Tuesday, December 29, 2009

1 Malaysia

Pada ketika ini hebat di perkatakan tentang perkara yang mengguriskan perasaan Melayu. Pertama sekali perlu di selidik kenapa perkara ini berlaku. Untuk kerajaan sekarang menang dalam pilihanraya akan datang perlu berkerja keras untuk membendung sikap sesetengah parti politik 'ultra' supaya rakyat sedar betapa bertuahnya hidup di Malaysia.
Artikel yang diterbitkan pada hari Ahad lepas oleh seorang pensyarah kanan mengupas tentang betapa bertuahnya bangsa lain dan juga menunjukkan betapa toleransinya Melayu terhadap bangsa lain. Dasar 1 Malaysia telah di perkenalkan oleh PM Malaysia, apa yang boleh dilihat ialah kenapa atas dasar itu bahasa melayu dan pengambilan pekerja masih mempunyai masalah. Masih ada pihak yang ingin mempertikaikan bahasa rasmi ini. Pengambilan kerja oleh syarikat juga mengalami situasi yang sama, dimana orang melayu terpaksa berkerja di peringkat bawahan kebanyakkannya. Kenapakah ini berlaku? Tidakkah atas dasar 1 Malaysia kita perlu tolong menolong sesama kita.
Hak istimewa Melayu juga tidak perlu disentuh kerana jika seseorang pergi ke negara lain perkara yang sama berlaku. Tetapi di Malaysia walau pun namanya ketuanan Melayu tetapi yang dapat faedahnya ialah bangsa lain bukannya Melayu. Melayu muda sedar akan perkara ini berlaku, malah telah beberapa kali dibincangkan oleh mereka. Bangsa yang bukan Melayu perlulah jangan terlalu terikut dengan batu api yang di lontarkan oleh parti 'ultra' ini. Lihat lah ke negeri yang di perintah mereka di Pulau Pinang, kaum Melayu tidak mendapat hak yang sepatutnya. adakah Melayu di negeri lain melayan kaum bukan melayu sama seperti kerajaan Pulau Pinang melayan kaum Melayu? Adakah kerajaan ini mengamalkan dasar seperti singapura?
Ketua tiap negeri perlulah seorang melayu ini kerana kaum ini ialah majoriti di Malaysia. Melayu terkenal dengan gaya hidup yang sopan dan menghormati orang lain, perkara ini jarang dapat di lihat pada bangsa lain, malah bangsa lain hanya tunggu untuk mengambil kuasa dari Melayu. Mereka ini tidak senang dengan keadaan aman yang dinikmati Malaysia selama ini. Tiada sesiapa yang menyoal kontrak sosial yang telah dibuat dahulu tapi kenapa sekarang?
Banyak perkara telah dipersoalkan tetapi tidakkah ingat bahawa Melayu bersikap toleransi kepada kaum lain, baik dari perniagaan sampai lah ke isu tanah perkuburan yang mengambil ruang yang banyak. Adakah ini dikatakan 1 Malaysia. Sepatutnya semua bangsa tolong menolong supaya tidak terdapat yang tercicir di belakang. Perkara ketuanan Melayu bukanlah perkara yang akan merugikan bangsa lain, itu merupakan survival bangsa Melayu, perkara tersebut bukannya akan merugikan bangsa lain malah akan memberi keuntungan.
Bahasa melayu perlu diperkasakan dan di gunakan dengan meluas di Malaysia kerana tidakkah kita rasa terkilan bahawa di Canada terdapat sebuah stesyen radio yang mendendangkan lagu-lagu melayu? ini memunjukkan bahawa bahasa melayu ialah bahasa global. di sarankan untuk semua menggunakan bahasa melayu untuk kegunaan harian. Perkara ini untuk menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai identiti yang kukuh dan sendiri bukan ikutan. Malaysia mampu hidup aman damai seperti dahulu kala jikalau rakyat didedahkan dengan sejarah yang merangkumi segala aspek rakyat majmuk di Malaysia.

3 comments:

Anonymous said...

orang seperti saudaralah yg menyumbang akan ketidakyakinan bangsa lain thadap bangsa melayu.dripada berblogging dan memgomel2...baiklha kita mengambil langkah fizikal utk memantapkan ilmu didada..jgn hanya komplen, tetapi bertanding secara kompetitif..tiada mylayu, india, mahupun cina, yg ada adalah Malaysian.

Anonymous said...

disinilah kesilapan kita sebagai seorang melayu..adalah lebih baik jika pihak tuan membuktikan sesuatu daripada menulis sesuatu yang secara umumnya kita tahu, tidak akan memberi apa2 impak..kehidupan masih lagi berjalan seperti biasa..walaubagaimanapun, saya tidak menyalahkan pihak tuan kerana berfikiran seperti yang tercatat di dalam post "1 malaysia"..semoga satu hari nanti, tuan akan membuka mata seluas-luasnya dan saya percaya, tuan akan sedar satu hari nanti..

Anonymous said...

Moga MALAYSIAN yang tuan war war kan dia atas ni tak terikut-ikut model satu INDONESIAN..nauzubillahi min zalik...saya sayangkan Malaysia, tp saya lebih sayangkan ISLAM saya..