Thursday, October 20, 2011

Selamatkan akidah umat Islam! - Utusan


Tanggal 22 Oktober 2011, kita sebagai umat Islam akan melakarkan sejarah, percubaan untuk mengimpunkan seramai sejuta orang di Stadium Shah Alam. Sama ada berjaya atau tidak, kita serahkan kepada Allah SWT.

Perhimpunan ini yang dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) serta badan-badan bukan kerajaan, NGO-NGO Islam, mewakili pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, ahli jawatankuasa masjid dan surau, tenaga guru dan lain-lain badan.

Perhimpunan yang bertemakan "Selamatkan Akidah", secara tidak langsung mahu memberi amaran kepada bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan orang Islam dan jangan sekali berani memurtadkan mereka.

Perlu diingatkan bahawa orang Melayu adalah umat Islam yang paling beruntung di dunia ini berbanding dengan umat Islam di negara-negara lain. Melayu dan Islam dilindungi oleh Perlembagaan. Islam itu, Melayu itu Islam. Lebih istimewa lagi yang memeluk agama Islam, pun boleh dikira sebagai Melayu mengikut Perlembagaan, walaupun bukan Melayu dari segi keturunan.

Bermakna, saudara Muslim juga tidak boleh murtad setelah memeluk Islam. Apatah lagi orang Melayu. Inilah peruntukan yang tidak ada dalam dunia. Begitulah beruntungnya umat Islam di negara bertuah ini.

Namun, sayangnya murtad tetap juga berlaku. Bukan Islam begitu berani memurtadkan umat Islam walaupun ia tidak dibenarkan sama sekali. Insiden yang dalam majlis Gereja Katholik Damansara Utama (DUMC) begitu mencabar sama sekali wibawa agama dan umat Islam. Kita mesti bangun sebelum nasi menjadi bubur.

Menurut statistik, setakat ini hanya 168 permohonan murtad diluluskan. Menurut sumber lain jumlah permohonan murtad sebanyak 686 manakala kelulusan diberikan kepada 135 orang. Sabah mendahului dengan 67 orang manakala Negeri Sembilan 33 orang.

Menurut Pawanchek Merican, jurucakap Persatuan Peguam Muslim, Mahkamah Syariah Negeri Sembilan telah meluluskan 16 kes meninggalkan Islam. Saya amat yakin jumlah ini jauh lebih besar daripada yang sebenar kerana menurut Mufti Perak, lebih 260,000 telah dimurtadkan.

Gerakan memurtadkan umat Islam telah lama berlaku. Apa yang penting bukannya angka, tetapi percubaan dan keberanian mencabar kedaulatan agama Islam. Kita tahu, tetapi buat-buat tidak tahu.

Pihak yang mengambil kesempatan amat licik. Contohnya, pembinaan pusat Kristian antarabangsa, yang dikenali sebagai Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil oleh Calvary Church, atas nama badan kebajikan untuk mendapat pengecualian cukai. Memang menjadi perancangan Kristian untuk menjadi Malaysia sebagai sasaran Kristianisasi setelah berjaya di negara Melayu yang lain seperti Indonesia.

Bagi mendapat kebenaran merancang, mereka telah mengemukakan pelan kepada Dewan Bandaraya sebagai pusat komersial. Apabila mendapat kebenaran merancang, yang dibina bukanlah pusat komersial. Ia hanya sebagai alat, tetapi yang akan muncul nanti sebagai mercu tanda adalah gereja terbesar di Asia.

Itu pun mereka masih terus mendesak dan memohon kerajaan membenarkan mereka mendirikan gereja di Putrajaya dan Shah Alam, di kawasan yang mereka amat minoriti. Apakah kita masih buta?

Bagaimana populasi penduduk yang hanya 10 peratus boleh membina sebuah gereja terbesar di Asia dalam sebuah negara Islam? Tidak cukupkah dengan pembinaan patung tertinggi di dunia di Batu Caves? Jangan ulangi kesilapan demi kesilapan. Akhirnya, nanti negara ini akan keluar Malaysia boleh dalam segala hal. Di manakah kedudukan tujuh wasiat raja-raja Melayu itu?

Sebagai umat Islam kita sepatutnya menjunjung kasih titah Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah, yang disampaikan mewakili Raja-Raja Melayu sempena Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama bulan lalu.

Antara intipati utama yang terkandung dalam titah diraja baginda ialah supaya umat Islam di negara ini menghayati semangat bersatu padu khususnya dalam mempertahankan maruah agama dan bangsa.

Menurut baginda lagi, kelemahan umat Islam yang semakin terserlah menyebabkan pihak-pihak lain bertambah angkuh, dan toleransi umat Islam terus dicabar. Akibatnya, pencerobohan-pencerobohan bentuk baru telah berlaku seperti pelanggaran menghormati kalimah suci Allah yang sekian lama menjadi 'hak eksklusif' kepada umat Islam.

Menurut Raja Nazrin lagi, pada ketika umat Islam hari ini dilihat berada dalam kemelut taksub untuk meraih kuasa dan pengaruh politik sehingga sanggup menggadaikan prinsip-prinsip asas agama dan maruah bangsa. Ketaksuban politik di kalangan umat menyebabkan mereka bergembira melihat pihak yang kalah menjadi abu walaupun pihak yang menang hanya akan menjadi puntung-puntung arang.

Ingatlah wahai saudaraku, ramai yang beranggapan bahawa survival umat Islam (Melayu) terletak di tangan parti politik. Tanpa kita sedari sepatutnya survival parti politik itulah yang bergantung kepada umat Islam (Melayu) itu sendiri.

Adalah tidak tepat jika bangsa Melayu cuba dimajukan secara reaktif, yakni dengan saranan menyandarkan kekuatan mereka kepada kemenangan parti semata-mata, sedangkan mereka seharusnya dibangunkan secara proaktif dengan membina kekuatan diri sendiri terlebih dahulu. Kekuatan diri yang akan menguatkan kekuatan parti.

Hakikatnya parti hanyalah satu alat sedangkan kecemerlangan bangsa, agama dan negara adalah satu matlamat. Matlamat hanya ada satu, sedangkan jalan-jalan menuju ke matlamat begitu banyak. Bangsa yang bijak, tidak akan meletakkan hanya satu jalan sahaja untuk mencapai satu matlamat.

Di sinilah terletaknya kematangan berpolitik. Lihatlah politik bukan Islam, mereka meluaskan jalan dan jaringan, bebas untuk bekerjasama dengan mana-mana Amat jelas sekali ada gerakan yang seolah-olah mahu melunturkan akidah umat Islam dan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Islam. Inilah cabaran yang memerlukan pengorbanan di kalangan kita.

Ayuhlah, tidak kira apa jua latar belakang, ideologi, parti politik dan sebagainya, kita sebagai umat Islam perlu zahirkan tindakan dengan tampil ke hadapan untuk menunjukkan solidariti kita pada 22 Oktober ini. Barulah ketika itu orang lain tidak berani memijak kepala kita lagi.


Oleh MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH
PROF MADYA DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Friday, October 14, 2011

My Hero indeed..

I miss where Malays are strong at that time, even the Jews are shock with us. Tq TUN,we Malaysian love you for your achievement and futuristic ideas that you bring to us.

Tuesday, October 4, 2011

Saya tidak lupa....


Masa kini terdapat banyak ahli sejarah yang tidak memahami sejarah yang tidak akan saya lupakan. Terkedu dan sedih apabila saya mendengar apa yang diperkatakan oleh mereka, adakah mereka ini orang yang tidak memahami sejarah atau orang ini tidak berpelajaran. Ya mereka ini orang yang berpelajaran dan terdapat yang kaya raya dengan hasil Bumi tercinta kita ini.
Apa yang saya perkatakan ini dapat saya hayati apabila Tun Dr Mahathir apabila Beliau berucap pada masa perhimpunan UMNO. Walaupun pada masa itu saya hanya seorang budak yang kecil dan tidak tahu apa yang dimaksudkan. Dan hari ini saya faham sepenuhnya apa yang dimaksudkan oleh beliau. Ya tidak ada mungkin seorang yang dapat melakukan sepertinya. Sedih malah mengalir air mata apabila mendengar kembali apa yang di perkatakan oleh Tun. Sudah jauh kita terpesong malah saya masih percaya mereka ini akan kembali kepada jalan yang benar. Biarlah apa yang difikirkan oleh orang lain. Adakah apa yang dirasai hari ini tercapai dengan masa sehari. Penat lelah bapa-bapa kemerdekaan menghalakan negara kita ke jalan hari ini.
Ya melayu mudah lupa bahawa dahulu melayu bangsa yang berjaya dan kuat di nusantara ini, tetapi sekarang ini sejarah sedang mengambil tempat dimana dalam bangsa Melayu ini sedang ada sengketa sesama kita...betullah lagu 'anak kecil bermain api' itu mengatakan tentang masa depan sungguh kelam. Jangan kata sebab saya merupakan seorang ahli UMNO dengan ini saya takut dengan bayang-bayang sendiri. Ini bukan halnya,tetapi ini merupakan soal bangsa saya. Saya risau akan keadaan yang dimana orang melayu hanya duduk diam apabila dihina dan di cerca. Tinggi sungguh budi bahasa orang melayu ketika itu, tetapi apabila cakap tentang parti melenting bukan main. Sekarang ini sudah ada masjid Parti masing-masing, kenapa tidak ada tahan perkuburan parti masing-masing juga.
Melayu mudah lupa, yang dulu bangsanya dipijak, dulu bangsanya retak, dulu bangsanya teriak, dulu bangsanya haprak, dulu bangsanya kelas 2, dulu bangsanya hina, dulu bangsanya sengketa, dulu bangsanya derita, dulu bangsanya kerdil, dulu bangsanya terpencil, tiada daulat, tiada bebas. Melayu mudah lupa sejarah bangsanya. Ingatlah...Saya tidak lupa, ramai yang memperkatakan bahawa saya merupakan seorang perjuang nasionalis dan sebagainya. Pada saya jika tidak kerana bangsa kita sekarang ini mana mungkin Islam dapat berkembang seperti apa yang kita lihat hari ini. Pernah ada segelintir yang telah ditauliahkan sebagai Imam besar dimana mengatakan bahawa jika saya menyokong lagi la UMNO ini akan dimasukkan dalam neraka. Bila dia ini jadi tuhan?
Parti tidak salah, dasar jelas dan membela. Saya tidak silap, dan saya juga tidak mengatakan bahawa orang parti lain itu salah. Jangan kita mengkafirkan orang lain, kita bukan tuhan dan jangan terpedaya dengan musuh-musuh yang nyata,mereka ini hanya memecah belahkan pepaduan orang melayu. Sikap orang melayu itu perlu dibetulkan, jangan hanya tengok atas kesalahan dan sikap tidak mahu orang lebih dari diri mereka perlulah dihakis dan diperbetulkan. Bukan mudah menjadi bangsa yang berjaya dan terpelihara....
Kalau orang yang tidak faham perlembagaan ,tidak menghormati agama Islam, dan megeluarkan kata-kata sindir kepada orang melayu dan syarikat bukan melayu boleh kaya,kenapa orang melayu masih tidak bangun? Dari Tunku, Tun Dr Ismail dan sampailah Tun Gaffar Baba, semua mereka ini mendokong perjuangan parti. Kenapa saya pilih hanya mereka? Sebabnya jika saya mengatakan orang selepas mereka ini mereka(pembangkang) ini akan mengatakan bahawa saya ini baru sahaja menjadi orang UMNO so tak tau lah perjuangan UMNO itu. Seperti tajuk saya kali ini...saya tidak lupa...