DAP Pulau Pinang hapus diskaun 5% beli rumah untuk orang Melayu,alasan cina bayar cukai, ini punca rasis.
1.Penduduk melayu Pulau Pinang yang telah mengundi PAS dan DAP telah menerima notis surat untuk memansuhkan diskaun 5% pada orang Melayu dalam pembelian rumah seperti dinyatakan dalam perlembagaan melalui kuasa kerajaan negeri. Melayu Zuhud kini telah tidak dapat membeli rumah dengan diskaun 5% lagi buat selama lamanya. Slogan yg selalu melayu Pulau Pinang laungkan adalah:
"Ini kalilah!"
"kita Tukar!"
"kita Ubah!"
telah bertukar sebaliknya diluar jangkaan mereka. Sehingga ramai penduduk melayu Pulau Pinang yang telah mengundi PAS dan DAP berasa makan hati, menangis dan terkejut atas notis yang diarahkan oleh exco-exco DAP Pulau Pinang. Begitulah keadaan penduduk Melayu Pulau Pinang yang telah memilih PAS dan DAP sebagai wakil rakyat mereka akhirnya memakan diri.
Antara Exco DAP Penang yang telah memberi arahan untuk memansuhkan pembelian rumah 5% adalah:
1.Chow Kon Yeow DAP hasil pilihan Melayu Padang Kota
2.Lim Hock Seng DAP hasil pilihan Melayu Bagan Jerman
3.Phee Boon Poh DAP hasil pilihan Melayu Sg Puyu
4.Jagdeep Singh Deo DAP hasil pilihan Melayu Datok Keramat
5.Law Heng Kiang DAP hasil pilihan Melayu Batu Lancang
6.Chong Eng DAP hasil pilihan Melayu Padang Lalang
2.Penduduk melayu Pulau Pinang yang sering memberitahu kepada orang ramai pada tahun 2012 iaitu "kita harus bagi peluang kepada DAP memerintah, setakat ini kami orang Batu Ferringhi sudah dihadiahkan tapak badminton oleh DAP. Dan guru kafa juga menerima RM100 setiap bulan. Jika nanti tidak suka, kita ubah kembali, 5 tahun tidak lama pun" -itulah kata-kata orang Melayu Pulau Pinang sewaktu kempen PRU13 yang lepas. Sebenarnya ini sudah kali ke32 tempat berniaga Melayu dan kampung Melayu diroboh oleh pembangkang selepas PRU13.
3."Saya susah hati sampai sekarang. Saya juga buntu apa tindakan yang perlu diambil kerana sepanjang Gerakan memerintah tidak pula pernah terjadi begini. Saya mengundi DAP kerana ramai kata cina juga memerintah apa beza? Tetapi ini kah balasan DAP terhadap kami? Kami memberi sokongan penuh kerana pada tahun 2012 mereka bersikap baik dengan menunjukkan guru kafa menerima RM100" -kata Rojahan Ahmad yang mengundi DAP pada PRU13 lalu.
4.Bagi Abdul Rahim Hamid, 51 berkata, dia mahu kerajaan negeri sediakan rumah untuknya, tetapi sebaliknya kerajaan negeri Pulau Pinang hanya mengatakan "Sila pindah ke negeri Kedah jika mahu rumah ganti". Abdul Rahim Hamid selaku pengundi Melayu yang menyumbang kepada kemenangan DAP di Bukit Bendera telah berkata "mana kami mampu beli rumah disini, harganya semua dalam RM400k, dulu ada 5% diskaun kira baguslah. Gerakan walau parti cina pun, tak la sekejam macam ni. Sampai diskaun 5% pun DAP mansuhkan. Saya rasa tertipu dengan slogan ini kalilah!" -katanya sambil teresak esak menangis kepada wartawan Sinar Harian.
5.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Ferringhi, Jamaludin Hashim berkata "tidak sangka kerajaan negeri Pulau Pinang akan berbuat begini, kerana pada tahun 2012 kami semua telah dihadiahkan tapak badminton oleh DAP". Jamaludin Hashim merupakan individu yang paling kuat memujuk semua orang Melayu di sekitar Pulau Pinang untuk mengundi PAS dan DAP. Apabila kami semua sudah sebulat suara mengundi DAP, rupanya ini balasan mereka dengan menghapuskan 5% diskaun kami. Parti Gerakan yang memerintah pun tidak sezalim ini katanya kepada wartawan Sinar Harian.
7.“Saya selaku JKKK Batu Ferringhi yang mengundi DAP sendiri tidak tahu bagaimana mahu membeli rumah sekarang. DAP hanya berkata jangan risau kerana wakil DAP akan membina satu lagi tapak badminton selepas selesai merobohkan Kampung Mutiara. Bagi saya tapak badminton sudah tidak bermakna lagi"
8.Iszuree Ibrahim mendesak PAS Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk campur tangan dalam isu penduduk kampung di sini. Tetapi kerajaan negeri DAP berkata "PAS diberi amaran keras supaya jangan campur tangan dan ikut sahaja keputusan kerajaan negeri kerana PAS dulu sudah setuju dengan dasar dan cara kerajaan negeri Pulau Pina
Thursday, February 26, 2015
Tuesday, February 24, 2015
Kenyataan Tun M
1. Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.
2. Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional.
3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.
4. Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong UMNO bahawa Dato Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu.
5. Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO. Selepas Dato Asri bertanggungjawab keatas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.
6. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.
7. Di waktu itu timbul sengketa antara Dato Asri sebagai ketua PAS dengan Dato Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk ganti Dato Asri. Dato Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Dato Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan.
8. Dato Asri cuba menyingkir Dato Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Dato Mohd Nasir enggan meletak jawatan.
9. Ramai ahli PAS memihak kepada Dato Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Dato Asri.
10. Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.
11. Pada
Mac 1978, pilihanraya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Dato Mohd Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi.
12. Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana Dato Mohd Nasir mencabar kepimpinan Dato Asri. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional. Tidak ada penipuan oleh UMNO.
13. Walau apapun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai orang Islam disuruh oleh agama Islam supaya menyambut seruan kedamaian dari musuh. Orang Islam disuruh bersatupadu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.
Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Monday, February 23, 2015
Oleh Lokman Adam
Mahfuz try call...
Pagi ini 23hb February, 2015 sekitar jam 11.30am, puluhan para wartawan telah berkumpul di Ibu Pejabat PAS kerana terpedaya dengan YB Mahfuz Omar yang mengatakan kononnya beliau akan adakan teleconference (telesidang) dengan Sirul Azhar, seorang penjenayah yang diburu polis kerana disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.
Sirul kini berada di dalam tahanan pihak imigresen Australia dan sememangnya tidak munasabah untuk dihubungi, apatah lagi untuk mengadakan teleconference dengan Mahfuz. Walau bagaimanapun, drama anjuran Mahfuz itu pecah temelang apabila panggilan yang dibuat oleh Mahfuz terhadap nombor yang dikatakan kepunyaan Sirul, tidak dijawab hingga ke sudah.
Mahfuz yang kelihatan semakin panik akhirnya menuduh pihak berkuasa telah jemkan line telefon untuk mengagalkan teleconference tersebut. Wartawan yang mula naik angin dengan Mahfuz akhirnya bertanya, adakah jika Pakatan berkuasa dia akan usul di Parlimen supaya diwujudkan undang-undang khas supaya mereka yang dijatuhkan hukuman boleh buat PC selepas jatuh hukum? Malangnya Mahfuz membisu seribu bahasa.
Setelah 45 minit bersandiwara, akhirnya Mahfuz menyerah kalah dan menghentikan sidang Media tersebut. Untuk menutup penipuan beliau, Mahfuz memaklumkan para wartawan yang hadir bahawa beliau akan membawa ibu Sirul ke Australia minggu depan untuk bertemu dengan Sirul.
Sekarang sudah jelaslah siapa yang mengajar dan mengatur Sirul melarikan diri ke Australia selama ini. Maka tidak hairanlah jika selepas ini. Sirul mungkin buat kejutan dengan memetik nama sesiapa yang beliau suka demi menyelamatkan nyawanya dan kemungkinan dijanjikan sesuatu oleh Mahfuz sebagai ganjaran.
Apa yang menghairankan saya, sepanjang kes ini berjalan dan nyawanya berada dihujung tanduk, tidak pulak si Sirul ini mendedahkan sebarang nama untuk menyelamatkan tengkoknya. Jika ada, sudah pasti beliau akan menyebutnya. Kenapa sekarang baru nak sebut selepas beliau berurusan dengan pihak Pembangkang?
Ramai yang bertanya dengan saya tentang laporan Media Australia yang menggambarkan seolah-olah Perdana Menteri kita terlibat dengan Pembunuhan dan Rasuah Pembelian Kapal Selam Scorpene yang kononnya Altantuya sebagai penterjemah dalam rundingan pembelian tersebut. Jawapan saya mudah,
1) Australia memang dari zaman Tun Mahathir tidak pernah baik dengan Malaysia. Mereka secara terang-terangan menghalalkan LGBT dan menentang pendakwaan terhadap Anwar berhubung isu Lliwat.
2) Australia adalah sekutu kuat Amerika yang juga konsisten mengecam pendakwaan terhadap Anwar dalam isu liwat. Amerika juga berterusan mengecam Malaysia yang tidak mahu campurtangan dalam sistem kehakiman negara bagi membebaskan Anwar yang juga merupakan sekutunya.
3) Sebagai umat Islam, saya berpegang pada tali agama. Bila Dato Seri Najib dituduh mempunyai hubungan dan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, tanpa rasa ragu Dato Seri Najib telah bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattallahi bahawa dia tidak pernah mengenali Altantuya, apatahlagi membunuhnya. Tapi sampai sekarang, Anwar tidak berani bersumpah menafikan beliau meliwat Saiful dan Azizan.
4). Bapa Altantuya telah mendedahkan bahawa satu-satunya manusia yang Altantuya kenal di Malaysia ialah Razak Baginda. itu sebabnya Altantuya tak mencari Najib, beliau mencari Razak Baginda.
5). Dimana datang lojiknya fitnah pembangkang yang mengatakan Altantuya dibunuh kerana beliau menuntut komisyen pembelian scorpene dimana beliau bertindak sebagai jurubahasa perundingan tersebut. Kepada yang masih tak tahu fakta kes, suka saya terangkan disini, Altatuya bangsa Mongolia, dia boleh cakap Rusia kerana Mongolia bersebelahan dengan Rusia. Tetapi kita beli Scorpene dari Perancis. Pertamanya, kalau hendak guna khidmat jurubahasapun, kita akan gunakan jurubahasa Perancis, bukan Rusia. Keduanya, takkan syarikat besar yang jual produk berbillion ringgit tak mampu sediakan jurujual berbahasa yang boleh berbahasa Inggeris. Syarikat tersebut sudahpun menjelaskan bahawa perundingan dijalankan dengan
menggunakan bahasa Inggeris.
Cukup-cukuplah Mahfuz dengan sandiwara yang tidak berkesudahan ini. Sepatutnya Mahfuz sebagai pemimpin semua parti yang kononnya Parti Islam, beliau sepatutnya mempertahankan Dato Seri Najib yang berani bersumpah cara Islam bila difitnah. Tapi malangnya beliau memilih untuk jadi budak suruhan Anwar walaupun jelas Anwar tidak berani melafazkan sumpah dan kini telahpun jelas disabitkan atas tuduhan liwat

Tuesday, February 17, 2015
Karamah Datuk Nik Aziz
Memang panas cerita ini apabila berada dilaman sosial,ketaksuban yang amat melampau. Terdapat juga yang ingin memberi nasihat kepada saya. Dalam ini saya sertakan juga perkata dari Hj Darus yang mana beliau lebih praktikal dan berfikiran sederhana.
Haji Darus Awang. AAP., AMP.
Terlebih dahulu maaf dipinta kepada segelintir mereka yang menjadi pentaksub dan pengkagum ayahnda Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ada beberapa perkara yang kita rasa perlu ditegur dan diperingatkan supaya tidak membawa kepada bidaah atau khurafat dalam zaman moden ini. Perlu dingat bidaah dan khurafat ini terlalu laju dan pantas tersebar.
Memang terlalu ramai yang rasa kehilangan apabila dimaklumkan ayahnda Tuan Guru Nik Abdul Azizi Nik Mat meninggal dunia. Rata-rata merasakan satu perasaan yang sama iaitu sedih, pilu, hiba dan sebak di dada. Namun mengaitkan beberapa kejadian sebagai karamah Tuan Guru rasanya suatu kerja yang cukup tidak bijaksana dan sungguh menyeleweng.
Kita tidak mahu sifat warak Tuan Guru semasa hayatnya tercemar semasa kematiannya disebabkan segelintir pantaksub beliau. Jika setakat menangis kerana kehilangannya kita masih boleh menerima hakikat rasa sedih melalui luahan tangisan. Tetapi jika dikaitkan dengan karamah itu dan ini, kita kira ini sudah satu perbuatan yang cukup melampau.
Bermula dengan cerita hujan di Kuala Lumpur dikaitkan dengan malam kematian Tuan Guru sebagai rasa sedih mengiringi beliau. Hujan pun turun. Kemudian disusuli dangan awan yang berbentuk kalimah Allah di langit. Diikuti pula dengan mendung berarak ke tanah perkuburan. Terkini dikaitkan banjir besar di Kelantan sebagai pembersihan bumi untuk menerima Tuan Guru.
Maaf sekali lagi jika kita sangat tidak bersetuju dengan segala cerita ini dikaitakan dengan kehebatan ataupun cuba dikaitkan dengan karamah Tuan Guru. Kita tidak mahu mempertikaikan kejadian tersebut, cuma mempertikaikan kenapa memandai-mandai mengaitkan kejadian tersebut dengan kematian Tuan Guru. Apakah kita bersedia untuk tergelincir akidah dengan cerita seumpama ini.
Seandainyai Tuan Guru hidup, kita penuh yakin bahawa beliau melarang sama sekali para pengikutnya melakukan kerja karut marut ini. Tindakan taksub seperti ini boleh membawa kepada kerosakan akidah. Isu orang mati telah selesai. Timbul pula isu orang masih hidup yang ghairah mengaitkan pelbagai peristiwa dengan karamah Tuan Guru. Isu ini baru bermula.
Orang yang lemah iman akan mudah terpedaya. Yakin dan percayalah syaitan akan sentiasa menipudaya kita supaya terpesong dan diseleweng akidah dari kebenaran tauhid. Berhati-hatilah untuk menyebarluaskan gambaran maklumat yang boleh membawa kepada kerosakan akidah ini. Media sosial sentiasa bersedia untuk menjadi lidah dan muka syaitan menyebarkan maklumat karut ini.
Kiranya memang ada kejadian yang disebutkan, anggaplah ianya secara kebetulan sahaja. Tidak lebih dari itu. Tiada kaitan dengan kematian Tuan Guru. Jika adapun biarlah ianya menjadi urusan Allah SWT belaka, bukannya urusan kita. Jangan memandai-mandai menambah dosa melalui ruang maya ini. Berhati-hati dengan dosa berganda di dalam media sosial di ruang maya.
Rasulullah SAW pernah menegur sahabat yang menyatakan gerhana bulan berlaku disebabkan kesedihan dengan kematian Ibrahim putera baginda Rasulullah SAW. Rasulullah SAW terus memberikan khutbah menegur perbuatan tersebut dan menyatakan tiada kaitan dengan kematian puteranya. Jangan rosakkan imej warak Tuan Guru dengan mengaitkan perkara karut marut.
Almarhum Syed Qutb ada menyebut tentang mudahnya akidah terlucut pada tubuh badan seseorang. Beliau mengumpamakan akidah pada tubuh badan seseorang amat mudah terlucut, lebih mudah daripada melucutkan sepasang pakaian. Akidah boleh terlucut dengan sebab tiga perkara iaitu perbuatan, perkataan dan iktikad seseorang. Kita teramat bimbang tindakan mengaitkan karamah ini boleh melucutkan akidah seseorang.
Jika dibiarkan dan tidak diberi teguran, kita yakin sedikit masa lagi akan ada pula cerita kubur yang harum dan mewangi apabila tiba hari jumaat. Kononnya setiap jumaat Tuan Guru membaca kitab dan bertazkirah di masjid. Maka kubur pun harum mewangi. Orang Melayu kita cukup suka dengan cerita karut marut sebegini. Mungkin akan banyak lagi yang bakal dikaitkan dengan karamah Tuan Guru.
Bersedilah untuk kita mengumpul koleksi

Wednesday, February 11, 2015
Where at..? Sg Buluh
Keputusan telah pun dibuat oleh YAA. Tetapi keputusan berkenaan telah di pandang seperti tidak menyebelahi kehendak pembangkang. Mereka mengeluarkan kata-kata seperti mahkamah 'in favour' kepada kerajaan. Tetapi apabila di perhatikan semula maka kita dapat lihat bahawa telah banyak kali telah pun diberi peluang untuk tampil dan membantu siasatan dalam kes ini tetapi DSAI tidak juga datang untuk memberi kerjasama. Tetapi kini keputusan telah pun di putuskan,cerita lebih lanjut ini boleh di baca dari surat kabar esok. Apa yang menariknya adalah ada Fb yang cuba sama kan DSAI dengan Dr Morsi,rasanya Dr Morsi amat berlainan dengan DSAI. Walau apa pun pengajaran yang boleh di buat di sini ialah walau hebat mana penipuan dan penafian, rasanya keadilan pasti datang juga.
jangan jadi begini, kuasa mahu mengikut cara orang tertentu sahaja.
Dan diharapkan supaya pengundi dapat memilih parti BN untuk pilihanraya kecil yang akan berlaku tidak lama nanti.

Subscribe to:
Posts (Atom)