Wednesday, April 21, 2010

Melayu memang pelupa...

Pertama sekali ingin saya ucapkan terima kasih kepada komen-komen yang telah diberikan kepada saya didalam isu blog yang lepas-lepas. Apa yang menarik perhatian saya kini ialah sikap melayu. Sikap melayu dahulunya penuh dengan sopan santun dan perihatin terhadap tanggapan orang lain terhadap diri mereka.
Sekian lama Melayu ingin maju kehadapan banyak dugaan yang melanda orang melayu, dari segi modal sehinggalah ke soal sokongan masyarakat(bukan dari segi wang). Kalau ditanya kenapa jadi begitu mereka akan mengatakan bahawa produk keluaran tempatan tidak sehebat barangan lain. Sikap menikam dari belakang dan sikap tidak suka melihat orang melayu lebih maju kehadapan perlu dikikis. Jika perangai ini tidak dikikis maka jangan haraplah melayu akan dapat hidup senang didalam negara sendiri.
Orang Melayu perlu cepat belajar hidup berdikari dan tidak hanya menunggu bantuan kerajaan semata-mata, dan jika bantuan dihulurkan ianya perlulah disalurkan ke orang yang betul supaya dapat membantu orang melayu khasnya maju kehadapan. Jika dilihat orang cina, pemimpin mereka walau parti politik berlainan tetapi mereka telah merancang jauh kehadapan, memang mereka dahulu datang ke Tanah Melayu dengan tangan kosong tetapi sekarang ini mereka mampu untuk hidup mewah. Bukan sahaja mereka ini rajin tetapi mereka ini melaksanakan tujuan asal pemimpin mereka untuk berjaya pada masa hadapan.
Untuk itu Melayu perlu bangun dari tidur yang entah bila untuk bersatu dan memajukan bangsa sendiri, ini kerana Melayu perlu bersaing secara sihat(tidak melanggar ajaran agama) dengan bangsa lain bukan bersaing tidak tentu hala dengan bangsa sendiri. Lihatlah sekeliling kita kawasan melayu telah dimasuki bangsa lain, tetapi dikawasan mereka bolehkah kita memperolehi seperti apa yang mereka peroleh di kawasan kita. Jangan hanya menunggu durian runtuh, tetapi berusaha untuk maju.
Sekian....

4 comments:

abu nuqman said...

Fahami satu mutiara kata ini :

JIKA UMAT ISLAM MENINGGALKAN AGAMANYA, MAKA AKAN MUNDURLAH MEREKA DAN JIKA UMAT AGAMA LAIN MENINGGALKAN AGAMA MEREKA, MAKA AKAN MAJULAH MEREKA.

Maka kalau mahu umat Islam Melayu maju, berusahalah untuk menggalakkan pengamalan agama Islam di kalangan umat Melayu............yakinilah

Goh Wei Liang said...

Haha bro. Saya tak pastilah rakan-rakan Melayu bro, tapi kenalan Melayu saya semuanya peramah dan first class sikap mereka. Baik baik belaka !

Bersama-sama kita maju bro :)

abu nuqman said...

Goh.....
saya pernah bekerja dengan syarikat pembekal untuk peralatan pembelajaran.....sebuah syarikat yang agak besar..........sebuah syarikat kroni kpd pemimpin umno...saya terlibat secaa tak langsung dengan proses mendapatkan tender(direct nego)....saya tau la....perbuatan tersebut menyalahi islam dan kemanusiaan.....itu saja ajakan saya untuk sahabat2 saya dari umno untuk ubah...ikutilah suruhan agama islam, tinggalkan larangan agama islam, kalau mereka yakin dengan agama mereka, pasti mereka akan menurutinya....so mengikut agama islam, kalau mau maju mesti ikut semua ini......BARU BOLEH SAMA-SAMA MAJU.......maju dunia akhirat......

Anonymous said...

-Carls Ali
apa lg abu nuqman. jom kita ramai-ramai baring depan kereta. kalau terdesak sangat baring depan basikal pun tak pe. mana tahu org PAS tolong, abu nuqman.

Salam 1 Malaysia.