Friday, January 20, 2012

Paper Cina ...

KENAPA KONVENSYEN DI KEDAH?(UTUSAN 19/1/12)

KONVENSYEN Pakatan Rakyat Ketiga yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Alor Setar, Kedah turut diulas oleh Sin Chew Daily pada 15 Januari 2012.

Artikel bertajuk ‘‘Pakatan Rakyat adakan konvensyen di Kedah bukan secara kebetulan’’ yang ditulis pengkritik semasa, Chen Sau Ann disiarkan dalam ruangan dalam negeri, halaman lima.

Konvensyen terakhir pihak pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan di Kedah. Ini berikutan kedudukan negeri itu yang agak lemah dan susah untuk dipertahankan daripada jatuh semula ke tangan BN.

Selepas PRU 2008, menteri besar dan ketua menteri pembangkang mempunyai cara yang berbeza-beza dalam pemerintahan mereka.

Polisi yang dibuat tidak sama, terutama sekali di Kedah yang agak berbeza berbanding negeri lain yang ditadbir pembangkang. Hakikat ini diakui sendiri oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Selepas PRU 2008, pihak pembangkang secara pantas dan mudah dapat memerintah Kedah, tidak seperti di Perak dan Selangor yang mempunyai masalah dalaman dan tekanan daripada luar dengan pelbagai kontroversi sebelum dapat memerintah.

Sebenarnya, kekuatan Pas dalam pentadbiran Kedah amat besar sehingga PKR dan DAP menjadi pengikut. DAP juga tidak mendapat bahagian dalam jawatan exco di negeri itu.

Pentadbiran di Kedah semakin memihak kepada Islam, menyebabkan ia tidak disenangi oleh orang bukan Melayu, terutama sekali daripada kalangan penyokong MCA dan Gerakan.

Mereka asyik menghentam keburukan pentadbiran kerajaan Kedah dan ini telah merosakkan program-program pihak pembangkang di negeri itu.

Antara polisi Islam yang dilaksanakan kerajaan Pas Kedah adalah menukar papan tanda nama jalan dan perniagaan kepada tulisan jawi. Polisi 50 peratus kuota perumahan bumiputera dan sekatan terhadap industri hiburan dan minuman keras turut menjejaskan sokongan bukan Islam.

Turut tidak berpuas hati dengan dasar ini ialah penyokong Pas daripada kalangan bukan Islam dan orang Melayu moden di kawasan bandar di negeri itu.

Sebab itu, Kedah diberi perhatian khusus oleh semua rakan-rakan gabungan pakatan pembangkang. Penganalisis politik turut berpendapat, pihak pembangkang mungkin kehilangan undi golongan pertengahan di kawasan bandar yang sebelum ini menjadi penyebab mereka dapat berkuasa di Kedah.

Jika pihak pembangkang tidak dapat selesaikan segala isu berbangkit di Kedah sebelum pilihan raya, mereka boleh hilang kuasa di negeri itu.-UTUSAN

Terbaca dalam akhbar Utusan hari ini ruangan isu-isu akhbar cina tentang konvension PR di Kedah. Dalam semua tu saya tertarik dalam niat sebenar akhbar cina ini. Kenapa nampaknya akhbar cina ini berat kepada perkauman.
Apa yang menarik perhatian saya ialah akhbar ini kata mungkin Pas akan kalah pada PRU-13 ini disebabkan Pas berjaya menundukkan Dap dan Pkr dan yang menarik ialah isu penulisan jawi pun dia kata antara sebabnya kejatuhan PR. Kelakar lah akhbar ini, Untuk pengetahuan Kedah majoritinya Melayu dan Kedah juga merupakan antara negeri yang tertua di Malaya ini.
Soalannya kenapa isu jawi di persoalkan? tidakkah kita lihat bahawa Pulau Pinang juga mengamalkan tulisan cina di jalan-jalan raya mereka? papan iklan di sana pun ada yang menulis dalam bahasa cina,kenapa ini tidak dipersoalkan? Jangan bersikap rasis dimana puak ini saja melakukan dikira boleh,bila melayu lakukan kira tidak boleh dan melanggar sensitiviti rakyat cina. Sebenarnya tidak ada isu tentang tulisan ini di Kedah, orang cina di Kedah terima tulisan jawi.Mereka tidak pernah ungkit perkara itu. Yang nak di tanya ialah kenapa di papan iklan ada tulisan cina? nak dikata bahawa majoriti,tidak juga, nak dikata bahasa kebangsaan,tidak juga. Malah terdapat ramai orang cina yang tidak dapat berkounikasi dalam bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu. Pergilah di Pulau Pinang sana dan tanya kepada orang cina sana, rata-rata tidak boleh berbahasa Malaysia.Kenapa boleh jadi begini?
Satu lagi pasal exco Dap di Kedah yang tidak diberi pangkat. Apalah yang hairan, Tengok di Pulau Pinang sudah, Pas bukan dapat jadi exco, so apa yang nak di kecohkan.Sama adil la kan. Sepatutnya Pulau Pinang perlu ikut contoh negeri asal usulnya iaitu Kedah. Banyak dilakukan untuk perpaduan di Kedah berbanding Pulau Pinang. Tengok di Kedah kebanyakkan warga cina boleh bertutur bahasa Malaysia, ini lah baru perpaduan. Pulau Pinang dahulu boleh dikatakan semua boleh bertutur dalam bahasa melayu, tapi sayang sekarang dah pupus dah generasi begitu. Malah tulisan di papan iklan dan jalan di tukar ke dalam tulisan cina,nal sedapkan hati orang lain di tuliskan juga dalam tulisan tamil dan jawi.Tidak ke pelik kalau dituliskan dalam satu bahasa saja iaitu dalam bahasa Malaysia. Tulisan jawi itu tulisan di Tanah Melayu dahulu,s kalau di praktikkan maknanya itu tidak lari dari sejarah asal negeri tanah melayu dari dahulu.
Cuba tengok Kelantan, orang cina sana suka menamakan diri mereka dengan nama Melayu, uniknya mereka itu,ini bukan soal politik tetapi mereka selesa dengan panggilan nama begitu. Hubungan mesra melayu cina dapat di lihat disana sama dengan di Kedah. Di Pulau Pinang susah sikit untuk keadaan ini berlaku, kenapa?...itu kena jawab sendiri.

P/S: Pas Kedah dah tidak mengamalkan dasar Islamik sangat dah,Madrasah warisan pun dia nak roboh.

No comments: