Thursday, September 30, 2010

Melayu mudah lupa lagi !!!

Melayu kenapa masih tidur lena? tidak kah nampak bahaya di depan? perlukah kita kehilangan semuanya baru terjaga bagaikan orang yang tidur 100 tahun? perlukah kita nampak tanah Melayu dari kaca mata orang lain? Jangan lah berebut pangkat yang kecil dan imbuhan yang mengadaikan bangsa, beri peluang dan terima bangsa kita seadanya. Dan majulah bangsa kita dan kembali disegani oleh semua bukannya dibuli seperti kuli....

Melayu bersatulah dan insaf, perjalanan masih jauh.

Aku malu tapi itulah kenyataan segelintir Melayu terbuai dengan keenakkan dunia, baik yang muda dan juga yang tuanya dengan cara masing-masing. Terasa malu tapi perjuanganku belum selesai, biarpun badai melanda tapi aku tetap tidak akan mengalah. Apalah akan jadi pada generasi akan datang kalau aku mudah mengalah? Ramai yang pandai berkata-kata tapi tidak bertindak untuk buat sesuatu. Dengki dalam daging sejak lahir-lahir lagi tersemai, bila tua menyesal tak sudah. bangkitlah saudara-saudara ku.........

lagu dan puisi penuh dengan nasihat.....hayati.

Wednesday, September 29, 2010

Perjuangan Yang Belum Selesai...(aku hayati nasihat Tun..)

Perasaan aku menjadi sayup bila tiap kali tengok dan dengar puisi Tun. Rasa geram, marah dan sedih apabila mengenang nasib Melayu sekarang dan Melayu akan datang kerana Melayu semakin terpesong dari agama dan berpecah-belah, dan pada masa yang sama bangsa lain sedang ambil kesempatan. Sedih dan pilu,kesian melihat nasib Melayu akan datang.