Wednesday, July 24, 2013

Perasaan kita...

Minggu lepas bermulalah Umat Islam menjalankan ibadah Puasa di dalam bulan yang penuh kerahmatan ini. Di bulan ini juga di suruh Umat Islam untuk meningkatkan amalan mereka untuk dibawa untuk esok hari. Mulut perlu dijaga,mata dan telinga perlu dipelihara. Malah pada bulan ini juga tidak terlepas dari fitnah dan menfitnah dan juga tidak menjaga sensitiviti orang lain.
Dimulakan dengan iklan bah kut teh dan seterusnya, Umat Islam sedang di uji. Ada juga diantara kita yang melibatkan diri dalam pertandingan yang telah di keluarkan fatwa,kalau benarlah berdegil mahu masuk juga pertandingan itu tunggulah selepas Bulan Berkat ini,bukan saya menyokong tapi menghormati lah sikit bulan yang amat mulia ini.
Dalam sedar sedar tidak sedar kita terlepas pandang dalam melihat kepada perkara pokok dimana kita juga melakukan perkara yang menguriskan hati seseorang,ini bukan kisah cinta,jika kisah cinta maka panjang berjela lah post kali ini. Apa yang ingin di utarakan ialah perasaan orang sekeliling kita dari Ibu bapa kita,guru,kawan-kawan blog kita dan sampailah mak cik yang jual kuih di Bazaar Ramadhan.
Ya, melayu penuh dengan budi bahasanya, tetapi perkara ini semakin pupus ditelan zaman kerana mengikut ala barat yang tidak menguntungkan kita malah menghakiskan jati diri bangsa kita. Bila sebut tentang bangsa kita ini maka macam-macam lah bermain di fikiran ini. Saya telah menemubual seorang Guru selepas solat tarawih tadi, bila di tanya bagaimana keadaan murid sekarang ini maka dengan nada yang perlahan dia mengatakan zaman dah berubah. Murid dah lain, dulu murid hormat guru tapi sekarang guru di pandang rendah oleh murid, siap buat gosip dan berbagai laig terhadap guru. Kesian saya lihat keadaan guru sekarang. Dari masalah budak gangster, penembak tepat dan sistem pendidikan yang saya sendiri kurang faham, guru jadi mangsa keadaan. Dari menjawab,memandai-mandai dan seterusnya tidak berterma kasih terhadap Guru itu sudah memadai. Siapalah kita jika tiada guru-guru ini.
Masalah ini timbul kerana disebabkan oleh kita yang menyebabkan mereka berkeadaan begitu. Kita yang mengajar anak kita berkelakuan begitu, masyarakat akan datang akan menjadi lebih komplex disebabkan olh perbuatan kita sendiri. Sifat pentingkan diri telah meresap didalam darah daging kita semua. Kita sudah menerima ideologi barat secara berperingkat, kebebasan bersuara di jadikan perisai di mana apa saja boleh di perkatakan dengan mudah dan tanpa memikirkan perasaan orang lain. Di harapkan kita dapat memahami kepentingan hidup berharmoni dan menjaga perasaan orang lain biarlah orang itu kecil,kebebasan bersuara ini perlu ada had. Jika kita tidak mula siapa akan mulakan?

No comments: