Tuesday, November 5, 2013

Oleh RIDHUAN TEE - Sinar Harian


"SAMPAI bila mahu Islam dihina oleh musuh-musuh Islam yang kita kenali? Mana ‘telur’ kita? Apakah kita sudah tidak ada ‘telur’ lagi disebabkan oleh kepentingan politik menutupi segala-galanya?Jika ahli politik sudah tidak ada ‘telur’, mohon Raja-Raja Melayu masuk campur tangan. Jika tidak, kita akan menyesal kemudian hari. Kita akan dikutuk oleh generasi akan datang.Kita terus melukut di tepi gantang. Umno dan Pas sudah tidak boleh diharap. PKR kita tolak ke tepi. Tidak ada menteri yang bercakap atau bangun mempertahankan soal penghinaan terhadap korban atau sembelihan di sekolah.Banyak lagi isu lain yang menyentuh sensitiviti agama Islam yang jelas-jelas termaktub dalam Perlembagaan sebagai agama Persekutuan, dihina dan dikeji? Apa kita buat? Kenapa kita begitu dayus? Kita terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris.Apakah memang benar sembelihan korban dan mempertahankan kalimah ALLAH itu satu kesalahan? Katakan! Jangan membisu seribu bahasa. Berdosa. Sekadar ahli parlimen bercakap, masih tidak kuat. Apa pun saya ucapkan tahniah kepada sahabat saya YB Shahbudin Yahya, MP Tasek Gelugor.Saya pelik, dekat pilihan raya sahaja sama ada umum (PRU) atau kecil (PRK), kita menjadi kecut. Kita tidak berani memberi komen penghinaan yang dilakukan. Malah kita beri apa yang mereka minta sebanyak-banyak. Nak kata mereka mengundi kita, tidak juga.Saya amat bimbang dengan desakan cuti dua hari untuk perayaan minoriti diluluskan, sedangkan perayaan besar agama Persekutuan seperti Hari Raya Korban hanya diberikan satu hari sahaja.Bayangkan selepas ini, bangsa-bangsa minoriti Peribumi Sabah Sarawak, yang mana mereka lebih berhak, turut menuntut cuti dan cuti tambahan hari kebesaran dan perayaan mereka. Maka berpestalah kita dengan cuti sepanjang tahun.Ingatan saya, jangan jadi seperti bangsa Maori di New Zealand. Peribumi Maori merempat di tanah air sendiri bila orang lain menguasai. Penting sangatlah kerusi Dun Sungai Limau sehingga kita sanggup serahkan segalanya.Jika Umno tidak memenangi Dun Sungai Limau pun, Umno masih memerintah Kedah. Tetapi jangan tawarkan bulan dan bintang. Sakit hati melihatnya. Saya tidak bantah peruntukan lebih RM2 juta diberikan kepada SJKC di Sungai Limau.Begitu juga dengan Pas. Jangan kerana marahkan Umno dan kini sudah tidur sebilik dengan DAP dan PKR, kita turut menjadi penakut. Bersuaralah. Ini tidak, sikit sangat suaranya dalam isu sembelihan korban dan isu yang menyentuh maruah Islam. Isu kalimah ALLAH, janganlah cerita.Kepemimpinan pusat tidak membantah apa-apa, kecuali Harun Taib dan Harun Din. Kedua-dua Harun ini memang hebat dan sepatutnya memimpin Pas, bukan yang lain. Ingatan kepada Pas dan Umno, jangan kerana dendam dan sudah mendapat kawan baharu, kita menjadi dayus seolah-olah tidak ada ‘telur’.Rakyat sudah bosan dengan permainan kedua-dua parti politik Melayu ini. Saya setuju dengan cadangan sudah sampai masa sebuah parti politik ditubuhkan menggantikan Umno dan Pas sebagai alternatif kepada umat Islam, yang sedang hangat diperkatakan dalam laman sosial seperti facebook hari ini.Apa perlu dilakukan adalah dengan menggabungkan kepemimpinan NGO-NGO Islam yang lantang mempertahankan hak-hak Islam (Melayu). Antaranya adalah Isma, Perkasa, Jati, Muafakat, Macma, ACCIN dan lain-lain lagi.Saya harap ia boleh jadi suatu realiti. Kepemimpinan hari ini perlu ingat, kemenangan PRU13 sebelum ini adalah kerja keras semua NGO ini. Mereka bertungkus-lumus memastikan Pakatan Rakyat yang ditunjangi DAP dan PKR tidak memerintah.Jika Pas memerintah, masih sedap hati ini. Ini tidak, Pas hanya berjaya mempertahankan Kelantan. Negeri lain, Pas seolah-olah melukut di tepi gantang. DAP dan PKR tidak mempercayai Pas.Saya sudah lama menyarankan Umno dan Pas berbincang demi masa depan Islam, tetapi Pas menolak mentah-mentah. Hujahnya mudah, Umno tidak mahu Islam. Pas sanggup bersekongkolkan penentang Islam daripada orang Islam sendiri.Jika begitulah keadaannya, semua parti politik Islam Melayu sudah tidak ada ‘telur’, maka sudah sampai masanya sebuah parti Islam yang berani mempertahankan Islam (Melayu) ditubuhkan. Marilah sama-sama kita merealisasikannya. Kita perlukan parti politik yang benar-benar ada ‘telur’.

No comments: