Minggu lalu telah berlangsung pemilihan Umno dimana pemimpin di semua peringkat dipilih pada masa ini. Untuk tahun ini cara pemilihan berubah dimana pemilihan di buat oleh semua perwakilan seluruh negara serentak, bukan lagi di PWTC yg mana di tentukan oleh Dato- DAto dan seangkatan dengan mereka.Kali ini menarik kerana semua perwakilan dapat memilih dan menentukan nasib seorang pemimpin itu.
Perkara yang menarik yang dipemilihan perwikilan kali ini ialah kerana terdapat golongan orang muda yang ramai. Perebutan tempat VP menarik perhatian ramai dimana seorang menteri dan menteri besar bersaing sengit untuk merebut tempat untuk jawatan tersebut. Sampai ke saat akhir saingan begitu sengit,akhirnya keputusan telah diumumkan dan pemenang diumumkan. Ternyata masih ramai yang bersikap tidak mahu mengubah gandingan Mantap berkenaan. Baiklah tahniah diucapkan kepada pemenang,ingat 3 tahun bukannya lama. Ini mungkin AMARAN yang terakhir sebelum diubah ke orang lain.
Di peringkat MT pula marilah tengok barisan, apa yang menarik ialah boleh dikatakan ia di PENUHkan oleh DATO- DATO tiada lagi EN dan Tn Hj. pernah satu ketika dulu kawan rapat saya menyatakan bahawa UMNO akan berubah kepada parti orang Elite saja. Tiada lagi orang biasa di atas sana.hmm nampak apa yang mereka kata dulu sedang diterjemahkan sekarang. Diharapkan lepas ini di selitkan pemimpin muda yang biasa di angkat supaya suara akar umbi dapat didengar. Ini boleh mengembalikan zaman kegemilangan dahulu seperti zaman Tunku, Tun Ghaffar Baba dan lain-lain. Pemimpin dari kalangan Guru perlu kerana mereka ini rapat dengan rakyat, bukan businessman saja diketengahkan.
Jumaat ini budget akan dibentangkan,ramai yang tertunggu-tunggu akan berita baik yang mungkin disampaikan oleh PM kita,mungkin ada mungkin tiada.Apa yang penting jangan bebankan rakyat, tiada bonus pun tak pa janji harga tak naik. HArga apa...harga semua orang bising kalau naik. Dalam masa kita menunggu budget yang akan di bentang kan oleh PM Pembangkang pula mahu bentangkan budget mereka sehari awal. Kononnya kalau mereka umumkan budget mereka lambat dari pihak kerajaan maka mereka akan dikatakan mereka tiru budget kerajaan. Ini bukan soal tiru meniru tapi soal kesejahteraan rakyat. Kenapa pihak mereka tidak tulis surat rasmi dan hantarkan cadangan mereka untuk membantu membuat budget? bila bantu buat budget dengan memberi cadangan maka mereka juga bolehlah dikatakan membantu rakyat. Ini tidak umum lepas itu kata BN tiru dan seterusnya digunakan untuk ceramah mereka sebagai modal. Kaki spin betul mereka ini. Belum cuba belum tau. Tapi apa pun Budget kali ini diharapkan dapat mambantu rakyat Malaysia di semua peringkat, saya yakin PM akan melakukan yang terbaik dalam menyediakan Budget yang terbaik untuk semua....
No comments:
Post a Comment