarnya 1 Malaysia adalah mengambil kira bangsa Melayu lebih lama menghuni Tanah Melayu, maka orang Melayu lebih berhak untuk mendapat beberapa hak yang berbeza dari bangsa lain?Orang asli lebih lama menghuni bumi Tanah Melayu, bukankah begitu? Jika di ukur dari segi jumlah penduduk, apakah betul portion hak-hak ekonomi, politik, pelajaran, pembangunan mengikut portion pembahagian penduduk? Bayangkan sekiranya satu masa bangsa selain Melayu meningkat jumlahnya, mahukah bangsa Melayu merubah hak-hak mereka yang termaktub di dalam perlembagaan?Jadi mau diukur dengan kayu ukur apa? Kulit sawo matang, kulit buah keriang, kulit merah, putih, coklat? Mungkin di ambil kira hak-hak di dlm perlembagaan Malaysia. Jadi di mana bezanya dengan Perlembagaan Malaysia semasa 5 PM dulu dan perlembagaan Malaysia pada masa PM 1 Malaysia sekarang?Bila perlembagaaan Malaysia itu di ubah?Bukankah sama saja!!!!

Anonymous said...

Maka saya katakan diantara sebab Bangsa bukan Melayu menuntut hak sama rata adalah kerana slogan 1 Malaysia ini lah. Saya juga tak menafikan peranan yang dimainkan oleh pak syeikh di dalam usahanya menarik sokongan bangsa selain dari Melayu menyokong PKR sebelum,semasa dan selepas PRU12! Yang mencetuskannya adalah Pak Syeikh, beliau memberi harapan baru kepada bangsa selain Melayu di Malaysia untuk mendapat hak yang sama rata di Malaysia. Terbukti beliau berjaya dalam misinya ini dan dengan pertolongan rakan2 parti politik PR, PR berjaya menidakkan majority 2/3 BN! Bimbang dengan perkembangan ini, BN memikirkan BN juga mesti membawa dasar yang sama, maka lahirlah 1 Malaysia. kalau 1 Malaysia lahir sebelum PRU12, saya tak akan menyatakan perkara ini seperti ini! Nah sekarang Umno tersepit di antara terpaksa melayan Bangsa2 selain Melayu menuntuk hak sama rata hasil dari pemahaman mereka tentang slogan 1 Malaysia dan terpaksa menhadapi kemarahan org Melayu Umno sekiranya kerajaan terpaksa tunduk kepada tuntutan hak sama rata bangsa selain bangsa Melayu! Sekiranya tuntutan bangsa selain Melayu tak dituruti oleh kerajaan, mereka tak akan teragak-agak kembali memberi sokongan sekali lagi kepada PR di dalam PRU13 nanti! Atau ada satu lagi kemungkinan, namun kemungkinan ini masih di peringkat yang belum dapat di pastikan secara ilmiah dan dunia nyata. Mungkin rakyat Selain Bangsa Melayu yang tak puas hati dengan PR tak lagi memberi undi kepada PR tetapi akan memberi undi mereka kepada calon Bebas! Pasti khalayak ramai akan memandang sinis pandangan ini, namun kebarangkalian ianya bakal berlaku tak boleh ditolak secara total!

Sebenarnya Pak Syeikh sendiri pada hemat saya tersepit di dalam menghadapi harapan baru yang dicetuskannya, saki baki keperibadian Umno di dalam ahli PKR masih menebal. Lambat laun bangsa Melayu di dalam PKR akan berada di dalam dilemma, mereka akan merasa bangsa Melayu rugi dengan dasar yang di bawa oleh harapan baru.Namun sehingga sekarang akar umbi PKR dan simpatisan PKR dari bangsa Melayu masih belum merasa kesannya. Lagipun Pak Syeikh masih berupaya mengawal keadaan. Sokongan dari pengundi Pas di dalam memenangkan calon PKR juga sangat besar. Maka siapa yang menjadi pemerintah sekarang yang akan menanggung polemik menuntut hak kesamarataan di kalangan rakyat Malaysia. Kalau tak di lancarkan slogan 1 Malaysia, maka Umno dan BN hampir pasti terkubur di dalam PRU13.

Anonymous said...

Maka apakah langkah yang sepatutnya diambil bagi menyelesaikan masalah ini? Maka saya datangkan ISLAM sebagai jalan penyelesaiannya. Islam menyokong hak yang sesuai dengan fitrah manusia, Allah menciptakan Alam dan isinya, tahu apa yang terbaik untuk Alam dan isinya. Masing-masing rakyat punya hak tanpa mengira asal bangsa, hak diberi kepada yang berhak menerimanya.Ada yang menyoal, bolehkah orang bukan islam menerima Islam sebagai penyelesaian kepada segala macam permasalahan hidup ini? Saya ingin kembali bertanya APAKAH ORANG ISLAM SENDIRIBERSEDIA MENERIMA ISLAM SEBAGAI JALAN KEPADA SEGALA PENYELESAIAN HIDUP INI? Saya maksudkan penyelesaian secara menyeluruh, bukan di ambil secara suku dan di tinggalkan suku, ikut nafsu! Bukan hanya soal solat, zakat, bina mesjid, kewangan islam, judi HALAL dan judi HARAM, ARAK HALAL dan SAMSU HARAM! Saya tak nafikan dalam beberapa hal kerajaan menjalankan peranannya menjalankan hukum islam, namun saya maksudkan penyelesaian yang menyeluruh.Kenapa soalan ini saya ajukan? Ini kerana sejak Merdeka org Melayu yang beragama Islam lah yang menjadi Ketua Negara. Mana mungkin kita mahu salahkan orang bukan islam di dalam hal ini. Sudah lebih 50 tahun masa-masa keemasan berlalu begitu saja.

Saya juga tak memaksudkan Pas sebagai hanya golongan yang boleh menjayakan penyelesaian ini, saya maksudkan semua umat islam akar umbi bangkit bersatu menegakkan islam, saya tak menaruh harapan yang tinggi kepada pimpinan Pas kini, saya tak menaruh harapan yang tinggi pada pimpinan PKR islam, saya tak mengharapkan pimpinan Umno islam di dalam hal ini......kerana saya percaya ini adalah tanggungjawap umat islam secara individu untuk menyatakan, menzahirkan dan menjayakan islam sebagai penyelesaian kepada kehidupan manusia..........