Tahun persekolahan merupakan satu tempoh dimana murid berkenaan menimba ilmu dan memahami erti kehidupan. Tempoh persekolahan yang sedia ada sampai sekarang juga menjadi sebagai pemampan kepada jumlah tenaga kerja di dalam Negara. Bukan untuk tidak menyokong usaha kerajaan untuk mengiktiraf mereka yang pandai di bangku sekolah tetapi banyak perkara akan timbul jika di pendekkan tahun persekolahan ini.
Perkara yang akan wujud ialah seperti lambakan tenaga kerja,ini adalah kerana sepatutnya murid berkenaan tamat pada 11 tahun tetapi telah di pendekkan tempohnya ke 9 tahun.Apabila ini berlaku ia akan mempengaruhi semua lapisan masyarakat bukan saja yang pintar tetapi yang kurang menyerlah juga terkena tempiasnya.Jika di lihat kepada tempoh seseorang itu berkerja di Malaysia yang sekarang ini rata-ratanya akan berhenti pada usia 60,maka sudah tentu ini akan menyebabkan lambakan tenaga kerja mahir dan tidak mahir.
Dengan ramainya golongan muda yang tidak berkerja maka akan timbul masalah lain seperti masalah sosial yang akan menjadi-jadi,masalah rompakan dan pelbagai lagi masalah akan tidak dapat di kawal jika kementerian tidak melihat perkara ini secara keseluruhan. Pada masa kini pun masalah seperti peluang perkerjaan kian sukar untuk diperolehi,bukan kerana tiada kerja tetapi kerja kosong yang sesuai dengan pemohon sukar untuk dicari pada zaman sekarang ini. Maka masalah akan kian bertambah jika golongan muda tidak mendapat kerja yang setimpal dengan kelulusan yang di perolehi. Ini merupakan satu perkara yag serius.
Kementerian pelajaran,Kementerian pengajian tinggi dan Kementerian sumber manusia perlu berbincang atas perkara ini jika dilaksanakan, kerana impaknya bukan saja atas segelintir murid tetapi atas masyarakat Ini adalah kerana makin hari makin ramai yang bijak pandai,keputusan peperiksaan sentiasa naik. Jika ini berlaku maka ramailah yang tamat tempoh pembelajaran mereka dalam tempoh yang singkat.Maka masalah seperti diatas akan timbul dan tidak dapat di bendung lagi.
Tidak dilupakan juga masalah beban kerja Guru juga akan bertambah-tambah kerana perlu membuat ujian khas untuk murid,jurang perbezaan ilmu juga akan lebih menyerlah diantara murid bandar dan luar bandar.
No comments:
Post a Comment