Saturday, March 6, 2010

Bahasa Melayu

Perkara yang membanggakan telah berlaku dimana sekarang ini ramai orang asing mengambil bahagian dalam pertandingan piala Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2010. Ini membuktikan bahawa Bahasa Melayu ini menpunyai nilai komersil.
Jika ramai perserta mengambil bahagian dalam pertandingan seperti itu maka boleh dikatakan bahawa program 1 Malaysia berjalan seperti yang dijangkakan. Malangnya terdapat segelintir rakyat Malaysia sendiri yang masih tidak tahu bertutur dalam bahasa kebangsaan ini. Apa yang menghairankan ialah mereka ini lahir dan membesar di Malaysia. Kenapa perkara ini boleh berlaku?
Mereka yang tidak mahu belajar Bahasa Melayu ini boleh dikategorikan sebagai golongan orang yang rugi dan sombong, di mana mereka ini tidak mengambil berat atas bahasa utama negara ini yang dulunya pernah dimartabatkan menjadi lingua franca. Situasi ini boleh dilihat dalam sesetengah pendalaman Kg. Baru di serata Malaysia, hatta di bandarpun. Perkara ini perlu diambil serius untuk memperkasakan Bahasa Melayu yang juga bahasa Malaysia jika ingin gagasan 1 Malaysia disempurnakan.

Tuesday, March 2, 2010

Keahlian parti politik di Malaysia

Setelah lama saya tidak berkongsi pendapat saya bersama semua, kali ini saya terpanggil untuk memberi sepatah dua kata untuk kita berfikir sejenak. Perkara yang sedang berlaku dalam arena politik sekarang bukanlah perkara yang mengejutkan apabila si polan ini dan itu melompat parti dari pembangkang ke BN, (kesian melihat Anwar yang memperkenalkan rancangan lompat parti ini akhirnya makan diri sendiri) tetapi apa yang membuat orang yang biasa seperti saya ini muskil ialah kenapa dan bagaimana seorang yang berprofile tinggi dalam pembangkang (pernah menjadi tim. 1 CM p.p) dapat diterima dengan mudah menjadi seorang warga parti terbesar di Malaysia?
Adakah mereka masih tidak sedar sokongan parti ini ialah daripada mereka yang belum menjadi ahli? Untuk menjadi ahli parti ini mengambil masa yang lama kenapa ini berlaku dan bagaimana seorang ini begitu cepat menjadi ahli? Saya juga mengambil masa yang lama untuk diterima menjadi ahli. Perkara ini perlu dilakukan sesuatu kerana rakyat akan mempersoalkan kaedah yang digunakan untuk menerima menjadi ahli parti terbesar diMalaysia ini.
Sebelum terlambat disarankan supaya dahulukan yang mana memohon dahulu didahulukan keahliannya, tidak kira siapa pun proses ini perlu mengikut langkah2 yang telah dirangka dahulu. Sokongan akar umbi amat penting jika ingin menang pada masa hadapan.
Kepada orang yang melaksanakan tugas menerima ahli mereka perlu mengkaji dan perlu membuat 'cooling period' untuk warga lompat parti ini kerana jika ini berterusan maka masa hadapan org lain akan sesuka hati lompat sana sini dan kembali ke parti terbesar kerajaan sekarang ini, semangat untuk parti tidak pernah pudar dalam diri saya disebabkan itu saya rasa perkara ini jika tidak dikaji dengan berhati2, satu hari nanti mereka ini akan menjadi duri dalam daging. konsep 1st come 1st serve perlu dilaksanakan dengan jayanya supaya kita dapat menjadi contoh kepada yang lain.

Wednesday, December 30, 2009

Insurance

Sejak pertengahan tahun ini (2009) pihak insuran mengenakan syarat yang amat tidak munasabah dimana semua pemilik kenderaan perlu mengunakan insuran '1st party'. Perkara ini pada mulanya tidak lah dilayan sangat oleh rakyat di Malaysia, tetapi kini setelah insuran mereka mula tamat, kebanyakkan penguna terkejut dimana sebelum ini mereka perlu membayar lebih kurang Rm 100 ringgit untuk insuran dan cukai jalan ( Kancil 660cc), tetapi kini mereka perlu membayar dalam ingkungan Rm 250. Perkara ini adalah kerana insuran '3rd party' tidak lagi digunakan dan ini tidak digalakkan. Kenapa perkara ini berlaku? adakah pihak Bank tidak mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda? Bank perlu ingat bahawa mereka tidak boleh meletakkan sebarang syarat sewenangnya dan itu ditanggung oleh penguna. Syarikat insuran selalunya menpunyai abang besar iaitu bank untuk menolong mereka jika mereka mengalami kerugian, dan apabila mendapat untung mereka akan membahagikan keuntungan mereka kerana kebanyakkan bank mempunyai anak syarikat insuran. Bank perlu memikirkan kebajikan kepada pelanggan mereka kerana bukannya setiap tahun seseorang itu terlibat dengan kemalangan lalu-lintas, dan bukannya semua rakyat di Malaysia ini kaya untuk membayar jumlah itu. Sebelum mengenakan apa-apa peningkatan bayaran, perkara itu mestilah diberitahu dahulu dan dibawa ke dewan rakyat untuk dibincangkan secara mendalam. Mungkin telah ada perkara - perkara tersebut dilakukan untuk mendapat persetujuan tetapi perkara ini mestilah meluas dan mendapat reaksi rakyat dahulu.
Orang di pendalaman banyak yang mengeluh atas sikap tidak ambil peduli pihak bank terhadap rakyat Malaysia. Ini disebabkan kebanyakkan masyarakat di kampung menggunakan kenderaan yang usianya lebih 20 tahun( sebab tidak mampu @ mempunyai kenangan terhadap kenderaan tersebut), dengan adanya sistem baru ini mereka perlu membayar jauh lebih mahal dari dahulu. Perkara tersebut akan mengundang kepada banyak kenderaan yang tidak mempunyai cukai jalan dan insuran. Kejadian langgar lari akan banyak berlaku jika perkara ini tidak di beri pertimbangkan secara serius oleh pihak bank dan kerajaan kerana ini melibatkan masyarakat di Malaysia secara keseluruhan.
Implikasi perkara ini mungkin tidak seberapa terhadap orang yang berada, tetapi kita semestinya ingat bahawa bukan kita sahaja tinggal di bumi Malaysia yang tercinta ini. Terdapat miskin dan kaya.

Tuesday, December 29, 2009

1 Malaysia

Pada ketika ini hebat di perkatakan tentang perkara yang mengguriskan perasaan Melayu. Pertama sekali perlu di selidik kenapa perkara ini berlaku. Untuk kerajaan sekarang menang dalam pilihanraya akan datang perlu berkerja keras untuk membendung sikap sesetengah parti politik 'ultra' supaya rakyat sedar betapa bertuahnya hidup di Malaysia.
Artikel yang diterbitkan pada hari Ahad lepas oleh seorang pensyarah kanan mengupas tentang betapa bertuahnya bangsa lain dan juga menunjukkan betapa toleransinya Melayu terhadap bangsa lain. Dasar 1 Malaysia telah di perkenalkan oleh PM Malaysia, apa yang boleh dilihat ialah kenapa atas dasar itu bahasa melayu dan pengambilan pekerja masih mempunyai masalah. Masih ada pihak yang ingin mempertikaikan bahasa rasmi ini. Pengambilan kerja oleh syarikat juga mengalami situasi yang sama, dimana orang melayu terpaksa berkerja di peringkat bawahan kebanyakkannya. Kenapakah ini berlaku? Tidakkah atas dasar 1 Malaysia kita perlu tolong menolong sesama kita.
Hak istimewa Melayu juga tidak perlu disentuh kerana jika seseorang pergi ke negara lain perkara yang sama berlaku. Tetapi di Malaysia walau pun namanya ketuanan Melayu tetapi yang dapat faedahnya ialah bangsa lain bukannya Melayu. Melayu muda sedar akan perkara ini berlaku, malah telah beberapa kali dibincangkan oleh mereka. Bangsa yang bukan Melayu perlulah jangan terlalu terikut dengan batu api yang di lontarkan oleh parti 'ultra' ini. Lihat lah ke negeri yang di perintah mereka di Pulau Pinang, kaum Melayu tidak mendapat hak yang sepatutnya. adakah Melayu di negeri lain melayan kaum bukan melayu sama seperti kerajaan Pulau Pinang melayan kaum Melayu? Adakah kerajaan ini mengamalkan dasar seperti singapura?
Ketua tiap negeri perlulah seorang melayu ini kerana kaum ini ialah majoriti di Malaysia. Melayu terkenal dengan gaya hidup yang sopan dan menghormati orang lain, perkara ini jarang dapat di lihat pada bangsa lain, malah bangsa lain hanya tunggu untuk mengambil kuasa dari Melayu. Mereka ini tidak senang dengan keadaan aman yang dinikmati Malaysia selama ini. Tiada sesiapa yang menyoal kontrak sosial yang telah dibuat dahulu tapi kenapa sekarang?
Banyak perkara telah dipersoalkan tetapi tidakkah ingat bahawa Melayu bersikap toleransi kepada kaum lain, baik dari perniagaan sampai lah ke isu tanah perkuburan yang mengambil ruang yang banyak. Adakah ini dikatakan 1 Malaysia. Sepatutnya semua bangsa tolong menolong supaya tidak terdapat yang tercicir di belakang. Perkara ketuanan Melayu bukanlah perkara yang akan merugikan bangsa lain, itu merupakan survival bangsa Melayu, perkara tersebut bukannya akan merugikan bangsa lain malah akan memberi keuntungan.
Bahasa melayu perlu diperkasakan dan di gunakan dengan meluas di Malaysia kerana tidakkah kita rasa terkilan bahawa di Canada terdapat sebuah stesyen radio yang mendendangkan lagu-lagu melayu? ini memunjukkan bahawa bahasa melayu ialah bahasa global. di sarankan untuk semua menggunakan bahasa melayu untuk kegunaan harian. Perkara ini untuk menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai identiti yang kukuh dan sendiri bukan ikutan. Malaysia mampu hidup aman damai seperti dahulu kala jikalau rakyat didedahkan dengan sejarah yang merangkumi segala aspek rakyat majmuk di Malaysia.

Wednesday, December 9, 2009

Kenapa segan menjadi rakyat Tanah Melayu Malaysia.

Dini hari masyarakat di Malaysia makin lupa akan sejarah tanah melayu ini. Mereka menjadi kurang ajar, menbentak dan juga memijak orang yang tidak sepandangan dengan mereka. Apakah ini Malaysia yang di perjuangkan? Wahai kawan2 kita membesar dalam keadaan aman sekian lama, jgn sebab org yg tidak tahu asal usul sejarah Malaysia kita bermusuhan dan bergaduh. Tanah Melayu ini dikongsi bersama dengan rela hati oleh golongan Melayu, hargai lah dengan memberi penghormatan yang sewajarnya kepada org melayu. Pikir lah dimana lagi didunia ini ada bangsa yang sanggup berkongsi dengan bangsa lain mentadbir negara nenek moyang mereka? beruntung menjadi rakyat Malaysia. Adakah bangsa lain dapat berkongsi kuasa di negara lain seperti di India, China & Singapura? Renung2kan lah perkara ini sedalam2nya. apakah jenis masa depan yang kita hendak. jika tidak dapat memikir secara rasional, kembalilah ke negara asal masing kerana Malaysia ini negara aman dan berpegang teguh kepada Perlembagaan Malaysia. Ketuanan Melayu bukan untuk menidakkan hak bangsa lain, itu ialah untuk memberi peluang kepada bangsa Melayu untuk menjadi lebih maju. Janganlah mempunyai hasad dengki terhadap bangsa Melayu kerana bangsa lain juga dijaga dan hidup aman di Malaysia.

Friday, October 2, 2009

The ungreatfull Indonesia 2009

The Malaysian is deeply in touch when something happen to Malaysian neighbour, for example the tsunami that wipeout the whole Acheh province. Malaysia quickly send it resque team the place to help the country. With all that have done to the Indonesian, the Indonesian somehow forget that it is Malaysian that help them when there are in trouble.
The problem happen when the Indonesian start to do 'Malaysian Sweeping' in the heart of Jakarta. The amazing thing is that just weeks after that tragic that anger most of the Malaysian, Indonesia again being hit by a tsunami. The moral of the story is to be good to your neighbours always, not to fight at some dance that somebody else accidently made a false report. It is so stupid of a country that declare them self as the most Muslim in the world cannot think using their God given brain to think for a bit about the right and the wrong.
I think Indonesian have learn with a big price to pay that don't let your neighbour upset always. Even Malaysia keep quite about the matter but there are higher power that we need to answer to and He is always watching us. Respect other and you will be respected.

The Penang Story

Banyak perkara yang sedang berlaku di Pulau Pinang sejak kebelakangan ini, salah satu contoh kejadian kg. buah pala. Sekarang ini keadaan kampung-kampung di Pulau Pinang tidak tahu sampai bila akan kekal. Satu demi satu sedang dimusnahkan demi kemajuan kononnya.
Apa yang menarik minat rakyat sekarang ini adalah isu Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang. Terdapat cadangan dari parti dalam PR untuk jawatan itu digilir oleh 3 bangsa penting di Malaysia. Jika diikutkan hati dan akan yang bijaksana bagus juga cadangan yang diberikan itu , tetapi terdapat beberapa orang yang 'gila kuasa' dan tidak mampu menolak kebenaran bahawa mereka minority di negara ini dengan sombong menolak dan merasa terganggu jika diberi Melayu untuk memimpin Pulau Pinang.
Disini perlu dijelaskan bahawa Melayu di Pulau Pinang didalam keadaan sedih jika di bandingkan dengan Melayu dinegeri lain. Mungkin dengan cadangan ini akan mengubah hidup orang Melayu. Terdapat setengah pihak mengatakan bahawa mereka pentingkan sama rata, tetapi secara hakikatnya mereka yang gila kuasa. Meniru pendekatan Perdana Menteri Malaysia ke-6, mereka juga melebelkan diri mereka untuk semua. Jika itu hendak dilakukan mereka perlulah buktikan apa yang mereka gembar-gemburkan itu benar bukannya tipu helah untuk berkuasa seperti di Pulau Pinang sekarang ini. Mereka perlu menunjukkan contoh dengan membenarkan jawatan Ketua Menteri digilirkan kepada semua bangsa supaya kerja dapat dilaksanakan dengan cekap. Kalau perkara mudah seperti ini pun tidak dapat dilakukan maka janganlah lagi menaburkan kata-kata kotor lagi hina yang ingin membantu rakyat.
Sekarang telah tiba masanya untuk buktikan kepada rakyat Malaysia yang parti extrimis yang sedang mentadbir Pulau Pinang kini memberi peluang untuk semua.