Saturday, December 18, 2010

Sandiwara yang kian lapuk tetapi baru...

Sejak kebelakangan ini sibuk pihak pembangkang mengatakan bahawa pilihanraya semakin hampir. Bagai orang yang mengigau dalam tidurnya mereka ini. Apa yang amat melucukan bahawa sebagai seorang yang berpendidikan tinggi mereka seharusnya menunjukkan teladan walau ditekan oleh sesiapa. Ini baru kena gantung atas kesalahan sendiri dah mengelabah. Ini bukan wakil rakyat Malaysia tetapi wakil rakyat zoo negara yang bernama 'Kangaroo'.
Mereka tidak ubah-ubah seperti cacing kepanasan. setelah sekian lama tidak menulis blog banyak yang telah berlaku di Malaysia yang di cintai ini. Malah ada juga yang mengejukkan tetapi mempunyai niat yang baik, contoh seperti cadangan parti Gerakan untuk menubuhkan amanah saham untuk membantu Bumiputra dalam bidang hartanah, ini mungkin parti ini telah sedar sejarah Malaysia. Tetapi ada juga yang belajar tinggi tetapi tidak pandai-pandai sejarah atau buat tidak paham sejarah. tidak habis- habis dengan gila kuasa mereka ini. Sultan dan Raja dah menegur, kalau budak kecik kita rotan saja tetapi ini dah ada cucu pun perangai macam budak kecik.
Sedarlah tingkah laku kamu itu diperhatikan oleh semua orang diluar dimana mereka akan ikut tidak kira tua bangka atau muda. Kacau bilau masa depan jika tidak dikawal sekarang. Membawa sepanduk dalam Parliment dan memakai baju yang tidak kena peraturan walau mahu berjumpa menteri kerana mahu mempromosikan album cinanya bukan budaya kita yang tidak hormatkan orang tua. Peraturan perlu diikuti dan di hormati tidak kira dimana di tanah air ini.
Kalau dulu kita tak dengar kata orang tua kita kena rotan, betul salah itu cerita lain, tapi jelas semua orang hormat orang tua tidak kira agama, sekarang ini siap boleh kata mencarut dan menhasilkan lagu ke Youtube kerana tidak puas hati dia terhadap Gurubesar itu, adakah orang begini perlu di Malaysia yang berbudi bahasa?