Tuesday, September 10, 2013

Jasa mu di Kenang....Tun Dr. Ismail...

[TOKOH MALAYSIA] - TUN DR ISMAIL



Nama sebenar: Ismail bin Dato' Abdul Rahman
Tempat kelahiran: Johor Bharu
Tarikh kelahiran: 4 November 1915



1. Abdul Rahman bin Mohamed Yasin (bapa Tun Dr Ismail) adalah bekas pegawai awam kerajaan Johor dan juga menyandang jawatan Presiden Pertama Dewan Negeri.

2. Zaharah bt Abu Bakar (ibu Tun Dr Ismail) telah meninggal dunia sewaktu Tun Dr Ismail berusia 9 tahun.

3. Tun Dr Ismail mempunyai 8 orang adik beradik.

4. Berkahwin dengan Toh Puan Norashikin binti Dato' Mohd Seth.

5. Tun dan Toh Puan mempunyai 6 orang cahaya mata iaitu 4 anak lelaki dan 2 anak perempuan.

6. Tun Ismail amat menggemari sukan seperti golf, ragbi, tenis, badminton, tinju dan bola sepak.

7. Tun juga amat berminat dalam bidang fotografi.

8. Tun adalah penggemar lagu-lagu melayu asli dan suka mengumpul barang-barang antik.

9. Waktu riadah, Tun suka bercucuk tanam pelbagai jenis bunga dan buah-buahan.

10. Tun Dr. Ismail terkenal di kalangan pemimpin kerajaan dan antarabangsa kerana kebijaksanaannya dalam berhujah serta idea-idea yang membina dan bernas

11. Beliau adalah orang yang mula-mula menganjurkan Dasar Berkecuali Asia Tenggara.

12. Dengan tindakan yang tegas beliau berjaya memulihkan keamanan dalam negara pada masa tragedi 13 Mei 1969.

13. Tun Dr. Ismail pernah memangku jawatan Perdana Menteri ketika Y.T.M Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak berada di luar negara.

14. Menghembuskan nafas terakhir pada 2 Ogos 1973 dalam usia 57 tahun di rumahnya.




> Sekolah English College Johor Bharu.

> Maktab Perubatan King Edward VII College of Medicine, Singapura (1935-1937).

> Melanjutkan pelajaran di Universiti melbourne Australia - Ijazah. (1945).

> Merupakan anak melayu pertama yang lulus di Universiti Melbourne.




1. Membuka klinik perubatan sendiri yang dinamakan Tawakkal dari tahun 1947 - 1952.

2. Juga bekerja secara sambilan di Hospital Besar, Johor Bahru.

3. Dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Johor dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan pada tahun 1948.

4. Mula melibatkan diri sepenuh masa dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air melalui UMNO pada tahun 1953.

5. Menyandang jawatan Menteri Hasil Bumi pada tahun 1953 hingga 1955.

6. Pada 1996, beliau dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian yang pertama.

7. Beliau juga terlibat dalam rombongan Ketua Menteri, Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra ke London pada 18 Januari hingga 8 Februari 1956 kerana rundingan mengenai Kemerdekaan.

8., Dr. Ismail dilantik sebagai Duta Besar Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ke Washington di samping menjadi Wakil Tetap di Bangsa-Bangsa Bersatu.

9. Pada bulan September 1957 beliau hadir di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu setelah Malaya di terima sebagai anggota pertubuhan itu.

10. Pada tahun 1959 beliau dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.

11. Pada tahun 1960 pula beliau dilantik menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan tiga bulan selepas itu ditugaskan menjalankan kerja-kerja sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

12. Pada tahun 1967, Tun Dr. Ismail mengambil keputusan meletakkan jawatan kerana kesihatan sering terganggu disebabkan penyakit jantung.

13. Walau bagaimanapun beliau telah kembali berkhidmat pada bulan Mei 1969. Beliau telah dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

14. Tun Razak telah melantik Tun Dr. Ismail sebagai timbalannya di samping menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

15. Menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Kehakiman Komanwel di Australia dan Persidangan Keamanan Dunia melalui undang-undang di Washington pada tahun 1965.

16. Mewakili Malaysia di upacara perlantikan Presiden Filipina dalam bulan Disember 1965.

17. Dalam tahun 1964, semasa konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia, Tun Dr. Ismail telah diutus ke New York sebagai ketua rombongan untuk membentangkan perkara Malaysia/Indonesia dalam Majlis Keselamatan pada 5 November 1964.




> Darjah Panglima Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1959.

> Majlis Senat Universiti Malaya turut memperingati dan menghargai jasa beliau dengan mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang pada 13 Jun 1964.

> Oktober 1965, beliau menerima Darjah Kebesaran Vietnam iaitu Vietnam National Order Grand Officer.

> Dikurniakan anugerah Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) daripada Sultan Johor.

> Pada bulan April tahun 1966 beliau telah di anugerahkan pingat Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun.

> dikurniakan Bintang Republik Indonesia Kelas Dua. Penghargaan ini diperolehi ketika Presiden Suharto melawat Malaysia pada tahun 1970.

> Dalam Konvensyen Pertama Universiti Sains Malaysia pada 9 Januari 1973 Tun Dr. Ismail telah menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang.

> Jenazah beliau telah disemadikan di Makam Pahlawan Negara di Masjid Negara atas kehendak Tun Abdul Razak. -

2 comments:

Anonymous said...

baguuuussssssssss

Anonymous said...

nawfeiiiiiiiiiiiiiiii