Memang panas cerita ini apabila berada dilaman sosial,ketaksuban yang amat melampau. Terdapat juga yang ingin memberi nasihat kepada saya. Dalam ini saya sertakan juga perkata dari Hj Darus yang mana beliau lebih praktikal dan berfikiran sederhana.
Haji Darus Awang. AAP., AMP.
Terlebih dahulu maaf dipinta kepada segelintir mereka yang menjadi pentaksub dan pengkagum ayahnda Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ada beberapa perkara yang kita rasa perlu ditegur dan diperingatkan supaya tidak membawa kepada bidaah atau khurafat dalam zaman moden ini. Perlu dingat bidaah dan khurafat ini terlalu laju dan pantas tersebar.
Memang terlalu ramai yang rasa kehilangan apabila dimaklumkan ayahnda Tuan Guru Nik Abdul Azizi Nik Mat meninggal dunia. Rata-rata merasakan satu perasaan yang sama iaitu sedih, pilu, hiba dan sebak di dada. Namun mengaitkan beberapa kejadian sebagai karamah Tuan Guru rasanya suatu kerja yang cukup tidak bijaksana dan sungguh menyeleweng.
Kita tidak mahu sifat warak Tuan Guru semasa hayatnya tercemar semasa kematiannya disebabkan segelintir pantaksub beliau. Jika setakat menangis kerana kehilangannya kita masih boleh menerima hakikat rasa sedih melalui luahan tangisan. Tetapi jika dikaitkan dengan karamah itu dan ini, kita kira ini sudah satu perbuatan yang cukup melampau.
Bermula dengan cerita hujan di Kuala Lumpur dikaitkan dengan malam kematian Tuan Guru sebagai rasa sedih mengiringi beliau. Hujan pun turun. Kemudian disusuli dangan awan yang berbentuk kalimah Allah di langit. Diikuti pula dengan mendung berarak ke tanah perkuburan. Terkini dikaitkan banjir besar di Kelantan sebagai pembersihan bumi untuk menerima Tuan Guru.
Maaf sekali lagi jika kita sangat tidak bersetuju dengan segala cerita ini dikaitakan dengan kehebatan ataupun cuba dikaitkan dengan karamah Tuan Guru. Kita tidak mahu mempertikaikan kejadian tersebut, cuma mempertikaikan kenapa memandai-mandai mengaitkan kejadian tersebut dengan kematian Tuan Guru. Apakah kita bersedia untuk tergelincir akidah dengan cerita seumpama ini.
Seandainyai Tuan Guru hidup, kita penuh yakin bahawa beliau melarang sama sekali para pengikutnya melakukan kerja karut marut ini. Tindakan taksub seperti ini boleh membawa kepada kerosakan akidah. Isu orang mati telah selesai. Timbul pula isu orang masih hidup yang ghairah mengaitkan pelbagai peristiwa dengan karamah Tuan Guru. Isu ini baru bermula.
Orang yang lemah iman akan mudah terpedaya. Yakin dan percayalah syaitan akan sentiasa menipudaya kita supaya terpesong dan diseleweng akidah dari kebenaran tauhid. Berhati-hatilah untuk menyebarluaskan gambaran maklumat yang boleh membawa kepada kerosakan akidah ini. Media sosial sentiasa bersedia untuk menjadi lidah dan muka syaitan menyebarkan maklumat karut ini.
Kiranya memang ada kejadian yang disebutkan, anggaplah ianya secara kebetulan sahaja. Tidak lebih dari itu. Tiada kaitan dengan kematian Tuan Guru. Jika adapun biarlah ianya menjadi urusan Allah SWT belaka, bukannya urusan kita. Jangan memandai-mandai menambah dosa melalui ruang maya ini. Berhati-hati dengan dosa berganda di dalam media sosial di ruang maya.
Rasulullah SAW pernah menegur sahabat yang menyatakan gerhana bulan berlaku disebabkan kesedihan dengan kematian Ibrahim putera baginda Rasulullah SAW. Rasulullah SAW terus memberikan khutbah menegur perbuatan tersebut dan menyatakan tiada kaitan dengan kematian puteranya. Jangan rosakkan imej warak Tuan Guru dengan mengaitkan perkara karut marut.
Almarhum Syed Qutb ada menyebut tentang mudahnya akidah terlucut pada tubuh badan seseorang. Beliau mengumpamakan akidah pada tubuh badan seseorang amat mudah terlucut, lebih mudah daripada melucutkan sepasang pakaian. Akidah boleh terlucut dengan sebab tiga perkara iaitu perbuatan, perkataan dan iktikad seseorang. Kita teramat bimbang tindakan mengaitkan karamah ini boleh melucutkan akidah seseorang.
Jika dibiarkan dan tidak diberi teguran, kita yakin sedikit masa lagi akan ada pula cerita kubur yang harum dan mewangi apabila tiba hari jumaat. Kononnya setiap jumaat Tuan Guru membaca kitab dan bertazkirah di masjid. Maka kubur pun harum mewangi. Orang Melayu kita cukup suka dengan cerita karut marut sebegini. Mungkin akan banyak lagi yang bakal dikaitkan dengan karamah Tuan Guru.
Bersedilah untuk kita mengumpul koleksi
No comments:
Post a Comment