Kejadian yang tragis yang sedang melanda negara sekarang in boleh dikatakan semua menyalahkan PDRM, pada pandangan saya ini tidak boleh hanya memandang apa saja yang dilakukan oleh pihak polis itu salah. Pada zaman sekarang ini banyak kegiatan jenayah yang menjadi-jadi didalam negara kita. Lihat saja budak-budak sekolah zaman sekarang dimana mereka berani buat macam-macam hal yang dulunya tidak dilakukan oleh pelajar zaman dulu.
Apa yang sedang dilakukan oleh seorang budak sekolah pada pukul 2 pagi dan memandu kereta tanpa lesen? Persoalan sebegitu perlu kita fikirkan dulu sebelum kita menuduh sesiapa atas kesalahan sendiri. Ya betul kejadian menembak itu boleh dielakkan, tetapi saya yakin pihak polis bukannya tidak peri kemanusiaan, malah amarah telah dikeluarkan.
Siapa salah tidak dapat dipastikan secara jelas, tetapi apa yang pasti ialah perkara ini bukan salah satu pihak saja. Biarkan pihak polis buat kerja mereka untuk menjaga keamana negara, bukan senang untuk menjaga negara, jangan tengok jauh cuba tengok guru-guru disekolah zaman ini. Berbagai ragam mereka perlu tempuhi, itu guru sekolah jika kita tengok dari perspektif polis malah berbagai lagi ragam manusia sekarang ini....renung-renungkan lah. Kita serahkan siapa salah siapa betul kepada pihak yang berkuasa.
1 comment:
saya terpanggil untuk memberi pandangan mengenai isu yang diutarakan anda..terutama melihat kepada ayat terakhir "Kita serahkan siapa salah siapa betul kepada pihak yang berkuasa.." apakah yang akan berlaku jika yang salah itu adalah pihak berkuasa?berdasarkan gaya penulisan blog anda, jelas anda masih mentah dalam penulisan blog..bloggers pada masa kini perlu bijak dalam mengutarakan pandangan ataupun memilih topik yang sesuai, atau lebih sesuainya, tidak bersifat 'berat sebelah'..jikalau anda sememangnya mengamalkan sifat 'berat sebelah' dalam semua bentuk penulisan (ya, anda memang berat sebelah, pada pandangan saya secara peribadi), lebih sesuailah kiranya anda berhenti menulis..sekian..
Post a Comment