Thursday, April 8, 2010

Budak zaman sekarang


Zaman sekarang ini budak sekolah semakin menjadi-jadi nakal mereka. Apa yang telah berlaku? Dimana silapnya? Jika dilihat pada zaman dahulu perkara-perkara yang dilakukan oleh budak-budak sekolah zaman ini tidak pernah berlaku pun pada zaman dahulu. Jika diperhatikan lagi guru-guru dahulu pun bukan main garang lagi, siap bawa rotan kemana-mana, itulah yang berlaku pada zaman saya sekolah dahulu, kami terkawal bukan seperti sekarang. Budak sekolah bebas untuk melakukan apa-apa tanpa menghiraukan guru yang ada didepan mereka. Jikalau dulu ibubapa datang sekolah bawa rotan untuk guru sebat anak mereka jika mereka nakal tetapi sekarang ibubapa siap bawa lawyer ke sekolah untuk menyaman guru yang mahu mendidik anak mereka untuk menjadi seorang yang berguna.
Perkara ini bukan direka-reka tetapi ini ialah realiti atas apa yang sedang berlaku pada masa ini. Keluhan guru kurang didengari oleh orang awam, apa yang diberitahu oleh anak mereka itulah mereka percaya. Jikalau dulu lahir ramai bijak pandai kerana guru dapat mengawal budak-budak nakal ini supaya tidak menganggu rakan lain yang ingin belajar. Sekarang perkara sebegini tidak lagi berlaku, adakalanya guru menangis keluar dari kelas sebab tidak dapat tahan dengan karenah budak-budak nakal.
Sebenarnya masa depan budak-budak ini yang sedang digadaikan kerana tidak ada siapa yang berani untuk melarang mereka untuk tidak melakukan perkara yang tidak mengikut disiplin dan peraturan. Apabila mereka besar nanti, mereka ini tidak dapat berfikir secara rasional dan akan bertindak mengikut perasaan, kes-kes jenayah akan meningkat dan segala macam kes lagi akan menjadi berita hangat didalam radio.
Perkara ini perlu dibendung dengan segera kerana ini melibatkan masa depan generasi akan datang. Teringat saya pada zaman saya sekolah dulu bapa saya datang ke sekolah dan memberitahu guru saya, kalau saya nakal sila rotan jangan patah atau mati sudahlah. Guru bukan kerja merotan budak tetapi mendidik budak, rotan bila perlu. Itu perlu ada dalam pemikiran semua.

Tuesday, March 23, 2010

Faham maksud 1 Malaysia?


Setelah kian lama mendengar laungan 1 Malaysia disana sini, kini tiba pula salah tafsir terhadap maksud 1 Malaysia. Seperti yang kita fahami, gagasan 1 Malaysia ini ialah satu ilham yang dimulakan oleh PM kita dimana gagasan ini membawa satu musibah kepada pihak pembangkang. Dengan tabah kerajaan tangkis segala serangan. Tetapi apa yang telah terjadi ialah kenapa sesetengah pihak begitu beria-ria untuk menggunakan gagasan 1 Malaysia ini untuk mendapat hak sama rata.
1 Malaysia ialah dimana semua bersatu padu untuk menbangunkan negara kepada tahap yang lebih maju pada masa hadapan tanpa menggugat hak Melayu dan Bumiputra yang mana mereka ini merupakan orang lebih lama di Tahan Melayu ini. Apa yang menghairankan ialah orang-orang yang bersuara ini bukannya tidak boleh terima hakikat tetapi tamak untuk bolot semuanya atas nama 1 Malaysia. Jika kita pergi ke mana-mana negara pun, tidak terdapat 1 pun negara seperti negara kita. Ada yang hanya cantik diluaran tetapi dalamnya sama saja. Di Malaysia dalam luar sama saja. Rakyat berbilang kaum hidup aman sebelum ini kerana ramai orang dahulu mengenali sejarah Malaysia.
Apa yang telah berlaku ialah sekarang ini ramai yang buta sejarah dan ada yang seperti anjing menyalak bukit. Bising tidak bertempat, tengok sekeliling kita tidak suka hidup aman damai? Dinegara lain pun, selain penduduk asal negara berkenaan, mereka hanyalah seperti debu-debu berterbangan, lihat jiran kita sudahlah mana perginya sikap sama rata mereka itu yang mereka laungkan? nampaknya tidak kelihatan.
Apa yang dapat saya perhatikan di China ialah mana suara kaum Islam disana, bukankah rakyat Islam disana yang terramai didunia, jawatan-jawatan penting tidak diberikan malah hak mereka disisihkan. Janganlah tutup sebelah mata atas tempat asal-usul mu, ternyata di mana saja terdapat perkara yang sama, tidak di Malaysia. Apa salahnya kita perkukuhkan lagi apa yang diusahakan oleh pemimpin-pemimpin dahulu semasa pra-merdeka dan hidup aman sejahtera. Apa yang disuarakan oleh orang Melayu Bumiputra ialah untuk menjaga hak mereka seperti apa yang giat dipersoalkan oleh pembangkang terhadap hak bangsa lain.
Apa yang dinikmati sekarang ini adalah usaha pemimpin semua bangsa, dimana terjadinya kontrak sosial. Perkara tersebut telah menjadikan negara kita aman selama ini. 1 Malaysia bukan hanya untuk memperjuangkan bangsa lain tetapi juga untuk melonjakkan bangsa Melayu sebaris dengan bangsa lain. Bersyukurlah kerana tinggal di Malaysia, kerana ada sesetengah orang di sini masih bukan sahaja tidak tahu sejarah tetapi bahasa kebangsaan pun tidak boleh cakap, malulah dengan rakyat di China dimana peniaga-peniaga sana boleh bercakap bahasa melayu. Faham betul-betul maksud 1 Malaysia dan semua boleh hidup aman harmoni tanpa menidakkan hak orang bumiputra.

Saturday, March 6, 2010

Bahasa Melayu

Perkara yang membanggakan telah berlaku dimana sekarang ini ramai orang asing mengambil bahagian dalam pertandingan piala Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2010. Ini membuktikan bahawa Bahasa Melayu ini menpunyai nilai komersil.
Jika ramai perserta mengambil bahagian dalam pertandingan seperti itu maka boleh dikatakan bahawa program 1 Malaysia berjalan seperti yang dijangkakan. Malangnya terdapat segelintir rakyat Malaysia sendiri yang masih tidak tahu bertutur dalam bahasa kebangsaan ini. Apa yang menghairankan ialah mereka ini lahir dan membesar di Malaysia. Kenapa perkara ini boleh berlaku?
Mereka yang tidak mahu belajar Bahasa Melayu ini boleh dikategorikan sebagai golongan orang yang rugi dan sombong, di mana mereka ini tidak mengambil berat atas bahasa utama negara ini yang dulunya pernah dimartabatkan menjadi lingua franca. Situasi ini boleh dilihat dalam sesetengah pendalaman Kg. Baru di serata Malaysia, hatta di bandarpun. Perkara ini perlu diambil serius untuk memperkasakan Bahasa Melayu yang juga bahasa Malaysia jika ingin gagasan 1 Malaysia disempurnakan.

Tuesday, March 2, 2010

Keahlian parti politik di Malaysia

Setelah lama saya tidak berkongsi pendapat saya bersama semua, kali ini saya terpanggil untuk memberi sepatah dua kata untuk kita berfikir sejenak. Perkara yang sedang berlaku dalam arena politik sekarang bukanlah perkara yang mengejutkan apabila si polan ini dan itu melompat parti dari pembangkang ke BN, (kesian melihat Anwar yang memperkenalkan rancangan lompat parti ini akhirnya makan diri sendiri) tetapi apa yang membuat orang yang biasa seperti saya ini muskil ialah kenapa dan bagaimana seorang yang berprofile tinggi dalam pembangkang (pernah menjadi tim. 1 CM p.p) dapat diterima dengan mudah menjadi seorang warga parti terbesar di Malaysia?
Adakah mereka masih tidak sedar sokongan parti ini ialah daripada mereka yang belum menjadi ahli? Untuk menjadi ahli parti ini mengambil masa yang lama kenapa ini berlaku dan bagaimana seorang ini begitu cepat menjadi ahli? Saya juga mengambil masa yang lama untuk diterima menjadi ahli. Perkara ini perlu dilakukan sesuatu kerana rakyat akan mempersoalkan kaedah yang digunakan untuk menerima menjadi ahli parti terbesar diMalaysia ini.
Sebelum terlambat disarankan supaya dahulukan yang mana memohon dahulu didahulukan keahliannya, tidak kira siapa pun proses ini perlu mengikut langkah2 yang telah dirangka dahulu. Sokongan akar umbi amat penting jika ingin menang pada masa hadapan.
Kepada orang yang melaksanakan tugas menerima ahli mereka perlu mengkaji dan perlu membuat 'cooling period' untuk warga lompat parti ini kerana jika ini berterusan maka masa hadapan org lain akan sesuka hati lompat sana sini dan kembali ke parti terbesar kerajaan sekarang ini, semangat untuk parti tidak pernah pudar dalam diri saya disebabkan itu saya rasa perkara ini jika tidak dikaji dengan berhati2, satu hari nanti mereka ini akan menjadi duri dalam daging. konsep 1st come 1st serve perlu dilaksanakan dengan jayanya supaya kita dapat menjadi contoh kepada yang lain.

Wednesday, December 30, 2009

Insurance

Sejak pertengahan tahun ini (2009) pihak insuran mengenakan syarat yang amat tidak munasabah dimana semua pemilik kenderaan perlu mengunakan insuran '1st party'. Perkara ini pada mulanya tidak lah dilayan sangat oleh rakyat di Malaysia, tetapi kini setelah insuran mereka mula tamat, kebanyakkan penguna terkejut dimana sebelum ini mereka perlu membayar lebih kurang Rm 100 ringgit untuk insuran dan cukai jalan ( Kancil 660cc), tetapi kini mereka perlu membayar dalam ingkungan Rm 250. Perkara ini adalah kerana insuran '3rd party' tidak lagi digunakan dan ini tidak digalakkan. Kenapa perkara ini berlaku? adakah pihak Bank tidak mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda? Bank perlu ingat bahawa mereka tidak boleh meletakkan sebarang syarat sewenangnya dan itu ditanggung oleh penguna. Syarikat insuran selalunya menpunyai abang besar iaitu bank untuk menolong mereka jika mereka mengalami kerugian, dan apabila mendapat untung mereka akan membahagikan keuntungan mereka kerana kebanyakkan bank mempunyai anak syarikat insuran. Bank perlu memikirkan kebajikan kepada pelanggan mereka kerana bukannya setiap tahun seseorang itu terlibat dengan kemalangan lalu-lintas, dan bukannya semua rakyat di Malaysia ini kaya untuk membayar jumlah itu. Sebelum mengenakan apa-apa peningkatan bayaran, perkara itu mestilah diberitahu dahulu dan dibawa ke dewan rakyat untuk dibincangkan secara mendalam. Mungkin telah ada perkara - perkara tersebut dilakukan untuk mendapat persetujuan tetapi perkara ini mestilah meluas dan mendapat reaksi rakyat dahulu.
Orang di pendalaman banyak yang mengeluh atas sikap tidak ambil peduli pihak bank terhadap rakyat Malaysia. Ini disebabkan kebanyakkan masyarakat di kampung menggunakan kenderaan yang usianya lebih 20 tahun( sebab tidak mampu @ mempunyai kenangan terhadap kenderaan tersebut), dengan adanya sistem baru ini mereka perlu membayar jauh lebih mahal dari dahulu. Perkara tersebut akan mengundang kepada banyak kenderaan yang tidak mempunyai cukai jalan dan insuran. Kejadian langgar lari akan banyak berlaku jika perkara ini tidak di beri pertimbangkan secara serius oleh pihak bank dan kerajaan kerana ini melibatkan masyarakat di Malaysia secara keseluruhan.
Implikasi perkara ini mungkin tidak seberapa terhadap orang yang berada, tetapi kita semestinya ingat bahawa bukan kita sahaja tinggal di bumi Malaysia yang tercinta ini. Terdapat miskin dan kaya.

Tuesday, December 29, 2009

1 Malaysia

Pada ketika ini hebat di perkatakan tentang perkara yang mengguriskan perasaan Melayu. Pertama sekali perlu di selidik kenapa perkara ini berlaku. Untuk kerajaan sekarang menang dalam pilihanraya akan datang perlu berkerja keras untuk membendung sikap sesetengah parti politik 'ultra' supaya rakyat sedar betapa bertuahnya hidup di Malaysia.
Artikel yang diterbitkan pada hari Ahad lepas oleh seorang pensyarah kanan mengupas tentang betapa bertuahnya bangsa lain dan juga menunjukkan betapa toleransinya Melayu terhadap bangsa lain. Dasar 1 Malaysia telah di perkenalkan oleh PM Malaysia, apa yang boleh dilihat ialah kenapa atas dasar itu bahasa melayu dan pengambilan pekerja masih mempunyai masalah. Masih ada pihak yang ingin mempertikaikan bahasa rasmi ini. Pengambilan kerja oleh syarikat juga mengalami situasi yang sama, dimana orang melayu terpaksa berkerja di peringkat bawahan kebanyakkannya. Kenapakah ini berlaku? Tidakkah atas dasar 1 Malaysia kita perlu tolong menolong sesama kita.
Hak istimewa Melayu juga tidak perlu disentuh kerana jika seseorang pergi ke negara lain perkara yang sama berlaku. Tetapi di Malaysia walau pun namanya ketuanan Melayu tetapi yang dapat faedahnya ialah bangsa lain bukannya Melayu. Melayu muda sedar akan perkara ini berlaku, malah telah beberapa kali dibincangkan oleh mereka. Bangsa yang bukan Melayu perlulah jangan terlalu terikut dengan batu api yang di lontarkan oleh parti 'ultra' ini. Lihat lah ke negeri yang di perintah mereka di Pulau Pinang, kaum Melayu tidak mendapat hak yang sepatutnya. adakah Melayu di negeri lain melayan kaum bukan melayu sama seperti kerajaan Pulau Pinang melayan kaum Melayu? Adakah kerajaan ini mengamalkan dasar seperti singapura?
Ketua tiap negeri perlulah seorang melayu ini kerana kaum ini ialah majoriti di Malaysia. Melayu terkenal dengan gaya hidup yang sopan dan menghormati orang lain, perkara ini jarang dapat di lihat pada bangsa lain, malah bangsa lain hanya tunggu untuk mengambil kuasa dari Melayu. Mereka ini tidak senang dengan keadaan aman yang dinikmati Malaysia selama ini. Tiada sesiapa yang menyoal kontrak sosial yang telah dibuat dahulu tapi kenapa sekarang?
Banyak perkara telah dipersoalkan tetapi tidakkah ingat bahawa Melayu bersikap toleransi kepada kaum lain, baik dari perniagaan sampai lah ke isu tanah perkuburan yang mengambil ruang yang banyak. Adakah ini dikatakan 1 Malaysia. Sepatutnya semua bangsa tolong menolong supaya tidak terdapat yang tercicir di belakang. Perkara ketuanan Melayu bukanlah perkara yang akan merugikan bangsa lain, itu merupakan survival bangsa Melayu, perkara tersebut bukannya akan merugikan bangsa lain malah akan memberi keuntungan.
Bahasa melayu perlu diperkasakan dan di gunakan dengan meluas di Malaysia kerana tidakkah kita rasa terkilan bahawa di Canada terdapat sebuah stesyen radio yang mendendangkan lagu-lagu melayu? ini memunjukkan bahawa bahasa melayu ialah bahasa global. di sarankan untuk semua menggunakan bahasa melayu untuk kegunaan harian. Perkara ini untuk menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai identiti yang kukuh dan sendiri bukan ikutan. Malaysia mampu hidup aman damai seperti dahulu kala jikalau rakyat didedahkan dengan sejarah yang merangkumi segala aspek rakyat majmuk di Malaysia.

Wednesday, December 9, 2009

Kenapa segan menjadi rakyat Tanah Melayu Malaysia.

Dini hari masyarakat di Malaysia makin lupa akan sejarah tanah melayu ini. Mereka menjadi kurang ajar, menbentak dan juga memijak orang yang tidak sepandangan dengan mereka. Apakah ini Malaysia yang di perjuangkan? Wahai kawan2 kita membesar dalam keadaan aman sekian lama, jgn sebab org yg tidak tahu asal usul sejarah Malaysia kita bermusuhan dan bergaduh. Tanah Melayu ini dikongsi bersama dengan rela hati oleh golongan Melayu, hargai lah dengan memberi penghormatan yang sewajarnya kepada org melayu. Pikir lah dimana lagi didunia ini ada bangsa yang sanggup berkongsi dengan bangsa lain mentadbir negara nenek moyang mereka? beruntung menjadi rakyat Malaysia. Adakah bangsa lain dapat berkongsi kuasa di negara lain seperti di India, China & Singapura? Renung2kan lah perkara ini sedalam2nya. apakah jenis masa depan yang kita hendak. jika tidak dapat memikir secara rasional, kembalilah ke negara asal masing kerana Malaysia ini negara aman dan berpegang teguh kepada Perlembagaan Malaysia. Ketuanan Melayu bukan untuk menidakkan hak bangsa lain, itu ialah untuk memberi peluang kepada bangsa Melayu untuk menjadi lebih maju. Janganlah mempunyai hasad dengki terhadap bangsa Melayu kerana bangsa lain juga dijaga dan hidup aman di Malaysia.