Wednesday, December 30, 2009

Insurance

Sejak pertengahan tahun ini (2009) pihak insuran mengenakan syarat yang amat tidak munasabah dimana semua pemilik kenderaan perlu mengunakan insuran '1st party'. Perkara ini pada mulanya tidak lah dilayan sangat oleh rakyat di Malaysia, tetapi kini setelah insuran mereka mula tamat, kebanyakkan penguna terkejut dimana sebelum ini mereka perlu membayar lebih kurang Rm 100 ringgit untuk insuran dan cukai jalan ( Kancil 660cc), tetapi kini mereka perlu membayar dalam ingkungan Rm 250. Perkara ini adalah kerana insuran '3rd party' tidak lagi digunakan dan ini tidak digalakkan. Kenapa perkara ini berlaku? adakah pihak Bank tidak mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda? Bank perlu ingat bahawa mereka tidak boleh meletakkan sebarang syarat sewenangnya dan itu ditanggung oleh penguna. Syarikat insuran selalunya menpunyai abang besar iaitu bank untuk menolong mereka jika mereka mengalami kerugian, dan apabila mendapat untung mereka akan membahagikan keuntungan mereka kerana kebanyakkan bank mempunyai anak syarikat insuran. Bank perlu memikirkan kebajikan kepada pelanggan mereka kerana bukannya setiap tahun seseorang itu terlibat dengan kemalangan lalu-lintas, dan bukannya semua rakyat di Malaysia ini kaya untuk membayar jumlah itu. Sebelum mengenakan apa-apa peningkatan bayaran, perkara itu mestilah diberitahu dahulu dan dibawa ke dewan rakyat untuk dibincangkan secara mendalam. Mungkin telah ada perkara - perkara tersebut dilakukan untuk mendapat persetujuan tetapi perkara ini mestilah meluas dan mendapat reaksi rakyat dahulu.
Orang di pendalaman banyak yang mengeluh atas sikap tidak ambil peduli pihak bank terhadap rakyat Malaysia. Ini disebabkan kebanyakkan masyarakat di kampung menggunakan kenderaan yang usianya lebih 20 tahun( sebab tidak mampu @ mempunyai kenangan terhadap kenderaan tersebut), dengan adanya sistem baru ini mereka perlu membayar jauh lebih mahal dari dahulu. Perkara tersebut akan mengundang kepada banyak kenderaan yang tidak mempunyai cukai jalan dan insuran. Kejadian langgar lari akan banyak berlaku jika perkara ini tidak di beri pertimbangkan secara serius oleh pihak bank dan kerajaan kerana ini melibatkan masyarakat di Malaysia secara keseluruhan.
Implikasi perkara ini mungkin tidak seberapa terhadap orang yang berada, tetapi kita semestinya ingat bahawa bukan kita sahaja tinggal di bumi Malaysia yang tercinta ini. Terdapat miskin dan kaya.

4 comments:

Hamim said...

harga insuran kena turun, penting kan rakyat..

Anonymous said...

setuju...xpatut bebankan rakyat dengan menaikkan harga insuran..sebaiknya didik pengguna kenderaan supaya mematuhi peraturan jalan raya.

Anonymous said...

terpanggil untuk memberi komen..diharap encik hisham tidak mudah melatah..pada saya, (seorang yang hanye berpendapatan sederhana) ianya tidaklah terlalu membebankan..anda pastinya salah seorang pengguna insurance "3rd party" yang apabila berlaku kemalangan, mula terumbang ambing kerana tidak dapat membuat claim..dan kemudian mula membuat bising, seakan-akan pihak insurance tidak adil dan sebagainya..anda harus sedar disitulah kebaikan dimana pihak insurance membuat keputusan melupuskan "3rd party" insurance..

p/s : encik menyebut mengenai kereta kancil 660..adakah encik memandu kancil 660? (jika tidak keberatan berkongsi)

Anonymous said...

saudara diatas, anda ada membuat business menyewa kereta?jika ada kelapangan, boleh la berbincang kerna saya mempunyai beberapa kereta untuk dijual *bukan kerana insurance mahal, tetapi kerana saya akan berpindah ke Labuan