Wednesday, September 28, 2011

Ulasan kepada Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...(Utusan& youtube)

Oleh Fauziah Arof

MELIHAT reaksi orang ramai mengenai filem sulung arahan Namewee, Nasi Lemak 2.0 yang dikatakan mereka sebagai sebuah filem ‘komedi sosial’ yang baik lagi menghiburkan, ia tidak sedikit pun menarik minat saya untuk menonton filem tersebut.

Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak.

Sebabnya, bukan kerana filem Nasi Lemak 2.0. Tetapi kerana si pengarah dan penulis skripnya yang banyak mengguris hati rakyat Malaysia sebelum ini.

Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.

Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik ‘Melayu Balik Hutan Jadi Sakai’.

Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah.

Sekarang, Namewee melalui Nasi Lemak 2.0 pula menyifatkan, filem lakonannya itu adalah aspirasi 1Malaysia, yang melambangkan penyatuan dan perpaduan kaum di negara ini.

Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada. Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube.

Namun ‘perjalanan seni’ anak muda ini boleh disifatkan luar biasa, kerana setelah apa yang dilakukannya, peliknya dia masih diberi peluang berjumpa seorang menteri, dan tiada tindakan yang diambil terhadapnya.

Dan dia yang banyak ‘diberi muka’ ini juga dengan yakinnya mahu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula untuk menyokongnya berkarya atas nama 1Malaysia.

Siapa dia Namewee ini, apa keistimewaan dan kekebalannya? Jawapannya, lelaki ini telah menyakiti hati ramai orang terutamanya orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Seperti yang ditegaskan, saya tiada masalah dengan filem Nasi Lemak 2.0. Saya menyokong filem tempatan dan tidak kisah mengeluarkan wang menonton filem Melayu di pawagam.

Apabila memperkatakan tentang filem berunsurkan 1Malaysia, bukan filem Nasi Lemak 2.0 sahaja mempunyai aspirasi ini. Saya juga telah menonton filem Estet di pawagam.

Estet arahan Mamat Khalid ini menggabungkan kehidupan semua kaum di negara ini yang saling hormat-menghormati dan membantu antara satu sama lain dalam sebuah kampung.

Dan saudara Mamat kita ini, tidak heboh pun dengan mengangkat filem tersebut sebagai filem 1Malaysia!-utusan 21/9/11

- Apa yang menarik perhatian saya ialah bagaimana namewee membalas kenyataan akhbar ini. Sebagai rakyat Malaysia saya rasa perkataan yang di gunakan oleh namewee ini amat jijik di dengar dan perlu di keluarkan dari Youtube sebelum di dengari oleh generasi muda khas nya. Terfikir saya seketika kenapa orang ini begitu kebal selepas dia menghina dan mencaci orang, mungkin ada betulnya dia ini, bahawa ada yang malas berkerja. Tapi kenapa orang melayu yang kena selalunya dan di hebah-hebahkan di internet. Pada saya dia ini ada agenda, ya orang melayu ramainya terguris apabila bercakap macam-macam tentang itu ini dan melibatkan orag melayu khasnya pada masa ini, jika malayu lah yang mengeluarkan kenyataan demikian maka mesti suda dipanggil oleh pihak penguasa untuk di soal siasat. Jadi melayu tidak boleh bersuara di negara sendiri.

Mungkin ini kesilapan yang perlu di perbetulkan di mana kerajaan perlu berhenti menghantar rakyat Malaysia keluar negara untuk sambung belajar untuk mengelakkan dari perkara semacam ini berlaku. Jika pandai masuk saja ke dalam universiti di Malaysia dan taja pelajar ini. Kebanyakkan mereka ini jika belajar di Mesir akan balik dan menyumpah kerajaan, seolah-olah mereka lah yang amat betul dan yang balik belajar dari china akan menyumpah kerajaan dalam segala hal semacam mereka ini maksum. Seingat saya rasuah siapa yang perkenalkan ya? Apa yang pasti Melayu tidak mulakan gejala rasuah.

Jika di negara luar namewee ini bersuara seperti itu mengeluarkan kenyataan seperti itu sudah lama dia ini kena saman. Mereka pandai kata guna law, tetapi lupa bahawa dia juga terikat dengan law itu kerana menghina seseorang menggunakan kata-kata kesat, paling-paling saman malu. Ya memang susah untuk mendapat grant dari kerajaan untuk membuat movie dia, tapi itu bukan saja dilalui oleh namewee seorang malah saya sendiri juga sukar untuk mendapat grant untuk memajukan business keluarga saya. Sebenarnya ini asam garam kehidupan, cuma mahu di salahkan disini adalah cara menegur orang tidak boleh dengan melemparkan kata-kata kesat kepada mana-mana pihak dan menayangkannya ke dalam youtube, itu tetap kesalahan yang tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia. Semanagat dia ini bagus dan perlu dijadikan contoh orang cina, tetapi bahasa perlulah sopan dan menjaga sensitiviti bangsa dan agama.

Wednesday, September 14, 2011

Mat Sabu dan sejarahnya...


Permainan politik sekarang ini bermain dengan sejarah yang sedang kecoh di sana sini. Sebenarnya apabila kita bercakap pasal sejarah perlulah ada kajian di lakukan oleh seorang dan perlu di catatkan sebagai bahan bukti. Bila bercakap tentang Bukit Kepong, ramai orang melayu yang terkorban pada hari itu. Jika dilihat sejarah maka mereka ini tanpa ragu-ragu lain merupakan kakitangan kerajaan, dan pada masa itu kerajaan kita merupakan kerajaan naungan British.

Betul pihak komunis juga ada memainkan peranan mereka dalam memperjuangkan merdeka. Tetapi apabila mereka berkuasa selama 2 minggu ramai melayu yang mati di bunuh. Jika di baca tentang mad indera ini, dia ialah seorang Ustad. Terfikir dalam fikiran saya bagaimanakah seorang Ustad boleh menyokong komunis, sekali lagi bila membaca sejarah dunia bahawa fahaman komunis ini menolak agama maka tertanya saya dimanakah pendirian Ustad ini? Dan dimanakah pendirian Pas dalam kerjasama dalam PR. Sejarah Rusia menyatakan bahawa, di Rusia sebelum 1991 negara berkenaan tiada agama. Agama Islam di kategorikan sebagai kebudayaan. Soalan ini perlu dijawab dengan fikiran yang terbuka, jika datang seorang yang Ustad yang alim tetapi merupakan orang suruhan komunis dan seorang lagi kakitangan kafir yang membenarkan kita mengamalkan agama dengan aman, maka mana yang di pilih? Jawab dengan berhati-hati. Jika seorang itu memilih Ustad tadi maka mungkin Malaysia sekarang ini boleh dikatakan macam Rusia dan jika memilih kakitangan british itu maka apa yang kita kecapi sekarang ini merupakan tanda kesyukuran kita kepada ilahi. Ustad itu tidak boleh menjamin masa depan yang harmoni di Malaysia malah British telah member kemerdekaan kepada kita. Saya juga boleh mengkaitkan dengan keadaa Pulau Pinang sekarang ini, tetapi itu akan dikupas pada masa hadapan.

Jika mahu menghalalkan pendirian Pas sekarang dengan cerita mat indera maka tidak wajarlah dikait kan dengan orang yang meninggal kerana ini merupakan publisiti murahan sesuatu parti yang memperjuangkan sesuatu yang tidak pasti. Apa yang perlu dilakukan ialah jangan lagi di pecah belahkan lagi diantara Melayu. Jika kita kata bahawa kakitangan yang gugur itu berkerja dengan British itu salah maka kakitangan kerajaan sekarang yang berkerja dengan Kerajaan masa ini sama salahnya. Jangan di lihat dengan satu mata sahaja, kita perlu berfikir dengan terbuka dan juga memikirkan perasaan dan keadaan sekeliling jika mahu mengeluarkan kenyataan, jangan di pecah belahkan lagi Melayu yang rapuh ini.

Kalau kita tidak belajar sejarah maka kita ini boleh cakap kosong di kedai kopi saja. Jangan jadi buta sejarah, sejarah tetap berulang. Benarlah, orang yang berlaku benar akan di tentang habis-habisan oleh golongan musrikin,dari dahulu lagi telah dinyatakan dengan jelas.