Saturday, June 5, 2010

Orang Parliment jadi ikutan budak sekolah....


Selepas pilihan raya yang lalu, banyak perkara telah berlaku didalam negara. Dimana terdapat beberapa buah negeri jatuh ke tangan pembangkang dan juga kebebasan bersuara yang jelas lagi nyaring yang mana telah banyak mensensasikan perkara-perkara yang dahulunya jarang kita dengar.
Apa yang menarik perhatian saya ialah sikap ahli-ahli parliment yang mana dianggap sebagai wakil kepada rakyat ini bersikap seperti orang yang tidak berilmu. Apa yang merisaukan saya ialah sikap mereka yang berlakon itu diikuti oleh budak sekolah dimana cara mereka berkomunikasi dan menempelak telah diikuti dan digunakan keatas guru mereka. Apabila mereka ditegur mereka akan menjawab seperti apa yang mereka lihat di parliment. Perkara ini saya telah perhatikan setelah sekian lama, apabila ditanya kenapa berkelakuan demikian? jawapan mereka ialah orang parliment yang dianggap pandai @ hero pujaan mereka boleh bertindak sedemikian rupa kenapa mereka tidak boleh.
Wahai orang perliment atau wakil rakyat yang lantang berkata-kata dan mengata orang, cuba fikirkan apakah sikap yang ingin sekalian mahu lihat pada generasi hadapan. Budaya kita tidak menjaga kita menjadi orang biadap. Tunjukkan lah contoh yang baik, yang gentelman bukannya seperti tarzan yang berpakaian cawat sahaja. Fikairkan implikasi akan datang jika masih berkelakuan sedemikian.
Renungkan-2kan lan, ini merupakan luahan pemikiran saya sendiri bukan hendak memburukkan sesiapa.

2 comments:

Anonymous said...

peranan pendidik memang sedia mencabar, seharusnya para pemimpin yang diangkat rakyat dapat menjadi pendokong dan tauladan kepada anak-anak bangsa . Rugilah jika anak remaja yang bakal mengisi ruangan beliawan dan beliawanis negara mengikut contoh buruk daripada segelintir golongan agresif tidak beradab ini. harap para pemimpin ini sedar, mereka sepatutnya membawa suara dan masalah rakyat ke parlimen dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk rakyat. Bukannya menjadikan parlimen sebagai medan berpolitik membandingkan kuasa dan meraih populariti murahan untuk diri sendiri di media massa.

kerang said...

saya sokong!!