Monday, May 18, 2015

The well planned from someone?

SERANGAN TERSUSUN DAN TERANCANG TERHADAP KERAJAAN MELALUI 4 FASA. IA BERKAITAN STRATEGI..PERSOALANNYA SIAPA YANG MENYERANG?

Mendapat pendedahan dalam bidang strategi berpolitik membenarkan saya untuk berfikir dalam konteks permasalahan dan kecamukan yang berlaku dalam negara mutakhir ini. Strategi memainkan peranan penting dalam merancang sesuatu terutama dalam soal pemerintahan dan kepartian.

UMNO sebagai majoriti kepada parti pemerintah BN berdepan satu serangan yang cukup hebat dan terancang dari pihak yang perlu kita kaji dan meneliti siapakah mereka dan apakah tujuan mereka.Terlebih dahulu saya suka untuk menegaskan bahawa tulisan ini jauh sekali untuk membicarakan soal rasis atau perkauman.Ini merupakan tulisan untuk kita sesama Melayu Islam agar mengetahui adakah benar kita masih selamat di bumi sendiri , di tanah merdeka ini dan di bumi ibu pertiwi ini...

Dalam kamus strategi, 4 fasa yang perlu berlaku untuk meruntuhkan satu-satu empayar yang kini sedang berlaku di MALAYSIA.

FASA 1 "SEGMENTIZING THE MALAYS"
Saya yakin ianya telah dan sedang berlaku di Malaysia dengan memecahbelahkan Melayu. Di mana Melayu berpecah.?

a ) Melayu berpecah dengan haluan kepartian.
b ) Sentimen kenegerian
c ) Qasta dan kedudukan Melayu Kaya dan Orang Bawahan

Secara ringkas, kita mengakui melayu berpecah dari kerana haluan kepartian antara PAS, UMNO dan PKR.Sentimen kenegerian makin kuat dimainkan.Qasta dan kedudukan mengambil tempat dalam rencah memecahbelahkan orang melayu bila orang bawahan melayu tidak lagi merasa bangga melihat kejayaan orang melayu dan tidak lagi melihat kejayaan orang melayu kaya ini sebagai satu kebanggaan dan rahmat selain melihat dengan perasaan benci dan hasad dengki.Sebaliknya juga berlaku bilamana "orang kaya Melayu" tidak lagi merasa sikap kebertanggungjawaban kepada bangsa sendiri dan melihat orang bawahan dengan pandangan sinis.

2. FASA 2 " CREATING HATRED TOWARDS PERSONALITY & PARTY"
Yang jelas berlaku dalam UMNO sekarang bilamana terwujudnya kebencian terhadap pemimpin dan sesama sendiri dengan menzahirkannya secara terbuka.Antara yang jelas untuk kita lebih faham ialah:

a) Kebencian kepada pemimpin ( hilang tawadduq)
b) Kebencian sesama sendiri dari hasil perbedaan pendapat dan kerana berbeza warloard dari hasil pertembungan pemilihan dalaman parti.
c) Hilang keyakinan kepada parti dan hilang keyakinan untuk terus memperjuangkan parti.Lebih mengerikan bilamana ia menjadi agen pengkhianat dari dalam parti mereka sendiri(adakah wujud golongan ini?)

3. FASA 3 " KIPNAPING THOUGHT OF UMNO MEMBERS"
bilamana :-

a )"Orang UMNO" seolah2 sudah bersuara seperti pembangkang.
b ) Menggunakan dan menguasai media sosial UMNO untuk mempromosikan serangan dan fitnah terhadap UMNO sendiri tanpa ahli UMNO sedar bahawa mereka merupakan barisan serangan yang telah di tawan oleh pihak2 tertentu untuk membinasakan UMNO seakan dipukau atau kerana kejahilan dan keangkuhan mereka sendiri atas alasan kononnya alasan menegur parti kerana sayangkan parti sebelum ianya parah dan rebah walhal mereka ini sebenarnya sedang mengkritikalkan parti mereka sendiri..

4. FASA 4 "PUBLIC ANXIETY"
bilamana kerisauan, kegusaran dan rasa cemas rakyat terhadap satu institusi yang mewakili kekuatan majoriti Islam Melayu khususnya dalam institusi kewangan dan "rezab melayu" melalui beberapa CARA :-

a) Mencetuskan rasa ragu dan sangsi pencarum atau penyimpan akan kredibiliti dan kemampuan institusi tersebut dengan tujuan melumpuhkan ekonomi Islam Melayu.
b) Mempromosikan dan menggembar-gemburkan akan kesilapan dari sesetengah keputusan yang kurang cermat oleh pemimpin.
c) Fasa 4 ini akan lebih senang dan tuntas di selesaikan bilamana fasa 2 & fasa 3 tadi berfungsi dengan baiknya.

Kesimpulannya siapakah mereka ini yang menggunakan formula strategi sebegini rupa sehingga menimbulkan segala permasalahan sebesar ini dalam sejarah MALAYSIA. Pemimpin saling berserangan. Warloard mula menonjolkan kekuatan sendiri.
Institusi kekuatan Islam Melayu di fitnah.FELDA( berlaku di PRK Rompin) hilang keyakinan peneroka yang mendapat rezeki berzaman dan berkurun beberapa generasi.Lembaga Tabung Haji(TH) sudah hilang kredibiliti dengan jolokan menggunakan duit bakal jemaah haji untuk (bailout) satu syarikat milik kerajaan 1MDB.

Ini semua merupakan rentetan perjalan perlaksanaan satu strategi menghancurkan kuasa Islam Melayu di MALAYSIA. Ianya dilakukan bukan setahun dan ianya dirancang dengan teliti dan tuntas dengan jangkamasa tertentu. Siapa mereka?

Adakah pihak ini merupakan salah satu parti pembangkang dalam Malaysia?

Adakah mereka ini merupakan sebuah kaum yang sememangnya tidak akan berdiam diri bila melihat kekuatan Islam Melayu yang cuba diruntuhkan tetapi masih gagal?

Adakah mereka ini merupakan sebuah agama yang sememangnya telah bermusuh dengan Islam selama berkurun?

Justeru itu saya dengan rendah diri untuk mengajak rakan dan sahabat untuk terus istiqamah dan tawadduq dalam mempertahankan Islam Melayu yang masih berkuasa tatkala ini untuk terus menjadi asas dan teras kepada sebuah kejayaan negara.Ahli UMNO seharusnya meningkatkan jati diri untuk mempertahankan parti.Dalam ketika kita diserang seharusnya kita meminimumkan apa jua perbezaan antara kita ahli parti.Warloard harus menjadi pendamai kepada sengketa kedudukan.Satukan niat.Satukan cita2 untuk terus menjadi ahli yang memberikan kekuatan kepada parti yang kian layu.Gadaikan amarah.Gadaikan ego buat sementara waktu.Persetankan kepentingan peribadi...

Hj Hadi dan TG Haron Din masih mempertahankan Perdana Menteri kerana mereka faham, mereka look the tree, not the wood.

UNTUK KITA SAMA-SAMA MENEPIS SEGALA DAKYAH DAN FITNAH YANG AKAN MENGHANCURKAN AGAMA DAN BANGSA KITA...

ALLAHUAKBAR!!!!

WASSALAM...

Saturday, May 16, 2015

Selamat Hari Guru 2015

Sasterawan Negara al-Marhum Usman Awang mengungkapkan kata dalam sajaknya;
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara,
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut dan sabarnya mengajar menulis dan membaca.
- Selamat Hari Guru kpd SEMUA....guru, prof, Dr, ibubapa - yg menjadi PENDIDIK kpd ahli keluarga SEMUA.

Thursday, May 14, 2015

Penjelasan di UIA tempoh hari....

PENJELASAN ISU PERTENGKARAN DI DEBAT GST UIA
Oleh Lokman Adam

Pertama sekali saya hendak jelaskan bahawa saya menerima undangan untuk berdebat dengan YB Rafizi Ramli anjuran MPP UIA seminggu yang lalu. Malangnya dua hari yang lalu, pihak UIA telah memaklumkan kepada saya bahawa Debat tersebut dibatalkan kerana pihak Rektor UIA tidak meluluskannya.

Walau bagaimanapun, petang tadi pihak MPP UIA memaklumkan ianya diteruskan juga dan Rafizi telah bersetuju untuk hadir. Atas nasihat Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Puad Zarkashi, demi menjaga nama baik dan maruah JASA, saya telah hadir.

Selepas lebih kurang 10 minit berucap, pihak keselamatan UIA telah meminta saya berhenti cara baik dan saya berhenti berucap. Pihak Pengawal juga bersetuju membenarkan Rafizi berucap selama 10 minit untuk berlaku adil. Malangnya selepas 10 minit berucap bila pihak keselamatan meminta Rafizi berhenti beliau enggan dan mengakibatkan pihak keselamatan menghentikan program secara paksa. Rafizi telah bertindak balas dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengawal keselamatan UIA. Majlis akhirnya dihentikanboleh pihak MPP UIA.

PERTENGKARAN DIMEJA MAKAN

Sikap biadap Rafizi diteruskan dimeja makan dengan menghalau Pengawal Keselamatan yang bertugas dari bilik makan yang disediakan. Semua pengawal keluar kecuali seorang yang memakai T-shirt Jingga. Apabila merasakan mulut Rafizi sudah terlalu lancang dan tidak menghormati pengawal tersebut, saya telah menegur Rafizi supaya menghentikannya. Saya kata, "kita dah buat salah meneruskan program yang tidak dibenarkan pihak Universiti, kenalah terima risikonya". Beliau yang berang dengan jawapan saya itu mula menjadikan saya sasarannya pula sehingga berlaku pertikaman lidah.

Apa yang menyebabkan pergaduhan hampir tercetus tadi adalah apabila beliau mengatakan saya masuk UMNO sebaik sahaja lepas keluar ISA. Pada hakikatnya saya dibebaskan dari ISA pada tahun 2003. Manakala saya telah dipecat dari PKR adalah pada tahun 2004 kerana menegur penyelewengan dana di dalam PKR dan tindakan Wan Azizah bertemu George Soros tahun 2003 untuk mendapatkan dana pilihanraya 2004. Lebih menyakitkan hati ialah kerana fitnah itu keluar dari mulut Rafizi iaitu salah seorang ahli MPT Keadilan yang terlibat memecat saya untuk menutup penyelewengan dana yang berlaku dalam Keadilan. Saya menyertai UMNO semula 3 tahun selepas dipecat iaitu pada tahun 2007.

Bagi saya, debat atau wacana ilmu sedemikian rupa harus dibenarkan di Universiti. Dengan syarat, wakil kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang harus dilibatkan sama. Ianya sihat bagi perkembangan demokrasi dan bagi membolehkan para mahasiswa mendengar penjelasan kedua belah pihak. Jika kita terus menghalang debat sedemikian rupa, pembohong besar seperti Rafizi akan terus dipercayai oleh para Mahasiswa kita. Rafizi masih boleh melakukan hasutan dan penipuan beliau melalui youtube dan whatapp. Tetapi sekiranya debat tadi diteruskan, setidak-tidaknya para mahasiswa kita berpeluang mengetahui perkara yang sebenar dan mendengar hujah balas kita untuk meningkatkan kefahaman mereka tentang GST dan isu semasa.

Wednesday, May 13, 2015

saintis melayu...

BUANG BIN MOHAMED ALI - SAINTIS MELAYU YANG HILANG

Ramai yang mengenali Alfred Russel Wallace yang menulis buku dan memperkenalkan teori ''natural selection'' bersama Charles Darwin.Tetapi, baru beberapa tahun ini diketahui mengenai seorang melayu yang bernama Buang yang dikenalinya sebagai pembantu dan penterjemah kepada Alfred Russel Wallace semasa beliau menjelajah di seluruh kepulauan melayu (jawa, ternate dan borneo) pada pertengahan abad ke 19 untuk mengkaji mengenai tumbuhan dan binatang.

Kini, penemuan buku nota Buang Bin Mohamed Ali di Nigeria telah dibuat kajian oleh sebuah Universiti Abuja (Nigeria), mendapati bahawa Buang bukan sahaja seorang penolong Wallace, tetapi beliau juga seorang saintis yang mengkaji dan menulis mengenai sains. Malah dalam bukunya, di tulis mengenai kaedah menghasilkan elektrik menggunakan durian pada tahun 1860an.

Menjadi misteri sehingga sekarang ini mengenai hasil kajian Buang di jumpai sehingga ke Nigeria sampai sekarang ini baru ditemui

Friday, May 8, 2015

Isu TH...

JANGAN POLITIKKAN TABUNG HAJI,BUKAN TABUNG HAJI BELI TETAPI ANAK SYARIKAT TABUNG HAJI BELI TUJUAN PELABURAN DALAM PERNIAGAAN HARTANAH

Sejak malam semalam tersebar di media sosial mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang hartanah di kawasan Segitiga Emas KL dari 1MDB untuk menyelamatkan 1MDB. Satu bidang hartanah untuk Residential Tower yang bernilai RM 188.5 juta dan satu bidang untuk Signature Tower yang bernilai RM 577 juta.

Itu adalah satu laporan yang tidak benar yang cuba membakar sentimen pendeposit-pendeposit TH.
Dakwaaan tersebut tidak benar 100 %.

Tanah tersebut tidak dibeli oleh Tabung Haji (TH). Ianya dibeli oleh Tabung Haji Properties (THP). Sebuah anak syarikat TH yang beroperasi dalam bidang hartanah. Di sini orang ramai perlu faham perbezaan antara TH dengan THP. Bidang THP adalah beli tanah, jual tanah, bina bangunan, beli bangunan dan jual bangunan. Pernahkah anda dengar pendeposit-pendeposit pergi menyimpan duit di THP ? Pernahkah anda dengar THP yang menguruskan jemaah-jemaah haji ke Tanah Suci ?

THP tidak membeli kedua-dua bidang tanah seperti yang didakwa. THP hanya membeli SEBIDANG SAHAJA untuk pembangunan Residential Tower dengan harga RM 188.5 juta. Pembelian itu dibuat setelah THP membuat kajian dengan teliti merangkumi pelbagai aspek. Selain daripada untung rugi sebarang aspek bisnes melibatkan THP antara yang utama diambil kira adalah urusniaga yang dijalankan adalah mestilah mengikut syarak.

Kenapa THP membeli tanah 1MDB ?

Perniagaan melibatkan hartanah adalah perniagaan teras THP. Apabila ada peluang yang baik untuk mendapat untung maka sudah tentulah peluang harus diambil.

Tanah yang ditawarkan berada di kawasan Segitiga Emas yang mana ianya tanah yang bernilai tinggi dan peluang mendapat untung yang lumayan. Pelabur-pelabur lain daripada dalam dan luar negara berebut-rebut membeli tanah di kawasan berkenaan dengan harga yang lebih tinggi kerana potensi pulangan yang lumayan. Salahkah jika sebuah agensi umat islam membeli tanah dikawasan yang menjadi rebutan pelabur ?

Tambahan pula THP ditawarkan dengan harga yang lebih rendah. THP telah melantik sebuah penilai bebas untuk menilai pasaran di kawasan berkenaan. Kajian yang dijalankan mendapati apabila siap kelak nilai bangunan itu RM 828 juta. Manakala modal yang THP keluarkan untuk pembelian tanah (RM 188.5j) dan modal pembinaan bangunan (RM 456j), dimana kos keseluruhannya RM 644.5j. THP akan mendapat untung RM 183.5j dalam masa 3 tahun.

Dimana dengan wang keuntungan RM 183.5j , ianya boleh menanggung seramai 25’171 orang subsidi jemaah haji.

Disini umat islam perlu faham, setiap tahun kos menunaikan haji semakin meningkat. Di Malaysia jemaah kali pertama hanya perlu membayar RM 9980.00 untuk menunaikan haji. Sedangkan kos sebenar untuk menunaikan haji sekarang adalah RM 17’270.00 seorang. TH perlu menanggung subsidi sebanyak RM 7290 seorang jemaah. Bayangkan sebanyak 40 ribu jemaah yang perlu ditanggung. Kosnya mencecah 300 juta setahun. Itu belum diambil kira lagi kos petugas, pembimbing haji, kesihatan dan sebagainya. Subsidi hanya untuk menanggung penginapan dan pengangkutan sahaja.

Atas dasar itulah anak-anak syarikat TH termasuklah THP perlu agresif mencari peluang-peluang perniagaan yang menguntungkan. Kerana setiap tahun setiap anak syarikat akan membayar dividen kepada syarikat induk iaitu TH. Wang itu yang digunakan untuk menanggung subsidi haji serta membayar dividen yang mencecah 8 % setahun kepada penyimpan.

Jika tidak ada perniagaan bagaimana mahu membuat untung. Jika tidak membuat untung bagaimana mahu menolong umat-umat islam di Malaysia menunaikan haji ? Bagaimana mahu membayar dividen kepada penyimpan ?

Jika THP menolak tawaran yang ditawarkan 1MDB mereka telah terlepas satu peluang perniagaan yang menguntungkan. Perlu diingat bukan senang untuk anak-anak syarikat TH mencari perniagaan. Kerana mereka terikat dengan syarak. Setiap sen yang dilaburkan mereka perlu tahu halal haram kerana wang itu akan digunakan untuk jemaah haji.

Ada dakwaan yang mengatakan 1MDB mendapat tanah tersebut dengan harga yang lebih murah dan dijual kepada THP dengan harga yang lebih mahal. Untuk pengetahuan, dalam perniagaan hartanah atau perniagaan apa-apa sekalipun, kita tidak boleh mengambil kira berapa modal penjual. Kita perlu tahu berapa modal kita dan berapa kita akan dapat untung. Jika kita rasa menguntungkan kita maka kita boleh beli.

Bagaimana pula dengan anak orang kampung yang mendapat tanah percuma daripada bapa mereka kemudian hendak dijual dengan harga yang mahal ? Bolehkah kita pertikaikan ? Dalam hal ini THP telah melantik penilai untuk menilai tanah tersebut sebelum membelinya. Tanah yang dijual 1MDB telah ditukar status dan siap dengan infrasuktur. THP hanya beli dan boleh terus bina bangunan.

Kesimpulannya dalam kes ini tidak ada apa-apa isu . THP tidak menyelamatkan mana-mana syarikat (bailout). THP hanya membeli aset dimana untuk mereka mendapat untung dan akhirnya untung itu akan dinikmati oleh bakal jemaah-jemaah haji serta pendeposit.

Isu ini sengaja dipolitikkan untuk tujuan politik. Semoga Allah membuka pintu hati mereka. Mohon sebarkan

Sejarah perangai melayu

Sikap Buruk Bangsa Melayu Mengikut Frank Swettenham

Dalam karya beliau yang terkenal, "Malay Sketches", Frank Swettenham telah memberi gambaran tentang orang melayu di zamannya mengikut perspektif dan pengalaman peribadi beliau mungkin sejak tahun 1871, iaitu kali pertama beliau berada di Tanah Melayu. Dalam bab pertama naskah beliau diberi tajuk "The Real Malay". Naskah "Malay Sketches" ini yang dihasilkan pada tahun 1895 adalah hasil pengalaman beliau hidup dalam Alam Melayu sebagai seorang pegawai British selama 24 tahun.

Mengikut Swettenham, untuk memahami orang melayu, seseorang itu perlu tinggal di Tanah Melayu, bertutur bahasa melayu, hormat adat dan budaya orang melayu, meminati apa yang diminati oleh orang melayu, tahu gurau senda orang melayu, sedia membantu mereka tika dalam kesusahan serta berkongsi suka dan duka mereka.
Jika semua ini berjaya dilakukan, maka nescaya seseorang itu telah berjaya memenangi hati serta kepercayaan dari orang melayu.

Malah Swettenham ini mampu berbahasa melayu dengan baik, hinggakan beliau mampu menghasilkan kamus "Vocabulary of the English and Malay Language", selain daripada itu, Swettenham juga dikenang sebagai diantara 40 orang bekas pegawai tinggi British yang menentang pengenalan "Malayan Union".

Sifat Buruk Orang Melayu

Swettenham tidak mengambil sikap populis dengan hanya menceritakan apa yang baik, sebaliknya beliau turut menyingkap sisi gelap masyarakat melayu pada zaman itu. Antara tabiat atau sifat buruk orang melayu pada zaman itu yang beliau temui adalah:
1) Orang Melayu suka meminjam wang, tetapi liat untuk membayar balik.

2) Orang melayu suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dan mengumpat.

3) Suka mempercayai hal yang karut marut.

4) Orang melayu suka berjudi, bersabung ayam dan perkara yang seumpamanya
5) Tidak mudah menerima sebarang perubahan.

6) Orang melayu adakalanya malas, malah perkara yang rutin juga dilalaikan.
7) Orang melayu tidak menghargai masa.

8) Rumah orang melayu pada zaman itu dilihat tidak kemas, malah kotor.

9) Orang melayu zaman itu suka berdendam, dan jika dendam itu tidak dapat dibalas pada orang yang sepatutnya, sesiapa sahaja yang kebetulan berada berhampiran akan menjadi mangsa, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.

10) Orang melayu suka mengamok.

11) Walaupun orang melayu suka berbudi, mereka sebenarnya mengharapkan balasan.
12) Orang melayu suka berpuak-puak.
13) Orang melayu amat menitik beratkan soal darjat serta keturunan, terutama dalam soal perkahwinan.

Sikap buruk ini walaupun tidak enak dibaca, ianya harus menjadi pengajaran kerana inilah apa yang dilihat oleh orang luar.

Gambaran oleh Swettenham ini terhad kepada penilaian peribadi beliau selama 24 tahun mengenali masyarakat melayu dan hanya masyarakat sekitar Singapura, Selangor dan Perak yang mungkin berada dalam pemerhatian beliau.

Pandangan ini adalah berdasarkan tempoh beliau berada di Tanah Melayu hingga naskah “Malay Sketches” terhasil, iaitu pada tahun 1895. Sewaktu menghasilkan naskah yang mengandungi 22 bab ini, umur Swettenham adalah pada sekitar 45 tahun dan masih berjawatan sebagai Residen British di Perak. . Selain naskah "Malay Sketches" ini, Swettenham turut menghasilkan beberapa penulisan lain yang turut memperkatakan perihal orang-orang Melayu.

Sekian