Friday, May 16, 2014

Hari Guru dan PRK.....

Hari ini merupakan Hari Guru yang di sambut di seluruh negara.Selamat hari Guru saya ucapkan kepada semua Guru di Malaysia yang telah bersusah payah mengajar saya dan menunjukkan saya supaya jangan putus asa untuk mengejar cita-cita. Kena marah, rotan dan ketuk-ketampi biasa lah pada zaman saya dulu. Pada zaman sekarang murid-murid begitu manja, mana boleh lagi macam dulu. Cuba cerita bagaimana kita mahu mendidik bukan dengan cara berkenaan, Pedagogi barat bukan selalunya betul dalam mendidik orang. Murid-murid tidak boleh di tegur dan bercakap sahaja. Kita sampai sekarang jika mahu belajar mengaji, ustad berkenaan akan bawa rotan di sebelahnya, kenapa begitu ialah supaya murid berkenaan boleh memberi tumpuan dan berkelakuan seperti seorang pelajar. Mungkin pendapat peribadi saya tidak di terima oleh ramai, ini merupakan pendangan peribadi saya seorang sahaja.
PRK kini kembali kini di 2 negeri iaitu di Pulau Pinang dan di Perak. yang menarik perhatian saya ialah di Pulau Pinang BN tidak meletakkan calon. Lebih tepat lagi MCA tidak letakkan calon mereka. Adakah mereka sudah menjadi penakut dan lemah lutut mahu letakkan calon mereka? Jika mereka tidak mahu bertanding seharusnya bagi jalan kepada PPP atau Gerakan. Presiden mereka bukan main hentam lagi dulu bila di Gelang Patah sampai ayam tambatan Umno tewas disana. Atau MCA pentingkan diri sendiri, sibuk mahu menghentam Hudud jika di laksanakan, alasan Wee Ka Siong tidak berasas langsung kerana perkara ini di jelaskan oleh Presiden PAS yang mahu laksanakan perkara berkenaan bulan 6 itu pun jika diluluskan oleh Parliment. Sedih melihat BN tidak letak calon di sana betul kawasan itu merupakan kawasan Dap tetapi calon mereka itu bukan lah begitu popular dan juga tidak di kenali ramai.
PRK satu lagi ialah di Teluk Intan. Sini juga kawasan Dap menang dulu, sini menarik juga kisahnya,nasib baik bn tidak tarik diri. Tidak kiralah siapa calonnya BN perlu turunkan calonnya yang di kira sesuai dengan keadaan dan masyarakat sekarang. Ingat sekarang ini bukan PRU tetapi PRK. Konsep PRK ini ialah calon mana yang boleh membantu kemenangan parti. Perkara ini perlu di lihat dengan lebih serius. Jika kita masih bermain rentak lama maka tidak mustahil kita akan kalah di Teluk Intan. Tugas Dato Sri Zambry, MB Perak untuk mencadangkan kepada Dato Seri Najib nama yang di fikirkan sesuai ini. Gelombang orang muda jangan di ketepikan sebab BN akan rugi besar jika tidak melihat perkara ini dengan lebih serius. Bukan ingin mengatakan bahawa orang muda tahu semua, tetapi orang muda yang tidak tahu itu membawa wajah baru yang lebih bertenaga dan ingin belajar, ia tidak membawa imej yang terdahulu, itulah yang sedang di buat oleh Pr. Setakat ini pada pemerhatian saya orang muda mahukan calon yang muda dan kali ini pertandingan ialah siapa calon bukan lagi parti mana yang bertanding berbeza dengan PRU.