Thursday, January 5, 2012

Demo...(Mahasiswa ke?)


Dua tiga hari ini kita asyik dengar tentang siswa dan siswi yang menunjuk perasaan di Tanjung Malim tempoh hari. Apa yang menarik perhatian ialah kenapa ia diadakan pada masa sekarang di mana PRU-13 semakin hampir? Adakah ini satu helah pembangkang?
Telah bertahun AUKU telah ada di dalam sistem pendidikan negara kita ini, ini bukan sesuatu yang baru. Adakah graduan dahulu tidak berpuas hati dengannya, tidak juga. Malah dengan adanya AUKU ramai graduan melayu khasnya berjaya. Sebenarnya kita perlu tahu kenapa AUKU di adakan, ini adalah kerana PM pada masa itu Tun Mahathir telah nampak bahawa Melayu khasnya gemar berpolitik,maka untuk membuat pelajar fokus kepada pelajaran maka terciptalah AUKU. Kebebasan bersuara memang perlu tetapi jangan disalah gunakan kebebasan itu. Berbalik kepada yang terbaru, apa yang menghairankan ialah kenapa diadakan pada masa sekarang dimana kerajaan memansuhkan AUKU? Memang ada dikalangan siswa siswi yang menyokong tidak menyokong kerajaan, tidak kurang juga yang menyokong kerajaan BN. Kenapa mereka yang pro pembangkang begitu berani untuk menbuat tunjuk perasaan? Ini mesti ada dorongan luar yang telah menjanjikan sesuatu pada mereka ini.
Jika di lihat kepada jumlah orang yang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu dapat disimpulkan bahawa mereka ini merupakan segelintir pelajar yang bermasalah itu, dimana ia terdapat di semua IPTA/IPTS. Jumlah mereka kecil tetapi memberi impak yang besar dalam masyarakat seperti apa yang berlaku sekarang ini. Adakah mereka ini tidak berfikir orang yang menaruh harapan yang tinggi di kampung halaman? Terdapat juga keluarga yang liberal dimana mereka membenarkan anak mereka menceburi politik walau mereka masih belajar, malah lagi teruk menyokong pembangkang. Tidak salah untuk menyokong pembangkang tetapi lakukannya semasa telah habis belajar, ini kerana banyak peruntukkan telah disediakan oleh kerajaan untuk IPTA untuk pembangunan pelajarnya. sepatutnya mereka merebut peluang yang telah diberikan kepada mereka. Jangan disalah gunakan kemudahan yang telah diberikan.
Ramai pihak pembangkang menyatakan bahawa siswa siswi itu wira, maka dengan bangga mereka mengeluarkan kenyataan dalam media massa mereka bahawa pelajar demikian ialah wira dan wirawati negara. Pada saya mereka ini tidak lain seperti lalat yang hinggap kepada benda kotor. Ini kerana mereka telah lupa tentang adap dalam masyarakat. Bolehkah seseorang itu membuat bising pada pukul 3 pagi di hadapan rumah kita? Saya yakin semua kita tidak mahu demikian. Perbuatan menbuat kacau pada masa semua orang tidur ini hanya dilakukan oleh penjenayah seperti pencuri dan sebagainya. Adakah ini yang pembangkang mahu ketika mereka dapat memerintah? Saya yakin mereka pun akan mengukuasakan akta itu ini untuk membendung perbuatan sebegitu.
Sebenarnya pembangkang tahu itu salah, tetapi kenapa menyokong perbuatan sebegitu? Saya rasa ini ialah untuk melihat bagaimana kerajaan mengambil tindakan supaya boleh mereka gunakan semasa ceramah pilihanraya nanti. Saya yakin akan ada banyak lagi perbuatan sebegini akan diadakan di serata Malaysia kerana pembangkang ingin mengumpul sokongan ramai terhadap mereka. Ini dapat dilihat semasa 2008 semasa Hindraf menunjuk perasaan, siapa dalangnya? maka tidak lain tidak bukan pihak pembangkang. Macam mana nak kaitkan ialah seorang yang berada dalam penjara pun boleh menang pilihanraya di Selangor. Ramai yang menyedari perbuatan kotor ini maka mereka menyesal. Dan terbaru keputusan mahkamah belum lagi keluar ketua pembangkang dah sibuk mahu diadakan tunjuk perasaan. Cuba tanya diri sendiri aakah Rakyat di perkudakan untuk agenda sseorang? Itu perlu dijawab oleh semua Rakyat Malaysia.
Mahasiswa perlu sedar, jangan mudah terpedaya dengan janji manis pihak yang ingin mengambil kesempatan terhadap mereka. Bagaimana saya tahu? saya pun pernah jadi mahasiswa juga satu masa dahulu. Gunakan ilmu untuk berfikir mana satu baik dan mana satu yang buruk. Banyak cara untuk meluahkan perasaan dengan tidak menyusahkan orang ramai. Mereka perlu berfikir sebelum bertindak.Tidakkah mereka tahu bahawa menganggu lalulintas dan memecahkan harta benda boleh dihukum? Jadilah contoh yang baik kepada generasi masa hadapan bukannya contoh ini yang di banggakan. Yang terlibat merupakan bakal guru, ramai yang berfikir adakah ini guru yang akan mengajar anak-anak masa hadapan? Ikuti ikon-ikon Guru seperti Tun Gaffar Baba dan ramai lagi dimana mereka ini berjuang untuk memajukan diri dan negara bukannya menjatuhkan air muka ibu bapa mereka dan negara, bukan mengambil perhatian dengan menurunkan bendera di rumah orang dan memecah cermin kedai orang.

No comments: