Thursday, July 30, 2015

Angin Perubahan...

Kemarin merupakan hari yang pennting kepada rakyat Malaysia kerana disebabkan oleh perlantikan barisan kabinet yang baru di umumkan oleh PM. Jika di lihat kepada perubahan ini ada rasanya barisan kali ini merupakan barisan yang boleh dikatakan mantap.
Jika dilihat kepada portfolio menteri baru yang dilantik dan juga di ubah, saya lihat dan berharap mereka dapat menyumbang kepada pembanggunan negara supaya dapat mencapai wawasan 2020 yang semakin hampir. Wawasan 2020 ialah matlamat yang utama untuk Malaysia.
Macam - macam spekulasi terhadap UMNO bertiup kencang selepas rombakan kabinet yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri. Hairan dengan keadaan yang berlaku kenapa begitu gairah rakyat begitu hebat mengatakan segala yang tidak pasti dan tidak tahu. Tahap pemikiran orang Malaysia boleh di nilai dengan perbuatan demikian kerana ini telah diterjemahkan melalui tindakan yanng dibuat, malangnya tindakan ini hanya mencerminkan sifat tidak terbuka dan tidak matang setengah pihak.
Dengan maklumat yang boleh diterima oelh pelbagai media, maka seharusnya kita mengkaji dan membuat analisa dengan baik. Ini adalah kerana ramai diantara kita telah pun memperolehi pendidikan yang tinggi, sepatutunnya taraf pemikiran perlulah sama dengan taraf pendidikan yang diterima. Untuk mentadbir sesebuah kerajaan bukanlah mudah seperti ramai orang sangka, tomahan yang tidak berasas dan perasaan dengki yang begitu tinggi amat lah menebal didalam masyarakat kita. Keputusan yang di buat dimasa marah selalunya tidak menghasilkan kebaikkan malah banyak keburukkan yang mungkin menyebabkan semua musnah.

Friday, July 17, 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin... "Ada mata pandanglah keindahan, Ada mulut berbudilah pertuturan, Ada hati berilah kesayangan, Ada khilaf sudilah maafkan" dari saya Mohamad Hisham Shamardi & Keluarga- (KC Umno Caw. TLT Ipoh)