Tuesday, May 21, 2013

GST : FAKTA SEBENAR



Oleh : PMR Penerangan

Cadangan untuk mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai konsumpsi yang digelar sebagai GST telah diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Awalnya ia dicadang untuk dikuatkuasakan bermula 1 hb Januari 2007. Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, Bajet 2005 mencadangkan penyusunan semula sistem percukaian negara termasuk mengkaji peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini katanya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana hasil negara.

GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran. GST didakwa sebagai sistem cukai yang lebih komprehensif, efisyen, telus dan efektif. Ia juga diduga akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan. Dalam sebuah reaksi seorang pensyarah perakaunan dari UiTM berpendapat GST tidak membebankan dan akan menambahkan hasil negara.

Pada 29 November 2009 Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataannya telah mendakwa kerajaan akan memperoleh pendapatan cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion dari GST. Beliau berkata sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan GST. Dalam Asean hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkannya. Ditambah lagi, dikatakan GST akan dapat mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individual.

Kini negara jiran yang melaksanakan GST adalah Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Kadar GST yang diguna oleh negara-negara ini waktu ini ialah Singapura 5%, Thailand 7%, Indonesia 10% (digelar sebagai cukai nilai tambah – VAT) dan Filipina 10%. GST dijangka dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua rang undang-undang pada Mac tahun depan (2010). Ini bermakna cukai itu akan berkuat kuasa sekitar Ogos atau September 2011.

Apa itu GST?

VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.

Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US, mengenakan cukai jualan, biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada penyumbang terbesar atau penyumabang kedua besar kepada peroleh negara.

GST atau dalam Bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.

GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.

Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.

Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai “kredit cukai input”.

Bekalan yang dikecualikan cukai

Bagaimanapun, barangan atau perkhidmatan yang merupakan keperluan asas tidak dikenakan cukai. Di Australia, umpamanya, barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai termasuk barangan makanan asasi (kecuali makanan tersedia, makanan bawa-balik, snek, alkohol dan minuman ringan), perkhidmatan kesihatan, ubat-ubatan, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, utiliti, barangan tertentu yang dibekalkan oleh pertubuhan amal dan agama, dan barangan dan perkhidmatan yang dieksport.

Pelaksanaan GST di negara ini merupakan satu langkah wajar memandangkan kebanyakan negara lain telah melaksanakannya. Di samping itu, jaminan kerajaan untuk mengecualikan cukai tersebut terhadap barangan dan perkhidmatan keperluan asas bertujuan untuk tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah di samping mengelak berlakunya inflasi. GST hanya dikenakan kepada barangan atau perkhidmatan mewah yang mampu dibeli oleh pengguna berpendapatan tinggi. Di samping itu perniagaan kecil juga dikecualikan daripada GST.

Ada yang mengsyaratkan jika diuruskan dengan baik dengan kerjasama pelbagai pihak, GST mampu meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Di samping itu, sistem ini juga dapat memastikan setiap perniagaan menyimpan rekod kewangan dengan lebih sempurna. Walaupun pelaksanaan sistem GST dianggap mencabar, tempoh yang selesa sebelum pelaksanaanya membolehkan setiap lapisan masyarakat diberi pengetahuan mengenainya.

Wednesday, May 15, 2013

Funny politic in Malaysia...

Selingan... Just For Laughs.... No offence & don't tacing2 ye...

1. Anwar, Hadi Awang, and Old man Kit Siang were patrolling in a helicopter.

Old Man Kit Siang: "If I drop a piece of RM1000 note from here, the person that picks it up must be very happy."

Hadi Awang: "If I throw two pieces of RM500notes down, it will make 2 persons happy."

Anwar: "If I drop TEN pieces of RM100notes, there will be 10 happy people."

The pilot murmuring to himself: "Why don't all of you just jump down from here, that will make 25 million people happy. U have caused enough problems to d country!"

2. Samy V wished to enhance his reputation by publishing a series of stamps with his portraits. 1 month after the launch, Samy surveys its sales.

Post Office Chief: "Not bad... but we got quite a number of complaints that the glue is not strong enough."

Samy: : "Really...?"

He spits at the back of the stamp and sticks the stamp on an envelope: "The glue seems ok." Post Office Chief:: "Yes, but every one spits on the front of the stamp ...."

3. Midnight, Guan Eng went for supper and bumped into a robber.

Robber: "Give me all your money!!"

LGE was very angry: "I am the honorable Chief Minister of Penang!"

Robber: "Well, then ... return all my money."

4. One fine day, Anwar, Kit Siang and PR parliament members were on the way to a meeting where they all crashed in an accident and was rushed to the hospital.

The reporters were at the hospital, the doctor shook his head "We have done our best to rescue the Leader of Opposition but ..."

Reporters:"How about Kit Siang?"

Doctor:"We were unable to rescue him either ..."

Reporters:"Who have you saved?"

The doctor was excited:"Malaysia is now saved!"

5. Anwar visited the psychiatric hospital. All the patients hurray for him but there is one patient who ignored Anwar.

Anwar: "Why does he not welcome me?"

Doc: "He is normal today (not insane)."

6. Election campaign time -- car load of politicians were involved in a car accident.

A farmer saw and rushed to the scene but all the passengers were dead. He buried all the passengers.

Few days later, the police in charge found the farmer and asked where all the politicians were and was told that they had all been buried. Police: "Did they all die?"

Farmer: "Hmmm, Anwar was screaming that he is still alive when I buried him"

Police: "Then why you bury him anyway?"

Farmer: "Because Anwar never tells the truth."

Muhasabah diri...

Tuesday, May 14, 2013

Adakah aku Rasis? Keputusan selepas PRU-13


Saya mulakan dengan ayat ini yang selalu orang melayu sebut. Di rumah Melayu ini orang lain hidup senang,tetapi dalam rumah orang lain belum tentu Melayu hidup senang. Melayu ialah satu bangsa yang tinggalnya di kepulauan Nusantara ini. Jika dilihat pada geografik keadaan negeri kepulauan Melayu,mereka sebenarnya pelaut.Ini di kuatkan dengan keadaan kebanyakkan negeri berada sekeliling laut. Melayu bukanlah satu bangsa yang lemah seperti mana banyak tomahan yang dilemparkan. Tetapi itu semua berubah ditelan zaman kerana Melayu bukannya malas tetapi mereka tidak dapat mengejar kepantasan zaman yang begitu laju kerana kebanyakkan bangsa melayu terkejut dengan keadaan yang berubah.
Bukan saya ingin melayu sentiasa di belakang,tetapi bangsa lain seharusnya tidak mengambil kesempatan ke atas ketidaksediaan melayu dalam zaman ini. Bila British membawa masuk ramai orang Cina dan India ke dalam Tanah Melayu, Melayu masih menerima mereka dengan terbuka walau terdapat ketidaksenangan hati di kalangan orang Melayu tetapi ini di bendung oleh British dan pembesar Melayu pada masa itu.
Ok sampai disini kelas sejarah,kita balik ke zaman sekarang ramai orang muda tidak tahu sejarah,tetapi mereka lebih teruk dari itu iaitu menafika sejarah. Mereka dengan bangga mengatakan jika mereka di panggil pendatang mereka akan marah. Disini kita perlu tahu dan terima asal usul kita. Jika dilihat kepada PRU kali ini kaum Cina rata-ratanya menolak melayu,ya bukan semua tempat tetapi tempat yang sedang mendapat banyak faedah seperti di Johor dan Melaka. Melayu terkilan dengan sikap yang ditunjukkan oleh kaum Cina yang mana telah di pujuk oleh parti roketuntuk menyokong mereka yang kononnya memerangi rasuah.
Sebenarnya Malaysia ialah Persekutuan Tanah Melayu. Dimana melayu telah membenarkan bangsa lain tinggal didalamnya. Melayu ini baik hati tetapi jangan di uji kesabaran mereka. Saya juga mempunyai ramai kawan bangsa Cina,malah saya juga pernah ada kekasih/buah hati yang berbangsa cina satu ketika dulu. Dimana kami hormat-menghormati. Apa yang mengingatkan saya tentang dia ialah, pada satu petang saya pulang ke bilik dan tidur,disebabkan bilik saya dibawah sekali amat mudahlah orang singgah ke bilik saya. Pada masa berkenaan,perempuan cina ini mengetuk tingkap bilik saya serta merta mengejutkan saya dengan bunyi hentakkan pada tingkap. Bila di buka tingkap dai mengatakan "jangan tidur masa Asar,kerana akan mewarisi kegilaan nenek moyang". Saya terus bangun dan terus menunaikan solat. Wah itu menunjukkan betapa fahamnya dia ini terhadap Melayu dan Islam. Di pendekkan cerita disebabkan saya tidak berani menyatakan isi hati saya lalu kami berpisah membawa haluan masing-masing selepas belajar.
Ya saya rasis tetapi bukann cauvanis. Saya rasis kerana ini Tanah Melayu. Sama seperti bangsa lain di Asia yang tebal sikap kenegaraannya. Kita bukan BArat ,kaitan kita dengan mereka amat sedikit. Parti roket menampakkan dirinya seperti memperjuangkan demokrasi tetapi 13 Mei ialah angkara siapa? walau mereka sangkal, kita tahu siapa kita tahu mereka cina cauvanis ini penyebabnya.
Jika di lihat kepada keputusan PrU juga nampaknya kaum cina bagai tidak mensyukuri apa yang diperolehi. Melayu terkilan dengan sikap pengundi muda cina. Jika ditanya uncle-uncle cina mereka rata-rata menyokong BN,kerana cintakan keamanan dan mereka tau asal usul mereka dan berterima kasih untuk itu kerana mereka tahu mereka bertuah berada di Rumah Melayu ini. Tuntutan seperti sekolah,peruntukan dan macam-macam lagi telah orang melayu korbankan untuk mereka. Bukan banyak yang mereka mahu,tetapi sokongan untuk melayu diperlukan.
Jika kita ambil contoh memohon perkerjaan di syarikat cina, jika calon melayu dan calon cina datang maka calon cina itu akan dapat kerja. Dan jika kedua-duanya diterima berkerja,maka gaji mereka mesti berbeza di mana calon melayu berkenaan mendapat gaji lebih kecil dari calon cina itu. Persoalannya adakah melayu marah? ya mereka marah tetapi melayu memikirkan masa depan mereka. Jika tidak berkerja mana mahu cari duit, dengan itu mereka pendam. Orang cina yang nampak perkara ini memberi peluang kepada orang melayu untuk memegang jawatan tinggi dalam syarikat mereka. Amat berbeza jika di lihat orang yang bersyukur berada disini dengan orang yang tidak bersyukur dan tidak memahami sejarah menjadi rakyat Malaysia...

Wednesday, May 8, 2013

PRu-13...suara hati seorang pejuang.


Memang panas Pilihanraya kali ini,memandangkan kedudukan BN merosot hilang sedikit lagi kerusi dari Pru-12,tapi walau apa pun mari kita muhasabah diri dalam pada mana negara sedang menuju kearah wawasan 2020.
Pru kali ini melihatkan pelbagai cara dan gelagat yang dimomokkan ke pemerintah Malaysia, BN menang dengan majoriti yang mudah dengan itu DS Najib dapat tubuhkan kerajaan. Apa yang menarik dalam pilihanraya kali ini ialah indicator warga Cina dalam menyokong kerajaan,peti undi tambah dan pengundi Bangla.
Persoalan pertama,mana perginya sokongan warga Cina dalam menyokong BN yang mana mereka telah memperolehi berbagai perkara yang telah mereka tuntut. Dari sekolah sampailah pelbagai kemudahan di perolehi oleh mereka. Katalah saya ini rasis atau sebagainya,tapi sudah terang dan bersuluh dimana pengundi cina telah menolak pemimpin Melayu di kawasan mereka sendiri,kejadian itu berlaku di Johor dan Melaka. Di Johor di mana BN meletakkan calon yang popular di Johor MB mereka di tempat yang mana MCA menang besar dalam pilihanraya yang lepas.Di sini kita dapat lihat dimana mereka menolak MB mereka itu dengan perbezaan undi yang besar kepada calon jatuh dari roket itu. Bekas MB Johor dengan hati yang berat menyatakan 'mereka dah tak sokong saya nak buat macam mana' mungkin itu merupakan sesuatu yang biasa kepada yang lain tetapi perkara ini perlu dilihat dengan lebih halus atas apa yang berlaku. Perkara yang sama juga berlaku di Melaka,di mana KM mereka kalah dalam pilihanraya lepas. Yang menariknya saya berkesempatan menemubual uncle-uncle Cina di Melaka dan mereka sendiri berkata bahawa bekas KM mereka itu bekerja kuat dan mereka suka dengan apa yang di bawa oleh beliau,tapi punca kekalahan ini di sebab kan oleh pengundi muda cina yang mana menjadi penentu kemenangan satu parti itu. Parti berkenaan telah menanam perasaan benci yang terlalu mendalam kepada kerajaan dan beria-ria mahukan Anwar jadi pemimpin mereka,ada kah cerita Yusuf Ishak akan berlaku kembali? itu saya pasti. Disini dapat di simpulkan bahawa walau baik mana pun Melayu itu maka mereka tetap akan menolak dan memilih calon dari bangsa mereka, itu telah disahkan oleh orang dalaman mereka yang mana pernah berkerja dengan mereka.Ya mungkin sekarang ini akan ada bunyi kata ini mainan kotor UMNO. Ini soalan saya kenapa jika semua salah di katakan UMNO penyebabnya? dan kenapa ghairah sangat En Anwar mahu jadi PM dan juga kenapa ramai cerdik pandai mereka dulu termasuk Dr Sidek Baba mendedahkan siapa En Anwar? Tidak kah kita terfikir sebagai seorang Islam bahawa jika seorang yang mahu jadi pemimpin maka dia perlu besihkan dirinya dulu dari segala tomahan yang dilemparkan kepadanya,bukan dengan megadu domba lari kesana ke kedutaan mereka mereka cerita yang amat memalukan. Jangan di salah tafsir bahawa KEBANYAKKAN Cina menolak melayu.
Persoalan kedua ialah dimanakah datangnya bangla untuk memberi undi kepada BN? jika kita fikir dengan tenang,perlu kah BN upah bangla untuk undi di mana BN boleh dengan senang pangkah 3,4 buku undi untuk menangkan calon BN.Itu pun mereka akan ada jawapannya. DAlam masa yang singkat mana mungkin Spr cetak nama mereka dalam daftar pemilih? saya masih tertanya-tanya kenapa kita tidak menolak kemungkinan ini juga mungkin di sebabkan oleh sabotaj oleh pihak Pr,ini mungkin dalam dunia politik dimana siapa yang berjaya membina persepsi untuk menjayakan politik mereka maka mereka berjaya. Pr berjaya membina persepsi dan itu di jadikan bahan untuk dijana dalam minda orang ramai walau mereka ialah penyokong BN. Seperti mana Pr,Bn juga punyai orang yang boleh membalas hujah mereka.Disini timbul kembali mana datangnya Bangla berkenaan? dimulakan dengan penerbangan sewa khas sampai lah bus sewa. Untuk penjelasan penerbangan khas dari Sabah itu mudah dimana kita perlu tanya mana perginya tentera dan polis kita,bukankah mereka ke Lahad DAtu?mereka akan mengambil penerbangan yang disewa khas untuk pulang ke semenanjung. Mana mungkin ada begitu ramai bangla di Sabah,yang saya pasti puak Sulu ramailah,itu lagi satu cerita yang saya tidak sabar tunggu untuk DSAI kena soal. So tolak kemungkinan datangnya bangla sabah ini.
Ketiga ialah peti undi tambah,jawapan yang paling ringkas ialah ada kawasan yang jauh dan ada kawasan yang dekat.Kalau kawasan yang jauh perlu ambil helicopter dan jika dekat dan boleh ambil dengan kederaan darat maka keretalah jawabnya. Kenapa waktu/masa jadi petikaian,persoalan nya jika Pr menang adakah ini akan di soal?mesti tidak. Cakap pasal transparency dari siapa?cina. Itu yang ironi kerana merekalah yang mengajar kita orang melayu untuk berRASUAH.Dari Hang Li Po lagi sampailah sekarang,melayu dah belajar banyak dari mereka.Mereka tidak ada masalah dari segi wang sebab itu lah kelemahan melayu sekarang. Saya memang tidak hairan sebenarnya apabila dapat tahu ada peti undi di bawa masuk atau cerita tiba-tiba blackout kerana ini memang sikap Anwar,ini kerana dia sedang meniru cara Lenin,kenapa? cuba baca buku merah beliau(Lenin),ya kita juga ada buku jingga,jika di teliti maka banyak kaitan boleh di buat dari sikap dan cara Anwar ini. Ya mungkin kajian saya belum cukup lagi tapi itu sudah cukup untuk membuktikan dia seorang yang 'maksum' pada ketika ini.Saya juga amat yakin dari pengamatan saya jika di letak orang lain selain Anwar and the geng maka mungkin menang Pr kali ini tapi apa kan daya. Jangan lupa BN juga hilang orang yang hebat-hebat tidak suruh recount berkali-kali macam setengah tempat,Kelantan dan Selangor kalau tidak recount agak-agak sudah menang ke BN,saya seperti mana warga BN yang lain akur dengan keputusan SPR.

p/s: dalam banyak-banyak saya hormati TGNA walau kadang-kadang tidak berapa betul tapi saya masih hormat kepada beliau. Saya sayang PM.

Tuesday, May 7, 2013

Nasib Melayu dan Islam selepas PRU13

Oleh : Ust. REDHUAN TEE ABDULLAH

Ketika artikel ini ditulis dan dihantar kepada Sinar Harian (Jumaat), kempen PRU13 masih rancak berjalan. Bermakna, apabila artikel ini diterbitkan (Buka Minda - Isnin), keputusan PRU13 telahpun diketahui malam tadi.

Tahniah! Kepada yang menang. Kepada yang kalah, cuba lagi. Menang atau kalah, buatlah muhasabah diri (parti) atau analisa SWOT perlu dilakukan bagi menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.

Analisis awal yang dapat saya lakukan adalah, siapapun yang menang, tidak banyak manfaat untuk agama Islam dan umatnya. Meskipun agama suci ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ketika kempen, kita asyik meraikan orang lain. Agenda memperkasakan Islam jarang kedengaran. Kita lebih obses dengan tuntutan ultra kiasu. Apa yang mereka mahu semua kita beri. Nasib baik kita tidak menjanjikan bulan dan bintang. Jika tidak, itupun kita akan beri. Lebih menyedihkan, sehingga perkara yang sudah dilupakan dan tidak dituntut lagi pun kita beri. Malah, ada projek pembangunan yang sedang berjalan terpaksa dibatalkan, gara-gara mahukan undi.

Apakah kita berada di landasan yang betul?

Lebih ekstrim lagi, mereka meminta supaya surat jaminan segera dikeluarkan sebelum hari pengundian. Jenis manusia apakah ini? Tidak pernah bersyukur. Ini bukan lagi ultra kiasu, tetapi sudah ultra paisi (jahat).

Pilihan raya adalah medan untuk rakyat memilih yang siapa yang terbaik, bukan memberikan bulan dan bintang kepada mereka. Negarawan sepatutnya mempertahan dan memperkasakan kepentingan semua, terutama perkara-perkara asas bernegara. Negarawan harus tegas dalam membuat keputusan, berani menghadapi risiko, selagi mana keputusan dibuat untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

PRU13 hanya alat, menang atau kalah, itu perkara biasa. 5 tahun lagi, kita bersua kembali. Apa yang penting agenda agama, bangsa dan negara mesti berjalan dan dihormati. Apa guna menang PRU13, jika agama dan umat Islam masih merempat menagih simpati di buminya sendiri.

Saya tidak dengar ketika kempen, sekolah agama diberikan keutamaan, berbanding sekolah lain (vernacular). Saya bukanlah orang agama (ustaz), tetapi saya sangat sayangkan agama, kerana itulah darah daging kita. Hidup mati untuk agama. Agama terdaulat, bangsa terdarjat, negara berdaulat. Namun, jika agama merempat, bangsa dilaknat, negara tidak berkat.

Saya teramat sedih membaca kempen DAP mahupon MCA dalam iklan akhbar sepanjang hari berkempen. Terang-terang menghina agama Islam. Walaupun ditujukan kepada PAS, tetapi perkara tersebut merupakan perkara asas Islam seperti cuti pada hari Jumaat, larangan arak dan judi, pengasingan lelaki perempuan dalam kolam renang dan saloon, panduan berpakaian dan sebagainya.

Pada saya, jika Kelantan dan Kedah ingin melaksanakan perkara asas tersebut, itulah adalah hak dan wajar. Lagipun majoriti umat Islam berada di sana. Bilangan bukan Islam amat sedikit. Hak majoriti mesti dipertahankan jika itu yang mereka mahu dan disyariatkan.

Bandingkan dengan minoriti Cina Islam di negeri China, adakah mereka dapat hak-hak Islam mereka dilaksanakan? Saya harap DAP mahupon MCA sedar diri.

DAP & MCA ternyata semakin kurang ajar, mempermainkan isu ini. Mereka sepatutnya tahu membezakan antara menyindir PAS dengan menyindir Islam. Perlu dibuat berhati-hati. Jangan sampai mahu menyindir PAS, sehingga menghina Islam. Saya harap Parti Islam UMNO dan Pas dapat menegur rakan parti komponen mereka ini. Sedarkan mereka, jangan sentuh kesucian Islam. DAP & MCA boleh mengkritik PAS. Tetapi, perlu diingat, jika ada perkara yang dibawa PAS merupakan perkara asas dalam kehidupan beragama, jangan sama sekali berani mempermainkan agama wahyu ini.

Begitu juga dengan PAS, agenda hudud PAS ditolak mentah-mentah oleh DAP. Malangnya, PAS sanggup berkompromi dengan mengatakan hudud hanya agenda PAS bukan agenda PR. Jika begitu, bagaimana PAS mahu melaksanakan hudud jika PR berjaya memerintah. Adakah hudud untuk orang PAS sahaja, manakala demokrasi untuk DAP dan PKR. Bolehkah negara diperintah oleh dua sistem?

Sekalipun PAS berjaya dengan agenda hududnya bagaimana orang Islam yang ada dalam PKR dan DAP?

Apakah mereka akan terkecuali dari hudud? DAP dan semua bukan Islam sudah tahu, bahawa hudud bukan untuk mereka. Hudud hanya untuk orang Islam sahaja. Persoalannya, kenapa mereka masih menentang? Saya simpulkan, mereka tidak mahu apa jua perkara dikaitkan dengan Islam. Mereka mahukan negara ini menjadi sekular dan beridentitikan mereka.

Mereka sengaja memejamkan mata bahawa negara ini asalnya bertuankan ketuanan Islam dan Melayu. Melalui pemahaman agama Islam jugalah yang menyebabkan orang Melayu menerima mereka di sini dan hak-hak mereka terjamin. Jika orang Melayu tidak beragama Islam, saya tidak fikir, orang Melayu mahu menerima orang bukan Islam berada di sini.

Nasib mereka mungkin sama seperti minoriti umat Islam di China dan India.

Saya ingin menasihat umat Islam, apabila berpolitik, ingat Tuhan. Umat Islam mesti tahu hak-hak mereka di bumi mereka sendiri. Apatah lagi untuk memartabatkan agama dan bangsanya. Peliknya, orang lain bergaduh juga. Namun, hak mereka terjamin dan terjaga. Kita pula, bergaduh setiap masa dan sepanjang masa, malangnya hak semakin hilang dan terhakis.

Friday, May 3, 2013

Jom sembang politik kembali...

Ada orang kata politik itu tidak akan berubah kalau pembangkang ambil negara...ada kata politik tidak penting tidak kisah siapa yang menang kita tetap akan jadi majoriti dan mentadbir Malaysia ini. Ada ketika kita dibuatkan faham tentang perkara yang tidak betul dan perkara yang tiada untuk mencapai sesuatu yang tidak pasti.
Perkara ini dapat dilihat dengan ada pihak yang sekian lama menabur cerita contohnya cerita Malaysian Malaysia dan agama sama rata dan lain-lain lagi cerita. Mari kita ambil cerita mereka sebahagiannya untuk di buat kajian. Jika dilihat dengan lebih dekat dahulu mereka ini pembangkang merupakan dua,tiga parti yang bergabung untuk menumpaskan BN dari zaman dahulu lagi. Mereka bermula dengan jom sama-sama menjatuhkan BN, Lepas itu mereka membuat jalinan,ikatan,lepas itu satu tujuan selepas itu datang pula barisan alternative,pakatan rakyat dan sekarang pakatan harapan rakyat. Apa yang mahu diharapkan jika mereka ini berkuasa? Itu tidak perlu saya perjelaskan kerana terdapat kartun untuk menjelaskan apa yang mereka nak cakap kosong ini. Tergelak apa bila membaca mahu beri percuma rawatan kelas ke-2 dalam hospital awam. Kelas ke-3 kita ialah antara termurah di dunia ini nak percuma wad kelas ke-2,lepas ini marilah semua rakyat Malaysia kita tinggal di hospital jika kita mahu kemana-mana jalan makan angin kerana Hospital kerajaan ada di semua tempat. Ini satu perkara yang tidak dapat di fikirkan dengan apa mahu di bayar kos penyelengaraan hospital berkenaan,ooo ini mesti cukai di naikkan.
Bila cakap tentang pertukaran kuasa mereka yang tidak berapa faham tantang bagaimana Malaysia sebenarnya bercakap dengan mudah mahu memberi peluang kepada perkara yang belum pasti,mungkin ini lah mereka yang mahu mencuba atau mempertaruhkan masa depan anak-anak mereka dalam perkara yang tidak pasti. Jika perkara asas ini pun mereka tidak dapat membuat keputusan bagaimana mahu putuskan masalah yang lebih rumit. Siapa saja yang mentadbir Malaysia mereka akan berdepan dengan satu situasi dimana komposisi kaum amat penting dalam merancang pembangunan negara. Dengan dunia makin komplex jika tidak mempunyai pengalaman yang luas maka negara didalam keadaan yang merbahaya. Jika mahu kita perjudikan masa depan kita maka kita akan membuat keputusan yang tidak logik dan mengikut perasaan. Ada juga saya terbaca post dari Malaysian dari luar negara yang mahukan diberi peluang untuk tukar kerajaan,adakan orang berkenaan tidak mengambil iktibar dari 5 negari yang di beri peluang kepada pembangkang? dalam masa yang sama Pulau Pinang yang dikatakan gah itu sebenarnya telah melepaskan equiti negeri berkenaan kepada kerajaan pusat untuk di uruskan,disitu maka memanglah hutang negeri berkurangan,itu budak tadika pun boleh buat,buat hutang bagi bapa bayar.
Berbalik kepada insan di luar negara berkenaan, sebenarnya mereka tidak menjiwai rakyat Malaysia,mereka di sana bercakap tetang sesuatu yang jauh lain dari kita di sini, saya tidak lah orang putih tetapi ada pepatah orang putih yang berbunyi sedemikian, 'compare an Apple with an Apple'. So tolonglah cari negara yang sama dengan Malaysia,maka ini saya katakan tiada negara sama dengan Malaysia. Ada ketika bersembang dengan orang kampung di Perlis mereka bercakap bahawa mereka di luar sana bukan tau pun susah kita,mungkin ada tapi bukan semua.Yang nak tukar tu bukan depa tau harapan kami,itu kata mereka. Ada betulnya kata mereka itu. Jika nak disamakan Malaysia dengan negara lain maka perlulah Malaysian bersama-sama membantu membangunkan rakyat Malaysia secara seluruhnya,bukan hanya mengikut kaum,satu kaum bagi saja lagi satu kaum ambil dan memperoleh keuntungan. Satu lagi contoh di Terengganu apabila main testing kerajaan maka ada perkara yang di ubah tidak boleh di ubah lagi, diharapkan ornag yang berada di luar sana fahami dulu rakyat Malaysia,jangan salah tafsir apa yang saya katakan ini,mungkin ada yang dari kampung mereka rasa apa yabng pakcik dan makcik cakap di kampung,tetapi ramai yang terikut dengan rentak negara luar yang tidak sama dengan Malaysia yang rata-ratanya mereka ini orang berada.
Akhir sekali manisfesto dan Aku janji BN,pada pandangan saya ini boleh di jelaskan dengan mudah di mana Manifesto Pr ini hanya cakap kosong bukan janji seperti apa yang mereka cakap dahulu di Selangor. Akujanji BN lebih jelas dan ada yang sedang di jalankan pada masa sekarang maka jelaslah BN lebih baik dan mengkotakan janji dari PR. Itu belum lagi sentuh perkara-perkara lain yang banyak mengikut perasaan seperti menghapuskan TOL,hapus tu memang lah senang tapi pernahkah kita fikir mana mahu dilonggokkan semua mereka yang berkerja di PLUS? Sekarang ini mereka yang berkerja di PLUS mesti berdoa untuk menyelamatkan kerja mereka kerana itu merupakan periuk nasi mereka. Sampai sini dulu....