Sunday, April 29, 2012

Bershit berjaya bodohkan Melayu.




SERAH TENGKUK

Agaknya
kalau Si Janggut masih hidup
habis diratap
perjuangan korban
bersudah untuk ini

Agaknya
kalau Si Adnan masih idup
menyesal dia
baik serah hidup-hidup
kalau korbannya
bersudah untuk ini

Agaknya
kalau Si Tuah masih hidup
malu nak mengaku melayu
malu nak diangkat martabat
Taming Sari terkulai
lembik

Bangga kita
makin bangkit, makin bertambah bodoh
tak payah dah belajar sejarah
takat kaji permukaan
dah puas hati

anak kecil
terus main api
terus terbakar tangan
sebab dok cari masalah
tak cari penyelesaian

BERSHIT 3.0 telah pun berlalu tetapi kesan selepas perhimpunan haram itu yang menjadi persoalan. Perhimpunan yang tidak dapat permit itu tidak mengendahkan undang-undang yang sedia ada. Bersih yang mempunyai 10 tuntutan yang di ketuai oleh Ambiga itu telah bertukar kepada perhimpunan haram yang jelas menunjukkan hasrat sebenar ambiga dalam mencapai apa yang di cita-citakan. Ini merupakan satu helah untuk menghuru-harakan negara. Tidakkah dia tahu bahawa rakyat Malaysia perlu ikut undang-undang untuk selesaikan masalah mereka? Jika tidak ikut mahu ikut undang-undang mana lagi?Undang-undang hutan? Yang lagi menariknya ambiga ini merupakan bekas presiden peguam negara.
Apa yang mendorong orang ini untuk melanggar undang-undang yang dia sendiri lawan untuk tegakkannya dulu? Mungkin sebab tidak dapat teruskan agendanya sendiri so dia memberontak. Berbalik kepada soal Bershit ini. Pihak mahkamah telah mengeluarkan arahan untuk tidak boleh mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka kerana ini merupakan tempat pelancongan dan di tengah sibuk bandaraya. Tidak mungkin mahkamah mengeluarkan arahan suka-suka. Sebagai jalan penyelesaian pihak DBKL telah beri tempat di stadium untuk penganjur tetapi tidak di terima. Ini bukan kali pertama perhimpunan pihak pembangkang di Malaysia, pernah satu ketika bila Pr memerintah Perak,mereka mengadapan himpunan di Stadium Perak. Persoalannya kenapa stadium di tolak ambiga?
Hairan apabila melihat kelibat perempuan dan wanita yang berpurdah ke perhimpunan haram. Jika zaman dahulu mereka yang berpurdah ini tidak dapat dilihat di tempat orang ramai kerana mereka menjaga peradaban mereka,itu dulu la.Sekarang ini sanggup berhimpit-himpit macam pergi haji tu dengan lelaki di anggap ok lah pada mereka, ini lah akiba agama di gunakan untuk politik.POlitik menghalalkan cara mereka. Perempuan sepatutnya lembut tetapi ternyata dunia dah berbeza dan maju mereka dah berani buat macam-macam dah,apa nak jadi. Malah ada di antara mereka yang menyuruh terbalikkan kereta polis. Kalaulah nak di jadikan cerita masa itu dia kena rogol ramai-ramai di sana siapa nak tolong ye? tidak ke POLIS juga kena tolong.tanya balik diri wahai perempuan jangan jadi bodoh dengan ikut saja apa orang cakap. Bila susah minta tolong polis kerana kata mereka itu tugas polis tapi jahanamkan harta benda dan menyusahkan orang ramai mesti tugas penunjuk perasaan ini termasuk wanita.
Jangan malukan agama Islam yang suci dengan melaungkan nama Allah atas perhimpunan haram yang dilakukan. Islam tidak pernah mengajak umatnya untuk menbuat kacau bilau. Berjayalah orang kafir dalam menjatuhkan Islam dari segala segi. Melayu sepatutnya pertahankan apa yang masih tinggal di tangan mereka. Selepas bershit ini dapat di simpulkan bahawa yang pergi perhimpunan haram dan melaungkan nama Allah tidak lah mahir tentang agama Islam, mereka golongan orang suka mengikut orang bodoh yang tidak mencerminkan agama Islam. Bersabar itu separuh dari iman tiada dalam kamus mereka. So jangan malukan nama Islam selepas ini.
Sia-sia perjuangan melayu dahulu kalau mereka dapat melihat apa yang terjadi hari ini, seperti nukilan di atas pasti berlaku jika mereka dapat melihat. Akhir sekali pihak berkuasa perlu mengeluarkan perintah tangkap kepada penganjur dan ahli pembangkang yang tidak mengikut undang-undang semalam kerana ini memberikan implikasi yang besar dan buruk jika tidak diambil tindakan,mungkin mereka akan lebih melampau lagi pada masa hadapan. Himpunan seperti ini perlu di benteras sehabisnya, malah saya terkejut dan setuju dengan Naib Pengerusi DAp yang membantah keras himpunan seperti ini, malah dia juga berkata bahawa keadaan akan menjadi tidak terkawal apabila orang ramai mula berhimpun, itu kenyataan dari pembangkang yang memikirkan pentingnya undang-undang dan keadaan aman di kekalkan. Diharapkan kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab. Melayu Malaysia makin berilmu maka perlulah gunakan sikit kepandaian itu untuk buktikan kita masih berotak dan pandai bertindak mengikut keadaan yang betul, bukan membabi-buta tanpa fikir panjang.

Tuesday, April 17, 2012

Bolehkah sejarah Melayu dipadamkan...?

Oleh: RIDHUAN TEE ABDULLAH
16 April 2012 (Sinar)


Setiap kali apabila isu pendidikan vernakular disentuh, saya diserang habis-habisan. Kedua ibu bapa saya, terutama ibu saya yang baru sahaja meninggal, dihina dan dikutuk, menggunakan perkataan amat lucah. PengIslaman saya pun dikeji. Perkataan khitan (bersunat) dipermainkan, hanya kerana saya tidak kulup lagi.

Sehingga Yang di-Pertuan Agong yang tidak bersalah pun dibabitkan sama. Lebih serius lagi, ada ugutan mencederakan saya. Jika di Singapura, tempat menjadi pujian dan pakatan ultra kiasu, sudah lama mereka ini dihumban ke dalam penjara. Tetapi di negara kita, begitulah keadaannya, ‘terlalu bertoleransi’ kerana takut hilang kuasa.

Persoalannya, di mana salah saya? Apakah yang dilontarkan itu tidak benar? Jika menyimpang, perbetulkan. Itu baru namanya, kita orang bertamadun. Bukannya menganggap diri bertamadun, tetapi berperlakuan amat hina, berfikiran dan bertindak seperti orang hilang akal.

Baiklah, jika masih tidak berpuas hati, saya akan ulangi apa telah ditulis sebelum ini. Buktikan kepada saya di manakah negara dalam dunia ini memberikan kebebasan mendapat pendidikan perkauman sebegini rupa? Tidakkah Malaysia adalah syurga kepada kaum selain Melayu dalam mengekalkan identiti dan jati dirinya?

Saya harap pihak berkuasa tidak akan tunduk demi masa depan negara tercinta ini. Jika kita tunduk, maka tergadailah maruah dan jati diri sebuah negara yang terletak di kepulauan Melayu. Jika harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, apakah mungkin Melayu mati, di mana tulangnya?

Sepuluh jari saya susun jika orang Melayu tersinggung dengan tulisan ini. Terimalah muhasabah ini dengan lapang dada, kerana ikatan agama kita teramat kuat daripada ikatan bangsa membuatkan saya berani bersuara.

Saya sudah tidak rasa diri berbangsa, kerana Islam mengajar saya, ALLAH tidak akan tanya di kubur nanti, apa bangsa kamu! Cina atau Melayu! Tetapi pertanyaan yang amat takut tidak dapat dijawab, walaupun soalannya telah bocor, adalah “siapakah Tuhan kamu”? “Apakah agama kamu”? dan sebagainya.

Saya tidak pernah diupah oleh Umno untuk menulis, mahupun menerima habuan pihak ketiga. Saya tidak akan bersuara, jika semuanya teratur dan berjalan dengan baik. Saya tidak mahu mencari masalah. Saya mahu hidup aman, bebas daripada kutukan, makian, hinaan dan cercaan orang lain.

Namun, apakan daya, selagi Islam dan umatnya tidak terangkat dan terdarjat, selagi itulah perjuangan tidak selesai. Ultra kiasu sudah menjadi terlalu kuat. Semakin terus menggunakan segala ruang dan peluang pada waktu kritikal ini, kerana mereka takut ia mungkin tidak datang lagi. Justeru, sekali lagi saya paparkan apa yang telah diberikan selama ini, bacalah saya tidak akan ulangi lagi.

Pertama, SJKC sebenarnya tidak boleh disentuh sejak kewujudannya. Kita hanya berjaya menyeragamkan silibus pelajaran daripada berkiblat negara asal kepada silibus kita. Itupun masih lagi dipersoalkan. Subjek Bahasa Melayu walaupun telah diseragamkan, tetapi teksnya tidak sama berbanding aliran kebangsaan. Bahasa Melayu di SJKC/T lebih mudah, berbanding sekolah kebangsaan. Penyeragamannya ditentang ultra kiasu kerana jika diberatkan Bahasa Melayu, penguasaan bahasa ibunda akan berkurang.

Kedua, cadangan penambahan waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Melayu di SJKC juga gagal. Cadangan kerajaan ditolak mentah-mentah. Alasannya, jika ditambahkan waktu P&P Bahasa Melayu, ia akan mengambil ruang masa subjek bahasa ibunda. Penguasaan bahasa ibunda akan terjejas.

Ketiga, cadangan P&P subjek sejarah (Malaysia Negaraku) di sekolah rendah, untuk meningkatkan semangat patriotisme, pun tidak berjaya. Jika subjek ini mahu diajarkan juga, mesti diajar dalam ibunda, bukannya dalam Bahasa Melayu, kerana akan menjejaskan penguasaan bahasa ibunda.

Keempat, kegagalan Sekolah Wawasan. Semua Sekolah Wawasan yang telah didirikan gagal untuk menarik perhatian orang Cina. Alasannya, percampuran dengan orang lain, akan mengurangkan penguasaan bahasa ibunda. Mereka mahu jadi secina cinanya.

Fikirkanlah wahai pemimpin sekalian. Benar, undi dan pengekalan kuasa penting, tetapi fikirkanlah kepentingan agenda membina negara. Saya tidak tidak pernah risau jika perkara ini berlaku di negara China, tetapi ingatlah kita berada di Malaysia, perkataan ‘Malay’ itu masih wujud, dengan sedikit penambahan perkataan ‘Sia’.

Jika tidak berlaku kemasukan Sabah dan Sarawak, negara ini akan terus kekal dengan nama Tanah Melayu. Bayangkan jika perkara ini terus berlaku, sedangkan namanya masih kekal Tanah Melayu. Bolehkah sejarah ‘Tanah Melayu’ dipadamkan begitu sahaja?

Tuesday, April 10, 2012

Bahaya tuntutan ultra kiasu..

(Utusan Malaysia 28 Mac 2012) Ahad lalu kita dikejutkan dengan Perhimpunan 325 ultra kiasu sekitar kolej perkauman mereka, ala universiti merdeka di Kajang. Saya tertanya-tanya bagaimana perhimpunan perkauman sebegini diberikan permit. Sepatutnya ISA lah jawapannya. Tetapi kita tidak pernah lakukan. Ini toleransi dan mulianya hati budi pemimpin. Berbanding dengan undang-undang di Singapura, panggilan ‘anjing’ sudah membolehkan seseorang itu dipenjara atau didenda dan beberapa kemudahan ditarik balik. Di negara kita, tiada sebarang tindakan dikenakan walaupun perkataan lebih hina dan lucah digunakan serta sentimen perkauman dimainkan. Saya telah pergi ke kolej yang dipunyai oleh ultra kiasu ini (tempat perhimpunan) enam tahu lalu. Operasinya langsung tidak mencerminkan identiti kebangsaan, sama seperti kolej di negeri China. Laman webnya pun langsung tidak menggunakan bahasa Melayu. Saya tidak faham bagaimana kolej ini boleh diikhtiraf sebagai salah satu IPTS negara ini. Apa boleh buat, semua telah diluluskan. Kita tidak pernah bertegas, malah semakin tunduk kepada tuntutan dan tekanan. Malang sungguh negara ini, identiti kebangsaan langsung tidak tertonjol,yang menonjol adalah identiti orang lain. Beberapa laman web ultra kiasu melaporkan perhimpunan tersebut disertai oleh lebih 5000 orang. Manakala akhbar ultra kiasu melaporkan lebih 7000 orang. Angka tidak penting, walaupun sering dimanipulasikan oleh akhbar ultra kiasu untuk menunjukkan mereka hebat. Tidak mustahil bilangannya agak ramai kerana jika pelajar-pelajar dan ibu bapa kolej ultra kiasunya turun, sudah cukup mendapatkan angka tersebut. Pada saya, perhimpunan ini tidak perlu dianggap sebagai satu gugatan. Apa yang penting adalah tindakan pro aktif kita, bukan action oriented, takut kepada mereka. Agenda kebangsaan mesti diperkasakan daripada agenda perkauman komunis mereka. Tuntutan mereka amat tidak logik dan begitu ektrem. Inilah strategi komunis yang dipakai sekian lama. Walaupun komunis telah tiada, tetapi pemikirannya masih kuat. Tuntut sebanyak-banyaknya, mereka tahu kerajaan tidak akan tunduk. Namun, kerajaan akan beri sedikit. Pemberian sedikit itulah kemenangan terbesar buat mereka. Kerajaan sepatutnya sudah dapat membaca strategi lapok ini. Jangan gentar sama sekali dengan ugutan menjelang pilihan raya. Biar kalah, tetapi bermaruah, daripada menang, tetapi tergadai segala-galanya. Generasi akan datang menderita. Kita akan dikutuk sampai bila-bila Antara tuntutan kumpulan ultra kiasu ini adalah; Pertama, segera keluarkan guru Cina yang tidak latar belakang sekolah Cina atau mengambil mandarin dalam sijil SPM. Kedua, sediakan kursus khas bahasa Cina kepada guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, minima tiga tahun, supaya mereka dapat menguasai ketiga-tiga bahasa ini. Ketiga, rombak silibus latihan perguruan supaya guru bahasa Cina benar-benar layak untuk mengajar bahasa Cina. Keempat, rombak akta pelajaran bagi memastikan sekolah vernakular dilindungi dan setaraf dengan sekolah kebangsaan. Siapakah ultra kiasu ini yang begitu biadab dan kurang ajar, yang begitu berani mencabar kerajaan? Mereka tidak layak hidup di negara bertuah yang memberikan banyak kebebasan sehinggakan identiti negara tidak terserlah. Tuntutan ini amat tidak masuk akal. Sebahagian orang Cina sendiri tidak selesa dengan tuntutan terlalu ultra ini. Justeru, tidak wajar kita salahkan semua orang Cina. Saya cadangkan ultra kiasu membawa tuntutan yang boleh memporakperandakan negara ini ke negara komunis China. Saya amat yakin, komunis China pun tidak dapat menerimanya walaupun berkaitan dengan agenda bangsa Cina, kerana memberi ancaman kepada keselamatan kerajaan. Tidak perlu pergi jauh, lihatlah berapa ramai yang menjadi korban dalam peristiwa Tiananmen 1989, hanya kerana mereka menuntut kebebasan dan demokrasi? Seramai 400-800 orang (The New York Times) telah menjadi korban dan ribuan cedera. Selain tindakan ketenteraan, kerajaan China telah melakukan penangkapan besar-besaran untuk menyekat kebangkitan penunjuk perasaan dan pengikut pro demokrasi di seluruh China. Media asing diharamkan dari membuat liputan. Media awam dikawal dalam membuat segala liputan media mengenai kejadian tersebut. Lihat betapa bertuahnya negara ini, media ultra kiasu mempropagandakan isu ini tidak pernah habis dan terus memainkan sentiment perkauman. Kita terus berlembut. Jika adapun tindakan, hanya surat tunjuk sebab dan amaran, pun tidak berani menjentiknya. Kenapa? Takut mereka tidak mengundi kita. Nasihat saya, berilah sebanyak manapun, ultra kiasu tidak akan mengundi kita. Apa yang dibuat oleh kerajaan kita terhadap perhimpunan perkauman ini? Boleh dikatakan tiada. Mereka terus melakukan provokasi. Jika Kementerian Pelajaran tunduk kepada tuntutan ultra ini, maruah kita berada di tahap yang paling hina dan amat rendah sekali. Jangan terlalu mengharapkan undi sehingga maruah dan harga diri negara ini tergadai. Pentingkan agenda kebangsaan berbanding agenda bangsa. Jika mereka benar-benar ikhlas sudah tentu agenda kebangsaan (bahasa Melayu) dibincang atau dibawa bersekali. Ini tidak, semuanya mesti cina, cina dan cina seperti di negeri China. Mereka tidak pernah risau sebahagian produk SJKC yang langsung tidak boleh menguasai dan berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan. Malah mereka tutup kedua-dua belah mata. Masalah yang dihadapi oleh kementerian pelajaran, langsung tidak mahu diambil tahu. Mereka hanya tahu hak mereka mesti dipenuhi. Hak orang lain langsung tidak dihiraukan. Sedangkan toleransi kerajaan sudah sampai ke tahap maksimum. Tindakan sebegini hanya akan membuahkan dendam. Dalam pembinaan negara bangsa, tidak salah jika orang Cina kurang sedikit kecinaannya, lebih kepada kemalaysiaannya. Lagipun mereka bukan bangsa majoriti. Barulah betul dikatakan Malaysian first. Saya tidak nampak identiti dan jatidiri orang Melayu dan bumiputera hari ini begitu terangkat dan terdarjat walaupun mereka adalah majoriti. Mereka sanggup berkorban menggadaikan identiti bangsanya, demi menjaga hati orang lain. Namun, madu dibalas tuba. Ingatan saya kepada kerajaan, jangan biarkan pemikiran komunis ini menguasai kita. Toleransi kita sudah tidak ada tolok banding. Dahulu, terdapat peruntukan Akta Pelajaran 1961 memberi kuasa mutlak kepada Menteri Pelajaran untuk menghapuskan sekolah vernakular. Sebagai menghormati hak bangsa lain, peruntukan ini telah dimansuhkan dalam Akta Pelajaran 1996. Menteri Pelajaran tidak ada kuasa lagi menghapuskan sekolah vernakular. Nampaknya, pemikiran komunis tidak pernah menghargai toleransi kerajaan. SJKC yang dahulunya dikategorikan sebagai sekolah bantuan modal, hari ini hampir ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Ini tidak termasuk hampir 400 SJKC yang dibina sepenuhnya oleh kerajaan termasuk bangunan dan tanah. Menjelang pilihan raya, ke mana sahaja Perdana Menteri membuat lawatan ada sahaja SJKC/T baru yang diluluskan. Rumah ibadat janganlah dicerita. Saya tidak pasti penambahan Sekolah Kebangsaan dan sekolah agama, sebab tidak dilaporkan. Yang pasti, bangsa lain semakin mendapat tempat dan diraikan menjelang pilihan raya umum. Tidak cukup dengan itu, kaduk terus naik junjung, mereka terus mendesak ditambah lagi, seolah-olah tidak pernah cukup, termasuk penambahan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJKC) dan Sekolah Persendirian Cina serta sijil-sijil sekolah perkauman (UEC) yang mesti diikhtiraf. Maka tidak hairanlah, baru-baru ini Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima 146 institusi pengajian tinggi di China menjadi kumpulan pertama yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), susulan Perjanjian Pengiktirafan Seiring (MRA) yang ditandatangani Malaysia dan China pada 28 April 2011. Antara universiti China yang diiktiraf ialah Universiti Anhui, Universiti Beihang, Universiti Fudan dan Universiti Donghua. Ini tidak termasuk kerjasama dengan Taiwan. Saya tidak menolak akan kerjasama tersebut, tetapi apakah mekanisme seterusnya. Siapakah yang akan belajar di sana? Apakah kritirianya? Menggunakan SPM atau UEC? Bagaimana pemantauan boleh dilakukan dengan lambakan IPTS perkauman yang tidak terkawal terutama kolej ultra kiasu di Kajang itu. Selepas ini dan selama inipun mereka terus mendesak supaya agar graduan-graduan mereka ini diterima memasuki perkhidmatan awam tanpa syarat. Jika demonstrasi inilah yang mahu dijadikan ukuran untuk menggegarkan kerajaan, saya fikir sekolah agama rakyatpun akan berdemonstrasi juga. Lihatlah dan pergilah membuat lawatan ke sekolah agama rakyat, ibarat segan mati tak mahu. Pernahkah orang Islam membuat tunjuk perasaan seperti ultra kiasu. Sedangkan hak Islam dan orang Islam dijamin dengan jelas dalam perlembagaan, terutama perkara berkaitan dengan pembinaan institusi Islam yang mesti dibiayai oleh negara. Saya tidak pernah risau majoriti mereka mengejek timbalan menteri pelajaran ketika perhimpunan. Ini sebahagian daripada taktik strategi mereka. Selepas ini perkara ini akan dibawa kepada menteri pelajaran dan diminta menebuskan balik penghinaan tersebut untuk menagih simpati. Akhirnya, kerajaan jadi sedih bersimpati, dan memberikan segala tuntutan mereka. Taktik lapok ini sudah lama saya fahami. Bila tuntutan itu dipenuhi, malah menteri tersebut akan dijulang kembali oleh ultra kiasu. Bayangkan jika kita tunduk kepada tuntutan tersebut, apakah akan terjadi kepada agenda kebangsaan dan pembinaan negara bangsa. Saya menyeru kepada Umno dan Pas, jangan tunduk kepada ultra kiasu ini. Sama ada dipenuhi atau tidak, tuntutan mereka, mereka tidak akan mengundi Umno (BN) dalam pilihan raya akan datang. Bukti yang ada sudah cukup jelas. Jika diberi, bermaharajalelalah mereka. Jika tidak diberikan pun, mereka masih menang, kerana mereka sudah ada wakil dalam BN dan kerajaan ultra kiasu di beberapa negeri. Justeru, janganlah lihat demonstrasi ultra kiasu ini sebagai ancaman. Tetapi lihat demontrasi itu sebagai peluang untuk kita memperkasakan agenda kebangsaan, bukannya tunduk kepada pemikiran komunis ini . - Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Saturday, April 7, 2012

Ini ceritanya...


Senang je mamat cina tu tuduh menteri,sepatutnya tanya kenapa pemaju tak selesaikan masalah mereka ni bukannya menteri. Kalau semua menteri nak settel payah lah.

Wednesday, April 4, 2012

Nak jadi hero,tapi belum habis belajar lagi...

..
Tu lah Adam, suruh belajar x nak. belajar dulu.belum jadi cikgu lagi dah perangai macam ni....awal2 ok je,lepas tu nampak muka mamat tu kena sebijik.tu YB wannabe.Belajar dulu bro,lepas tu baru boleh jadi YB.apa punya (adam adli) turrrr....

The New Proton....

i could not help it,the car is very cool.i think this is the Proton car that Malaysian are waiting for...Proton Preve.