Tuesday, March 23, 2010

Faham maksud 1 Malaysia?


Setelah kian lama mendengar laungan 1 Malaysia disana sini, kini tiba pula salah tafsir terhadap maksud 1 Malaysia. Seperti yang kita fahami, gagasan 1 Malaysia ini ialah satu ilham yang dimulakan oleh PM kita dimana gagasan ini membawa satu musibah kepada pihak pembangkang. Dengan tabah kerajaan tangkis segala serangan. Tetapi apa yang telah terjadi ialah kenapa sesetengah pihak begitu beria-ria untuk menggunakan gagasan 1 Malaysia ini untuk mendapat hak sama rata.
1 Malaysia ialah dimana semua bersatu padu untuk menbangunkan negara kepada tahap yang lebih maju pada masa hadapan tanpa menggugat hak Melayu dan Bumiputra yang mana mereka ini merupakan orang lebih lama di Tahan Melayu ini. Apa yang menghairankan ialah orang-orang yang bersuara ini bukannya tidak boleh terima hakikat tetapi tamak untuk bolot semuanya atas nama 1 Malaysia. Jika kita pergi ke mana-mana negara pun, tidak terdapat 1 pun negara seperti negara kita. Ada yang hanya cantik diluaran tetapi dalamnya sama saja. Di Malaysia dalam luar sama saja. Rakyat berbilang kaum hidup aman sebelum ini kerana ramai orang dahulu mengenali sejarah Malaysia.
Apa yang telah berlaku ialah sekarang ini ramai yang buta sejarah dan ada yang seperti anjing menyalak bukit. Bising tidak bertempat, tengok sekeliling kita tidak suka hidup aman damai? Dinegara lain pun, selain penduduk asal negara berkenaan, mereka hanyalah seperti debu-debu berterbangan, lihat jiran kita sudahlah mana perginya sikap sama rata mereka itu yang mereka laungkan? nampaknya tidak kelihatan.
Apa yang dapat saya perhatikan di China ialah mana suara kaum Islam disana, bukankah rakyat Islam disana yang terramai didunia, jawatan-jawatan penting tidak diberikan malah hak mereka disisihkan. Janganlah tutup sebelah mata atas tempat asal-usul mu, ternyata di mana saja terdapat perkara yang sama, tidak di Malaysia. Apa salahnya kita perkukuhkan lagi apa yang diusahakan oleh pemimpin-pemimpin dahulu semasa pra-merdeka dan hidup aman sejahtera. Apa yang disuarakan oleh orang Melayu Bumiputra ialah untuk menjaga hak mereka seperti apa yang giat dipersoalkan oleh pembangkang terhadap hak bangsa lain.
Apa yang dinikmati sekarang ini adalah usaha pemimpin semua bangsa, dimana terjadinya kontrak sosial. Perkara tersebut telah menjadikan negara kita aman selama ini. 1 Malaysia bukan hanya untuk memperjuangkan bangsa lain tetapi juga untuk melonjakkan bangsa Melayu sebaris dengan bangsa lain. Bersyukurlah kerana tinggal di Malaysia, kerana ada sesetengah orang di sini masih bukan sahaja tidak tahu sejarah tetapi bahasa kebangsaan pun tidak boleh cakap, malulah dengan rakyat di China dimana peniaga-peniaga sana boleh bercakap bahasa melayu. Faham betul-betul maksud 1 Malaysia dan semua boleh hidup aman harmoni tanpa menidakkan hak orang bumiputra.

Saturday, March 6, 2010

Bahasa Melayu

Perkara yang membanggakan telah berlaku dimana sekarang ini ramai orang asing mengambil bahagian dalam pertandingan piala Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2010. Ini membuktikan bahawa Bahasa Melayu ini menpunyai nilai komersil.
Jika ramai perserta mengambil bahagian dalam pertandingan seperti itu maka boleh dikatakan bahawa program 1 Malaysia berjalan seperti yang dijangkakan. Malangnya terdapat segelintir rakyat Malaysia sendiri yang masih tidak tahu bertutur dalam bahasa kebangsaan ini. Apa yang menghairankan ialah mereka ini lahir dan membesar di Malaysia. Kenapa perkara ini boleh berlaku?
Mereka yang tidak mahu belajar Bahasa Melayu ini boleh dikategorikan sebagai golongan orang yang rugi dan sombong, di mana mereka ini tidak mengambil berat atas bahasa utama negara ini yang dulunya pernah dimartabatkan menjadi lingua franca. Situasi ini boleh dilihat dalam sesetengah pendalaman Kg. Baru di serata Malaysia, hatta di bandarpun. Perkara ini perlu diambil serius untuk memperkasakan Bahasa Melayu yang juga bahasa Malaysia jika ingin gagasan 1 Malaysia disempurnakan.

Tuesday, March 2, 2010

Keahlian parti politik di Malaysia

Setelah lama saya tidak berkongsi pendapat saya bersama semua, kali ini saya terpanggil untuk memberi sepatah dua kata untuk kita berfikir sejenak. Perkara yang sedang berlaku dalam arena politik sekarang bukanlah perkara yang mengejutkan apabila si polan ini dan itu melompat parti dari pembangkang ke BN, (kesian melihat Anwar yang memperkenalkan rancangan lompat parti ini akhirnya makan diri sendiri) tetapi apa yang membuat orang yang biasa seperti saya ini muskil ialah kenapa dan bagaimana seorang yang berprofile tinggi dalam pembangkang (pernah menjadi tim. 1 CM p.p) dapat diterima dengan mudah menjadi seorang warga parti terbesar di Malaysia?
Adakah mereka masih tidak sedar sokongan parti ini ialah daripada mereka yang belum menjadi ahli? Untuk menjadi ahli parti ini mengambil masa yang lama kenapa ini berlaku dan bagaimana seorang ini begitu cepat menjadi ahli? Saya juga mengambil masa yang lama untuk diterima menjadi ahli. Perkara ini perlu dilakukan sesuatu kerana rakyat akan mempersoalkan kaedah yang digunakan untuk menerima menjadi ahli parti terbesar diMalaysia ini.
Sebelum terlambat disarankan supaya dahulukan yang mana memohon dahulu didahulukan keahliannya, tidak kira siapa pun proses ini perlu mengikut langkah2 yang telah dirangka dahulu. Sokongan akar umbi amat penting jika ingin menang pada masa hadapan.
Kepada orang yang melaksanakan tugas menerima ahli mereka perlu mengkaji dan perlu membuat 'cooling period' untuk warga lompat parti ini kerana jika ini berterusan maka masa hadapan org lain akan sesuka hati lompat sana sini dan kembali ke parti terbesar kerajaan sekarang ini, semangat untuk parti tidak pernah pudar dalam diri saya disebabkan itu saya rasa perkara ini jika tidak dikaji dengan berhati2, satu hari nanti mereka ini akan menjadi duri dalam daging. konsep 1st come 1st serve perlu dilaksanakan dengan jayanya supaya kita dapat menjadi contoh kepada yang lain.