Friday, February 15, 2013

PSY dan Khalifah P.P...

Wah lama juga tidak post cerita baru dalam blog. Minggu ini merupakan minggu yang menarik,sebelum terlupa tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada kawan-kawan berbangsa cina. Ya minggu ini banyak perkara berlaku,yang membuatkan saya untuk menaip ialah disebabkan oleh beberapa perkara. Ada kawan melayu saya menyuruh saya untuk berhenti seketika tetapi saya tahu perjuangan belum selesai.
Di mulakan dengan iklan tahun baru cina dimana Pm kita juga terlibat dalam iklan itu. Di sini dapat dikatakan bahawa Pm kita tidak melupakan bangsa cina,tetapi seperti biasa lah dimana ada iklan Pm disitu ada pandangan negatif yang di lontarkan kepada beliau. Mana tidaknya kalau Pm pun ucapkan selamat tahun baru kepada orang cina, pastinya Pr khususnya Dap mula panas punggung disebabkan oleh apa yang dilakukan oleh Pm. Selepas itu Pm ke P.Pinang untuk sambutan rumah terbuka BN P.P. Disini kepanasan puak Dap tidak dapat dibendung lagi.Mana tidaknya dah la buat rumah terbuka di P.p, lepas tu ajak PSY pulak tu untuk ke majlis tu. Mulalah puak Dap mula mencari kesalahan BN,dimulakan dengan bayaran untuk Psy datang ke P.P itu dikatakan dari cukai rakyat lah dan bermacam-macam lagi.Kalau nak tau sebenarnya apabila PSY nak datang ke rumah terbuka Bn yang ditaja oleh satu syarikat di P.P sendiri (kalau nak tau syarikat mana taja PSY baca metro 14hb td) mereka puak Pr ni sibuk mahu mengagalkan kehadiran superstar itu ke P.P.Sampaikan ada MB keluarkan statement PSY perlu tutup aurat untuk buat persembahan,lagi pelik Mb itu bukan KM P.P pun. terbaca juga ada berita yang mengatakan bahawa PSY juga ada menerima SMS dari entah siapa untuk membatalkan persembahan nya.Sini yang bestnya sebab mereka sebenarnya tidak dapat kesempatan untuk memanggil PSY pada jamuan atau sambutan yang telah mereka adakan di Bt Feringgi tidak di layan,dengan kabar bahawa sambutan itu di taja oleh satu syarikat arak dan di berikan permit sementara oleh MPPP dimana 'event' berkenaan boleh diadakan sampai pukul 3 A.m. Hebat tu sampai 3 pagi tu,patut lah PSY tidak mahu datang ke sambutan Bt Feringgi tu yang menelah belanja 3 juta,banyak tu.Hairan kenapa tak kata itu duit rakyat P.P.
Mulalah Pr menyusun apa yang perlu dibuat pada hari kejadian,dari menyuruh penyokongnya memakai baju berwarna hijau, kuning dan merah.Merah? Pm pakai merah,ini pemikiran kalut khalifah P.P tu.Bila baju tidak menjadi di susunkan penyokong Dap dikelompok hadapan dengan Pm,mereka di tugaskan untuk merakamkan perkataan No jika Pm ingin mereka nyatakan sokongan mereka kepada BN.Nama pun sambutan rumah terbuka BN mestilah akan ada soalan begitu kan,berjayalah mereka merakam suara merdu mereka itu di fon mereka dan di muat turun kedalam Youtube.Oh lupa saya pun di sana,rasa saya dengar Yes lagi dari No.No tak dengar pun.Adoi tidak menjadi lagi,tapi khalifah dengar tidak mengapa,betul lah dia dengar tu,siap tweet lagi dengan bangganya kata tak dengar pun YES.Kan P.P tu negeri orang cina seperti yang di katakan oleh seorang cina ketika rombongan Permaisuri Agong ke P.P,siap tunjuk isyarat lucah lagi,lepas tu seperti biasa mohon maaf seperti idola mereka yang buat lagu Negarakuku tu,kita kena lupakan lah perkara tu,senang je kan.kesian Melayu dan Bn di P.P.Dap kuat sangat sampai mempengaruhi cara hidup mereka di P.P. Yelah kena berfikiran lojik akal Dap kuat sangat di sana sampai orang Melaka pun dapat jadi KM di P.P. susah Bn nak menang kat Pulau tu.
Seterusnya Pm teringin lah nak makan Nasi beratur memang orang P.P suka makan di situ sebab kuahnya masih mengekalkan rasa asli,datang lah Pm bersama keluarga dan bakal menantu dia ke kedai tu untuk menjamu selera. Pasal menantu pun nak dijadikan cerita itu lah ini lah. Pm kita tu bapa juga tidak mungkin seorang bapa yang kita tahu dia itu macam mana tidak tahu pilih menantu. Dia tau lah menantu itu baik ke tak,yang orang lain jadi lagi hebat dari Pm tu kenapa...itu saya boleh katakan orang yang mengeluarkan cerita ini dongeng dan tidak berakal ye lah seperti mahu Komuter memasang cermin sisi,kelakar lah.
Di akhir sekali banyak janji Pm kita buat untuk penduduk P.P dari rumah mampu milik di dalam Pulau sampai lah ke monorel. Menyentuh pasal rumah mampu milik,sampai hari ini setelah di canang kerajaan negeri itu dapat mengurangkan hutang dan dapat pulangan pelaburan yang tinggi,kerajaan negeri tidak dapat menyediakan rumah mampu milik secukupnya kepada rakyat P.P. Malah menjual tanah milik kerajaan ke syarikat Singapura. Pm prihatin dengan keresahan penduduk disana dimana mereka di himpit dengan harga rumah yang melambung tinggi dan pengusiran orang melayu secara sistematik di P.P itu ke Seberang Prai. Cuba kita bawa kereta ke bandar Gorgetown dan cuba kira berapa kereta melayu yang terdapat di keliling kita,boleh dikira sebelah tangan,itu pun no plat kereta luar bukan no plat P.P. Kalau itu di panggil cara khalifah kira Pm kita hebat lagi lah dari khalifah P.P. Monorel akan di bina tidak lama lagi,kalau kata kerajaan negeri tidak mampu buat rumah dan sebagainya kenapa Terengganu boleh buat. Terkejut bila pergi Terengganu baru-baru ini dah berubah.P.P dah 5 tahun macam tu juga, tidak ada apa-apa.ooo lupa ada Rapid Penang yang terbaru,itu zaman Bn bukan zaman Dap.Yang ada ialah rata-rata rumah kedai sekitar Bandar di dalam pulau di jual ke orang Singapura,nak jadi Singapura 2 ke P.P ini,agenda dah nampak dah dari masa kunjungan ahli politik / exco Parlimen Singapura datang untuk menberi nasihat kepada Khalifah P.P.

P/s: Simpati dengan pemecatan YB Nasaruddin dari majlis syura Pas...

No comments: