Friday, June 13, 2014

JADUAL SIARAN PIALA DUNIA DI RTM 1 & RTM 2...

Friday, May 16, 2014

Hari Guru dan PRK.....

Hari ini merupakan Hari Guru yang di sambut di seluruh negara.Selamat hari Guru saya ucapkan kepada semua Guru di Malaysia yang telah bersusah payah mengajar saya dan menunjukkan saya supaya jangan putus asa untuk mengejar cita-cita. Kena marah, rotan dan ketuk-ketampi biasa lah pada zaman saya dulu. Pada zaman sekarang murid-murid begitu manja, mana boleh lagi macam dulu. Cuba cerita bagaimana kita mahu mendidik bukan dengan cara berkenaan, Pedagogi barat bukan selalunya betul dalam mendidik orang. Murid-murid tidak boleh di tegur dan bercakap sahaja. Kita sampai sekarang jika mahu belajar mengaji, ustad berkenaan akan bawa rotan di sebelahnya, kenapa begitu ialah supaya murid berkenaan boleh memberi tumpuan dan berkelakuan seperti seorang pelajar. Mungkin pendapat peribadi saya tidak di terima oleh ramai, ini merupakan pendangan peribadi saya seorang sahaja.
PRK kini kembali kini di 2 negeri iaitu di Pulau Pinang dan di Perak. yang menarik perhatian saya ialah di Pulau Pinang BN tidak meletakkan calon. Lebih tepat lagi MCA tidak letakkan calon mereka. Adakah mereka sudah menjadi penakut dan lemah lutut mahu letakkan calon mereka? Jika mereka tidak mahu bertanding seharusnya bagi jalan kepada PPP atau Gerakan. Presiden mereka bukan main hentam lagi dulu bila di Gelang Patah sampai ayam tambatan Umno tewas disana. Atau MCA pentingkan diri sendiri, sibuk mahu menghentam Hudud jika di laksanakan, alasan Wee Ka Siong tidak berasas langsung kerana perkara ini di jelaskan oleh Presiden PAS yang mahu laksanakan perkara berkenaan bulan 6 itu pun jika diluluskan oleh Parliment. Sedih melihat BN tidak letak calon di sana betul kawasan itu merupakan kawasan Dap tetapi calon mereka itu bukan lah begitu popular dan juga tidak di kenali ramai.
PRK satu lagi ialah di Teluk Intan. Sini juga kawasan Dap menang dulu, sini menarik juga kisahnya,nasib baik bn tidak tarik diri. Tidak kiralah siapa calonnya BN perlu turunkan calonnya yang di kira sesuai dengan keadaan dan masyarakat sekarang. Ingat sekarang ini bukan PRU tetapi PRK. Konsep PRK ini ialah calon mana yang boleh membantu kemenangan parti. Perkara ini perlu di lihat dengan lebih serius. Jika kita masih bermain rentak lama maka tidak mustahil kita akan kalah di Teluk Intan. Tugas Dato Sri Zambry, MB Perak untuk mencadangkan kepada Dato Seri Najib nama yang di fikirkan sesuai ini. Gelombang orang muda jangan di ketepikan sebab BN akan rugi besar jika tidak melihat perkara ini dengan lebih serius. Bukan ingin mengatakan bahawa orang muda tahu semua, tetapi orang muda yang tidak tahu itu membawa wajah baru yang lebih bertenaga dan ingin belajar, ia tidak membawa imej yang terdahulu, itulah yang sedang di buat oleh Pr. Setakat ini pada pemerhatian saya orang muda mahukan calon yang muda dan kali ini pertandingan ialah siapa calon bukan lagi parti mana yang bertanding berbeza dengan PRU.

Thursday, February 13, 2014

Tangguh, kos sara hidup dan MC.

Pengumuman bahawa Pbs akan di tangguhkan membuatkan saya terfikir apa yang sedang di fikirkan oleh KPM dalam melaksanakan program itu pada mulanya. Kenapa selepas begitu banyak duit dilaburkan sekarang ini kita perlu tangguhkan sistem berkenaan. Sistem berkenaan memang tidak banyak membantu anak murid kita,ini di sebab kanadalah sukar untuk Guru menilai pencapaian seorang itu. Pendapat saya ialah perlu KPM turun padang dan tanya kepada guru seMalaysia kerana mereka yang akan melaksanakan perkara berkenaan bukannya Prof dan Dato yang tidak tahu keadaan sebenar Malaysia ini. Perkara ini terbukti apabila PBS dan banyak lagi perkara jika tidak di lihat dengan pendapat Guru itu akan mencapai jalan buntu,perkara ini juga disebabkan oleh terlibatnya pihak SPA dalam menentukan hakla tuju pendidikan negara kita. Apa yang sebenarnya berlaku di Malaysia adalah jarang berlaku kerana pendidikan juga ada badannya sendiri SPP tetapi di anak tirikan dalam perkara ini. Penjelasan kenapa orang bukan terlibat dalam sektor pendidikan perlu di terangkan dengan lebih jelas,dan jika mereka mahu juga masuk dalam sistem pendidikan maka untuk jawatan kerani boleh lah tetapi bukan pemikir atau pelaksana. Jika tidak ada perubahan lepas ini maka mungkin ada banyak lagi perkara yang mungkin suka sendiri akan dilaksanakan.
Pada malam semalam saya berbual dengan perniaga yang menjual burger, yalah suara rakyat perlu kita dengar. Ternyata bahawa mereka mengeluh atas peningkatan harga barang yang sedang di alami oleh semua rakyat Malaysia. Panjang lebar di menerangkan perkara yang terbuku dalam hsti sanubari dia yang terpendam lama. Yang paling menariknya ialah dia dapat mejelaskan secara terperinci jumlah-jumlah yang terlibat dalam ekonomi Malaysia,di situ ada kebenarannya. Saya dengar dengar dengan teliti apa yang dikatakan oleh perniagaan berkenaan,setelah habis selesai dia memberi tahu apa yang terbuku dalam hati dia maka saya perkenalkan diri saya,terdiam sebentar di buatnya. Tapi saya mengucapkan terima kasih atas pandangan beliau dalam keluh resah rakyat, malah saya juga di minta untuk bercakap dengan warga pasar,mungkin saya akan buat perkara dalam masa terdekat.
Mc atau medical certificate ialah digunakan selalu pada masa kita tidak sihat dan tidak dapat melakukan kerja. Itu yang kita tahu,tetapi ia juga boleh digunakkan untuk tidak menghadirkan diri ke mahkamah. Di Malaysia ini kita melihat Mc selalunya orang yang mempunyai kerja yang selalu ambil Mc bukannya orang tidak berkerja. Tidak perlu kita bgtau siapa lagi yang mengambil Mc untuk meraih simpati orang Kajang terutamanya. Mc ambil tapi kempen malamnya,apa tujuan sebenarnya. Kita perlu lebih meneliti apa yang dilakukan oleh orang ini kerana banyak menagih simpati, patutlah Jepun tidak membenarkan orang begini masuk negara mereka takut ambil Mc tidak mahu balik ke Malaysia. Macam-macam ragam cara digunakan untuk dapat perhatian rakyat Malaysia pak cik kita ni.

Saturday, December 14, 2013

Why?

dari blogger - http://shahalamrebels.blogspot.com/2013/12/terkini-jurutera-profesional-jawab.html

APABILA Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord.

Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini. Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa fakta berikut:

1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.

2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda, mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham.

3- Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang ‘super-kompetetif’. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama empat minggu kerana tiada permintaan. Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak AUD$600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini?

4- “Rebadging” atau penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang aib dalam industri automotif. Pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors (GM), telah melakukan strategi ini terhadap puluhan model kenderaan mereka. Cuba bandingkan Chevrolet Tahoe dengan Cadillac Escalade, dan Chevrolet Lumina dengan Holden Redline, kita akan nampak jelas bahawa perbezaannya hanya pada lambang jenama dan hiasan dalaman. Benar, jenama-jenama ini di bawah satu syarikat yang sama iaitu GM, namun dari sudut strategi, tidak ada bezanya antara kedua ini. Bahkan kritikan yang sama tidak pula diberikan kepada Perodua di atas strategi mereka “rebadging” model Myvi dan Daihatsu/Toyota, hanya kerana mereka ada kerjasama rasmi dengan Toyota. Model Perdana yang baru ada kerjasama dengan Honda bahkan Saga yang pertama dahulu pun ada kerjasama dengan Mitsubishi. Kritikan yang “pilih kasih” menyebabkan Proton menjadi ibarat “punching bag”. Buat apa pun dikira salah.

5- Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton, agar tidak ada lagi “punching bag” tempat melepas geram dan kemarahan. Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia. Tak payah susah-susah buat kereta sendiri.

Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu “Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?”

Akhir kata, saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak pernah membeli Proton, tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia. Dengan cabaran masa kini, Proton tak “bungkus” pun dah kira mujur.

Ya betul, jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda, tak perlulah membelinya. Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas “Saya tak suka Proton”. Namun, yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton, malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton, sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya. Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka.

Engr. Hj Norzafry B Norhalim
Mantan Presiden Pembina

Norzafry adalah seorang jurutera muslim berjiwa besar, merupakan graduan kejuruteraan di sebuah universiti di Australia. Kini berkhidmat di salah sebuah syarikat besar di Arab Saudi. Pernah menjadi Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) bagi tahun 2011/2012.

Tuesday, November 5, 2013

Oleh RIDHUAN TEE - Sinar Harian


"SAMPAI bila mahu Islam dihina oleh musuh-musuh Islam yang kita kenali? Mana ‘telur’ kita? Apakah kita sudah tidak ada ‘telur’ lagi disebabkan oleh kepentingan politik menutupi segala-galanya?Jika ahli politik sudah tidak ada ‘telur’, mohon Raja-Raja Melayu masuk campur tangan. Jika tidak, kita akan menyesal kemudian hari. Kita akan dikutuk oleh generasi akan datang.Kita terus melukut di tepi gantang. Umno dan Pas sudah tidak boleh diharap. PKR kita tolak ke tepi. Tidak ada menteri yang bercakap atau bangun mempertahankan soal penghinaan terhadap korban atau sembelihan di sekolah.Banyak lagi isu lain yang menyentuh sensitiviti agama Islam yang jelas-jelas termaktub dalam Perlembagaan sebagai agama Persekutuan, dihina dan dikeji? Apa kita buat? Kenapa kita begitu dayus? Kita terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris.Apakah memang benar sembelihan korban dan mempertahankan kalimah ALLAH itu satu kesalahan? Katakan! Jangan membisu seribu bahasa. Berdosa. Sekadar ahli parlimen bercakap, masih tidak kuat. Apa pun saya ucapkan tahniah kepada sahabat saya YB Shahbudin Yahya, MP Tasek Gelugor.Saya pelik, dekat pilihan raya sahaja sama ada umum (PRU) atau kecil (PRK), kita menjadi kecut. Kita tidak berani memberi komen penghinaan yang dilakukan. Malah kita beri apa yang mereka minta sebanyak-banyak. Nak kata mereka mengundi kita, tidak juga.Saya amat bimbang dengan desakan cuti dua hari untuk perayaan minoriti diluluskan, sedangkan perayaan besar agama Persekutuan seperti Hari Raya Korban hanya diberikan satu hari sahaja.Bayangkan selepas ini, bangsa-bangsa minoriti Peribumi Sabah Sarawak, yang mana mereka lebih berhak, turut menuntut cuti dan cuti tambahan hari kebesaran dan perayaan mereka. Maka berpestalah kita dengan cuti sepanjang tahun.Ingatan saya, jangan jadi seperti bangsa Maori di New Zealand. Peribumi Maori merempat di tanah air sendiri bila orang lain menguasai. Penting sangatlah kerusi Dun Sungai Limau sehingga kita sanggup serahkan segalanya.Jika Umno tidak memenangi Dun Sungai Limau pun, Umno masih memerintah Kedah. Tetapi jangan tawarkan bulan dan bintang. Sakit hati melihatnya. Saya tidak bantah peruntukan lebih RM2 juta diberikan kepada SJKC di Sungai Limau.Begitu juga dengan Pas. Jangan kerana marahkan Umno dan kini sudah tidur sebilik dengan DAP dan PKR, kita turut menjadi penakut. Bersuaralah. Ini tidak, sikit sangat suaranya dalam isu sembelihan korban dan isu yang menyentuh maruah Islam. Isu kalimah ALLAH, janganlah cerita.Kepemimpinan pusat tidak membantah apa-apa, kecuali Harun Taib dan Harun Din. Kedua-dua Harun ini memang hebat dan sepatutnya memimpin Pas, bukan yang lain. Ingatan kepada Pas dan Umno, jangan kerana dendam dan sudah mendapat kawan baharu, kita menjadi dayus seolah-olah tidak ada ‘telur’.Rakyat sudah bosan dengan permainan kedua-dua parti politik Melayu ini. Saya setuju dengan cadangan sudah sampai masa sebuah parti politik ditubuhkan menggantikan Umno dan Pas sebagai alternatif kepada umat Islam, yang sedang hangat diperkatakan dalam laman sosial seperti facebook hari ini.Apa perlu dilakukan adalah dengan menggabungkan kepemimpinan NGO-NGO Islam yang lantang mempertahankan hak-hak Islam (Melayu). Antaranya adalah Isma, Perkasa, Jati, Muafakat, Macma, ACCIN dan lain-lain lagi.Saya harap ia boleh jadi suatu realiti. Kepemimpinan hari ini perlu ingat, kemenangan PRU13 sebelum ini adalah kerja keras semua NGO ini. Mereka bertungkus-lumus memastikan Pakatan Rakyat yang ditunjangi DAP dan PKR tidak memerintah.Jika Pas memerintah, masih sedap hati ini. Ini tidak, Pas hanya berjaya mempertahankan Kelantan. Negeri lain, Pas seolah-olah melukut di tepi gantang. DAP dan PKR tidak mempercayai Pas.Saya sudah lama menyarankan Umno dan Pas berbincang demi masa depan Islam, tetapi Pas menolak mentah-mentah. Hujahnya mudah, Umno tidak mahu Islam. Pas sanggup bersekongkolkan penentang Islam daripada orang Islam sendiri.Jika begitulah keadaannya, semua parti politik Islam Melayu sudah tidak ada ‘telur’, maka sudah sampai masanya sebuah parti Islam yang berani mempertahankan Islam (Melayu) ditubuhkan. Marilah sama-sama kita merealisasikannya. Kita perlukan parti politik yang benar-benar ada ‘telur’.