Sunday, August 8, 2010

Belajar dari kejayaan lalu....(Orang Perak kita ni)

(Petikan Mingguan).....SEBAGAI anak Perak saya semakin meluat dan menyampah dengan apa yang berlaku ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bersidang baru-baru ini. Masa banyak dihabis dengan bergaduh dan bertegang urat leher di dalam dewan. Sedangkan kerja-kerja kita banyak menanti di hadapan. Jika ia terus berlarutan sehingga pilihan raya akan datang, siapakah yang akan menjadi mangsa sebenarnya. Saya tidak nampak orang lain, melainkan rakyat.

Fikirkanlah kepentingan rakyat buat sementara waktu. Buanglah ego jauh-jauh. Tidakkah kita boleh berbahas dan berbincang dengan baik demi untuk rakyat negeri Perak? Biarlah pilihan raya akan datang menentukan sama ada BN atau PR menjadi pilihan. Tidakkah hidup perlu diteruskan? Jika BN bersalah sehingga menyebabkan PR tumbang, rakyat tidak buta. Namun, jika sebaliknya berlaku, rakyat sudah bijak membuat pilihan. Justeru, jangan terlalu ultra kiasu hanya kerana mendapat sokongan mereka. Sokongan ini tidak akan bertahan lama kerana matlamat berbeza.

Apakah kita masih tidak dapat melihat kenapa Nizar Jamaluddin masih boleh menjadi ketua pembangkang, sedangkan kerusi PAS amat kecil bilangannya di DUN Perak? Begitu juga dengan di Parlimen, kenapa Anwar Ibrahim masih boleh menjadi ketua pembangkang sedangkan kerusi ultra kiasu lebih banyak berbanding dengan parti pembangkang yang lain?

Jawapannya mudah, kerana kita sudah cair dan tidak melaung Melayu dan Islam secara berani. Saya tidak yakin Nizar dan Anwar akan dipilih sebagai ketua pembangkang jika mereka saban hari bercakap dan berjuang untuk menegakkan negara Islam atau melaksanakan undang-undang hudud. Hari ini mereka begitu lunak disebabkan oleh kita mula lupa perjuangan yang sebenar. Saya sudah jarang mendengar perkataan hudud dan negara Islam. Yang selalu kedengaran adalah usaha bersama untuk memerangi rasuah dan ketidakadilan yang dikatakan begitu parah berlaku dalam BN, seolah-olah pakatan terlalu bersih. Maknanya, persepakatan yang wujud selama ini adalah berasaskan kepada nilai dan isu, bukannya mencapai matlamat dasar?

Justeru, tidak hairanlah kedua-dua parti majoriti Melayu ini menjadi semakin lama semakin liberal. Jika mereka tetap dengan pendiriannya, yakni terlalu kemelayuan dan keislaman, saya tidak nampak mereka berdua akan dipilih sebagai ketua pembangkang. Ultra kiasu sanggup 'menikus' hari ini, sebab keuntungan terbentang di depan mata. Janganlah kita pura-pura memejam mata dengan apa yang berlaku? Ultra kiasu bukanlah orang yang bodoh untuk dipergunakan atau diperkotak-katikkan. Mereka sudah cukup matang dalam berpolitik.

bergaduh

Terus terang, politik ultra kiasu lebih bijak daripada politik orang Melayu Islam. Saya pohon maaf kepada Melayu Islam atas kenyataan ini. Saya tidak suka berselindung. Kita berpolitik tidak habis-habis bergaduh. Bergaduh seolah-olah tidak ada penghujung. Sedangkan orang lain sentiasa melihat peluang dan kesempatan.

Antara budaya ultra kiasu adalah mereka sentiasa mengambil iktibar kejadian lalu, alam dan persekitaran sebagai asas dalam menyusun strategi. Pemikiran strategik ketenteraan Sun Tzu, sentiasa menjadi panduan untuk diterjemahkan dalam perjuangan dan persaingan politik. Kata-kata kenali diri, sebelum mengenali musuh, sentiasa tersemat di hati, kerana dengan mengenali diri sahaja mereka akan memenangi ribuan pertarungan. Saya yakin ultra kiasu amat mengenali diri mereka lebih dari orang lain. Lanjutan itu, mereka dapat mengenali orang lain dengan lebih mudah dan mencairkannya.

Berbanding dengan kita hari ini, bukan sahaja tidak kenal diri sendiri, tetapi mengalami krisis identiti. Hasilnya kita tidak dapat mengenali siapakah musuh sebenarnya? Kita bermusuh sesama sendiri. Kawan atau saudara dianggap sebagai musuh. Akibatnya, kita jarang menang dalam persaingan atau pertarungan.

Ultra kiasu begitu pandai menyusun strategi berasaskan pemikiran strategik ini sehingga kita sukar untuk meramalkan kekuatan mereka. Hari ini mereka sanggup merendah diri dengan melantik orang lain sebagai pemimpin. Itu bukan bermakna mereka beralah atau tidak kuat. Mereka kuat, pada masa sama mereka sedang menyusun strategi. Kita yang terlalu bodoh tidak dapat melihat pemikiran strategik itu. Benar, mereka seolah-olah bersama-sama kita menentang ketidakadilan dan korupsi dalam BN. Persoalannya, kenapa mereka senyap dalam soal keruntuhan moral lain seperti seks bebas, judi dan maksiat yang lain?

Jawapannya, jika mereka cenderung ke arah 'kebaikan' tersebut, mereka akan dilihat seolah-olah sudah cenderung ke arah Islam. Strategi ini sudah pasti membahayakan. Mereka memilih untuk menjadi sekular. Maka tidak hairan sebarang percubaan menegakkan 'Negara Islam ala UMNO atau ala Pas ditentang habis-habisan.

Mereka juga mengamalkan blue ocean strategy atau strategi laut biru. Dengan kata lain, mereka kelihatan seolah-olah kecil, tetapi stabil. Mengubah persaingan kepada kerjasama, lencongan strategik dan mengelirukan pesaing. Dahulu mereka bersaing dengan parti Islam walaupun mereka adalah pembangkang. Hari ini, keadaan seolah-olah terbalik. Parti pembangkang tidak lagi bersaing, tetapi kelihatan seperti adik-beradik. Sama-sama protes dan boikot keluar daripada parlimen dan DUN. Mereka melangkah megah dan bangga seolah-olah ada 'kesatuan' tindakan.

Kematangan

Ingatlah wahai umat Islam, kematangan ultra kiasu menjadikan mereka berpandangan jauh. Mereka amat mahir mengintai peluang dan memanfaatkan ruang untuk mencapai kejayaan. Mereka akan menggembelingkan tenaga, jiwa raga dan fokus dalam menuju matlamat. Istiqamah dalam perjuangan. Tidak ada istilah jemu atau putus asa. Berjuang sehingga akhir hayat.

Pada mereka kekayaan adalah kunci kepada kekuatan. Kekayaan hanya akan diperolehi melalui perniagaan. Sama seperti apa yang disebut Nabi kita, sembilan per sepuluh punca rezeki adalah hasil dari perniagaan. Ini bertepatan dengan pegangan konsep Guanxi. Nilai kejayaan dan kekayaan seseorang boleh ditambah dengan membina hubungan yang utuh sama seperti tahap berjaya mengumpul kekayaan.

Monday, July 26, 2010

Proton kereta ku.


Minggu ini topik yang diberi perhatian ialah kereta jenama tempatan. Jenama yang sepatutnya menjadi kebanggaan setiap rakyat Malaysia jika hendak memiliki sebuah kereta persedirian.
Apa yang menarik ialah kereta yang sepatutnya memberikan perkhidmatan yang baik dan memuaskan tidak dapat dilaksanakan. Jangan disentuh tentang keadaan kereta tersebut, tetapi kali ini saya hanya melihat kepada perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dan pengguna seperti saya. Apabila seseorang itu membuat pesanan untuk membeli atau nama lainnya 'booking', pelanggan seperti saya perlu membayar sejumlah wang untuk membuat 'booking' ini, kononnya dengan ini kereta akan ditempah untuk sekian waktu dan akan diterima secepat mungkin. Selepas itu bermulalah adegan tandatangan itu dan ini, yang mana mengalahkan menteri. Setelah selesai pelanggan hanya menunggu kereta untuk dibawa pulang. Itulah yang sepatutnya berlaku apabila membeli kereta. Tetapi terdapat juga beberapa kes-kes tertentu dimana kereta yang telah menjalani segala proses diatas malah telah mendapat no plat kenderaan tetapi kereta masih belum diterima oleh pemilik.
Apa yang menghairankan saya ialah apabila membuat penggilan kepada ibupejabat Proton, dengan nada biasa operator berkenaan menyatakan bahawa ini adalah masalah pertama dimana mereka terlepas pandang. Ditanya jika ada sesuatu yang boleh diberi sebagai ganti rugi kerana cukai jalan dan insuran sekarang sedang 'jalan' sedangkan kereta belum diterima lagi. Sekali lagi dengan nada biasa jawapan yang diberi ialah tiada, hanya penjelasan diberikan. Jika kita bandingkan dengan cara kereta lain berniaga, keutamaan diberikan kepada pelanggan, jika ikut dasar pandang ke timur juga menyatakan bahawa pelanggan ialah Raja. Jika terjadi kepada syarikat kereta lain, bukan saja dapat ganti rugi malah menerima sesuatu dari syarikat kerana masih setia ingin memiliki kereta dari mereka.
Apa yang saya mahu tekan kan ialah jika kita mahukan kenderaan kita dijual dengan laris, dengan itu kita perlu lihat kepada kelemahan syrikat kereta kita dan cuba untuk memperbetulkan tanpa tunggu sehingga seseorang memasukkan cerita demikian kedalam blog. Pengguna perlu diutamakan walau apapun keadaan, itu berniaga seperti orang Jepun dan orang cina.
Benda-benda seperti ini perlu dititik beratkan jika mahu bersaing dengan kereta keluaran lain. Bukannya mengharapkan pemberian dari syarikat berkenaan tetapi hanya sikap tanggungjawab kepada pelanggan yang akan menarik minat untuk membeli kereta keluaran Malaysia. Saya yakin rakyat Malaysia akan membeli kereta tempatan dari kereta keluaran asing jika dibuat perubahan dari segi perkhidmatan yang diberikan. Saya sokong barangan Malaysia sebab itulah teguran ini dilakukan kerana amat perihatin terhadap keadaan yang sedang syarikat kereta pertama Malaysia ini.

Saturday, July 17, 2010

Bahasa Malaysia, belajarlah....


Setelah sekian lama saya tidak menulis blog, mungkin disebabkan banyak menonton 'world cup'. Apa yang saya tertarik untuk menulis adalah kerana saya ada terbaca dalam surat kabar hari ini bahawa penguasaan bahasa melayu dari orang cina am nya tidak begitu memberangsangkan. Perkara ini boleh dikuatkan lagi jika kita pergi ke sekolah jenis kebangsaan atau sekolah harian lain.
Seperti yang kita sedia maklum bahasa kebangsaan Malaysia ialah bahasa melayu, bahasa ini perlu dikuasai walau apa bangsa sekalipun jika orang demikian mahu digelar sebagai rakyat Malaysia. Untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita, tindakan tegas perlulah dikenakan kepada orang yang tidak boleh berbahasa melayu. Ini seperti sindiran kepada kerajaan kerana apabila mahu sesuau membuat tuntutan macam-macam dan tidak masuk akal, tetapi apabila mahu satukan bahasa kebangsaan kita, orang itu jugalah yang menentang. Jika kita lihat di France, England dan German rakyat sana semua boleh bertutur bahasa kebangsaan mereka. Apa yang membinggungkan ialah adakah sampai maksud sebenar intipati kerajaan kepada mereka dan yang melucukan saya ialah pendatang asing boleh bertutur bahasa melayu lebih baik dari rakyat negara ini, khasnya orang cina yang mana kebanyakkan mereka menguasai bahasa melayu dengan lemah sekali. Mereka seolah-olah tidak ambil peduli bahasa Malaysia. Adakah mereka ini tidak bersyukur tinggal di Malaysia?
Persoalan itu hanya mereka saja yang boleh jawab. Bahasa ialah perkataan yang membolehkan seseorang itu menerima dan memberi maklum balas. Jika tidak boleh menguasai bahasa maka itulah yang terjadi di sebuah sekolah di Perak. Cikgu kaunseling tidak boleh mengenalpasti masalah sebenar mereka ini. Malah bukan sahaja disekolah berkenaan tapi juga kebanyakkan sekolah di Malaysia.
Apa yang cuba disampaikan ialah bahasa boleh menyatupadukan rakyat dan membolehkan sesuatu disampaikan secara terus dan diterima oleh pendengar. Ada juga persoalan yang ingin dilontarkan ialah adakah orang yang tidak boleh bertutur bahasa melayu ini tidak berkualiti(bodoh) dari pendatang asing yang boleh bertutur hanya selepas 3 bulan tinggal di Malaysia?.....

Wednesday, July 7, 2010

My gopeng resort.(experiment)







This is just about interesting places in Perak, it is just for experimenting purpose......



ABOUT MY GOPENG RESORT
Situated about 45 minutes drive from Ipoh city center to this magnificent newly developed nature resort by the name MY Gopeng Resort. Upon reaching the resort, one can enjoy the green scenery and tranquility which cannot be found anywhere in the hustle and bustle of the city. Expect the cool and refreshing breeze and the originality of the surroundings in this resort as it is designed to be environmental friendly and make people to be close to the nature and make people love the nature.
This resort is undoubtedly the largest and is complete in facilities wise such as a mini swimming pool, chilling huts, camping sites, campfire and even a cafeteria for people to enjoy themselves in such a comfortable environment with a cup of hot coffee or a glass of cool drink. Secondly, MY Gopeng Resort is the only proper and original resort of its kind. From accommodation to its hospitality wise, one word to describe it all, ‘MARVELLOUS’.
Not only that, the activities is as exciting as well. Eco Base Camp, jungle trekking to Cameron Highlands, white water rafting along the Sungai Kampar, witnessing the Rafflesia flower and caving in Gua Tempurung and Gua Kandu are among the main attractions here, just to name a few.

Sunday, June 20, 2010

Orang sekarang ramai dah buta sejarah....

Sebanarnya tajuk ini telah diubah dari tajuk asal didalam Mingguan,ini kerana dirasakan lebih sesuai mengunakan tajuk demikian.

Bahaya jika kita buta sejarah

SAYA mengalu-alukan langkah kerajaan untuk memasukkan kurikulum bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan. Sekurang-kurangnya ia membantu orang Melayu Islam dalam menguasai bahasa ini, walaupun mungkin tidak sepandai mereka yang berada di sekolah jenis kebangsaan.
Persoalannya, kala kerajaan mula bersikap terbuka dan memandang ke hadapan, bagaimanakah pula dengan kedudukan Bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan?
Adakah wajar Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan diajar hanya tiga kali seminggu dengan silibus yang begitu mudah berbanding silibus sekolah kebangsaan? Sebarang penambahan waktu pembelajaran Bahasa Melayu dan penyeragaman silibus dianggap sebagai beban dan menggugat kedudukan bahasa ibunda. Apakah akan wujud keadaan selepas ini, orang Melayu boleh berbahasa bukan Melayu manakala mereka yang berada di sekolah jenis kebangsaan masih berada di takuk lama atau mungkin bagaimana?
Inilah dilema yang akan dihadapi dan menghantui sistem pendidikan di negara kita. Sedangkan satu dunia maklum bahawa sistem pendidikan berasaskan sejarah bahasa kebangsaan adalah teras kepada pembinaan sebuah negara bangsa.
Apatah lagi matapelajaran sejarah 'Malaysia Negaraku' yang mahu dijadikan subjek di setiap sekolah bagi melahirkan semangat patriotisme dan jati diri. Subjek ini juga turut ditolak mentah-mentah di sekolah jenis kebangsaan kecuali jika ia diajar dalam bahasa ibunda. Sedangkan kita tahu pendidikan berteraskan sejarah adalah soal masa depan negara.
Bagaimana akan lahir semangat patriotisme jika kita buta sejarah? Setiap bangsa dan negara ada sejarahnya, ia mesti dipelihara sebagai warisan generasi akan datang, kecuali jika kita mahu memadamkan sejarah dan mencipta sejarah baru seperti mana percubaan negara ultra kiasu di selatan negara kita.
Percubaan mereka setakat ini hampir berjaya. Menolak sejarah bererti kita menolak asal-usul kita dan negara tercinta. Melalui komen-komen dalam laman blog ultra kiasu dan blog saya mengenai artikel minggu lalu, bertajuk Perlukah memorial Tan Cheng Lock?, ternyata kumpulan ultra kiasu ini kelihatan begitu marah apabila saya menyeru agar kita menghayati sejarah sebagai asas kehidupan bernegara. Blog saya dihentam dan digodam secara tidak bersopan dan tidak beradab, walhal saya tidak jemput pun mereka melayarinya. Berhenti membaca jika dirasakan bertentangan dengan naluri. Tidak ada paksaan.
Apa yang saya minta cubalah memahami sejarah. Pada mereka, sejarah tidak penting kerana ia telah berlalu. Mengingati masa lalu akan merugikan dan memundurkan kita. Apa yang lebih penting adalah masa depan negara. Kita tidak akan ke mana-mana dengan memperkatakan perkara yang telah lepas.
Cetek sungguh pemikiran mereka. Inilah golongan ultra kiasu yang saya sentiasa ingatkan supaya kita berhati-hati. Bagaimana kita boleh mendepani masa kini dan akan datang sekiranya tidak ada masa lalu?
Apakah ada agenda untuk memadamkan sejarah ini atau memutar-belitkannya? Mana-mana negara bangsa di dunia ini memang tidak dapat lari daripada sejarah. Sejarah adalah asas dan tunggak kekuatan negara. Sejarah diwajibkan sebagai mata pelajaran asas yang mesti dipelajari suka atau tidak.
Mereka mesti lulus matapelajaran ini berbanding kita yang masih menjadikan sejarah sebagai matapelajaran pilihan. Di peringkat sekolah rendah pula, sejarah langsung tidak diajar. Apakah kemunculan pengikut ultra kiasu hari ini disebabkan oleh mereka tidak memahami atau mempedulikan sejarah?
Saya yakin masalah yang timbul hari ini disebabkan kita buta sejarah ataupun mungkin kita sengaja membutakan mata. Dengan makna, kita tidak cuba untuk memahami orang lain atau bangsa lain. Bila ada percubaan untuk memperkasakan sejarah, kita berasa terancam, sedangkan kita tahu jika mahu menjadi perkasa, sejarah adalah asas pemerkasaannya.
Keras kepala
Kita mahu berada dalam dunia sendiri yang akhirnya menjadi manusia yang keras kepala, tidak mahu mengalah dan merasakan diri sendiri sahaja yang betul, orang lain semua salah.
Jika kita membuka sejarah masa lalu, kita akan bertemu kejadian-kejadian yang menimpa umat, mampu menjadi faktor terbesar untuk membangkitkan kemahuan dan membangunkan semangat. Tidak hairanlah jika ada ulama yang mengatakan bahawa sejarah adalah tentera Allah SWT di muka bumi. Tidak ada manusia yang mampu melawan sejarah.
Menurut Peter N Stearns, dari Persatuan Sejarah Amerika, history should be studied because it is essential to individuals and to society, and because it harbors beauty. Pada beliau, sejarah adalah satu bukti dan tidak pernah menipu. Sejarah dapat mengelakkan salah faham dan konflik sesama manusia dan menjadikan kehidupan kita lebih baik.
Dengan sejarah kita belajar soal masa depan, kerana sejarah masa lalu memandu masa depan. Manusia yang tidak pernah belajar daripada sejarah tidak akan punya inspirasi dan semangat untuk mencipta dan berjuang. Umat Islam sepatutnya mampu mengambil begitu banyak iktibar daripada sejarah untuk kembali mencipta kegemilangan seperti yang pernah dikecapi sebelum ini. Biarkanlah ultra kiasu dengan labu-labunya. Suatu hari nanti pasti tembelangnya akan pecah.
Bahkan para panglima perang dan penganalisis strategik, belajar daripada sejarah peperangan demi peperangan, baik mengenai politik, taktikal, medan, adat budaya musuh, sehinggakan sampai pada perkara-perkara yang kecil di ambil kira, selain kekuatan musuh.
Begitulah pentingnya kita mesti mempelajari sejarah. Bangsa yang bongkak seperti Yahudi pun belajar daripada sejarah. Sudah sewajarnya kita umat Islam yang lebih perlu belajar daripada sejarah kerana kita mempunyai sejarah keagungan dan kegemilangan yang tidak ada tolok bandingnya.
Apa yang menyedihkan hari ini, umat Islam tidak mahu mengambil iktibar daripada sejarah. Sejarah dijadikan alat untuk membalas dendam. Mereka rela diperalatkan daripada bekerjasama sesama umat seagama.
Nampaknya percubaan ultra kiasu yang berusaha menjauhkan umat Islam daripada sejarah semakin berjaya. Mereka mengasak pemikiran kita dengan sejarah peradaban lain yang telah diubahsuai, seperti sejarah Barat dan Timur, revolusi industri, perang dunia dan perjuangan menuntut kemerdekaan, penjajahan orientalis, sosialis dan sebagainya.
Mereka pura-pura menutup mata dan kalau boleh, tidak mahu menyebut sedikitpun peradaban dan perjuangan pribumi dan Islam. Mereka sahaja yang bertamadun, orang lain tidak. Jika ada percubaan untuk mengungkap sejarah Islam, ia cuba diputarbelitkan sehingga umat Islam benci dan malu untuk belajar sejarah Islam. Percubaan untuk meniru gaya pemerintahan Umar Abdul Aziz hanyalah untuk mencairkan kita sahaja.
Masihkah kita ingat negara kecil Jepun suatu ketika dahulu mampu mengalah negara sebesar Rusia? Kemudian, Jepun digegarkan pula dengan kekalahan dalam Perang Dunia Kedua dengan kehancuran Hiroshima dan Nagasaki. Kenapa Jepun boleh bangkit melalui kehancuran tersebut? Saya yakin Jepun belajar daripada sejarah kemenangannya ke atas Rusia.
Berbeza dengan kumpulan ultra kiasu di negara kita. Mereka cuba membasuh otak kita dengan mengatakan, "Kita tidak akan maju jika kita selalu melihat ke belakang". Sedangkan kita tahu negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) sentiasa mewajibkan rakyatnya belajar daripada sejarah. Kekalahan mereka dalam Perang Vietnam memberikan impak besar kepada bangsa bongkak ini walaupun mereka menguasai segala teknologi peperangan dan senjata kimia.
Sejarah ini tidak boleh dipadamkan dan sentiasa terpahat di sanubari mereka. Filem-filem bercorak Rambo adalah percubaan untuk menaikkan imej mereka.
Cuba kita fikir kenapa AS tidak bersendirian ketika menyerang negara kaum muslim yang nampak kecil dan lemah seperti Afghanistan dan Iraq? Mungkin selepas ini Iran. AS selalu melibatkan negara-negara Eropah dan beberapa negara Asia untuk bersama-sama menyerang negara tersebut. Walhal jika dilihat dari segi kekuatan ketenteraan dan persenjataan, mereka boleh lakukan secara bersendirian?
Inilah strategi ultra kiasu hari ini, cuba memperalatkan kita demi kepentingan mereka. Mereka tahu, jika bertindak bersendirian, agar sukar untuk membuahkan hasil.
Justeru, pelbagai strategi digunakan untuk mencari rakan sekutu dan mencairkan hati dengan menonjolkan kebaikan mereka seolah-olah nampak ikhlas, walaupun sebelum ini merekalah musuh dalam selimut menolak Islam secara nyata.
Segelintir mereka mahu menjadi bangsa terhormat. Mereka tidak mahu masyarakat kita kembali melihat sejarah perjuangan masa lampau. Apatah lagi jika dikaitkan dengan orang Melayu dan Islam. Kalau boleh mereka mahu mengatakan sejarah negara ini semulajadinya sudah berbilang kaum. Tidak ada tuan asalnya. Tuan asalnya hanyalah Orang Asli.
Ingatlah wahai semua saudaraku termasuk ultra kiasu, sejarah adalah pelajaran mengenai masa lampau kita. Dengan mempelajari sejarah kita akan lebih mengenal diri kita sendiri. Kejayaan generasi lampau boleh dijadikan iktibar dan semangat untuk kita mencipta kejayaan pada hari ini.
Kegagalan generasi lampau boleh juga dijadikan iktibar dan teladan agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Memang menjadi sifat manusia, mereka lebih mengambil berat soal masih depan berbanding masa lalu. Sedangkan sejarah adalah pembelajaran masa lalu. Kenapa kita mahu sibuk-sibuk dengan masa lalu sedangkan ia tidak akan berulang lagi.
Dalam Islam, Allah SWT mahukan kita mengambil iktibar dan pengajaran, terutama kepada orang yang melihat.
Pakar sejarah bukan pakar bedah, pakar jalan raya atau pakar pencegah jenayah. Dengan sebab masyarakat memandang lewa akan mereka. Sejarah sebenarnya lebih sukar daripada ilmu kejuruteraan dan perubatan. Ia tidak dapat dilihat oleh generasi yang tidak melaluinya berbanding hasil rekaan dan ciptaan.
Sejarah mengandungi segala maklumat mengenai kedudukan manusia dan masyarakat serta tindak tanduk mereka. Jika sejarah itu tidak penting kenapa nenek moyang menjadi begitu penting sekali. Sehingga timbul pepatah, harta boleh dicari tetapi warisan nenek moyang tidak boleh dijual beli.

Tuesday, June 15, 2010

Petikan dari utusan Malaysia.....


'Melayu perlu bangkit pertahan hak'
Oleh RADHUAN HUSSAIN


Pendekatan perlu diambil dan difikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah orang melayu dengan segera.....


-Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, jika kaum Melayu di negara ini masih belum sedar untuk bangkit mempertahankan hak mereka, tidak mustahil kaum itu akan menjadi kaum minoriti di negara sendiri.
"Kita (orang Melayu) dalam keadaan amat genting, bukannya kita (bangkit) untuk merusuh tapi dari segi hak, kita sudah terhakis. Tidak banyak lagi kekayaan yang dinikmati oleh kita.
"Sedarlah dan bangkitlah agar kita sama-sama susun langkah, bukannya merusuh tapi untuk menuntut hak kita," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) di Stadium Negeri di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang serta Pengerusi Gertak, Razali Idris. Perhimpunan itu dihadiri kira-kira 2,000 orang termasuk wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Dr. Mahathir seterusnya berkata, orang Melayu perlu menyalahkan diri sendiri apabila kuasa yang dimiliki semakin terhakis sehingga menyebabkan kaum majoriti bertukar kepada minoriti.
Beliau juga percaya bahawa kemelut yang melanda kaum Melayu itu antara lain disebabkan kerakusan individu tertentu yang merebut kuasa demi mencapai cita-citanya menjadi perdana menteri.
"Disebabkan pemimpin macam ini, saya tak mahu lah sebut nama dia, akhirnya majoriti Melayu kini menjadi minoriti. Melayu sudah berpecah tiga dengan setiap satu, orang Melayu cuma ada 20 peratus.
"Ia umpama nasib orang Melayu di Singapura yang jadi kaum minoriti, kalau kita jadi minoriti bermakna kita terima nasib serupa dengan kaum minoriti Melayu di negara itu (Singapura)," ujarnya.
Dalam ucapan selama kira-kira sejam itu, Dr. Mahathir turut menyangkal tohmahan pihak tertentu kononnya program perhimpunan Melayu Bangkit itu yang sepatutnya diadakan pada 13 Mei lalu, dikatakan berbau perkauman.
"Ada pihak anggap perhimpunan pada 13 Mei lalu sengaja dipilih untuk takutkan orang bukan Melayu, ini (13 Mei) kebetulan saja dan tak ada niat tertentu, tapi kita menerima tuduhan yang hebat sekali," katanya.
Justeru, Dr. Mahathir mahu rakyat pelbagai kaum di negara ini terutama Melayu, Cina dan India agar jangan sekali-kali lupakan sejarah termasuk peristiwa berdarah 13 Mei 1969 untuk dijadikan iktibar dan memastikannya tidak berulang

Saturday, June 5, 2010

Orang Parliment jadi ikutan budak sekolah....


Selepas pilihan raya yang lalu, banyak perkara telah berlaku didalam negara. Dimana terdapat beberapa buah negeri jatuh ke tangan pembangkang dan juga kebebasan bersuara yang jelas lagi nyaring yang mana telah banyak mensensasikan perkara-perkara yang dahulunya jarang kita dengar.
Apa yang menarik perhatian saya ialah sikap ahli-ahli parliment yang mana dianggap sebagai wakil kepada rakyat ini bersikap seperti orang yang tidak berilmu. Apa yang merisaukan saya ialah sikap mereka yang berlakon itu diikuti oleh budak sekolah dimana cara mereka berkomunikasi dan menempelak telah diikuti dan digunakan keatas guru mereka. Apabila mereka ditegur mereka akan menjawab seperti apa yang mereka lihat di parliment. Perkara ini saya telah perhatikan setelah sekian lama, apabila ditanya kenapa berkelakuan demikian? jawapan mereka ialah orang parliment yang dianggap pandai @ hero pujaan mereka boleh bertindak sedemikian rupa kenapa mereka tidak boleh.
Wahai orang perliment atau wakil rakyat yang lantang berkata-kata dan mengata orang, cuba fikirkan apakah sikap yang ingin sekalian mahu lihat pada generasi hadapan. Budaya kita tidak menjaga kita menjadi orang biadap. Tunjukkan lah contoh yang baik, yang gentelman bukannya seperti tarzan yang berpakaian cawat sahaja. Fikairkan implikasi akan datang jika masih berkelakuan sedemikian.
Renungkan-2kan lan, ini merupakan luahan pemikiran saya sendiri bukan hendak memburukkan sesiapa.