Friday, August 21, 2015
Jawapan Kpd Mukhriz..
1) Yang dinafikan dari awal oleh PM adalah laporan WSJ mengatakan wang RM2.6b itu datangnya dari tabung 1MDB. SPRM dah sahkan bahawa wang itu bukan wang 1MDB, tapi wang derma.
2) Nak berjuang demi agama, bangsa dan tanahair bukan sekadar air liur. UMNO dan BN sebagai parti yg besar perlukan dana yang besar utk gerakkan parti dan perjuangan. Rasanya boleh ke UMNO menang PRU13 lalu hanya dengan melaungkan slogan tanpa disertakan wang yang mencukupi utk menggerakkan jentera pilihanraya? Rasanya parti2 komponen akan puas hati ke sekadar mendengar amanat, slogan dan nasihat dari Pengerusi BN tanpa disertakan bekalan kewangan?
3) Sila tanya Mukhriz, berapa peruntukan yg telah PM salurkan di Kedah dlm PRU13 lalu, termasuk utk jentera di Jerlun sehingga membolehkan BN menawan kembali negeri itu? PM turun berkempen di Kedah dgn air liur saja?
4) Adakah terlalu sukar Mukhriz nak jelaskan isu wang derma RM2.6b itu ke bawah, berdasarkan penerangan yg telah diberikan oleh PM dlm majlis tertutup? Susah ke nak bercakap dari segi logik akal, atau akal dan hati dah tertutup utk membela pucuk pimpinan parti? Takkan le sekelumit pun penjelasan PM tak terlekat di akal?
5) Sejak Mukhriz jadi MB, dengarnya dah RM14 juta PM salurkan wang bagi membantu perjalanan parti dan pentadbiran kerajaan di Kedah. Tak mahu tanya dari mana PM dapat sumber?
6) Dalam dunia ni ada dua pihak tak boleh dipecat, biar benci macamana sekali pun - 1) Ibubapa 2) Bos. Yang boleh dilakukan utk meredakan kebencian adalah memecat diri kita sendiri. Silakanlah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment