Perbezaan manusia memang tidak dapat di elakkan dimana manusia hidup dengan pelbagai ragam. Apa yang menarik dalam entry kali ini ialah tidak puas hati orang terhadap sesuatu. Apa yang menarik ialah di mana letaknya pertimbangan bahawa manusia itu memang berbeza dari pelbagai segi walaupun orang itu kembar seiras.
Telah banyak tempat saya merantau di dalam dan luar negara dimana manusia ini berbeza-beza ragamnya mengikut negara masing-masing. Ironinya ialah kalau dinegara yang masyarakatnya menpunyai nilai sopan santun yang tinggi orang dinegara itu rata-ratanya mempunyai perwatakan yang sama. Di sini ingin ditekan bahawa adakah masyarakat melayu di Negara kita ini menpunyai perasaan hasad denki yang tinggi?
Ini mungkin kerana pengaruh dari media massa yang telah berjaya menyebarkan ideology yang mengatakan orang melayu khasnya menpunyai perasaan hasad dengki yang tinggi. Persoalannya kenapa ini terjadi? Bukankah melayu itu kaya dengan budaya yang tinggi, dan menounyai span santun yang dikagumi oleh orang asing? Mungkin itu telah jadi sejarah yang begitu terkenal pada mas lampau.
Apa yang sedang di alami oleh orang melayu mungkin ialah tersilap mencari identity di mana mereka telah mencedok perkara –perkara yang tidak begitu baik dari penjajah. Itu mungkin satu kemungkinan. Bangsa lain sedang tengok kejatuhanbangsa kita dari tiap segi, sedar sekarng mingkin tidak terlambat, tapi jika masih tidak sedar maka kita hanya menunggu masa untuk jatuh dan lenyap, yang penting disini ialah sepakat dan bantu-menbantu. Kita harus sedar dan bertindak jika mahu berjaya. Banyak perkara yang boleh kita perolehi jika kita bantu –membantu dan tidak melihat kepada kelemahan seseorang . ada pepatah melayu berkata bahawa kita tidak selalu diatas, mana tahu satu haru orang yang ditikam belakang itu membantu untuk kita berjaya balik. Ingat ini sebagai ujian Tuhan, baru lah kita melihat seseorang itu seadanya.
No comments:
Post a Comment