Tuesday, March 5, 2013

Cerita Lahat

Hari ini di kejutkan dengan pencerobohan dari kesultanan sulu. Ramai yang memberi pandangan tentang hal ini bermula dari hari pertama pendudukan mereka di sini. Jika dilihat dari pandangan umum Sabah merupakan negeri yang dikelilingi air,negeri yng besar dan dikelilingi air memang mencabar untuk menjaga sempadan negeri berkenaan.
Sedih apabila membaca respon dan komen setengah warga Malaysia ini yang cetek ilmu ketenteraan atau kurang semangat kenegaraan mereka terhadap Malaysia. Malah terdapat setengah dari mereka yang menyatakan pihak polis seperti membunuh diri saja ke sana. Saya mengeleng kepala. Ada juga orang politik seperti Tian Chua yang mengatakan ini adalah kerja kerajaan untuk mengalihkan pandangan,pandangan apa tidak tau lah saya.Siapa dia ini,seorang yang duduk depan lori polis,gigit telinga polis dan berbagai lagi dengan polis nak keluarkan nukilan hati dia? ini tidak masuk akal.Tapi apabila ada tuduhan yang menyatakan ketua mereka terlibat dalam insiden ini mereka mengelabah untuk menutup malu,sebenarnya tidak perlu kerana rakyat boleh lihat dan dengar. Saya cuma harapkan jika betul sumber risikan dari Filipina itu betul maka orang yang bertanggung jawab ini perlu dikenakan undang-undang tentera kerana ini melibatkan keselamatan negara.
Ada juga yang kata ini kehendak ilahi,ya betul. Tetapi sebagai seorang yang tinggal di negara yang berdaulat kita perlu berusaha untuk mengekalkan keamanan yang ada,kerana keamanan bukan mudah dan murah diperolehi. Mereka ini hanya pandai bercakap kerana mereka hidup dalam keadaan selesa dan juga mempunyai banyak wang.Jika negara terlibat dalam perang atau sebagainya merekalah orang pertama larikan diri keluar negara. Saya syorkan mereka(lelaki /perempuan/bujang/berkahwin) ini sertai sukerelawan polis atau sukarelawan tentera,mungkin dengan cara ini mereka akan lebih rasional dalam memilih kata mereka. Yelah cakap dan komen berbagai di KL tapi bila tanya kalau di hantar mahu ke mereka pergi,jawapan mudah kalau perempuan jawab suami suruh jaga anak,lelaki pula kesian keluarga tiada siapa nak jaga. Jikalau dah macam itu jawapannya tolong diam atau bagi komen yang membina kepada anggota keselamatan kita di sana.
Macam-macam saya dengar itu lah ini lah. Ada yang bagi cadangan macam kita main counter strike pula.Kesian,itu sembang kedai kopi yang sembang cafe pula lain caranya,yang skirt pendek dan baju kurung sembang macam mereka tahu semua yang terjadi di Malaysia.Have faith to our forces,they know what they are doing. Diharapkan anggota keselamatan kita dapat tewaskan mereka ini dalam masa terdekat dan secepat mungkin kerana kami rakyat Malaysia tidak mahu mereka itu bermaharajalela di Malaysia ini.

No comments: